Assalamualaikum Dan Salam 1Perjuangan Sahabat2 Yang Dihormati ,
Saya konsisten dalam perjuangan meremajakan Parti UMNO. Ucapan YAB Ds Najib banyak kali menyentuh tentang peremajaan parti.
Soalan disini adakah ianya sekadar Retorik Atau Perlaksanaan ?
Soalan ini banyak bermain di peringkat akar umbi baik ahli UMNO mahupun rakyat yang tidak minat secara langsung dalam politik.
Saya mohon kepimpinan YAB Ds Najib dan Ds Noh selaku pengerusi perhubungan UMNO negeri Selangor membuat satu perubahan dalam landskap politik UMNO Selangor dalam peremajaan parti utk melestarikan perjuangan UMNO untuk terus kekal relevan, segar dimata dan hati rakyat Selangor yang dahagakan perubahan kepimpinan Selangor.
Saya yakin Ds Noh selaku pengerusi perhubungan dengar dan tahu denyutan nadi rakyat yang ingin lihat peremajaan parti. Saya mohon jasa baik kepimpinan berikan ruang dan peluang pada orang muda untuk kembalikan keyakinan rakyat Selangor pada parti keramat kita.
Saya juga mohon YAB Ds Najib, untuk berikan ruang pada anak muda kerusi Senator Muda Negeri Selangor bagi sebahagian daripada gerakan permulaan peremajaan parti UMNO.
Saya merupakan anak muda yang memegang amanah sebagai pemimpin kecil di negeri Selangor yang rasakan sudah sampainya masa transformasi peremajaan UMNO harus dilaksanakan.
Pada prinsipnya setiap manusia adalah pemimpin. Pemimpin yang berjaya adalah seseorang yang mengetuai dirinya sendiri, keluarga, organisasi atau pertubuhan, meneraju membuat perubahan ke arah mencapai matlamat yang ditentukan.
Tanggungjawab ini bukan mudah kerana banyak cabaran dan ujian yang akan dihadapi.
Peranan penting seorang pemimpin ini pernah dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud:
“Ingatlah! Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap apa yang dipimpinnya.” (Riwayat al-Bukhari)
Dalam prinsip kepimpinan perlu amanah, berintegriti, perlu ada kejujuran dan ketelusan. Jika kita gagal menjadi pemimpin yang jujur, amanah, telus atau berintegriti, maka kita tergolong daripada manusia yang rugi dan menipu diri sendiri.
Didiklah hati-hati kita untuk menjadi pemimpin yang jujur dan telus. Setidak-tidaknya pemimpin kepada diri sendiri......Agar 'seketul daging' di dalam diri kite bebas dari penyakit-penyakit agar segala amalan dan tatakelakuan kita mendapat pengiktirafan dari Allah Ta'ala.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya ALLAH tidak melihat paras rupa dan hartamu tetapi melihat HATI dan amalanmu.”
(Riwayat Imam Muslim dan Ibn Majah daripada Abu Hurairah r.a)
"Peremajaan Parti UMNO "
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Mewakili UMNO Selangor