Thursday, October 18, 2012

Menjawab Fitnah Pembangkang terhadap Tun Mahathir, Mirzan, San Miguel & PETRON

PEACE YOOOOOO!!!!!

Sahabat saya Minda Hijrah terpanggil untuk membuat pencerahan untuk TUN DR MAHATHIR dan anakandanya MIRZAN MAHATHIR mengenai isu SAN MIGUEL dan PETRON.



1. San Miguel merupakan sebuah syarikat berasaskan perniagaan arak berpangkalan di Filipina.

2. Namun, San Miguel merasakan mereka TIDAK LAGI BOLEH BERSAING dengan syarikat-syarikat arak yang lain. Maka, mereka perlu mencari alternatif perniagaan-perniagaan lain....

3. Perlantikan Mirzan Mahathir sebagai salah seorang ahli lembaga pengarah San Miguel Corporation adalah sebagai mewakili kepentingan kumpulan pelaburan Q-Tech Alliance Holdings yang telah melabur dalam San Miguel Corporation.

4. Jelas Mirzan pelaburan oleh Q-Tech Alliance Holdings dibuat BUKANLAH UNTUK MELABUR di dalam perusahaan minuman beer SEBALIKNYA UNTUK MELABUR dalam bidang INFRASTRUKTUR, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA di Filipina. Ini berikutan KEPUTUSAN YANG TELAH DI BUAT oleh PENGURUSAN San Miguel Corporation YANG MAHU MENTRANSFORMASIKAN BENTUK PERNIAGAAN/INDUSTRI San Miguel Corporation daripada hanya tertumpu kepada perusahaan makanan dan minuman (beverages – termasuk beer) KEPADA INFRASTRUKTU R, UTILITI AWAM dan SEKTOR TENAGA, malah dilaporkan juga San Miguel Corporation telah dikatakan berminat untuk memasuki industri telekomunikasi.




5. Apa yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim jelas berniat jahat dan berunsur fitnah memanipulasikan fakta sebenar perlantikan Mirzan Mahathir sebagai ahli lembaga pengarah San Miguel Corporation kononnya Mirzan Mahathir terlibat dengan secara langsung dalam bisnes arak, Anwar hanya sebut mengenai aspek perusahaan beer yang telah dijalankan oleh San Miguel Corporation selama 119 tahun tetapi tidak pula sebut mengenai pembelian-pembelian aset dan kepentingan terkini yang telah di buat oleh San Miguel Corporation dan strategi transformas/perubahan hala tuju bisnes yang telah diputuskan oleh pengurusan San Miguel Corporation dari makanan dan minuman (beverages - termasuk beer) kepada industri tenaga, infrastruktur dan telekomunikasi.

6. BELIAU JUGA TELAH KELUAR DARI SAN MIGUEL PADA TAHUN 2010

7. Apakah tindakan membantu perubahan transformasi sebuah syarikat yang telah menjalankan bisnes arak selama 119 tahun kepada industri/sektor yang tidak berkaitan dengan beer satu tindakan yang buruk?

FITNAH INI DAH JADI ASAM GARAM DAN NADI PAKATOON

8. Harapan disini supaya Gerombolan Pencacai Angkut Najis terutamanya dari PAS, PKR dan DAP supaya tidak lagi menyebarkan fitnah terhadap Tun Mahathir (walaupon tiada kaitan secara langsung) dan juga Mirzan Mahathir.


9. Kenapa busuk hati sangat apabila melihat orang Islam berniaga dan dapat menguasai dunia korporat ?

*SATU DEMI SATU FITNAH PAKATOON TERBONGKAR, ISU SUARAM, DANA ASING, FITNAH TERHADAP YAB DA NAJIB DAN KELUARGA, FITNAH MENGENAI LYNAS, FITNAH..FITNAH..FITNAH...INI JER LAR YANG PIHAK PAKATOON BOLEH BUAT...

RAKYAT TELAH BUKA MATA DAN CELIK MINDA UNTUK MENILAI POLITIK KEBENCIAN CIPTAAN PAKATOOON NI...

Saifuddin Nasution Setiausaha Agung PKR Anti SUARAM????





KUALA LUMPUR 14 Okt. - Kerajaan Indonesia pernah meminta kerajaan negara ini memantau kegiatan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kerana pertubuhan tidak berdaftar itu dipercayai cuba menggugat keharmonian negara tersebut pada lewat 90-an.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Kedah, Zamil Ibrahim (gambar) mendedahkan, campur tangan pertubuhan propembangkang berkenaan terhadap isu Timur Timor mengakibatkan Indonesia kehilangan wilayah tersebut dengan wujudnya sebuah negara Timor Leste.

Katanya, Suaram dalam kaitan dengan isu kemerdekaan Timor Leste itu banyak mengaturkan program, bengkel dan mesyuarat serta meminta campur tangan dunia luar terutama dari Barat.

"Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution bersama beberapa Exco Pemuda UMNO pernah menceroboh sebuah hotel di Kuala Lumpur kerana marahkan Suaram sebab menggugat hubungan baik Malaysia dan Indonesia.

"Ketika itu, Saifuddin yang merupakan Setiausaha Pemuda UMNO membuat serbuan kerana Suaram mengadakan program berhubung isu Timur Timor di Malaysia. Walau bagaimanapun, beliau ditangkap kerana menceroboh. Saifuddin boleh sahkan perkara ini," dakwanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas kecaman pelbagai pihak terhadap Suaram ekoran pendedahan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pertubuhan itu menerima dana lebih RM0.5 juta daripada penyangak mata wang berketurunan Yahudi, George Soros antara 2007 hingga 2010.

Jelas Zamil, kebanyakan individu yang terlibat dalam tindakan menggugat kestabilan negara jiran berkenaan pada ketika itu kini menjadi Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) terutama di Selangor selain memegang jawatan dalam PKR.

Sehubungan itu, kata beliau, rakyat Indonesia perlu mengetahui pihak yang pernah menggugat kestabilan negara mereka kini berada dalam parti yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim, individu yang dipuja di negara tersebut.

"Saya hairan sebab penderitaan umat Islam di Mindanao, Rohingya, selatan Thailand dan Gaza tidak pula terdapat dalam agenda Suaram.

"Saya tidak terkejut jika fail-fail yang dimahukan kerajaan daripada Suaram boleh berada di Timor Leste kini," katanya.

Zamil turut mencabar pemimpin pembangkang yang pernah menentang Suaram terutamanya Saifuddin sendiri menafikan dakwaan beliau tersebut.

Pada masa sama, beliau meminta kerajaan tidak memandang remeh keterlibatan Suaram dalam pelbagai isu melibatkan keselamatan negara. - Utusan Malaysia

Wednesday, October 17, 2012

Akhirnya Pertubuhan Haram Suaram Sendiri Yang Akui Tiada Perbicaraan Di Perancis


Setelah pendedahan-pendedahan demi pendedahan yang dilakukan dan kenyataan 
dari seorang pendakwaraya Perancis yang menafikan berlaku perbicaraan kes 
pembelian kapal selam di Mahkamah Perancis, akhirnya kini pertubuhan 
haram suaram mengangkat bendera putih.

Menyedari mereka tidak lagi mampu untuk membohongi rakyat Malaysia, 
akhirnya semalam pertubuhan haram suaram membuat kenyataan mengakui 
tiada sebarang perbicaraan di Perancis.

Antara Pos melaporkan seperti berikut,

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) hari ini 
mengesahkan tidak ada perbicaraan bersabit skandal pembelian kapal selam Scorpene 
oleh kerajaan Malaysia yang berlangsung di mahkamah Perancis. 
Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel mendakwa badan bukan kerajaan (NGO) tersebut sebelum ini tidak pernah mengeluarkan kenyataan berkaitan perbicaraan berkenaan namun menyifatkan ianya disalah erti oleh media tempatan.

"Semua kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini oleh Suaram menggunakan perkataan 'siasatan kehakiman' dan 'penyiasatan'.

"Tidak pernah Suaram menggunakan perkataan "perbicaraan' dalam kenyataan kepada umum sebelum ini," katanya kepada pemberita. 

Cynthia yang dilihat cuba mempertahankan Suaram berkata, hanya aduan tentang pembelian kapal selam Scorpene telah dibuat kepada mahkamah Perancis agar siasatan lanjut dapat dilakukan.
Dah takut.....

Dah takut beb.....

Sebelum ini bukan main lagi nak sapina Najib ke Mahkamah Perancis, 
nak sapina Zahid Hamidi, dan yang paling tak boleh tahan tahan sekali 
apabila dia buat kenyataan bahawa seorang saksi telah disapina 
untuk memberi keterangan. 
Dulu bukan main galak lagi....

Duit orang ramai dah kutip beratus ribu kononnya untuk perbicaraan di Perancis, 
tapi kini buat kona baring pula kata tiada perbicaraan....

Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) melancarkan Ops Scorpene 


Terima Kasih RBFOnline



Tahniah, Terbaek, Majlis sambutan #TwtupTF100k


Saya Ingin Mengucapkan Jutaan Terima Kasih Pada Sahabat Saya,Sdr Tun Faisal ( Exco Pemuda UMNO Msia) Atas Jemputan Ke Majlis Sambutan #TwtupTF100k Flaming Steambot Buffet Spectrum Shop Bandar Sunway Terbaek. Tahniah Atas Kehadiran Generasi Muda Yang Aktif Di Twitter




Hebat Semangat Anak2 Muda Yang Ditunjukkan, Saya Terkejut Bila Di Maklumkan Ada Yang Hadir Drpd Pahang, Perak, Penang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan...Etc.




Rata2 Yang Hadir Adalah Generasi Muda...Terbaek..







Jutaan Tahniah Pada Team Yang Bertungkus-lumus Bagi Perlaksanaan Majlis Semalam Yang Berjalan Dengan Lancoooor ( Kata Org Perak :) )




















Apa2 Pun...All The Best Kepada Tun Faisal Dan Team UMB :)

broadcast: Majlis sambutan #TwtupTF100k

Thursday, October 11, 2012

SUARAM "WANTED" BY FRANCE



SUARAM telah pun mengaku bahawa mereka menerima dana dari 
National Endowment for Democracy (NED) dan Open Society Institute (OSI)
iaitu NGO asing yang mana misi utama mereka adalah melakukan ‘pertukaran rejim’ 
di negara-negara yang mempunyai nilai ekonomi dan sosial bagi mencapai 
matlamat Yahudi untuk menguasai dunia.

Kebimbangan mengenai usaha Yahudi untuk menguasai dunia bukanlah satu paranoia 
umat Islam, tetapi ianya telah disebut dengan tegas di dalam Al-Quran.

Peringatan Allah SWT kepada kita ialah agar bersikap hati-hati kepada 
bangsa Yahudi kerana mereka tidak akan rela kepada kaum muslim sampai 
kaum muslim tunduk serta mengikuti kemahuan dan keinginan mereka.


Hari ini, bukan sahaja umat Islam tetapi ramai di kalangan barat sendiri meragui kaum Yahudi, 
lalu mengkaji dan mendedahkan niat dan strategi Yahudi untuk menakluk dunia melalui 
berbagai-bagai NGO yang menggunakan berbagai nama yang kononnya membawa niat murni
seperti memperjuangkan hak asasi, kebebasan, keadilan dan sebagainya.
Bertitik tolak dari itu, pada 1 Oktober lepas, Rusia telah bertindak tegas dengan mengambil 
tindakan menutup pejabat NED di negara itu setelah menyedari NGO dari Amerika tersebut 
mempunyai agenda jahat dan terlibat dalam pengubahan wang haram yang bertentangan 
dengan undang-undang antarabangsa.

Selain NED, semua rangkaiannya seperti International Republican Institute (IRI), 
the National Democratic Institute (NDI), the Center for International Private Enterprise 
(CIPE) and The American Center for International Labor Solidarity (ACILS) juga turut ditutup.

Apa yang berlaku menunjukkan bahawa bukan hanya negara-negara Islam 
seperti Tunisia, Libya, Mesir atau Syria yang disasarkan oleh Yahudi, tetapi 
juga negara bukan Islam. Dan tentu sekali, Malaysia, 
sebagai satu-satunya negara Islam yang maju dan aman tidak mungkin terlepas 
dari menjadi sasaran mereka.


Hari ini, hubungan langsung NED dan juga OSI dengan SUARAM dan pembangkang 
Malaysia bukan lagi rahsia. Ini terbukti apabila Ketua Pembangkang sendiri, 
iaitu Anwar Ibrahim tidak segan silu dan langsung tidak bersembunyi atau
 berahsia mengenai hubungan baiknya dengan pihak ini.

Untuk itu, Anwar, bagi pihak SUARAM telah ke Perancis baru-baru ini semata-mata untuk 
‘menjemput’ seorang peguam bernamaWilliam Bourdon untuk memberi 
keterangan bagi pihak SUARAM yang sedang berhadapan dengan undang-undang 
Malaysia dalam kes menerima dana asing yang diragui.

William Bourdon adalah juga peguam kepada George Soros pemilik OSI iaitu
 seorang penyangak matawang berfahaman liberal yang radikal.

Beliau diketahui umum menjadi ‘kilang wang’ bagi semua operasi 
pertukaran rejim yang dirancangoleh rangkaian Yahudi.Tidak seperti Rusia, 
NED bergerak di Malaysia melalui perkakasnya iaitu SUARAM dan pembangkang. 
Oleh itu, yang bakal menerima akibat jika didapati bersalah dalam kes ini ialah SUARAM dan
bukannya NED.

Dan malang bagi SUARAM kerana NED telah tersilap dengan memandang rendah akan 
kekuatan sebuah kebenaran serta kebijaksanaan pemimpin Malaysia. 
Akibatnya, SUARAM bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan undang-undang Malaysia, 
tetapi juga Perancis.

Sumber dalaman memberitahu bahawa Mahkamah Perancis dikatakan 
bakal mendakwa SUARAM setelah mengambil kira beberapa fakta, antaranya:

1. SUARAM telah dengan sengaja mewar-warkan apa yang dipanggil 
mereka ‘kertas siasatan’ yang mengandungi Dokumen 87 dan Dokumen 144, 
kononnya diperolehi dari pejabat Pendakwaraya. Sedangkan, 
siasatan sepatutnya dijalankan secara tertutup dan rahsia. 
Jika benar wujud ‘kertas siasatan’ tersebut, 
maka tindakan SUARAM mewar-warkannya adalah salah dari segi undang-undang.

2. Dan jika kertas siasatan ini tidak wujud maka SUARAM telah dengan sengaja 
dan sedar mempermainkan undang-undang dengan menggunakan nama dan pejabat 
pendakwaraya Perancis.

3. SUARAM juga telah dengan tidak bertanggungjawab mengada-adakan 
cerita tentang perbicaraan di Perancis, sedangkan ia tidak benar sama sekali.

4. SUARAM bertindak terlalu jauh dengan menggunakan nama hakim Perancis, 
Le Loire, sesuka hati dalam pembohongan mereka.

5. SUARAM mengadakan perbicaraan melalui media dengan 
mendahului siasatan sulit oleh hakim penyiasat Perancis.

6. SUARAM menipu menggunakan nama mahkamah Perancis dan membangkitkan
 persoalan terhadap kecekapan Kementerian Luar Perancis dengan membuat 
kenyataan mengenai penyerahan sapina kepada warga Malaysia.

7. SUARAM dengan sengaja menimbulkan keraguan terhadap polis Perancis dengan 
menyatakan bahawa Altantuya memasuki negara tersebut yang mana 
menyanggah kenyataan rasmi polis Perancis yang menafikannya.

Berita ini membawa makna bahawa pembohongan SUARAM hanyalah setakat ini sahaja. 
Nampaknya, selepas ini, 
NED dan OSI perlu bergantung hampir sepenuhnya kepada pembangkang Malaysia 
untuk meneruskan agenda mereka di negara ini.

Namun, dengan hubungan pembangkang dengan Yahudi yang begitu jelas, 
apakah mereka yakin yang rakyat masih akan terpedaya?

Suaram Perancis List Wanted