Thursday, February 18, 2016

Siapa Riduan Nak Saran Ds Zahid Letak Jawatan


Selasa
16hb Feb 2016

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa sahabat2 yang dihormati,

Tertarik hati saya lihat Sdr Mohd Ridzuan Abdullah Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana (IKHLAS) menbuat sidang akhbar yang menyarankan YAB Ds Zahid Hamidi  meletakkan jawatan kerana isu kemasukan pekerja asing.

Saya lihat beliau lebih suka mencari publisiti2 murahan untuk melonjakkan nama beliau. Kenyataan beliau saya lihat lebih kearah ucapan emosi dan terikut permainan persepsi tanpa mengunakan fakta. 

Sebelum ini beliau pernah mengeluarkan kenyataan membidas Sultan Johor dalam isu vape dan mengeluarkan kenyataan populist nak saman Ketua Polis Negara lah, nak saman Kementerian Kesihatan lah, nak saman KPDNKK lah, apa lagi kenyataaan populist yang tidak dikeluarkan oleh beliau.

Dalam isu kemasukan pekerja asing, saya lihat beliau tidak jelas tentang proses kelulusan. Syarat2 yang ditetapkan harus diamik kira kerana semuanya jika kita paham dan terang tidak seperti yang digembur2kan. Jika kita nilaikan secara matang kebanyakkan permohonan adalah bagi sektor 3D ( Dangerous, Difficult, Dirty) .

Sektor 3D boleh dikatakan kurang mendapat sambutan dan minat daripada warga kerja rakyat Malaysia khususnya generasi muda. Ini berdasarkan fakta bukan auta atau emosi. Boleh dikatakan peratusan orang muda rakyat Malaysia dalam sektor 3D tidak ramai, kerana ini syarikat memohon kemasukan warga kerja luar untuk menampung kekosongan.

Jadi cadangan saya pada sdr Ridzuan Abdullah untuk mendapatkan penjelasan yang jelas daripada pihak Kementerian Dalam Negeri dahulu sebelum membidas YAB Ds Zahid Hamidi. Nasihat saya sebagai orang muda, pada beliau. Kurangkan buat kenyataan akhbar mahupun sidang akhbar untuk nampak populist tanpa memahami isu yang dikatakan. 

Walk The Talk, No Action Talking Only is not the solution.

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Mat Sabu Kuda DAP, hina bangsa sendiri



Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa sahabat2 yang dihormati,

Mat Sabu, Siapa Beliau? Pada yang tidak mengenali beliau, ini salah seorang pemimpin PAS yg pernah terlibat kes tangkap basah disalah sebuah hotel dahulu. Seorang yang kita tahu yg terlibat secara terang2 perpecahan PAS sehingga bila kalah bertanding mempertahankan kerusi empuk beliau keluar dan buat parti Amanah.

Jangan ingat rakyat Malaysia tidak ingat semua itu dan jangan ingat rakyat Malaysia tidak tahu beliau kuda tunggangan Empayar LIM DAP. Jual prinsip dan maruah diri utk mendapat habuan untuk kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat.

Ini pemimpin yang keluarkan kenyataan menghina melayu bodoh, bangang dan bahlol di atas pentas politik sempena perayaan hari raya cina bertempat di Sungai Petani dihadapan empayar Lim. 

Saya nak bagitau Mat Sabu,sila lihat cermin dahulu, kenyataan beliau ibarat meludah kelanggit dan hinggap ke muka sendiri. Sangguh menghina bangsa sendiri untuk mendapat habuan dan kuasa. Ini ciri2 pemimpin yang wajib kita tolak serta jangan sokong parti ciptaan beliau iaitu Amanah.

Woi Mat Sabu isu Freemason di Penang bawah Empayar LIm kenapa diam seribu bahasa?

Apa amanah yang dibawak, selain amanah menghancur dan menghina bangsa sendiri. Bagi saya amanah yang digalas oleh beliau adalah amanah empayar Lim untuk mendapat kuasa dalam negara dengan cara pecah dan perintah. Pecahkan secara dalaman parti PAS untuk memastikan DAP tambah kuasa pada PRU akan datang.

Saya mohon seluruh orang2 melayu beragama islam tanpa mengira apa jua fahaman politik kita tolak parti Amanah dibawah kepimpinan SI GILA KUASA Mat Sabu pada PRU akan datang.

Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia #Kita1Hati #BeraniKeranaBenar #DemiSebuahPerjuangan 

Thursday, February 11, 2016

Bantahan Freemason/Iluminati di Pulau Pinang


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa sahabat2 yang dihormati,

Sepertimana yang saya nyatakan, pada 24hb Feb 2016 akan ada pertemuan terbesar Freemason/Iluminati terbesar di salah sebuah negeri tidak lama lagi. Ramai yang hubungi saya setuju bagi membongkarkan pertemuaan mereka ini dan walaupun saya dinasihatkan tidak mengacau kerana dikatakan gerakan mereka kuat dan besar, tapi saya yg berpegang pada agama islam dan berpandukan perjuangan 30juz Al Quran rasakan ianya harus dihentikan dan dibatalkan serta mohon pihak kerajaan negeri tersebut berikan penjelasan.

Disini saya lampirkan semua maklumat pertemuan Freemason/Iluminati yang bakal diadakan di Pulau Pinang pada 24hb Feb 2016 tidak lama lagi.







Saya nak desak dan bantah secara terbuka perhimpuan ini. Saya nak Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama kepimpinan Pakatan Harapan mahupun Pakatan Rakyat untuk berikan penjelasan mengapa dibenarkan pertemuan Freemason/Iluminati ini.











Apa pendirian pemimpin2 serta penyokong2 Pakatan Harapan terutama yang beragama Islam dlm PKR, PAN , DAP dan PAS mengenai isu ini.







Saya juga mohon NGO2 Islam bersatu dalam bantahan ini terhadap pertemuaan Freemason/Iluminati yang bakal diadakan di Pulau Pinang di salah sebuah Hotel Ternama.



Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah ingin buat pendirian secara terbuka membantah dan mahu penjelasan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, samada beliau setuju atau tidak pertemuan ini.

Berkata benar walaupun pahit

Demi Alif, Baa, Taa

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pergerakan Pemuda UMNO

*Semua Maklumat Saya Mohon Penjelasan demi seluruh umat Islam

Wednesday, February 3, 2016

Bantah Gerakan Iluminati Dalam Malaysia



Assalamualaikum sahabat2 yang dihormati,

Baru2 ini saya komen dan bantah mengenai isu lambang dajal atau gerakan iluminati yang digunakan dalam iklan Astro Hitz serta mohon penjelasan pihak pengurusan Astro dalam isu ini.

Dlm masa beberapa jam sahaja saya mendapat maklum balas yang banyak setuju ngan desakan saya terdapat isu logo iluminati atau dajal yang digunakan. Saya juga dapat maklumat bukan sahaja logo ini digunakan oleh pihak Astro Hitz dalam iklan mereka tetapi juga ianya digunapakai semasa Anugerah Juara Lagu di TV3, apa sudah jadi? 


Adakah gerakan iluminati ini sudah memasuki dalam negara kita secara tersirat dan tersorok utk merosakkan minda masyarakat? Ini bukan satu isu kecil bagi saya, tetapi ianya isu besar khususnya bagi masa hadapan negara kita.

Mungkin ramai yang tidak paham kenapa saya bantah tentang pengunaan logo iluminati ini kerana kurang penjelasan.

Banyak sekali orang didunia ini yg menafsirkan apa itu ILLUMINATI ADALAH Gerakan yang di buat berdasarkan perintah Dajjal kepada pengikutnya Perkumpulan Rahsia Paling Misterius, Secret Society yang ditemukan pada 1 Mei 1776, menurut info yang didapat Illuminati mengikuti ajaran agama yang disebut dengan nama Kaballah dan juga mengikuti para penyembah setan.

Para anggota Illuminati mempercayai bahwa anti-kristus ( Dajjal ) akan datang ke bumi dan akan memerintah selamanya. Dan musuh terbesar Illuminati adalah Islam, kerana dalam Al-Quran tertulis bahwa Anti-Kristus ( Dajjal ) akan dikalahkan oleh Imam Mahdi.

Jadi saya bantah isu logo iluminati ini kerana ianya bukan satu isu yang kecil. Tapi ianya sebuah isu yang besar yang harus kita tolak dan bantah.


Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia