Sunday, January 15, 2012

TAHNIAH, PROTON KINI MILIK DRB-HICOM



KUALA LUMPUR, 16 Jan — Khazanah Nasional Berhad hari ini akan mengumumkan DRB-Hicom telah memenangi bidaan dengan kepentingan sebanyak 42.7 peratus pegangan saham dalam Proton Holding Berhad, dengan harga jualan RM6 seunit untuk keseluruhan jumlah bernilai RM1.4 billion, menurut sumber.

Syarikat berkenaan memilih jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, pemilik DRB-Hicom sebagai pembeli untuk saham-saham tersebut walaupun terdapat tawaran lain. Turut difahamkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimaklumkan berkenaan pembelian tersebut.



“DRB-Hicom telah berjaya dalam bidaan tersebut, dan akan diumumkan pada Isnin ini,” menurut sumber berkenaan.

Sumber lain pula mengesahkan penjualan berkenaan, Khazanah berpuas hati dengan penawaran sebanyak antar RM6 dan RM8 sesaham. Saham Proton ditutup pada RM5.18 seunit pada Jumaat lepas, dan memberinya modal pasaran besar bernilai RM2.8 billion.

Dengan anggaran harga jualan RM6 sesaham, pembelian kepentingan Khazanah dan saham-saham selebih pembuat kereta nasional itu perlu membayar sejumlah lebih daripada RM3.29 billion.



Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar sebelum ini berkata, dana tersebut akan menjual keseluruhan blok saham Proton, dan sekiranya ia terjadi, maka akan berlakunya penawaran awam.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap pembelian tersebut ialah Pengerusi Proton Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh , dan DRB Hicom, manakala beberapa pihak lain dikatakan adalah Naza Group, dan rakan kongsi bersama Sri Arumugam Apavoo Packiri dan Gerald Lopez of Genii Capital. UMW Holdings Bhd,



Sime Darby Bhd dan Tan Chong Motor Holdings Bhd menafikan dakwaan mereka mempunyai minat terhadap Proton.

DRB-Hicom telah menyerahkan bidaan tersebut kepada pembuat kereta nasional itu pada 9 Januari lalu.

“DRB-Hicom melihat Proton Holding Berhad sebagai pemain industri automotif yang penting dan DRB-Hicom sentiasa menunggu peluang untuk mengambil peluang yang bermanfaat untuk mengembangkan perniagaan,” menurut DRB-Hicom sebagai respon ketika bursa saham.

Laporan berita terdahulu memetik penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Khazanah Nasional akan menjual kepentingan 42.7 peratusnya dalam Proton kepada DRB Hicom. Dia juga berkata dia menentang tawaran awam untuk semua saham jika DRB Hicom memenangi tawaran tersebut.



Arkitek projek kereta nasional itu telah bekerja keras sejak 1980an sebaik sahaja menjadi perdana menteri dan memastikan identiti Ptoron terpelihara dengan memastikan rakyat tempatan menguasai syarikat tersebut.

Beliau dengan lantang menentang cadangan Khazanah untuk menjual kepentingan syarikat kepada syarikat Jerman pada 2007 wlaaupun perjanjian terbabit akan memanfaatkan Proton untuk memperluaskan rangkaiannya berikutan Volkswagen berhasrat untuk mengeksport keretanya ke Asean.



Aset bersih Proton sesaham adalah RM9.80, tetapi saham-saham tersebut kurang memuaskan ekoran pendapatannya yang berkurang dan perbelanjaan yang tinggi untuk subsidiarinya di UK, Lotus International.

Dalam pasaran domestik, Proton telah kehilangan penguasannya terhadap pasaran terhadap pembuat kereta nasional Perodua, dan pada masa sama, kenderaan asing sedang menguasai pasaran automotif tempatan dengan persekitaran yang lebih liberal.

Aset utama Proton adalah tiga kilang pengeluarannya, tetapi sama ada DRB-Hicom akan membayar untuk premuim tersebut, khazanah hanya berkata akan tunggu dan lihat tindakan seterusnya.

Terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa pembuat kereta daripada Amerika General Motor berminat untuk membeli 50 peratus kepentingan kilang Proton di Tanjung Malim pada harga RM800 juta, dibawah harga keseluruhan membangunkan keseluruhan fasiliti tersebut yang bernilai RM1.8 billion.

Sementara itu, turut timbul keraguan dalam kalangan dunia korporat kerana empayar perniagaan Syed Mokhtar yang terlalu luas, meliputi pelabuhan, perkhidmatan pos, bekalan kuasa, pertahanan, dan perkhidmatan kewangan.

SEMOGA PROTON AKAN TERUS BERKEMBANG MAJU KEHADAPAN...TAHNIAH PADA DRB-HICOM MILIK USAHAWAN BUMIPUTRA. SYUKUR ALHAMDULILAH.

Saturday, January 14, 2012

KJ PRU13..Kebangkitan Pemuda


KUALA LUMPUR, 14 Jan – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin yakin bahawa pilihanraya umum ke 13 tidak akan berlaku pada bulan Mac tahun ini. Beliau dipetik sebagai berkata bahawa Perdana Menteri baru-baru ini telah memaklumkan terdapat beberapa janji yang akan dipenuhi terlebih dahulu sebelum membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada proses demokrasi.

Selepas Malaysia menjalani proses demokrasi melalui pilihanraya umum pada bulan Mac 2008 lalu, spekulasi bertiup kencang mengatakan bahawa pilihanraya umum ke 13 akan berlangsung antara bulan Mac dan April tahun ini. Tempoh matang yang diperuntukan oleh undang-undang negara adalah sehingga Mac tahun 2013 sebelum dewan terbubar secara otomatis.

Khairy berkata bahawa antara janji yang dilontarkan oleh Perdana Menteri sebelum ini adalah untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA yang dianggap begitu penting dalam proses transformasi lanskap politik negara melalui konsep PTP. Begitu juga dengan penggubalan Akta Universiti dan Kolej Universiti atau AUKU yang menjadi bahan jajaan segelintir pihak yang mahukan pembebasan institusi akademik serta mahasiswa.

Justeru itu, Khairy berpendapat bahawa sidang dewan parlimen seterusnya harus berjalan dan ia akan berlangsung sehingga bulan Mac nanti. Jadi, kemungkinan besar pembubaran parlimen tidak berlaku waktu itu. Namun, beliau turut mengakui itu semua (membubarkan parlimen) adalah terpulang kepada Perdana Menteri.

Khairy Jamaluddin berkata sedemikian sewaktu ucaptama program tertutup “Taklimat Khas Pilihanraya ke-13 Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia” yang dihadiri oleh ketua-ketua, naib-naib ketua, penolong-penolong setiausaha serta pengerusi-pengerusi jentera gerak gempur Pergerakan Pemuda UMNO bahagian-bahagian seluruh Malaysia di dewan Tun Hussein Onn, PWTC. Turut hadir menutup majlis tersebut adalah Datuk Seri Shafie Apdal, Naib Presiden UMNO

Pemuda Umno Di Bawah YB KJ Bertekat Dan Akan Terus Bekerja Keras Bagi Persiapan Menghadapi PRU13, Semangat Dan Kebangkitan Pemuda Umno Konsisten Dalam Perjuangan Pemuda Umno Bagi Menghadapi PRU13.

Gerakan YB KJ Yg Di Lihat Satu Transformasi Baru Dalam Gerak Kerja Pemuda Umno Giat Di Jalankan. Pemuda Umno Berdiri Teguh Atas Kepimpinan YB KJ Selaku Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

PRU13 Generasi Muda Akan Kembali Bersama Barisan Nasional..Insyallah.

Friday, January 13, 2012

Metallica - One



IN THE NAME OF DEMOCRACY

BN SELANGOR "SEMPOY" KEARAH PRU13





SHAH ALAM, 14 JAN : Melalui kajian yang dibuat oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL) mendapati hanya 18 peratus rakyat di Selangor yakin kerajaan Pakatan Rakyat mampu mengekalkan kuasa di Selangor manakala 40 peratus mengatakan mereka tidak tahu.

Pengarahnya, Profesor Dr. Mohammad Redzuan Othman dalam kenyataan yang merumuskan hasil kajian itu dilakukan ke atas responden dengan mengandaikan responden tidak menyokong mana-mana parti.

Seramai 795 responden dipilih dan kajian dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan etnik Melayu, Cina dan India serta lain-lain. Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji berstruktur.

Kajian lapangan tersebut dilakukan pada 3 Disember hingga 11 Disember 2011 merangkumi kawasan parlimen Puchong, Sepang, Sabak Bernam, Hulu Selangor, Kuala Selangor, Selayang, Gombak, Ampang, Hulu Langat, Pandan, Subang dan Shah Alam.



Kajian melibatkan lapan orang enumerator dan tiga orang penyelia.

Projek penyelidikan ini dibiayai oleh Projek Flagship Universiti Malaya FL004/2010.

Hasil kajian mendapati 36 peratus responden merasakan kerajaan BN akan terus meyakinkan rakyat di negeri ini untuk kembali memerintah Selangor.

Sementara 18 peratus memilih Pakatan Rakyat dan 46 peratus daripada parti memberikan jawapan tidak pasti parti mana yang berjaya memikat hati pengundi pada PRU akan datang.



Hasil kajian mendapati etnik Melayu 42 peratus memilih BN, 18 peratus memilih PR dan 63 peratus memberikan jawapan tidak pasti terhadap kerajaan yang akan mentadbir Selangor pada masa akan datang.

Sementara etnik Cina pula 20 peratus memilih kerajaan BN, 17 peratus PR dan 63 peratus turut memberikan jawapan tidak pasti.

Bagi etnik India pula, kajian merumuskan 38 peratus memilih BN, 17 peratus PR dan 45 peratus memberikan jawapan yang tidak pasti kerajaan manakah yang akan mentadbir Selangor selepas PRU 13 nanti.



Menurut kajian itu lagi, responden yakin sokongan rakyat ke atas Barisan Nasional meningkat hasil daripada pendekatan kempen yang dibawa oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di bawah slogan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

43 peratus responden memberikan jawapan "YA", 31 mengatakan "TIDAK" manakala 26 peratus mengatakan "TIDAK PASTI".

Malah kajian turut mengambilkira mampukan Pakatan Rakyat (PR) meneruskan kesinambungan dengan mantap tanpa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpinnya.



Untuk rekod hanya 25 peratus mengatakan PR mampu memerintah negeri Selangor tanpa Ketua Pembangkang itu, 33 peratus mengatakan tidak mampu dan 42 peratus memberikan jawapan tidak pasti.

Peratusan ini dilihat agak mengejutkan biarpun PR dilihat sering mencanang kewibawaan mereka berjaya menguruskan urus tadbir Selangor.

Selain itu kajian yang dibuat turut mempersoalkan mampukah Pas menjadi alternatif kepada UMNO dalam menjaga kepentingan orang Melayu di negeri Selangor?

Untuk rekod, kajian mendapati 68 peratus responden tidak yakin ataupun tidak pasti jika Pas-PR boleh menjaga kebajikan seperti mana yang pernah UMNO-BN lakukan sebelum Selangor ditawan oleh Pakatan.

60 peratus daripada responden itu adalah terdiri daripada bangsa Melayu, manakala Cina dan India pula masing-masing mewakili 25 dan 12 peratus responden dalam kajian tersebut.

Kajian yang dilakukan oleh UMCEDEL di Selangor ini sekaligus menjelaskan senario sokongan rakyat yang semakin terhakis terhadap pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahin dan juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Sementara dari satu perspektif, sokongan rakyat Selangor yang mula kembali kepada UMNO-BN dilihat sebagai hasil transformasi yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak memegang jawatan sebagai pemimpin nombor satu negara yang diyakini kredibelitinya lebih daripada pemimpin pembangkang yang ada.



Pendekatan menyelami masalah rakyat dan juga mengutamakan keberkesanan pentadbiran negara dikenalpasti sebagai satu faktor yang berjaya mencuri sokongan rakyat daripada Pakatan.

Lebih-lebih lagi dengan sifat rendah diri serta mesra rakyat yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Malah kerajaan BN juga dilihat rajin turun ke padang bukan hanya disebabkan pilihan raya semakin hampir dalam meninjau permasalahan rakyat jika hendak dibandingkan dengan kerajaan PR.

Untuk rekod kajian turut melihat apakah isu yang menjadi pilihan responden dalam membuat keputusan mengundi calon pada PRU-13, majoriti responden masing-masing 20 peratus akan memihak kepada pimpinan yang rajin melawat kawasan dan mengotakan janji sebelum ini.

Amnesty says India has done it, so why not Malaysia?


Amnesty says India has done it, so why not Malaysia?

AMNESTY INTERNATIONAL
PRESS RELEASE

9 January 2012

Malaysia: Anwar case shows why sodomy law must be scrapped

The Malaysian government must repeal the criminal sodomy law used in a politically motivated attempt to bar Anwar Ibrahim from politics, Amnesty International said today after the opposition leader was acquitted by the country's High Court.

“Anwar's acquittal is a welcome move. Fortunately, the Malaysian authorities have refrained from turning the country’s opposition leader into a prisoner of conscience,” said Donna Guest, deputy Asia-Pacific director at Amnesty International.

“The government must now repeal the sodomy law, a repressive statute that enabled this politically motivated persecution.”

The High Court verdict comes in the run-up to national elections, widely expected to take place in early 2012.

If Anwar had been convicted and sentenced to prison for a year or more, he would have been barred from politics for five years.

This case was the second time Anwar was prosecuted for criminal sodomy.

After he was sacked as deputy prime minister in 1998, he was arrested on sodomy charges and imprisoned for six years. The sodomy conviction was later overturned and he was freed in 2004.

As a result of that conviction, Anwar was barred from politics until 2008.

In July 2008, a month before he returned to parliament in a by-election, the opposition leader was again arrested on sodomy charges. A 26-year-old former aide told police that he and Anwar had had a sexual encounter in a Kuala Lumpur apartment.

Laws criminalizing consensual sexual activity between adults are contrary to international human rights standards.

In December 2011, the UN Human Rights Commissioner published a report calling on states to repeal provisions that criminalize same-sex relations between consenting adults.

In the case of Toonen v Australia, the UN Human Rights Commission in 1994 found that laws punishing same-sex sexual behaviour infringe on the right to privacy.

Malaysia’s criminal sodomy law, Section 377, was drawn from the Indian Penal Code of 1860 and imposed under British colonial rule. In 2009, India repealed its sodomy law.

“The sodomy law violates the rights of gay Malaysians. Moreover, it was used as a tool of political repression against Anwar,” said Donna Guest.

Tun M berterima kasih kepada Azmin Ali


Tun M berterima kasih kepada Azmin Ali

KUALA LUMPUR 12 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah contoh seorang pemimpin ulung yang tidak mudah melatah apabila berterima kasih kepada Azmin Ali, meskipun Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menghinanya dengan ungkapan biadap.

Namun, dalam nada sinis, bekas Perdana Menteri itu menempelak Azmin kerana mengeluarkan kenyataan tidak berotak apabila memanggil beliau dengan ungkapan 'kepala otak kau' semasa berceramah di Pulau Pinang, Selasa lalu.

"Saya mahu kata terima kasihlah, dalam kepala saya ada otak, kepala dia (Azmin) tak ada," katanya ringkas dan sinis ketika ditemui Utusan Malaysia selepas menyampaikan ucaptama pada majlis dialog bank pelaburan anjuran Maybank, di Hotel Mandarin Oriental, di sini hari ini.

Azmin ketika berceramah pada Himpunan Rakyat Menuntut Keadilan di Seberang Jaya, Pulau Pinang memanggil Dr. Mahathir dengan ungkapan 'kepala otak kau' sebagai reaksi kepada komen bekas Perdana Menteri itu berhubung keputusan mahkamah membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Reaksi biadap tersebut dikeluarkan Azmin kerana berang dengan kenyataan Dr. Mahathir yang menyifatkan pembebasan Anwar daripada tuduhan liwat adalah bukti tiada konspirasi sebagaimana dituduh dan dijaja pembangkang bertujuan untuk menimbulkan kebencian rakyat.

Ia kenyataan biadap kedua seumpamanya dikeluarkan Ahli Parlimen Gombak itu terhadap negarawan tersebut kerana sebelum ini, semasa Dr. Mahathir mendapat rawatan di Australia, Azmin menggelar bekas Perdana Menteri itu sebagai 'pemimpin tersungkur'.

Malah, Timbalan Presiden PKR itu dengan angkuh berkata, gelaran 'pemimpin tersungkur' istilah paling lunak untuk Dr. Mahathir hanya kerana bekas Perdana Menteri itu memberi sokongan kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mempertahankan hak bumiputera.

Thursday, January 12, 2012

JOHN MALLOT,ANWAR AND AL-GORE.?



John Mallot Sahkan Anwar Agen Yahudi !

Bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia, John R Malott, dalam tulisan terbarunya kepada Malaysiakini mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah anti-Yahudi, sebaliknya masih konsisten mempunyai hubungan dengan tokoh-tokoh Yahudi sejak dari menjadi Timbalan Perdana Menteri hingga sekarang.

Tulisan Mallot itu menjawab tulisan Rachel Motte, bertajuk “Anwar Ibrahim Pet’s Defender: Ambassador Mallot’s Credibility Gap” yang mendakwa Anwar adalah seorang teroris di lamannya, newledger.com.



Mallot tidak berpuas hati dengan tulisan Rachel itu dan menghubungi penulis newledger.com itu pada 12 Februari dengan memberi ugutan saman fitnah.
Menurut Mallot sekurang-kurangnya tiga point penting dalam artikel Rachel yang membolehkannya mengambil tindakan undang-undang ke atas penulis itu.

1. bahawa saya (Mallot) membela “seorang lelaki (Anwar) yang mempunyai hubungan terus dengan pertubuhan pengganas, dan lelaki itu (Anwar) adalah anti-Semitik (anti-Yahudi)
2. bahawa “laki-laki dan wanita yang berfikiran rasional mampu melihat perbezaan antara individu yang baik dan buruk, orang yang anda harus sokong, berbanding dengan individu yang anda harus jauhi,” dengan menyifatkan saya bukan individu yang berfikiran rasional (kerana menyokong Anwar).
3. bahawa saya (dengan menyokong Anwar) telah “dibutakan dengan anti-Semitik secara jelas dan turut menyokong sebuah pertubuhan yang menyokong keganasan.”



Berdasarkan tiga perkara penting di atas, Mallot membuat penegasan, beliau lebih mengenali siapa Anwar dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan Anwar Ibrahim adalah anti-Yahudi dan terlibat dengan kumpulan pengganas.

“Sebagai bekas duta besar ke Malaysia, saya mempunyai akses kepada laporan perisikan, dan saya dapat mengesahkan dengan pasti bahawa Anwar tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana organisasi pengganas."

“Selanjutnya, Anwar terus menjadi sahabat kepada bekas Naib Presiden AS, Al Gore, bekas setiausaha Pertahanan AS, William ‘Bill’ Cohen, dan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS, Paul Wolfowitz“, tegas Mallot.



Menurutnya lagi, Anwar tidak akan mempunyai sahabat di kalangan tokoh-tokoh Yahudi, jika sekiranya beliau anti -semitik, terutamanya Paul Wolfowitz yang dianggap Anwar sebagai ‘sahabat rapat’, sedangkan tokoh Yahudi itu merupakan aktivis zionisme dan menjadi arkitek perang di dunia Islam, ketika menjadi Timbalan Setiausaha Pertahanan AS.



“Tidak akan ada tokoh-tokoh (AS) yang mahu meneruskan hubungannya dengan Anwar jika beliau mempunyai hubungan rapat dengan pengganas.

“Selanjutnya, Anwar tidak akan dibenarkan memasuki AS, jika beliau mempunyai hubungan (dengan pengganas) itu. (Dan beliau berada di sini, minggu lepas ).

“(Sudah tentu) Paul Wolfowitz (seorang Yahudi) tidak akan menjadi teman Anwar jika Anwar adalah anti-Semitik”, tegasnya lagi.

Hujah Mallot dibenarkan memasuki AS mempunyai asas yang kukuh, kerana tokoh-tokoh Islam yang pernah disenaraihitamkan AS sebagai pengganas Islam sudah disekat melalui tapisan yang ketat di peringkat imigresen lagi.

Minggu lepas, Anwar berada di New York dan Washington untuk memberi syarahan di Asia Society, Universiti Georgetown dan New America Foundation serta mengadakan sidang media dengan CNN dan National Press Club. Klik di sini, di sini sini di sini dan di sini



Lebih menarik lagi, Paul Wolfowitz dan John Mallot turut hadir semasa Anwar berucap di New America Foundation, Washington DC. Anwar juga turut mendakwa beliau turut mengadakan mesyuarat tertutup dengan tokoh-tokoh penting pentadbiran AS dari Jabatan Negara, White House dan Majlis Keselamatan Nasional (NSC).
Rekod Hubungan Anwar – Yahudi Kekal



Sambil menolak dakwaan Anwar sebagai anti-semitik, Mallot yang masih memantau karier politik Anwar semasa beliau menjadi duta AS ke Malaysia (1995-1998), sehingga sekarang, mengesahkan hubungan Ketua Umum PKR dengan tokoh-tokoh Yahudi itu masih kekal.

Menurutnya, fakta ini turut disahkan oleh penulis terkemuka AS, Ian Buruma dari The New Yorker.com yang mendakwa ‘Anwar Ejen Yahudi’ merupakan salah satu faktor Anwar dipecat dari kabinet.



“Ketika Anwar ditendang keluar dari kabinet pada tahun 1998, Mahathir yang menuduh George Soros dan konspirasi Yahudi yang menyebabkan krisis ekonomi Asian pada tahun 1997 telah memberi taklimat kepada kabinetnya tentang hubungan Anwar dengan Yahudi dengan menyebut kawan-kawan Anwar seperti Robert (Bob) Rubin, Bill Cohen, James (Jim) Wolfensohn, Paul Wolfowitz, dan lain-lain lagi. Semuanya tokoh Yahudi, dari Amerika Syarikat.

“Kisah kedua dalam penulisan (Ian) Buruma adalah kenyataan Mahathir yang paling popular dengan mengatakan bahawa Anwar mungkin boleh menjadi “Perdana Menteri Israel Yang Baik “, kata bekas duta AS itu lagi.

IIIT Pernah Disiasat FBI
Sambil mengakui Anwar terlibat dengan IIIT (International Institute of Islamic Thought) yang berpengkalan di Virginia, AS dan badan itu pernah digeledah oleh FBI (Federal Bureau of Investigation) selepas peristiwa 11 September, namun menurut Mallot sehingga kini, badan itu tidak disenaraihitamkan oleh AS sebagai pengganas.
“Kerajaan AS pun tidak pernah memfailkan saman terhadap IIIT. Kerajaan AS (juga) tidak pernah senaraihitamkan (IIIT) sebagai pertubuhan pengganas dan kerajaan AS tidak pernah menutupnya”, tegas Mallot.

Kenyataan Mallot ini bercanggah dengan kenyataan Ben Johnson Ketua Editor, FrontPage Magazine yang menyatakan IIIT termasuk dalam senarai pemerhatian kerajaan AS, dan tokoh-tokohnya turut disiasat, manakala Ahmad Totonji pula dinamakan sebagai defenden kepada tuntutan keluarga yang mati akibat serangan 11 September.

Selain terlibat dengan IIIT, Totonji turut terlibat dalam WAMY (World Assembly Of Muslim Youth), SAAR Foundation (SAFA) dan ADAMS (All Dulles Area Muslim Society).

Pada 20 Mac 2002, melalui ‘Operasi Green Quest’, agen FBI telah mengeledah sederetan rumah yang beralamat di “Grove Street” (500 dan 555 Grove) di Herndon, Virginia) merupakan pusat lebih dari 100 organisasi Muslim dan pusat perniagaan, diketuai oleh Jamal Barzinji, sahabat akrab Totonji dan Anwar yang sama-sama menubuhkan IIIT.



“Lebih daripada 100 organisasi (perniagaan tanpa keuntungan) telah beroperasi dari dua alamat itu (500 dan 555) selama bertahun-tahun, yang paling terikat dengan Kumpulan Safa, salah satu daripada syarikat Barzinji.



“Pengerusi ADAMS adalah Ahmad Totonji, kelahiran Iraq dan warganegara Arab Saudi dan (merupakan) target utama dalam Operasi Green Quest.



“Totonji juga dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan satu trillion US Dollar yang difailkan oleh lebih 600 ahli keluarga yang mati semasa peristiwa serangan 9/11.
“Operasi Green Quest juga turut menggeledah rumah Abdul Hamid Abu Sulaiman, bekas presiden IIIT; Jamal Barzinji, Pengarah IIIT, dan Hisham Al-Talib, Pengarah IIIT”, kata Johnson.


KITA PUNYA AKAL DAN FIKIRAN KURNIAN ALLAH SWT..NILAIKAN DENGAN KEMATANGAN.

Watikah Perlantikan AJK Unit Pidato Pemuda BN




Syukur Alhamdulilah Majlis Angkat Sumpah dan Penganugerahan Watikah Perlantikan AJK Unit Pidato Pemuda BN Di PWTC Yang Di Saksikan Oleh YBM Dato Sri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor SU Agung BN.

Selama 3Tahun Unit Ini Ditubuhkan Dengan Pelbagai Cabaran, Halangan, Rintangan dan Kenangan Oleh Rakan2 di Dalam Unit Pidato Pemuda BN.



Bermula Ngan Kursus Pertama Pada Tahun 2009 Di Janda Baik Pahang, Dimana Tempat Dan Titik Permulaan Unit Ini. Siapa Sangka Pertemuaan Di Antara Rakan2 Pemuda Seluruh Negara Yang Tidak Mengenali Antara Satu Sama Lain Sehingga Berkekalan Sehingga Ke Hari Ini. Kini Hubungan Antara Kami Ibarat Hubungan Adik Beradik Susah Senang Bersama.



Hari Ini Adalah Satu Hari Yang Amat Berharga Bagi Seluruh Keluarga Team Unit Pidato Pemuda BN. Di Mana Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Menberikan Watikah Perlantikan Kepada Semua Team Unit Pidato Pemuda BN Selepas Berjuang Selama Lebih 3Tahun. Berceramah di Semua Pilihanraya Kecil, Pilihanraya Negeri Sarawak, Program2 Pidato di Peringkat Bahagian, Kursus2 Pidato,Motivasi Pidato Sehingga ke Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri Malaysia.



Setelah Menunjukkan Komitment Dan Tanggungjawab Akhirnya Pada 12hb Januari 2012 Majlis Angkat Sumpah dan Penganugerahan Watikah Perlantikan AJK Unit Pidato Pemuda BN Di PWTC Yang Di Saksikan Oleh YBM Dato Sri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor SU Agung BN.



Terima Kasih Semua Atas Sokongan Anda Semua "BN PILIHAN ORANG MUDA"

Monday, January 9, 2012

KEARAH POLITIK BARU..



Assalamualaikum Dan Salam 1Malaysia,

Tahniah Pihak Polis Dan Nyata Sistem Perundangan Malaysia Ni Adil, Skang Anwar Di Bebaskan, So Masihkah Mahkamah Malaysia Ni Tak Adil Itu Soalan Yg Patut Kita Tanyakan. Ok Rakyat Msia Teruskan Kehidupan Kita Seperti Biasa, Hidup Ngan Aman Dan Damai.

Saya harap kini BN Mahupun PR Kini Harus Terus Fokus Agenda Sebenar, Tanggungjawab Sebenar dan Amanah Sebenar Iaitu Menjaga RAKYAT.

Gerakan Kearah Politik Baru Sudah Pun Bermula, Kini Politik Baru Harus Di Guna Pakai Bagi Menjaga Kepentingan Rakyat. Politik Kebencian , Tikam Belakang, Cah Keting, Serangan Peribadi Saya Rasa Dah Habis.



Kini Gerakan Harus Kearah Gerak Kerja Dan Dekat Pada Hati Rakyat. Politik Kini Kita Harus Peka Akan Kepentingan Rakyat Dan Jadi Sebahagian Daripada Degupan Nadi Rakyat.



Jadi Kepada Rakan2 BN mahupun PR, Jom Kita Kearah Politik Baru. Sebagai Menunjukkan Saya Juga Kearah Menuju Kehadapan, Saya Secara Peribadi Minta Maaf Atas Apa Jua Tindakan Saya Jika Terguris Mana2 Perasaan Anda. Manusia Tidak Lari Daripada Melakukan Kesilapan. Insyallah Saya Akan terus Perbaiki Segala Kelemahan Yang Ada Pada Diri Saya Kini Utk Menjadi Lebih Baik Di Masa Hadapan.

Sekian Wasalam.

Sunday, January 8, 2012

Sabar YB Datuk Dr Hasan Ali..


Kenyataan Dr Hassan Ali Pemecatan Beliau Oleh Presiden Parti !!!
KENYATAAN MEDIA DATUK DR HASAN ALI

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah s.w.t. Sebentar tadi saya menerima berita pemecatan saya sebagai ahli PAS dengan serta merta.

Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa.

Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama' mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil.

Saya akan memanggil sidang akhbar dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan lagi kedudukan perkara ini.

YB Dato Dr Hasan Mohamed Ali
ADUN Gombak Setia
8 Januari 2012

Wednesday, January 4, 2012

SAM1M Laporan Polis Terhadap Himpunan 901


1 Laporan Polis Telah Di Buat Oleh Dewan Tertinggi SAM1M Iaitu Sdr Azhar Ahmad Di Balai Polis Kapar, Klang Selangor Pada Jam 9pm 04hb Januari Bersama2 Rombongan SAM1M Klang Dan Ngo2 Sekitar Kapar Klang Terhadap Himpunan Haram 901 Yang Akan Di Adakan Oleh Pihak Pakatan Rakyat.

Pihak SAM1M Merasakan Himpunan Haram 901 Ni Akan Hanya Akan Menghuru-Harakan Keamanan Negara Kita, Persoalan Disini PR Jelas Tidak Menghormati Langsung Sistem Perundangan Negara Ni Bila Keputusan Tidak Memihak Pada Pihak Mereka.

Jika Di Lihat Drpd Gerakan Mereka, Seperti Mereka Mengatakan Dan Merasakan Ketua Pembangkang DSAI Di Dapati Bersalah Atas Tuduhan Liwat Beliau..

Kini PR Sehingga Sanggup Mengadaikan Masa Hadapan Anak Muda Mahasiswa Demi Kepentingan Survival Politik Mereka. Renung2kan.

ABP = Asalkan Bukan PAKATAN (Malaysia Aman)

Pencapaian Akademik Pelajar Terlibat Demo #UPSI Didedahkan...





Inikah Yang Di Angkat Sebagai IKON Mahasiswa..BONGKAR, Baru Kita Tahu Kebenaran. Alhamdulilah Hari Ni Terbuka Jua Akan Kebenaran Siapa Mahasiswa Yang Di Angkat Sebelum , Kepala2nya Semua Terbukti Gagal Sebagai Mahasiswa Terutama Dalam Pendidikan Akhirnya Jelas Di Lihat Kini Mereka Hanya Di Guna Pakai Oleh Pihak Yg Tidak Mementingkan Masa Hadapan Generasi Muda Tetapi Hanya Mengunakan Mereka Utk Kepentingan Politik . Allah Swt Telah Buka Akal, Fikiran Dan Mata Utk Menilai Kebenaran Bagi Masa Hadapan. Pintu Untuk Berubah Masih Terbuka Luas.



Nama : Ahmad Syukri Che Ab Razab
Umur : 27 tahun

Bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. Meneruskan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Namun tidak menghabiskan pengajian kerana aktif dalam poltik kerana pencapaian akademik kurang memuaskan.



Nama : Ahmad Syukri Bin Kamaruddin
Umur : 22 tahun

Bekas pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Tidak menghabiskan pengajian kerana terlalu sibuk berpolitik dan pencapaian akademiknya kurang memuaskan.
Kini bekerja sebagai pegawai khas Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa




Nama : Shazni Munir Bin Mohd Ithnin
Umur : 25 tahun

Bekas pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan dengan Pengajian Islam, Universiti Malaya. Ditamatkan pengajian kerana pencapaian kurang memuaskan (CGPA bawah 2.0)



Nama : Ahmad Syukri Che Ab Razab
Umur : 27 tahun

Bekas pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS). Diberhentikan kerana pencapaian akademik kurang memuaskan. Meneruskan pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Namun tidak menghabiskan pengajian kerana aktif dalam poltik kerana pencapaian akademik kurang memuaskan.

Kesimpulan :
Mereka adalah pelajar-pelajar IPTA pro-pembangkang yang gagal di IPTA. Tetapi selepas diberhentikan pengajian di IPTA kerajaan Negeri Selangor memberikan mereka 'full scholarship' untuk belajar di IPTS milik kerajaan negeri Selangor.
Kerajaan negeri Selangor dikatakan menggunakan mereka untuk menjayakan agenda gerakan politik pembangkang di kalangan pelajar-pelajar junior.

Adakah para mahasiswa di luar sana ingin menjadikan mereka yang GAGAL ini sebagai Ikon?

Mereka terbukti telah gagal dalam pengajian disebabkan terlalu gila berpolitik. Sehinggakan diberhentikan pengajian di IPTA dek pencapaian akademik mereka yang tidak memuaskan?

Kita Punya Akal Dan Fikiran Untuk Menilai Bukan..Adakah Kita Mahu Jadi Seperti Mereka Atau Menjadi kebanggaan Keluarga Dengan Berjaya Dalam Pendidikan.

Tuesday, January 3, 2012

AUKU – AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (Statement by Tun M)



AUKU – AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI (Statement by Tun)

1. Saya mengaku yang sayalah orangnya yang telah perkenalkan AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) semasa saya menjadi Menteri Pelajaran.

2. Walaupun kita sudah merdeka lebih 15 tahun ketika itu tetapi bilangan kelulusan daripada universiti tidak ramai, terutamanya di kalangan orang Melayu. Jumlah jurutera, doktor perubatan, arkitek dan lain-lain ahli profesional amat kecil dan menyedihkan. Sebaliknya maju mundurnya bangsa dan negara bergantung kepada ketinggian jumlah rakyat yang berilmu. Tidaklah sihat bagi Malaysia jika dari rakyat berbilang kaumnya jumlah Melayu dan bumiputera lain yang berkelulusan universiti sangat berkurangan. Setelah Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan maka jumlah penuntut Melayu di tiga buah universiti tempatan sudah bertambah dengan banyaknya. Tetapi kemasukan sahaja tidak akan dapat menambah jumlah Melayu yang berpelajaran tinggi jika ramai yang diterima masuk tidak lulus dan tidak berjaya memperolehi ijazah.



3. Kita terpaksa menerima hakikat bahawa ramai penuntut Melayu dan bumiputra lain yang diterima masuk universiti memiliki kelulusan yang kurang baik daripada penuntut bukan Melayu. Samada mereka mendapat ijazah universiti atau tidak bergantung kepada kegigihan mereka menumpu sepenuh masa untuk menguasai ilmu melalui proses-proses pembelajaran ala universiti.



4. Kita dapati penuntut Melayu amat berminat dengan kegiatan politik. Mereka suka melibatkan diri dengan demontrasi jalanan dan lain-lain aktiviti politik yang memakan masa mereka di universiti. Dengan ini tidak dapat tidak tumpuan mereka kepada penguasaan ilmu tentu kurang. Amatlah merugikan mereka dan masyarakat Melayu jika mereka gagal.

5. Apakah kerana mereka tidak boleh berdemonstrasi dan lain-lain maka mereka akan kurang berpengetahuan dalam bidang politik; mereka akan jadi robot? Tidak juga. Mereka boleh ada forum perbahasan dalaman atau antara universiti, dan mereka boleh mendapat pakar yang tidak punyai kepentingan politik parti untuk memberi syarahan dan sessi soal jawab. Tanpa terlibat secara langsung dengan aktiviti politik berpartian, mereka masih boleh menguasai dan memahami selok belok politik.



6. Kegiatan seperti ini tidak akan memisah mereka daripada menumpukan masa yang mencukupi untuk menguasai ilmu yang menjadi sebab utama mereka berada di universiti.

7. Harus diingat bahawa pembiayaan bagi tiap-tiap penuntut samada yang dapat biasiswa atau tidak datang daripada duit rakyat. Duit itu disalur dengan rela hati oleh mereka kerana kepentingan penuntut dan ilmu yang dituntut oleh mereka, yang akan menjamin masa depan yang cerah bagi mereka. Rakyat yang sanggup wang ini dibelanjakan untuk penuntut sedia berkorban jika korban mereka mendatangkan hasil yang dikehendaki. Tentulah mereka akan kecewa jika wang mereka disalahguna, dihabiskan untuk kegiatan yang lain. Negara juga akan rugi kerana tidak dapat warga yang berilmu. Dan penuntut itu sendiri akan rugi kerana masa depan mungkin tidak cerah seperti yang diharapkan.



8. Pengorbanan yang kita pohon daripada penuntut kita hanya sedikit sahaja. Masa untuk menuntut tidak begitu lama – hanya tiga atau empat tahun sahaja. Setelah lulus tumpukanlah sepenuh masa untuk kegiatan politik atau lain-lain jika ini menjadi minat utama. Pada masa itu kita tidak habiskan wang orang lain. Kita habiskan duit dari titik peluh kita sendiri.



9. Saya percaya orang yang bertanggungjawab dan tahu kenang budi seperti ini akan menjadi manusia dan pemimpin politik yang lebih baik.

10. Tetapi jika kita sanggup habiskan duit orang, kita hampakan harapan orang, sebaliknya kita tidak rela mengguna duit dan masa kita sendiri untuk sesuatu yang kita gemar, maka tidaklah kita dapat berkata yang kita begitu prihatin dan rasa bertanggungjawab terhadap masalah negara kita.



11. Penuntut universiti tentu tidak suka dengar pendapat saya ini. Yang amat marah kerana AUKU ialah penuntut Melayu. Saya rela dimarah oleh siapa sahaja tetapi saya tidak berniat buruk semasa memperkenalkan AUKU. Bagi saya peningkatan kebolehan bangsa saya adalah lebih penting dan utama daripada apa kecaman terhadap diri saya.

12. Jika hari ini penuntut lebih dewasa dan bertanggungjawab batalkan sahaja AUKU.


TUAN2 PUNYA AKAL DAN FIKIRAN..RENUNGKAN DENGAN KEMATANGAN...