Aduyaiii, saya kurang setuju dan bantah sekali lagi pihak berkuasa menahan Aktivis PPIM (Persatuan Penguna Islam Malaysia) dalam pembelaaan terhadap penguna yang telah diamik kesempatan dan penipuan pihak peniaga di Kotaraya yang tersebar dimedia sosial baru2 ini.
Sepatutnya pihak polis mengambil video tersebut sebagai bukti utk buat pertuduhan pada peniaga yang melakukan penipuan tersebut bukan menahan pihak yg cuba membantu. Walaupun utk disoal siasat tidak perlu sehingga perlu ditahan.
Saya yakin pihak PPIM sedia bekerjasama dengan pihak POLIS dalam siasatan untuk membenteras penipuan peniaga terhadap rakyat.
Saya mohon pihak POLIS, KPDNKK dan Pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap :
1) Peniaga dan Syarikat yang mengunakan cara samseng yang terlibat
2) Pihak Pusat Kotaraya yang membenarkan kejadian penipuan berlaku depan mata.
3) Syarikat SAMSUNG Malaysia harus batalkan semua hubungan niaga dengan syarikat tersebut serta merta kerana ianya menrosakkan imej jenama SAMSUNG. Jika diteruskan boleh dikatakan pihak SAMSUNG setuju cara peniaga memeras dan menipu penguna.
Saya mohon jasabaik pihak POLIS untuk melepaskan Aktivis PPIM kerana beliau memperjuangkan hak penguna yang ditindas dan ditipu.
Pada penguna2 sepertimana saya nyatakan berkali2 pergi sahaja ke MARA DIGITAL bagi pembelian barangan DIGITAL.
Pada pihak yang saya lihat berterusan menyerang MARA DIGITAL cukup2lah membuat provokasi dan persepsi buruk terhadap MARA DIGITAL. Fikirkan dan nilaikan daripada sudut penguna yg sering kali ditindas dan ditipu seperti di Low Yatt dan Kotaraya.
#SelamatkanAktivisPPIM
#DemiPengunaUtkPenguna
#SolidaritiPPIM
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia