Sunday, August 26, 2012
Jeng2,Pemuda Umno Di IPT Sempoy "BNYV"
Umno menerusi sayap Pemudanya akan menubuhkan kelab penyokong parti itu di setiap kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini bagi meraih sokongan golongan mahasiswa terhadap parti itu dan BN.
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata ia adalah langkah awal yang diambil Pemuda Umno selari dengan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 2012 baru-baru ini, yang kini membenarkan mahasiswa untuk telibat dan memegang jawatan dalam mana-mana persatuan dan pertubuhan termasuk parti politik.
"Jadi daripada kita menunggu mereka untuk masuk menyertai parti kita dan BN, ada baiknya kita memainkan peranan proaktif untuk turun ke kampus dan menubuhkan kelab penyokong Umno di setiap kampus," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis rumah terbukanya sempena Aidilfitri yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Gadong, di Rembau hari ini.
Katanya, Pemuda Umno akan masuk ke setiap kampus IPTA dalam masa terdekat untuk mengadakan sesi dialog bersama mahasiswa dan merangka penubuhan kelab itu.
Katanya, selain berperanan memberi sokongan terhadap Umno dan BN, penubuhan kelab itu juga adalah sebagai landasan untuk mahasiswa mengetengahkan pandangan dan idea mereka kepada kerajaan.
"Kita dapat banyak pertanyaan dari mahasiswa yang mana mereka mahu ada platform khas untuk mereka dan untuk menyahut permintaan tersebut, kita proaktif sebab kita tidak mahu tunggu mereka untuk menjadi ahli kita, tapi kita ke hadapan berjumpa mereka," katanya.
Katanya, walaupun sokongan mahasiswa dilihat lebih cenderung kepada kerajaan, namun usaha sebegini perlu dilakukan bagi mengekalkan perasaan itu di kalangan mahasiswa dan memastikan mereka terus menyokong BN.
Kepada rakan-rakan yang berminat untuk mengetahui lebih kanjut mengenai BNYV ataupun berminat untuk menjadi sebahagian daripada team BNYV bolehlah menghubungi facebook www.facebook.com/bnyv2012, Twitter @BNYV2012 atau emailkan sebarang pertanyaan ke bnyv.workshop@gmail.com
TAKE A CHARGE MAKE A DIFFERENCE
Armand PemudaBN
Thursday, August 23, 2012
Seksyen 114A, Tak Perlu Tarik : Ds Nazri Aziz
Kuala Kangsar: Tiada keperluan menarik balik pindaan Seksyen 114A Akta Keterangan 1950 bagi menjamin keselamatan negara serta rakyat daripada keganasan dan perbuatan tidak bertanggungjawab.
Pindaan itu yang diluluskan di Parlimen April lalu juga bertujuan menjadikan orang ramai lebih bertanggungjawab terhadap tingkah laku termasuk tulisan dan perbuatan di alam siber.
Mangsa undang-undang
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata tuduhan kononnya pindaan itu akan mengakibatkan orang yang tidak bersalah menjadi mangsa undang-undang adalah tidak berasas kerana tanggungjawab beban pembuktian masih terletak di bahu pihak pendakwaan, bukannya tertuduh yang perlu membuktikan mereka tidak bersalah seperti digembar-gemburkan.
Malah, katanya, akta itu sebenarnya tidak boleh digunakan untuk membuka sesuatu kertas siasatan atau melakukan pertuduhan terhadap seseorang atas sesuatu kesalahan, sebaliknya hanya satu prosedur untuk mensabitkan kesalahan mengikut undang-undang di negara ini.
"Jika kita percaya dengan pemahaman pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menentang pindaan ini, sudah tentu ramai blogger sudah didakwa sekarang sedangkan akta ini tidak boleh digunakan untuk pendakwaan, lagipun bukan semudah itu untuk mendakwa seseorang di mahkamah," katanya pada sidang media di kediamannya di sini semalam.
Dapat bantahan
Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerusi entri Twitter meminta Kabinet membincangkan mengenai seksyen berkenaan yang mendapat bantahan warga internet dan pemimpin parti pembangkang.
Nazri berkata, pindaan Akta Keterangan itu dibuat untuk melengkapkan pindaan terhadap Kanun Keseksaan, Kanun Tatacara Jenayah dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) yang sudah dibentang dan dibahaskan sebelum itu.
Tahniah YB Dato Seri Nazri Aziz Atas Ketegasan Dalam Menangani Dan Menjawab Apa Jua Isu... All The Best
Friday, August 17, 2012
Selamat Hari Raya AdilFitri, Maaf Zahir Dan Batin : Armand Azha
Salam Aidil Fitri Para Sahabat Yg Dihormati, Mulai Dari Hari Ini Warga Kota Sudah Mula Meninggalkan Kota Raya Menuju ke Kampung Halaman. Saya Mendoakan Semoga Selamat Sampai Ke Kampung Halaman Dan Berhati-hati Ketika Memandu Di Jalan Raya Supaya Mengikuti Arahan Pihak Polis Demi Kebaikan Bersama Ingatlah Org2 Tersayang
Pastikan Pintu Rumah Dikunci Dengan Baik !! Beritahu Jiran Yang Tak Balik Ke Kampung Untuk Tengok-tengokkan Rumah Kita Atau Beritahu Balai Polis Berdekatan !!
Kita Berdoa Supaya Dipanjangkan Umur Agar Dapat Bertemu Kembali Bulan Ramadan 2013 Hadapan. Setelah Kita Bersahur 1Bulan, Skang Kita Berpuasa DiHari Terakhir Ramadan 2012.Semoga Kita Mendapat Barakah & Rahmat Serta Amalan Kita Diberkatinya,Insyallah
Saya Mewakili Suara Anak Muda 1Malaysia Juga Ingin Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Pada Rakan2 Dan Sahabat2 Yang Telah Menyumbangkan Tenaga Serta Tidak Lupa Pada Yg Telah Sudi Memberikan Sumbangan Bagi Program2 Kebajikan Dan Kemasyarakatan Suara Anak Muda 1Malaysia Sepanjang Bulan Ramadan Seperti Kelab Putera 1Malaysia Di Bawah Dato Azeez Rahim Dan PEKEMA Malaysia (Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia) Di Bawah Dato Zainuddin Yang Tidak Jemu2 Membantu Program2 "Anak Muda Prihatin" Oleh Suara Anak Muda 1Malaysia Sepanjang Bulan Ramadan, Hanya Allah SWT Sahaja Yang Dapat Membalas Jasa Mereka Semua, Insyallah.
Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah Dengan Rendah Diri Ingin Menyusun Sepuluh Jari Memohon Halalkan Segala Makan Minum ,Tersalah Kata, Ternakal, Terkomen, Terkritik, Tertulis, Termarah, Tergossip.... Segalanya.
Saya Juga Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya AdilFitri, Maaf Zahir Dan Batin Pada Seluruh Umat Islam Yang Menyambutnya.
O-O Ok Salam Sahabat Semua :)
Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah Sekeluarga
Pengasas
Suara Anak Muda 1Malaysia
Tuesday, August 14, 2012
"Pemuda PJ Utara, Pemuda Prihatin"
Info@PemudaPJU
DiJemput Bersama2 Ke Program " "MERDEKA RAYA" Penyerahan Sumbangan Pek Raya Dan Jalur Gemilang Oleh Pemimpin2 BN PJ Utara Pada 15hb Ogos 12Tghari Di Plaza Tol B SPRINT Damansara (Hadapan Eastin Hotel PJ) Anjuran Pemuda Dan Puteri DUN Damansara Utama..
Dan Dikuti Oleh
Program "JOM BALIK KAMPUNG'" Pemuda Janji diTepati - Pemberian Topi Keledar Kelab Putera 1Msia Dan Minyak Hitam Motor.Percuma Pada 10mlm 15hb Ogos Rabu Di Pejabat Bahagian UMNO Petaling Jaya Utara, Anjuran Pemuda DUN Kg Tunku Dan DUN Damansara Utama.
*Pemuda PJ Utara Pemangkin Perubahan...
*Kehadiran Para Media, Bloggers Dan Rakan2 Sukarelawan BN Amatlah Dihargai Oleh Pihak Kami..
Armand Azha
Ketua Penerangan Bahagian
Pemuda PJ Utara
Monday, August 13, 2012
Dato Azeez Pemimpin Yg Konsisten Dlm Misi Bantuan Kemanusiaan
Salam sahabat2 yang dihormati,
Tertarik saya pada 1Pemimpin Yang begitu konsisten dalam memperjuangkan misi sukarelawan bantuan manusia. Saya rasa ramai yang bersetuju jika saya nyata beliau adalah pemimpin AKAR UMBI YG TURUN PADANG.
Saya mengikuti cara pemimpin ini sejak beliau memegang jawatan exco pemuda Umno Malaysia hingga kini, bole dikatakan tiap kali bila ada sahaja bencana yang melanda baik dalam negara mahupun luar negara, beliau lah selalunya yang akan kehadapan.
Pemimpin yang saya nyatakan diatas adalah Dato Azeez Rahim yg namanya senomin ngan Kelab Putera 1Malaysia. Boleh dikatakan beliau seorang yang WALK THE TALK, apa yang beliau kata nak buat beliau akan buat..
Dato Azeez Rahim antara pemimpin UMNO yang istiqamah dalam memberikan khidmat bakti kepada masyarakat di dalam mahupun luar negara..
Diantara tahun 2008 hingga 2012, gerakan beliau begitu konsisten dan bukan hanya bermula ekoran demam pilihanraya yang melanda sebagaimana banyak orang² lain yang nampak plastik, buat kerja last call semata2 kerana nak hadapi Pilihanraya..
Selepas beberapa tahun berusaha tanpa jemu, saya dengar² dari geng Baling bahawa arus desakan dibawah memperlihatkan he's now the only winnable candidate untuk BN di Parlimen Baling..Jika perkara ini benar saya nak ucapkan.
TAHNIAH Dt Azeez..!!!
Dan kini dikala bulan ramadan kita dinegara hidup dengan aman dan damai,di negara jiran kita iaitu Myammar dikatakan pihak yang tidak bertanggungjawab sedang membunuh dan menyeksa sahabat2 muslim Rohingya kita disana.
Sekali lagi Kelab Putra 1Malaysia telah menyatakan akan menghantarkan misi bantuan sukarelawan kesana, saya secara peribadi telah menyatakan hasrat saya utk menjadi sebahagian drpd pasukan kesana, kerana rasakan ianya sebahagian daripada amanah dan tanggungjawab saya sebagai umat islam utk menyalurkan bantuan pada sahabat2 seagama kita disana..
Saturday, August 11, 2012
Team Sukarelawan SAM1M Dan YCare Malaysia Di Bangi
Salam , Syukur Alhamdulilah Suara Anak Muda 1Msia Bersama YCare 1Malaysia. YCare MBM bersama Syarikat Kenshido Prihatin mengadakan Projek YCare Bakti Kasih Keluarga Ali. Sebuah keluarga miskin mempunyai 7 anak yg memerlukn bantuan bagi membaiki rumahnya yg berkeadaan teruk. Kebocoran bumbung, tiada tempat tidur anak2, tandas rosak, tingkap rosak dan pelbagai lagi.
Oleh itu, YCare mengambil inisiatif utk mengadakan gotong royong bg membersihkan serta membaiki segala kerosakan agar mereka sekeluarga mempunyai tempat berlindung yg selesa sesuai dgn menjelangnya Aidil Fitri.
YCare bersama2 sahabat2 sukarelawan semua utk turut serta terlibat dan membantu bergotong royong di rumah Keluarga Ali demi kehidupan yg lebih baik spt berikut:
Tarikh. : 12hb Ogos 2012 (ahad)
Waktu. : 9:00 pagi hingga 8:00 malam
Alamat. : No. 4 Jalan 1/5 Seksyen 1
Bandar Baru Bangi
Insyallah YCare Malaysia Akan Terus Bergerak Membantu Pada Yg Memerlukan Tak Kira Bulan Ramadan Atau Syawal, Tetapi Ianya Akan Memjadi Program Yg Berterusan Insyallah.
Sila hubungi Kami Utk Memberikan Sumbangan, Jom Bantu!!! Terima Kasih
Pemuda UMNO Anjur Tadarus & Khatam Al-Quran Perdana 1 Malaysia.
Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran anjuran Pergerakan Pemuda UMNO di Masjid As-Syakirin, KLCC petang tadi.
KUALA LUMPUR, 11 Ogos - Bertemakan 'Ummah Bersatu Negara Maju', Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) hari ini telah menganjurkan proram Tadarus dan Khatam Al-Quran peringkat nasional bersempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.
Majlis yang diadakan di Masjid As-Syakirin, KLCC selepas solat Asar petang tadi telah dihadiri seramai 200 orang daripada Ahli Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan pelajar dari Tahfiz serta anak-anak yatim sekitar ibu kota. Turut hadir pada majlis berkenaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Bin Hj Baharom (B), Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU), Ustaz Fathul Bari.
Pelajar Tahfiz dan Maahad sekitar Ibu Kota turut hadir
Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran petang tadi.
Sejurus selepas selesai majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran, Khairy Jamaluddin telah memberi sumbangan duit raya kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan cenderahati penghargaan kepada pihak penaja.
Ketika majlis perasmian Iftar Ramadhan bersama Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, "program seperti ini harus disebarluaskan keseluruh negara. Kita perlu menyokong pendekatan UMNO negeri Johor yang kerap menganjurkan program Tadarus dan Khatam Al-Quran. Semalam UMNO telah menganjurkan program seperti ini di Kepala Batas dan hari ini Pergerakan Pemuda menganjurkan di sini".
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika berucap
"Kita perlu mengaplikasikan konsep modal insan dan ulul albab dalam kehidupan seharian. Ulul albab menghendaki kita menggunakan akal yang waras bagi mencari kebenaran dalam persepsi yang sebenar. Mereka yang banyak berfikir tentang penciptaan langit dan bumi akan membuatkan kita sedar bahawa kita ini adalah khalifah yang mentadbir dunia ini"
"Bagi melahirkan modal insan, kita perlu menekankan ilmu dan agama agar kehidupan kita sentiasa dilindungi rahmat Allah S.W.T. Dengan ilmu kita dapat membezakan kebenaran dan kebatilan tanpa dihasut orang lain," ujarnya lagi.
Pengerusi iLMU, Ustaz Fathul Bari ketika
menyampaikan tazkirah
Dalam pada itu, Pengerusi Sekretariat Ulama Muda UMNO (iLMU), Ustaz Fathul Bari berkata dalam tazkirahnya "Majlis Tadarus dan khatam Al-Quran ini satu program yang mulia dan baik. Masyarakat hari ini perlu memperbetulkan fahaman mereka bahawa agama bukannya pada sambutan dan peristiwa sahaja. Agama itu memandu kehidupan"
"Kita bukan sahaja mahu mewujudkan orang yang tahu membaca dan menghafal Al-Quran tetapi lebih besar dari itu yang mana Al-Quran perlu difahami dan dijadikan panduan hidup. Kita tidak mampu memahamkan kandungan Al-Quran kepada bukan Islam jika Islam berbalah sesama sendiri."
"Carilah malam lailatul qadar dalam 10 malam terakhir bukannya cari pusat membeli belah 10 malam terakhir. Malam lailatul qadar ialah malam yang sangat indah yang mana lebih baik daripada 1000 malam," katanya lagi ketika menyampaikan tazkirah sebelum berbuka puasa.
Turut hadir menyerikan majlis, Persembahan nasyid dari kumpulan D'Soul selepas solat maghrib.-KalamPena/PjO
Malaysia Tanah Tumpah Darahku : YB Dato Razali Ibrahim
Kini kita telah melangkah kebulan kemerdekaan didalam bulan ramadan yang mulia,
Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan Yg Ke 55Tahun dengan laungan "Janji Ditepati" Sepanjamg kita menyambut kemerdekaan negara, saya rasakan tahun 2012 sepatutnya kita sambut dalam semangat patriotik diseluruh negara, tapi malangnya ada puak2 rejim pakatan mengeluarkan kata2 yg tidak patriotik sehingga menghina Jalur Gemilang Kita demgan mengelarnya "Jalur Malang". Bukan setakat itu sahaja negeri2 pakatan tidak bersatu dalam laungan "Janji Ditepati" Pelik adakah mereka nak nyatakan rejim Pakatan tidak mengotakan janji mereka? Hmmm terpulanglah.
Saya dapat bertanyakan isu ni pada YB Dato Razali Ibrahim dlm erti kemerdekaan yang wajib disematkan oleh generasi muda.
"Semoga erti kemerdekaan diselami & difahami sebaik mampu serta kedatangannya kali ini membawa semangat cinta tertinggi kita bernegara. Makmurlah Malaysia, tanah tumpah darah ku...YB Dato Razali Ibrahim.
"Ungkapan yang ringkas tapi membawa makna dan maksud yang besar"
Friday, August 10, 2012
YB Datuk Saifuddin Abdullah Dan YB Khairy MERDEKA PROGRAM NEGARA
SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menegaskan sambutan Hari Kemerdekaan sebagai program negara bukan program politik.
Mesej itu dipanjangkan (ReTweet) oleh Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin serta lebih 40 orang pengikut Saifuddin, yang mempunyai pendirian yang sama. Dilaporkan semalam lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan Himpunan Janji Bersih pada malam sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 di Dataran Merdeka.
Saifuddin membidas penganjuran ini kerana akan mengganggu kelancaran sambutan Hari Kemerdekaan. Beliau juga melahirkan rasa kecewa kewajaran penganjur memilih tarikh dan tempat yang sudah dipersiapkan untuk sambutan Hari Kemerdekaan keesokan paginya.
“Saya menyeru kepada mereka supaya janganlah buat perhimpunan itu pada malam tersebut di situ (Dataran Merdeka), namun saya tidak kata boleh dibuat di tempat lain,” katanya.
*Jadi pada Pak Samad sudah2 lar buat kerja2 yang merapu ni. Pak Samad harus ingat yang Pak Samad asalnya warganegara Singapura kini Malaysia..Apa Pak Samad dah lupa ker sajak2 tentang keperitan kehidupan di sana dan nikmat kehidupan di Malaysia..
31hb Ogos Hari Kemerdekaan Negara Malaysia. Jgnlah Rosakkan Nya, Merdeka Milik Rakyat Malaysia Bukan Hak Milik Pakatan Rakyat.
Majoriti Rakyat Bersama2 Dalam Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 55 Kerana Kami Anak Merdeka, Kami Anak Malaysia.
JOM KIBARKAN JALUR GEMILANG.
Thursday, August 9, 2012
Adam Adli, Khalid Ismath & SMM – Jom berdemo……BERANI KER?
Berani ker si Adam Adli, Khalid Ismat, Chegu Bard atau SMM (Solidariti Mahasiswa Malaysia) turun memperjuangkan nasib pelajar-pelajar Unisel hari nie …..
Atau mereka sebenarnya hanya pencacai kepada pakatan rakyat dalam memperjuangkan isu mahasiswa seperti menghapuskan PTPTN dan hapuskan AUKU sedangkan isu sebenar mahasiswa seperti apa yang berlaku kat Unisel nie, bukanlah perjuangan mereka sebenarnya….
Berani ker mereka memasang PATUNG sebegini di depan bangunan SUK?
Atau mengalung bunga dan meletakkan `batu nisan’ sebagai simbol orang mati ….. letakkan juga gambar Khalid Ibrahim & muka Halimah (Exco Pendidikan)
Ataupun pihak poster Anwar Ibrahim yang juga merupakan penasihat ekonomi kerajaan negeri berharga RM1….
Tak nak ke berkhemah di Bulatan Unisel Bestari Jaya…. Ajak sekali pelajar-pelajar yang tidak dibenarkan masuk hostel tersebut …..
Kalau 4 perkara nie korang tak buat …. Tak perlulah korang menyalak lagi selepas nie untuk memperjuangkan nasib dan kebajikan mahasiswa Malaysia sebabnya korang memang tak layak …. Korang hanya berani menyalak untuk pakatan rakyat semata-mata ….
Pesanan aku, jangan sekadar jadi anjing pakatan rakyat ( Petikan Drpd Blog Sahabat Gunung )
Jadi Kita Tgk Depa Berani Atau Tidak..Atau Cam Biasa Akan Terus Salahkan BN...Itu Jer Modal Depa..
Wednesday, August 8, 2012
Parti Politik Dan NGO, Ibarat Isi Dan Kuku Bukan Musuh
Perubahan landskape politik negara bole kita lihat kini.Dahulu rakyat akan meminta bantuan terus pada pemimpin2 politik tetapi kini dapat dilihat rakyat mula bersuara melalui gerakan2 NGO2
Salah satu dimensi yang kurang diberikan perhatian oleh ramai pihak di negara ini ialah aktivisme sosial yg kini banyak digerakkan oleh gerakan2 NGO bersama2 masyarakat. Saya memahami aktivisme sosial sebagai satu pendekatan strategik yang dilakukan untuk membina hubungan secara terus dengan masyarakat.
Hubungan tersebut dilakukan melalui program-program secara berterusan dan tersusun untuk memenuhi keperluan masyarakat. Pada akhirnya, setiap program itu akan meningkatkan kualiti kehidupan, dan memberikan kemaslahatan serta kesejahteraan sosial, khususnya dalam jangka masa panjang.Tapi gerakan2 NGO ini sering kurang mendapat perhatian kepimpinan Politik khususnya diperingkat bahagian berbeza ngan kepimpinan diperingkat pusat yang lihat pentingnya utk kerjasama ngan gerakan2 NGO ini.
Aktivisme sosial adalah satu kelompongan di negara ini jika dilihat penghayatannya dalam konteks politik kepartian. Memang, dari satu sudut, kelompongan tersebut diisi oleh badan-badan yang tidak bermotifkan keuntungan (NGO) yang sepatutnya mendapat kerjasama pihak parti politik dlm mendekati aktivist2 masyarakat.
Beberapa program bermotifkan pendidikan oleh NGO tertentu memang ada, namun, dalam konteks realiti semasa, khususnya kemampuan kewangan NGO yang rendah, program-program tersebut masih kurang dan belum mampu memenuhi keperluan yang ada kerana itulah pemimpin2 harus membantu gerakan2 NGO ini bukannya menolak mereka.
Pada Pemimpin2 Politik Jgn Lah Buat Musuh Ngan NGO2 Tapi Bantulah Mereka, Jgn Anggap Pemimpin2 NGO Sebagai Satu Yg Akan Mengugat Kedudukan Politik Mereka Dan Akhirnya Tidak Akan Bekerjasama Ngan Aktivist2 NGO Malah Akan Menolak Dan Bermusuh Ngan Gerakan2 NGO2
Walau bagaimanapun, tulisan ini lebih memfokuskan aktivisme sosial dalam konteks kepartian. Keterlibatan parti-parti dalam melibatkan diri dengan program-program sosial yang memberikan kebaikan adalah sangat kurang.Saya secara peribadi rasakan pemimpin2 harus berubahan dalam cara mereka berpolitik kerana lanskape politik negara sudah berubah,
Janganlah terus ada budaya cah keting dan tikam belakang pada aktivist2 gerakan NGO di peringakat akar umbi kerana takut dan rasakan tergugat kerana gerak kerja NGO berbeza ngan pendekatan cara lama.
Parti-parti di negara kita, dan dalam tulisan ini saya memberikan tumpuan yang khusus kepada parti yang dianggotai oleh majoriti masyarakat Melayu – kelihatan tidak berminat, atau jika berminat, tidak melakukan usaha yang bermakna untuk merealisasikan minat mereka, bagi menjayakan aktivisme sosial.
Program seperti sumbangan beras, makanan dan lain-lain, yang selalunya bersifat bermusim dan ad hoc bukanlah satu manifestasi aktivisme sosial, tetapi lebih didasarkan kepada kehendak-kehendak politik jangka pendek tapi ianya harus berterusan dan konsisten.
Tanpa menafikan aspek positif daripada program tersebut, program sebegitu sebenarnya tidak menyumbang kepada pembangunan masyarakat yang sejahtera dan bahagia.
Jika kita lihat beberapa perubahan sosial dan politik yang berlaku di Lubnan, Palestin dan Turki, kita akan dapat melihat, salah satu faktor yang menyumbang kepada perubah lanskap tersebut ialah aktivisme sosia dan akhirnya berlaku kerana pemimpin2 parti politik tidak mahu mengikut perubahan landskape politik dan akhirnya berlaku prubahan.
Kita lihat perubahan transformasi politik yang dibawa oleh YAB Ds Najib yang mengunakan pendekatan2 baru dan cara geakana pemikiran yang diluar kotak kerana menlihat pentingnya harus ada perubahan dlm keadaan politik terkini.
Jadi harapan saya adalah pemimpin2 politik diperingkat akar umbi jganlah gagalkan segala usaha YAB Ds Najib Dalam Transformasi politik negara. Mereka harus mengikut cara gerakan kerja beliau. Hargailah aktivist2 NGO bukan nya menolak serta Cah Keting kerana kerjasama antara satu sama lain adalah langkah yg terbaeek.
Selamat Berbuka puasa semua..
Subscribe to:
Posts (Atom)