Wednesday, February 22, 2012

LUPAKAN POLITIK SEBENTAR, JOM SAMA2 BANTU ADIK FARIS : SAM1M



FARIS SELEPAS KIMOTERAPI KE 4 (BIL
HOSPITAL HAMPIR MENCECAH
RM100,000)
[Nota - berita lanjut dan perkembangan, sila lawat blog Bersama Mazidul
http://www.mazidulakmal.com/ ]


Petang tadi saya menghubungi ayah Faris Nur Daniel, 6 tahun, Shamrulismawi Ismail melalui panggilan telefon bimbit.

Berikut gambar pertama dihantar kepada saya.

"Ini gambar dirakamkan petang semalam. Masa saya bercakap dengan dia, Faris mampu membuka mata dan menganggukkan kepala," ujar Sham.



Di bawah, direkodkan komunikasi di antara Faris dan Sham semalam.

'Walaupun doktor kata keadaan Faris masih tak byk berubah & paru2 nya masih lagi kritikal namun saya bersyukur kepada Allah kerana masih boleh berinteraksi bersama anak saya Faris....

Selepas saya bancuh susunya & beri pada nurse utk dimasukkan kedalam tiub utk faris, dia membukakan matanya... Kemudian saya pun cuba berinteraksi ngannya

Ayah : Farisss, faris nampak ayah tak?
Faris : *angguk (walaupun terlalu lemah anggukkan dia)
Ayah : Faris rindu ayah dgn ibu?...
Faris : *angguk
Ayah : Faris sakit tak?
Faris : *diam
Ayah : nanti nurse bagi susu supaya faris kuat & sihat ok?
Faris : *angguk
Ayah : ayah tunggu kat luar dulu ye? Nanti nurse bg susu, lap badan & tukar pampers tau.. ayah datang balik nanti. Kejab je ok?
Faris : *diam

Alhamdulillah, faris tunjuk reaksi positif walaupun doktor kata keadaan dia masih membimbangkan.... Bersyukur sgt2 kepada Allah bila dpt berkomunikasi dgn Faris.....

Mohon rakan2 semoga terus menerus mendoakan semoga Faris cepat sembuh'

Pembaca boleh membaca kisah Faris di Mari Bersama Kita Membantu Faris Untuk Terus Hidup Dengan Izin Allah, STM (Akronim Paling Bermakna Bagi Faris, Gambar Terkini Faris (Mampukah Dia Tersenyum Kembali?) dan Faris Terkini.

"Gambar kedua, saya rekodkan selepas Faris menjalani rawatan kimoterapi di antara jam 12 tengahari dan 2 petang tadi. Dia diberikan ubat tidur untuk berehat," tambah ayah pesakit.

Untuk rekod, itu rawatan kimoterapi ke 4 dilalui oleh Faris.

Sewaktu mula mengetahui kisah derita ditempuh oleh anak kecil itu, bil hospital terpaksa dijelaskan oleh Sham dan isteri, RM75,000.

Setelah 21 hari dimasukkan ke Sime Darby Medical Center, keluarga terbabit kini menanggung bil berjumlah RM96, 957.68.

Berikut salinan bil dikeluarkan oleh pusat perubatan terbabit.



Untuk makluman, Faris kini terpaksa bergantung sepenuhnya kepada mesin oksigen untuk bernafas dan keadaannya masih diklasifikasikan sebagai 'kritikal'.

Justeru, usaha untuk memindahkan Faris ke hospital kerajaan bertujuan mengurangkan kos rawatan tidak dapat dilaksanakan.

Kombinasi insuran Sham dan isteri, Zuraine Mohamad, dilaporkan RM40,000 sahaja sedangkan bil terkini hampir mencecah RM100,000.

Sham dan Zuraine, kakitangan Standard Chatered dan Celcom.

Jika ingin menyumbang untuk meringankan tanggunggan ibu dan ayah Faris, salurkan ke Maybank 1140-1115-2218 atau 1628-5200-2738.

Mewakili keluarga Faris, saya merakamkan ucapan terima kasih kepada semua bermurah hati menyumbang. Semoga Allah membalas jasa kalian semua.

SAYA HARAP ADA LAR MANA2 ORANG BERADA, JUTAWAN ATAU PAK MENTERI YANG SUDI MEMBANTU ADIK KECIL INI, YA ALLAH KAU PERMUDAHKAN LAH USAHA KELUARGA INI DAN KAMI UNTUK TERBUKA MANA2 MANUSIA YANG SUDI MEMBANTU ADIK KECIL INI..

TERUS HEBAHKAN BERITA INI, SAYA MEWAKILI SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA INSYALLAH AKAN MEMBANTU.

ARMAN AZHA HJ ABU HANIFAH
SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA

PAS Jadi Penghalang Perjuangan Islam!!!



NILAIKAN SENDIRI, MANA PERJUANGAN UTK RAKYAT..KENAPA RAMAI PEMIMPIN PR KELUAR DAN HILANG KEYAKINAN PADA PR..KERANA PR TIDAK JUJUR DAN TIDAK BERPEGANG PADA PRINSIP.

BN PILIHAN GENERASI MUDA, BN KERAJAAN BERTANGGUNGJAWAB.

Kapal Israel: Taktik Pas Pertahan Anwar, kata Mahathir



KITA PUNYA AKAL DAN FIKIRAN UNTUK MENILAI, MANA BAIK DAN MANA TIDAK..
BN PILIHAN GENERASI MUDA

Tuesday, February 21, 2012

ANUWAR "ADOII AKU KANTOI LAGI"



Anwar kata kenyataannya adalah selaras dengan persetujuan diantara Fatah-Hamas di Doha minggu lalu. Pendiriannya adalah menyokong penyelesaian 'dua-negara" Israel dan Palestin.

Pertama sekali: Hamas tidak pernah bersetuju dengan penyelesaian "dua-negara". Sila lihat Malaysian Insider, Feb 17 2012, "Anwar's explanation and the stand that Hamas never took" oleh Abdar Rahman Koya.

Kedua: Persetujuan yang dicapai di Doha pada Feb 07,2012 diantara Presiden Mahmud Abbas dan Khaled Meshaal (Ketua Biro Politik Hamas) ialah bagi Abbas mengetuai kerajaan sementara (unity government) yang akan terdiri daripada teknokrat bebas.

"The reconciliation deal between Fatah and Hamas can create a united front against Israel".



Kerana itu Perdana Menteri Israel, Netanyahu dengan pantas mengutuk persetujuan tersebut dan mengingatkan Abbas ,"It is either peace with Hamas or peace with Israel. You can't have both."

Tidak terdapat sebarang kenyataan di Doha ini mengenai keselamatan dan persetujuan "dua-negara" oleh Hamas dan Fatah seperti yang dinyatakan oleh Anwar!!



Ketiga: Nasharuddin juga ada bertemu dengan pemimpin Hamas. Nasharuddin dilapurkan sebagai berkata bahawa pemimpin Hamas terperanjat dan kesal terhadap kenyataan Anwar mendahulukan keselamatan Israel!! ANWAR NAK KENCING LAGIII!!!

PETIKAN BLOG : DR MIM ( Psssttttt Bila Nak Belanja Nasi Kandar)

KJ Sound AnuWar "Jgn Ingat Kami Lupa"



PARIT 21 Feb – Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin hari ini mengingatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kenyataaNnya mengenai Israel menerusi Wall Street Journal (WSJ ) yang dianggap sama dengan pendirian kerajaan Malaysia.

Menurut beliau walaupun ada perdagangan antara kedua-dua negara tetapi perdagangan itu adalah antara syarikat antarabangsa dan Malaysia mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa tidak ada sebarang hubungan politik dan diplomatik dengan negara Israel.



“Contohnya syarikat antarabangsa yang berpengkalan di Malaysia yang perlukan bahan mentah yang tidak boleh diperolehi daripada negara-negara lain, mereka terpaksa import daripada Israel sebab ada syarikat yang mungkin tidak dimiliki oleh rakyat Israel di negara tersebut.

“Contohnya Intel ada kilang di Israel menyediakan bahan untuk membuat mikrocip atau bahan untuk semikonduktor atau untuk peralatan komputer. Intel di sini atau syarikat pekilang di Malaysia terpaksa import daripada Intel.



“Kelonggaran ini telah diberikan pada 1996 dan saya ingin ingatkan Anwar bahawa beliau jangan hipokrit atau buat-buat tidak tahu dalam soal hubungan dagang ini kerana pada 1996 Anwar pada waktu itu sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di Bangunan UMNO Parit, di sini, hari ini.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN seterusnya berkata kelonggaran untuk syarikat-syarikat lain yang ada di Israel dibuat pada 1996 oleh jemaah menteri.

Katanya lagi kawalan terhadap dagangan dengan Israel dikawal di bawah Akta Kastam dan agensi berkenaan adalah dibawah Kementerian Kewangan.



“Sebelum 1996 kita tidak boleh berdagang dengan Israel…. Jadi pada 1996 siapa Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan tidak lain tidak bukan adalah Anwar Ibrahim. Jadi kalau dia kata hari ini kerajaan ada hubungan dagangan dengan Israel dan beliau buat-buat tidak tahu, beliau sebenarnya menteri yang membenarkan perkara ini.

“Jadi saya harap perkara ini diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi. Kalau Anwar terus serang dengan “point” itu, dia sendirilah yang sebenarnya meluluskan pindaan tersebut,” katanya. -MediaUMNO

Monday, February 20, 2012

Politik Langit dan Bumi PRU13




Assalamualaikum sahabat2 yang di hormati,

Politik langit dan bumi, hmmmmm..kita duk sejenak dan pikirkan, betul ker? Kini kita lihat janji2 manis ibarat ladang tebu ditepi bibir di jaja oleh pihak penjual janji manis siapa lagi kalau bukan PR.

PR kini mula menjanjikan bulan dan bintang pada rakyat seperti mana mereka lakukan pada PRU12 yang lalu. Jual jgn tak jual.

Senario politik Malaysia selepas pilihan raya Mac 2008 hinggalah kini, zaman yang dianggap banyak pihak sebagai zaman politik baru Malaysia sedang dalam proses pembinaan. Atas dasar itulah,ini dinamakan ‘ Membina Politik baru’.

Politik abad ke-21: Perubahan ataupun Harapan Palsu kerana di jangkauan masa setahun inilah Malaysia melalui perubahan politik yang paling ketara. Pilihan raya Mac 2008 dianggap sebagai tsunami politik. Ekoran tsunami politik ini, rakyat Malaysia melihat pelbagai peristiwa menarik yang berlaku dalam politik Malaysia sebelum ini.

Pakatan Rakyat dilihat lebih bersifat sekadar menjual janji.Macam2 janji lihat sahaja dalam kitab PR iaitu Buku Jingga. Manusia dipegang pada janjinya. Manusia yang tidak menunaikan janji dengan sengaja adalah munafik. Manusia yang menjanjikan sesuatu yang dia tahu dia tidak mungkin mampu menunaikannya juga adalah manusia munafik.



Seperti yang kita tahu, Buku Jingga PR menabur berbagai-bagai janji yang hebat-hebat belaka. Namun, kita juga tahu bahawa hampir semua janji tersebut merupakan janji yang tidak masuk akal berdasarkan kajian, pengalaman dan penyelidikan pakar-pakar ekonomi.

Menabur janji adalah antara strategi PR untuk memenangi Pilihanraya, selain dari strategi memfitnah dan memburukkan kerajaan BN.

Kesan Jika 100 Janji Buku Jingga Pakatan Dilaksanakan - Mari Lihat Sini Dan Mohon Tambah Lagi Sebelum Disebarkan Seluruh Medan Maya Ini !!!

Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).- kesannya negara akan huru hara bila gangster, penyamun, perompak, pengkhianat dan pelacur politik berleluasa hancurkan negara. Kerajaan BN akan laksanakan tapi ngan lebih bertanggungjawab dengan adakan undang2 keselamatan yang baru.Bukan main buang jer.

Mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuhraya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuhraya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.- kesannya perbelanjaan meningkat dan duit untuk subsidi pendidikan, kesihatan dll yg penting termasuk makanan akan terjejas sedangkan tol hanya diguna oleh sebilangan rakyat sahaja di bandar bukan semua warga negara. Janji palsu untuk mengaburi rakyat.

Merombak struktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pihak swasta (seperti subsidi gas sebanyak RM19 bilion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat. Kesannya : pelabur swasta akan takut melabur apabila melihat kesan hasutan rakyat bahawa projek seumpama itu dilabelkan sebagai membazir atau ada unsur kronisme. Ini juga akan menjejaskan usaha negara yang memang memerlukan penglibatan swasta dalam membangunkan negara kita. Jelas pembangkang tidak memberikan janji yang wajar dalam hal ini.

Menghargai peranan guru sebagai pendidik bangsa dengan Menaikkan memperkenalkan imbuhan perguruan sebanyak RM500 sebulan setiap seorang
. Ini juga sangat membebankan perbelanjaan kerajaan. Bayangkan jika bonus RM500 kepada kakitangan awam pun sudah melibatkan kos yang besar maka apakah ada jaminan 'khazanah negara' akan kekal jika janji sebegini ditaburkan demi merampas kuasa untuk menduduki takhta Putrajaya ? Tapi kini kerajaan BN sedang mengkaji langkah dan cara terbaik dlm isu ini kerana BN kerajaan yang bertanggungjawab.

Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diuruskan swasta kepada kerajaan. kesannya : Semua tahu sumber air dunia sudah tercemar. Maka terpaksa kos rawatan dilakukan dan melibatkan kos. Penukaran paip lama juga melibatkan kos tinggi. Semua ini demi membolehkan rakyat termasuk pelabur mendapat bekalan air bersih yang mencukupi untuk kehidupan dan perniagaan mereka.

Menyediakan perkhidmatan internet wifi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar
. kesannya : ini juga janji ketika belum mendapat kuasa. Sama seperti di negeri Selangor yang dijanjikan pakatan dengan berbagai janji. Tetapi tidak ditunaikan kesemuanya hingga kini. Perkara yang sama juga di negeri pakatan yang lain.




Membatalkan Felda Plantations bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda
. kesannya : negara akan gagal meneruskan bakti membantu orang Melayu Felda jika ini dilaksanakan. Janji ini bukan mahu membaiki tetapi menjahanamkan agensi yang sudah terlalu banyak jasanya kepada rakyat Malaysia khasnya orang Melayu di luar bandar.

Menaikkan royalti minyak kepada Sabah dan Sarawak kepada 20%
. kesannya : perasaan tidak puas hati akan timbul apabila perkara ini ditimbulkan kerana selama ini jumlah pembangunan untuk Sabah dan Sarawak lebih besar dari jumlah minyak yang dihantar kepada Federal. Maksudnya keuntungan minyak lebih rendah dari bajet Persekutuan beri untuk pembangunan kedua negeri tersebut.

Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi memulihkan sistem kehakiman. kesannya : sistem ada sekarang sudah lengkap dan elok. Namun persepsi sebegini ditimbulkan demi meraih sokongan politik. Kegagalan sistem ini berfungsi atau gagal dilihat dengan baik hingga dipercayai akan menyebabkan negara huru hara. Kerana keadilan itu akan terlaksana apabila ia adil dan dilihat adil. Justeru ini satu lagi permainan persepsi yang jahat oleh Pakatan Rakyat.

Menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerakyatan di negeri Sabah. Kesannya : selama ini apa yang tidak dibuat oleh Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah tersebut ? Sila google di internet dan dapatkan fakta yang benar...

Sunday, February 19, 2012

AMY SEARCH VS DAP ?



Tahniah Pada Amy Search ,menyindir Dap dalam tweetnya kerana Dap tidak mengiktiraf ketuanan Melayu sebaliknya lebih mengiktiraf Malaysian Malaysia yang dibawa oleh DAP, Kesamarataan Dlm semua, adakah nak letakkan Martabat Islam samarata sahaja?

Amy Search yang selama ni nampak lebih kearah pembangkang dan saya menghormati keputusan beliau pun dah mula menunjukkan peranan melayunya dengan memperli kenyataan Dap.


Sampai bila melayu harus tertipu dengan dakyah Dap yang mahu menidakkan kuasa melayu di tanah airnya sendiri.

Yang Pasti Anak Amy Search Satu Kelas Ngan Anak Saya, Saya Kini Lihat Beliau Lebih Matang Dan Tenang Dlm Hidup Nya Yang Kini Nampak Mr Family Man Tetapi Tetap Cool Dan Rock ..Sempoy..

All The Best Amy Search, U Sokong Parti Mana Pun Saya Tak Kisah, Kerana Itu Hak You..Yang Pasti Awak Memang Legend Rock Msia.

Friday, February 17, 2012

BIODATA RASULULLAH SAW



BIODATA RASULULLAH SAW

• Nama: Muhammad bin 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim

• Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka'abah)

• Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah

• Nama bapa: 'Abdullah bin 'Abdul Muttalib bin Hashim



• Nama ibu: Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf

• Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)

• Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)

• Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa'diah (lebih dikenali Halimah As-Sa'diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah) USIA 5 TAHUN

• Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya. USIA 6 TAHUN

• Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa' (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)



• Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya 'Abdul Muttalib. USIA 8 TAHUN

• Datuknya, 'Abdul Muttalib pula meninggal dunia.

• Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

• Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.



• Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. USIA 20 TAHUN

• Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab 'Sirah' , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. • Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul'; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah. USIA 25 TAHUN

• Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.

• Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..

• Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.

• Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham. USIA 35 TAHUN • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka'abah.

• Pembinaan semula Ka'abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah. • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan 'Hajarul-Aswad' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. USIA 40 TAHUN

• Menerima wahyu di gua Hira' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman. USIA 53 TAHUN



• Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.

• Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M. USIA 63 TAHUN

• Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.

SILA SEBARKAN, MAKLUMAT INI PADA SELURUH MANUSIA..ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR, ALLAHUAKBAR..

Isu Hamza Kashgari Hina Baginda Rasulullah



Kongsi Ilmu bersama,

Ikuti rancangan bual bicara Let's Talk: Isu Hamza Kashgari [Kolumnis Akhbar Arab Saudi didakwa menghina Nabi Muhammad menerusi tweetnya]

Siri 1: Bersama Ketua Penerangan Pemuda UMNO PJ Utara, Armand Azha @ http://www.mobtv.my/talkshow-836.html





Siri 2: Naib Presiden PKR, N.Surendran & Lawyer For Liberty @ http://www.mobtv.my/talkshow-837.html



RAKAN2 PILIH NAK TERUS MEMPUNYAI HUBUNGAN BAIK DENGAN ARAB SAUDI ATAU TIDAK..NAK PERJUANGKAN ORG YANG HINA BAGINDA RASULULLAH ATAU MEMPERJUANGKAN KEADILAN KERAJAAN ARAB SAUDI,ATAU TERUS MENYOKONG DAN MARTABAT BAGINDA RASULUALLAH.

PILIHAN DITANGAN ANDA..

Thursday, February 16, 2012

Hukum Memperjuangkan Kepentingan Bangsa



Salam sahabat2 yg dihormati, tertarik saya baca artikel drpd Dr Asri di Blognya. Mengenai Hukum Memperjuangkan Kepentingan Bangsa. Di Bawah Adalah Petikan Tersebut.


Soalan : Dr Asri, apakah pandangan Islam mengenai perjuangan memartabatkan bangsa? Ada yang kata tak Islamik, ada yang kata asabiyyah. Ada pula yang berkata Islam sama sekali tidak peduli masalah kaum. Kita di Malaysia orang Melayu beragama Islam, salahkah jika kita berjuang mengangkat hak bangsa melayu? Harap Dr Asri dapat jelaskan kekeliruan ini.

Saifuddin, Johor.

Jawaban Dr. MAZA: Saudara Saifuddin, Allah ialah tuhan untuk semua manusia tanpa mengira bangsa. Islam adalah agama Allah yang diutuskan agar dianuti oleh setiap bangsa tanpa sebarang diskriminasi. Dalam masa yang sama Islam akui kewujudan manusia berpuak dan berbangsa. Allah Tuhan Yang Maha Pencipta telah menciptakan manusia dalam keadaan demikian dengan hikmah yang begitu banyak. Di sini saya sebut beberapa perkara untuk memahami isu ini;



1. Tiada siapa yang mampu menentukan bangsanya sebelum dia lahir samada untuk dia menjadi arab, atau melayu, atau inggeris atau india atau selain itu. Ia adalah ketentuan Allah, bukan atas usaha atau kejayaan seseorang. Maka hakikat ini mestilah difahami supaya kita tidak menyalahkan atau menghina seseorang atas sebab bangsa atau keturunannya kerana itu bukan pilihan atau kesalahannya. Sebaliknya kita menilai seseorang berdasarkan perbuatan dan akhlaknya. Inilah sikap yang adil. Dosa keturunan tidak ditanggung oleh anak cucu. Dosa seseorang tidak boleh dibebankan atas orang lain yang sebangsa dengannya yang tidak terlibat dengan kesalahan itu.

Allah menjelaskan prinsip ini dalam al-Quran: (maksudnya)
“dan seseorang yang boleh memikul, tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain. dan tiadalah Kami (Allah) mengazabkan sesiapapun sebelum Kami mengutuskan seorang rasul (untuk menerangkan yang benar dan yang salah). (Surah al-Isra, ayat 15).

2. Maka, perjuangan apapun yang mahu ditegakkan, hendaklah menilai setiap insan berdasarkan kepada akhlaknya, bukan titih keturunannya. Keadilan dalam Islam buta warna bangsa dan agama sekalipun. Keadilan untuk semua.

Sabda Nabi s.a.w:
“Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan” (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Jika hal ini tidak diteliti, perkauman atau racism akan berlaku. Akan ada pihak yang teraniaya hanya kerana keturunannya walaupun mungkin dia tidak bersalah. Diskriminasi seperti ini pernah berlaku di Amerika, sehingga Martin Luther King dalam pidatonya yang terkenal ‘I have a dream’ menyebut: “I have a dream that my four little children one day live in a nation where they will not be judged by the colour of their skin but by the content of their character”.

3. Tujuan Allah menciptakan berpuak dan berbangsa agar saling kenal mengenali antara satu sama lain.

Firman Allah: (maksudnya) (maksudnya):
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.

(Surah al-Hujurat: 13).
Lihat dalam ayat ini, Allah memanggil “Wahai manusia!”. Panggilan yang sangat adil merangkumi setiap bangsa dan puak. Bukan panggil perkauman atau fanatik keturunan.



Kata Sayyid Qutb dalam menafisrkan ayat ini:

“Penciptaan manusia berbagai bangsa dan suku puak bukan untuk berperang dan bergaduh, tetapi untuk berkenalan dan bermuwafakat. Perbezaan bahasa, warna kulit, tabiat, perangai, kelebihan dan kemampuan adalah kepelbagaian yang bukan bertujuan untuk perbalahan dan perkelahian. Sebaliknya, untuk bantu membantu dalam menunai tanggungjawab dan keperluan. Tiada bagi warna kulit, jenis bangsa, bahasa, negara segalanya itu nilai dalam timbangan Allah. Sebaliknya, di sana hanya satu timbangan yang menentukan nilai dan kelebihan manusia, iaitu “Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu”. (Fi Zilal al-Quran 6/3348. Cairo: Dar al-Syuruq).

4. Di samping itu, kita hendaklah tahu bahawa setiap mukmin itu bersaudara tanpa mengira bangsa dan puak. Hak-hak persaudaraan Islam telah ditentukan oleh Allah dan rasulNya. Nilai persaudaraan ini hendaklah sentiasa kita pegang. Perbezaan keturunan dan bangsa tidak boleh menjejaskan hal ini. Inilah asas perpaduan yang terpenting. Inilah perpaduan yang menyelamatkan kita dunia dan akhirat.

Firman Allah: (maksudnya)
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah (Islam), dan janganlah kamu berpecah-belah; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu dahulunya bermusuh-musuhan, lalu Allah menyatukan di antara jantung hati kamu, maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu bersaudara (persaudaraan Islam). Dan kamu dahulunya berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu darinya (disebabkan nikmat Islam). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Ali ‘Imran ayat 103).



5. Setelah kita faham dan beriman dengan asas-asas yang disebutkan di atas. Bertindak berteraskan asas ini, maka tidaklah menjadi kesalahan jika kita dalam masa yang sama berusaha memajukan bangsa atau keturunan kita dengan syarat kita tidak menzalimi dan menghina kaum yang lain. Dalam Islam pun, harta pusaka juga diwarisi oleh kaum keluarga. Kita juga disuruh menghubungkan silaturrahim sesama keluarga dan al-Quran juga menyuruh kita membantu keluarga di sudut harta.

Firman Allah: (maksudnya)
“Maka (sebagai tanda syukur) berikanlah kepada kaum kerabatmu, miskin dan orang musafir akan haknya masing-masing; pemberian yang demikian adalah baik bagi orang-orang yang bertujuan memperoleh keredhaan Allah dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. (Surah al-Rum, ayat 37)

6. Nabi s.a.w juga memuji sikap tolong menolong dalam memajukan atau membantu kaum atau puak sendiri, dengan syarat tidak menzalimi puak yang lain.

Sabda Nabi s.a.w:
“Sesungguhnya kaum al-`Asy`ariyin apabila habis bekalan mereka dalam peperangan, atau kurang makanan keluarga mereka di Madinah, mereka himpunkan apa yang ada pada mereka dalam satu kain. Kemudian mereka membahagikan dalam satu bekas dengan sama rata. Sesungguhnya mereka daripadaku dan aku daripada mereka. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Ertinya, walaupun Islam menentang ‘asabiyyah namun Islam tidak menentang usaha membantu dan memartabatkan kaum sendiri, jika ada keperluan ke arah itu dan tidak membawa kepada pemusuhan antara puak dan kaum.

7. Adapun asabiyyah sebenarnya adalah sikap berpuak yang membawa kepada membelakangkan kebenaran dan kezaliman kepada kepada pihak lain. Sikap fanati puak itu mungkin menjelma dalam bentuk bangsa, ataupun parti politik, atau mazhab, atau kumpulan atau apa sahaja yang fanatik dan menolak kebenaran orang lain.

Sabda Nabi s.a.w:
“Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”. (Riwayat Muslim).

Rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) adalah kiasan kepada suatu puak yang berhimpun atas suatu perkara yang tidak diketahui sama ada benar atau batil, namun membela atas dasar ketaksuban. Ertinya, jika ada ciri demikian maka itu ‘asabiyyah yang dilarang; samada perjuangan parti atau perjuangan kaum. Maka, bukan sahaja perjuangan politik bangsa boleh menjadi ‘asabiyyah, perjuangan atas nama Islam jika fanatik dan menolak kebenaran hanya kerana keputusan parti juga boleh dinamakan ‘asabiyyah.



8. Usaha memartabatkan kaum bukan prinsip perjuangan tetapi keperluan yang dilakukan apabila keadaan mendesak seperti yang berlaku kepada kabilah al-Asy’ariyyin dalam hadis di atas. Sebab itu al-Quran bukan sahaja menyebut membantu kaum kerabat yang susah, tetapi juga membantu golongan miskin, orang musafir yang kesusahan tanpa dikaitkan dengan kaum kerabat atau bangsa.

9. Kesimpulannya; prinsip Islam mengatasi segalanya termasuk isu bangsa. Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam yang disebutkan tadi adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji.

Hey " Kuda Trojan Parasit Bank Negara" Jgn Nak Sound2


Pada Machai "Kuda Trojan Parasit Bank Negara" Tak Payah Nak Sound2 Atau SMS2 Jgn Bongkar Isu "Kuda Trojan Parasit Bank Negara" Saya Rela Di Penjara Demi Prinsip Perjuangan, Tapi Aku Tak Rela Prinsip Perjuanganku Di Penjarakan..



Saya Tak Sanggup Lihat, Kesempitan Dan Cara "Kuda Trojan Parasit Bank Negara" Himpit kesusahan Rakyat Yang Berpendapatan Rendah..Saya Akan Bongkar Diri Anda Tidak Lama Lagi, Ingat Jgn Susahkan Rakyat...Rakyat Harus Di Bela..Ada Maklumat Mengatakan Anda Sabotaj Usaha Baik Oleh YAB Dato Seri Najib Yang Terus Bela Rakyat.

AKBAR ISRAEL RAIKAN KEJAYAAN SOKONGAN ANWAR TERHADAP YAHUDI?



The Jerusalem Post Raikan Sokongan Anwar Terhadap Israel

Michael Ordman penulis penyumbang di akhbar online Israel, The Jerusalem Post (jpost.com) menyambut baik sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap keselamatan Israel sepertimana yang disiarkan di Wall Street Journal (WSJ) baru-baru ini.

“Dan dari politik dunia, saya secara peribadi suka dengan berita yang diberi perhatian bahawa Ketua Pembangkang Malaysia (bersedia) mengiktiraf Negara Israel ketika ditanya sama ada beliau bersedia membuka hubungan diplomatik dengan Israel”, kata Ordman dalam tulisannya di jpost.com bertajuk ‘We have lift-off‘

Ordman adalah penulis blog dari ‘Good News From Israel‘ turut diiktiraf pemikirannya oleh jpost.com kerana usaha gigihnya memberi perhatian terhadap pencapaian terbaru Israel dalam bidang teknologi, kesihatan, perniagaan, kewujudan bersama dan membina sebuah Negara Israel.

Pada 26 Jan lalu, WSJ telah melaporkan kenyataan Anwar yang berbunyi “I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians”



Maksudnya; “Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel, kata Anwar, namun apa yang dia katakan itu tidak bermaksud dia akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Israel, satu langkah yang menurutnya bergantung sama ada Israel akan menghormati aspirasi rakyat Palestin”.

Susulan kenyataan di WSJ itu, Anwar sendiri mengeluarkan kenyataan di laman rasminya, anwaribrahimblog pada 28 Jan, menegaskan kehendaknya adalah ‘two state solution’dalam isu penyelesaian Israel-Palestin.



‘Two state solution’ merupakan gagasan idea yang dilobi oleh badan antarabangsa yang dianggotainya, iaitu International Crisis Group (ICG) yang mengesyorkan agar Israel dan Palestin sama-sama diiktiraf sebagai sebuah negara yang sah dan berdaulat, di samping mencadangkan agar dunia Islam khususnya negara-negara Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel.

“Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.



“Selain itu pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai ‘Two-State Solution’.” katanya.

Pada 20 Mac 2008, wartawan jpost.com, Shani Ross pernah menulis rencana bertajuk “Anwar Ibrahim : Malaysia’s Future Prime Minister?” yang memuji kejayaan Anwar dalam pilihan raya umum ke-13.

“Kejayaan PKR telah memberikan erti yang besar kepada kebangkitan kembali karier politik bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Sebagai seorang penyokong Islam moderat, keadilan agama, budaya dan demokrasi liberal, populariti Anwar semakin meningkat, dengan sesetengah laporan mencadangkan bahawa pakatan pembangkang perlu memenangi pilihan raya akan datang, dia (Anwar) mungkin akan menjadi Perdana Menteri Malaysia”, kata Shani Ross yang merupakan Koordinator untuk Persidangan dan Program Eksekutif, International Institute for Counter-Terrorism, Pusat Antara Disiplin Herzliya, Israel.



Begitu juga dengan kolumnis jpost.com, Amotz Asa-El yang menyentuh nama Anwar Ibrahim dalam rencananya berkaitan dengan homoseksual, bertajuk “Middle Israel: Oy gay!”
“Semasa saya baru menjadi pengarang berita , saya bertemu satu foto telegram dari Kaherah yang memaparkan kumpulan homoseksual ditahan beramai-ramai. Kemudian saya mengikuti kes Mahathir Mohamad , pemimpin Malaysia memecat timbalan berbakatnya, Anwar Ibrahim, dan mendakwanya atas pertuduhan liwat serta memenjarakannya atas dasar ‘jenayah’.

“Ketika mengikuti kes-kes di Mesir dan Malaysia, saya sentiasa berbangga dengan kebijaksanaan dan keberanian Haim Cohn, yang lebih ketara melindungi kaum homoseksual kerana dia seorang Yahudi yang tajam daya pemerhatian”, katanya.

Haim Cohn yang dimaksudkan oleh kolumnis jpost.com adalah Peguam Negara pertama Israel yang memutuskan untuk mengabaikan undang-undang kepada pelaku homoseksual di negara itu

tq-anwaraidc

Wednesday, February 15, 2012

TAK ABIS CHEGUBARD,KINI FITNAH MINYAK SAWIT..???



TAK ABIS CHEGUBARD,KINI FITNAH MINYAK SAWIT..???

Pasal fitnah cincin RM24 juta pun sampai sekarang dia tak buat laporan polis. Ni nak fitnah pulak pasal minyak sawit. Tau ke dia pasal import eksport, hubungan dagangan, pelabur luar negara dan lain2 yang berkaitan dengan luar negara .......

Chegubard baru-baru ini dalam laman blog, telah membongkarkan bahawa terdapat kegiatan perdagangan minyak sawit antara Malaysia dan Israel. Chegubard telah menulis dalam laman blog beliau bahawa wujud hubungan dagang secara terus melibatkan syarikat dua syarikat Malaysia yang berpengkalan di Johor. Syarikat ini dikatakan telah menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas terus ke pelabuhana Ashdod di Israel. Salah satu syarikat dikatakan ada kaitan dengan Felda.

Untuk penjelasan perkara yang agak teknikal sebegini, perkara2 yang melibatkan dasar kerjaan terhadap Israel, dasar import eksport di Malaysia, dasar menarik pelaburan asing, dan hal-hal yang berkaitan harus diambilkira. Perkara paling utama perlu diketahui ialah nama 2 syarikat yang menjalankan urusniaga berkenaan. Kemudian barulah siasatan susulan boleh dilakukaan. Walau bagaimanapun Chegubard tak mendedahkaan nama 2 syarikat yang terbabit. Oleh itu, aku hanya boleh menulis perkara ni secara umum sahaja dan susah untuk penjelasan kerana data yang terhad. Berikut adalah syarikat2 pengeksport minyak sawit di Malaysia (sumber)



Hasil carian, nama-nama syarikat pengekspot minyak sawit berpengkalan di Johor ialah :-

CAROTINO SDN BHD - (JC Chang Group , establish local company)
DUBOIS NATURAL ESTERS SDN BHD - (Wilmar International - Investor)
ECOOILS SDN BHD - (Kewalram Chanrai Group - Investor)
IFFCO (M) SDN BHD - (IFFCO - Investor)
INNO-WANGSA OILS & FATS SDN BHD - (local)
JIN LEE (OIL MILLS) SDN BHD - (local)
KECK SENG (M) BERHAD - (establish local company)
NATURAL OLEOCHEMICALS SDN BHD - (Wilmar International - Investor)
NATURAL SOAPS SDN BHD - (Wilmar International - Investor)
NATURAL WAX SDN BHD - (Wilmar International - Investor)
NEXSOL (MALAYSIA) SDN BHD - (Nexsol - Investor)
PACIFIC OLEOCHEMICALS SDN BHD - (establish local company)
PACIFIC SOAP MANUFACTURING SDN BHD -(establish local company)
PALMAJU EDIBLE OIL SDN BHD - (local)
PAN CENTURY OLEOCHEMICALS SDN BHD - (IOI Group - establish local company)
PGEO GROUP SDN BHD - (Wilmar International - Investor)
PREMIUM FATS SDN BHD - (Goodhope - Investor)
RANAMA RESOURCES SDN BHD- (local)
SEHCOM INDUSTRIES SDN BHD - (local)
S.J.S PALM OIL MARKETING (M) SDN BHD - (local)
SYARIKAT PERNIAGAAN MEDAN JAYA - (local)
TIONALE INDUSTRIES SDN BHD - (Tionale - Investor)
VANCE BIOENERGY SDN BHD - (Vance Group - Investor)
WASAWELL SDN BHD - (local)

Daripada data di atas hampir 50% daripada syarikat pengeksport minyak sawit di Johor adalah pelabur asing. Mengenai import eksport produk ke Israel sebenarnyaa aku pernah sentuh sikit pasal hal ni dalam entry yang lepas (sumber) , terpaksalah ulang lagi..

Mengikut Akta Larangan Kastam 1967, terselit antara senarai antaranya ialah semua jenis barangan yang hendak dieksport ke Israel memerlukan lesen eksport MITI . Ini adalah berpandukan 2 perkara berikut iaitu ;

i. memberi perlindungan kepada kepentingan pengilang, kesihatan dan kitar hayat kilang tempatan dan juga bagi kepentingan keselamatan negara.

ii. Akta itu juga mengambil kira polisi luar negara Malaysia dan yang memastikan terdapatnya bekalan barangan perlu yang mencukupi.



Sekiranya yang membuat urusan eksport minyak sawit adalah syarikat-syarikat pelabur luar negara, telah dijelaskan polisi kerajaan Malaysia untuk menarik pelabur luar adalah untuk tidak menyusahkan mereka dalam menjalankan urusniaga di negara ini. Sekiranya kehendak SMM dituruti untuk menghentikaan hubungan dagang antara pelabur asing di Malaysia dengan syarikat2 di Israel maka hak mereka untuk berurusniaga di Malaysia di pertikaikan dan bila2 masa saja pelabur2 ini akan keluar mencari negara yang mempunyai dasar pelaburan lebih terbuka misalnya Vietnam. Apabila pelabur2 ini keluar dari Malaysia ramai orang yang akan hilang pekerjaan dan adakah pada masa ini SAMM akan membelaa mereka? Kalau nak diikutkan SAMM untuk memulaukan segala produk yang ada kaitan dengan Israel , adalah lebih elok dibuang saja Blackberry, Notebook, computer dan apa saja barangan yang ada cip-cip elektronik.

Kenyataan yang dibuat oleh Chegubard mengenai usaha Israel menyimpan stok minyak sawit hingga boleh mengawal harga adalah agak melucukan, kenyataan yang dibuat tanpa mengambil kira fakta pengeluaran negara2 pengeluar sawit di dunia dan jumlah import sawit Israel berbanding negara2 lain menunjukkan kebodohan yang nyata. Kalau lihat di gambar di bawah , Malaysia merupakan pengimport minyak sawit ke-5 terbesar di dunia , dan Israel tiada dalam senarai (sumber) , juga dari (sumber) Malaysia adalah pengeksport ke-2 terbesar dunia untuk minyak sawit. Jadi siapakah yang mengawal harga??

Chegubard dalam penulisan beliau juga mengatakan pihak kerajaan Israel menghantar wakil untuk memeriksa komoditi minyak sawit yang akan di hantar dan ada pula bukti bergambar ? Adakah cakap2 sebegini boleh dipercayai ? Untuk pengetahuan anda semua , apabila sesebuah kerajaan, atau syarikat membuat pembelian bernilai tinggi dari luar negara memang mereka akan menghantar wakil untuk melihat barang samada masih dalama pembuatan atau penghantaran. Tetapi barang-barang ini tidak diperiksa di pelabuhan-pelabuhan seperti dakwaan Chegubard, barang-barang ini akan diperiksa di tempat pengilang. Kerana apabila masuk saja pelabuhan , barang dah dibungkus dan diistihar pada kastam , tak ada apa2 'checking' lagi dari pihak pembeli atau penjual , 'checking' hanya boleh dibuat kastam untuk kesan jenayah penyeludupan.

Kesimpulan aku, apa yang Chegubard ceritakan dalam blog hanyalaah pada dasar sahaja dengan niat untuk mengelirukan orang. Sekiranya dia tak mahu kelirukan oranag, nama2 syarikat yang terlibat perlu didedah dan segala dokumen berkaitan perlu didedah untuk dianalisa . Mungkin Chegubard tahu terdapat ruang-ruang kosong dalam bukti yang dia simpan sekarang ?

"TROJAN HORSE"..PARASIT DLM BANK NEGARA




Assalamualaikum sahabat2 yang saya hormati.

Betulkah Ada TROJAN HORSE ATAU PARASIT Di Dalam Bank Negara Yang Di Katakan Mengeluarkan Cadangan-Cadangan Yang Menyusahkan Rakyat Berpendapatan Rendah.

AH LONG AAHHH AH LONG KETEPI2 SAYA BANTU, Sekarang Ada Tangan Ajaib Yang Bantu Mereka Di Mana Tempat Mereka Di Amik Alih Oleh Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM). Regim Baru Yang Jadi Parasit Ni Akan Memenjarakan Mereka Yang Muflis ( Contoh Yang Tidak Mampu Bayar Kerana Tekanan Kehidupan, Papa Kedana Atau Gagal Mengistiharkan Pemilikan Motorsikal Yang Berusia Lebih 40tahun Yang dah Jadi Besi Buruk Pun). Rasanya Nasib Ratusan Ribu Terutama Para Siswazah, Anak Muda Yang Baru Nak Majukan Diri Dan KAKITANGAN KERAJAAN Bakal Ramai2 Beratur Ke Penjara.

Bila Mereka Di Tekan, Bila Nama Mereka Di Senarai Hitamkan...MEREKA AKAN BERJUMPA NGAN AH LONG..Adeeiiiiiii....Ibarat Sudah Jatuh Di Timpa Tangga..

CAMANA BOLEH JADI CAMNI? ADA KUDA TROJAN BOLEH SESAT DALAM KANDANG KIJANG EMAS? PASTU DENGAR KABO KUDA TROJAN TU NAK NYUSAHKAN 1.2 JUTA KAKITANGAN AWAM DENGAN IMPLEMENTASI POLISI YANG BAKAL MENYUSAHKAN PIHAK KERAJAAN...

SIAPA KUDIS DAN PARASIT INI? SAYA MEWAKILI SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA (SAM1M) RASAKAN PIHAK KERAJAAN HARUS PEKA TERHADAP ISU INI, JUMPA DOKTOR PI UBAT DULU KUDIS NI SEBELUM JADI PENYAKIT KANSER..

DI BAWAH ADALAH SATU KES YANG BENAR2 YANG BERLAKU OLEH PARASIT GILA KUASA NI.



Suradi bin Daruis telah menjadi penjamin kepada isterinya (Rosnah) yang membeli kereta dan kereta dibayar dengan baik selama 2 tahun. Malangnya kemalangan berlaku dan si suami patah kaki dan tak dapat bekerja selama setahun. Desakan hidup dan masalah yang tidak diduga telah menyebabkan mereka gagal membayar ansuran bulanan. Kereta telah disambung bayar oleh seorang saudara yang kemudiannya menghilangkan diri. Kereta kemudian ditarik setahun selepas itu. Dengan berbagai caj dikenakan tuntutan telah dibuat oleh syarikat kewangan dan suami isteri diisytihar muflis (dalam lingkungan RM 30,000).

Oleh kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan RM 100 sebulan, tindakan menghina mahkmah telah diambil oleh pihak OA untuk mensabitkan pasangan suami isteri ini ke penjara. Diberitakan walaupun di atas desakan Pengarah Pendakwa Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), "PARASIT TROJAN HORSE" ( yang amat angkuh dan tidak berhati perut yang diberitakan adalah anak saudara kepada seorang bekas Hakim Negara) untuk memenjarakan pasangan ini, Pendaftar Kanan hanya mensabitkan suaminya sahaja. ( diceritakan juga, biasanya kertas penghukuman setiap kes telah disiapkan oleh JIM, pendaftar kanan hanya tandatangan sahaja).

Mereka terpaksa menjual motosikal yang digunakan untuk mencari kehidupan untuk membayar tunggakan tetapi masih kurang RM 150.00. Walaupun yang kurang hanya RM 150, Suradi dihantar juga ke penjara. Saudara mara telah mencari peguam untuk merayu tetapi rayuan ditolak di atas sebab teknikal. Kini, Pendakwa "PARASIT TROJAN HORSE" meminta mahkamah untuk menambah hukuman ke 6 bulan. Keghairahan ini tidak terfikir kepada kita manusia biasa. Manusia jenis apa ini? Ujian Allah mengingatkan "PARASIT TROJAN HORSE" dengan penyakit belakang dan bercuti selama 2 bulan tidak membawa sebarang kesedaran kepada perempuan ini.

Sekarang ini, si isteri tidak bekerja dan terpaksa menyara 3 orang anak yang sedang mengambil SPM, PMR dan UPSR. Bayangkanlah jika ini terjadi kepada kita?

Mari kita renung keadaan ini. Adakah ini patut dan berperikemanusiaan? Patutkah si isteri sekarang pergi mencuri untuk membayar baki RM 150 untuk dibayar kepada JIM. Jika hukuman bagi 6 bulan diperolehi untuk terus menghukum si bankrap, maka si isteri terpaksa membayar dengan mencuri atau merompak untuk ansuran selama 6 bulan akan datang atau menjual salah seorang daripada anak-anak bagi mengelakkan tindakan sinis JIM ini ataupun perlukah si suami apabila keluar penjara pergi merompak untuk membayar ansuran bulanan sedangkan makanan di rumah pun tiada untuk diberi kepada anak-anak? Nampak gayanya Ah Long yang dulunya seperti iblis akan jadi lebih baik daripada JIM sekarang ini. Tak perlulah usaha penjenamaan semula JIM kepada MDI (Malaysia Department of Insolvensi….bahasanya Inggeris la pulak, Koperatnya! Memang dasar kumpulan manusia zalim yang lupakan diri).

Apapun yang paling jelas adalah kegagalan Jabatan Insolvensi Malaysia dalam tanggungjawab mereka membantu para muflis pulang ke pangkuan masyarakat tapi berjaya menzalimi mereka dengan menghantar mereka yang papa dan tak mampu/gagal membayar ke penjara. Diberitakan,"PARASIT TROJAN HORSE" begitu teruja apabila berjaya dalam kes-kes memenjarakan orang-orang miskin dan muflis ini. Diberitakan juga ada pegawai JIM yang ditugaskan untuk mensabitkan para muflis ini menangis melihat hukuman yang dijatuhkan sementara pengarahnya bersorak keseronokan. Apa punya manusia…JANGAN SABOTAJ USAHA YAB DS NAJIB.

IKUTI BONGKAR KEDUA SI "PARASIT TROJAN HORSE"

*JIKA SUDI SILA SEBARKAN,KERANA KITA HARUS PERTAHANKAN RAKYAT , JANGAN HIMPIT RAKYAT DENGAN KESUSAHAN.