Tuesday, April 17, 2012

YAB DS NAJIB DENGAR LAH SUARA ANAK MUDA



"Anak Muda Pemangkin Perubahan Negara" Ini Prinsip Perjuangan Yang Saya Bawa Sejak Mula Saya Meletakkan Kedua2 Kaki Saya Dalam Arena NGO Dan Politik Pada 1996 Yang Lalu Hingga Kini Tidak Pernah Berubah Walaupun Sedetik.



Dalam Apa Jua Perjuangan Kita Harus Senantiasa Berpegang Pada PRINSIP, Jika Kita Sanggup Lupa Dan Gadaikan PRINSIP Kerana Perkara2 Remeh Temeh, Maka Hilangkan Keteguhan Kita Secara Peribadi.

Saya Berdiri Teguh Dalam Perjuangan SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA, Kerana Anak Muda Mahukan Suara Mereka Di Dengari Dan Di Amik Peduli. Dasar2 Negara Juga Harus Kembali Segar Utk Anak2 Muda Bersama Dalam Membina Negara Maju 2020.



Tindakan Berdemo Secara Aman Ini Juga Harus Dilihat Dari Sudut Positif Sebagai Desakan Golongan Muda Negara Ini Yang Ingin Memainkan Peranan Aktif Sebagai Rakan Pembangunan Dan Pembinaan Negara Serta Mahukan Sebuah Kerajaan Yang Prihatin Terhadap Masalah Anak Muda.



Tetapi Realitinya Di Negara Ini Anak Muda Dilihat Sebagai Ancaman Dan Pelbagai Tindakan Menekan Dan Tidak Munasabah Dikenakan Kepada Golongan Muda Ini.Sering Kali Suara Anak Muda Dinegara Ini Dipinggirkan Dan Tidak Diambil Serius Oleh Pentadbiran Kerajaan. Pihak Yang Bertanggungjawab Harus Perihatin Dalam Perubahan Landskape Politik Tanah Air Kita.



ANAK MUDA JUGA HARUS PAHAM HAK KEBEBASAN BERSUARA,JUGA HARUS ADA SIFAT TANGGUNGJAWAB PADA NEGARA KITA UNTUK TERUS MAJU KEHADAPAN.

Nak Berhimpun Secara AMAN Himpun Lah, Nak Berdemo Secara Aman Berdemo Lah, Tak Salah. Tapi Anak Muda Juga Harus Tanam Sifat Sayangkan Negara Malaysia Tercinta Dengan Tanggungjawab. Kadang2 Jiwa Anak Muda Memberontak Merasakan Apa Jua Yang Di lakukan Adalah Betul Dan Tak Salah. Biasa Lar Darah Anak Muda Darah Panas :)

Tetapi Jika Dibiarkan Tanpa Di Berikan Nasihat, Anak2 Muda Akan Terus Tersasar Dan Sesat Dalam Perjuangan Mereka Sendiri.Anak Muda Harus Terbuka Dan Matang Dalam Membuat Penilaian Dan Dengarlah Nasihat2 Yang Baik Bagi Perjuangan Anak Muda Ini Teguh Pada Prinsipnya.

PADA BARISAN KEPIMPINAN TERTINGGI NEGARA, DENGAR LAH NADI ,DEGUPAN JANTUNG DAN SUARA ANAK MUDA 1 MALAYSIA.



SAYA HARAP TULISAN SAYA NI AKAN DI AMIK PEDULI OLEH YAB DATO SERI NAJIB SELAKU PEMIMPIN NO 1 MALAYSIA. ANAK MUDA MAHU DIPIMPIN, ANAK MUDA MAHU SUARA DI DENGAR , ANAK MUDA SAYANGKAN NEGARA MALAYSIA TERCINTA.

SAYA HARAP PADA PEMIMPIN2 DAN BODYGUARD2 YAB DATO SERI NAJIB BILA, PEMIMPIN NO 1NEGARA TURUN PADANG, JANGAN LAH DIHALANG ATAU DIKERUMUNI OLEH PEMIMPIN2 BESAR, BERILAH KAMI ANAK MUDA PELUANG BERSAMA2 YAB DATO SERI NAJIB.

SEKIAN, TERIMA KASIH.



ARMAN AZHA
SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA

"ONLY THE STRONG SURVIVE"



Salam 1Malaysia Rakan2 Yang Di Hormati

"ONLY THE STRONG SURVIVE" 1 Ungkapan Yg Mudah, Tapi Besar Maksudnya. Dlm Perjuangan Macam2 Dugaan Pahit Dan Manis Harus Di Lalui, Kesetiaan Harus Ada Dlm Hati, Semangat Kesetiaan Dlm Persahabatan Harus Kekal Ada.

Pada Yg Kecewa Atau Kecil Hati, Jgn Lari Pada Perjuangan, Kerana Hanya Yang Terbaik Akan Berjaya. Bila Kita Gagal Kita Bangkit Dan Berusaha Utk Terus Berjaya, Tetapi Jika Kita Gagal Dan Lari, Perasaan Ingin Tahu Akan Terus Menghantui Fikiran Dan Hati..

Mula Lah Menyalahkan Semua Perkara Dan Orang, Tetapi Dlm Hati Sudah Ada Jawapannya Tersendiri.



Bukan Semua Di Lahirkan Utk Di Jadikan Pemimpin, Dan Bukan Mudah Utk Jadi Pemimpin. Nampak Mudah Tapi Nak Laksana Perkara Berbeza. Bukan Mudah Nak Puaskan Hati Semua Orang, Tapi Ianya harus Di laksanakan juga "ONLY THE STRONG SURVIVE" Anda Bagaimana?

Yang Kecewa Dan Tak Dapat Harapan Nak Jadi Calon PRU13 Dalam BN, Sepatutnya Teruskan Perjuangan, Kerana Harus Kita Imbas Kembali Kenapa Kita Berjuang Masa Muda2 Dahulu? Nak Berkhidmat Pd Rakyat Atau Nak Kejar Jawatan?

Jika Kita Ikhlas Dalam Perjuangan Insyallah Allah SWT Akan Izinkan Dan Rakyat Akan Menilai. Jgn Kejar Jawatan Dan Pangkat..Teguhkan Semangat Dan Kesetiaan Pada Saf Perjuangan, Insyallah Akan Berjaya-

Armand :)

Thursday, April 12, 2012

AZMIN ALI MCM BUDAK TADIKA



Azmin Biadap Semasa Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong

Dr Rahman Kadir – 11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sejarah kerana bukan sahaja ia merupakan pertabalan pertama yang berlangsung di Istana Negara baru, tetapi juga kerana perlantikan baginda sebagai YDPA untuk kali kedua setelah berkhidmat sebagai YDPA yang ke-5 dari 1970 hingga 1975.

Upacara gilang gemilang dan penuh istiadat ini merupakan suatu upacara yang sungguh istimewa kerana ia melambangkan kedaulatan negara kita sebagai sebuah negara yang merdeka serta mempunyai seorang Ketua Utama Negara selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya bertuah kerana terpilih menyertai pasukan perubatan yang beroperasi semasa istiadat pertabalan berlangsung yang bertujuan memberikan khidmat perubatan kecemasan bagi YDPA serta dif-dif kehormat dan para tetamu baginda sepanjang istiadat berlangsung.



Kami melaksanakan persiapan yang rapi serta rumit bagi memastikan istiadat pertabalan Seri Paduka Baginda berdua akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden perubatan.

Untuk makluman semua, setiap majlis yang melibatkan YDPA akan diberikan perlindungan perubatan. Kemahiran kami yang beroperasi secara discreet atau ‘sir’ ini hinggakan pihak luar serta orang awam tidak langsung dapat menghidu sebarang insiden perubatan yang berlaku di istana.

Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.

Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.



Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.

Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.

Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.



Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.

Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.

Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.

Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.

Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.

Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.

Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.

Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.

Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.

Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.

Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.



Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.

Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.

Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji.



Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.

Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.

Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku.

Daulat Tuanku.

*Terima Kasih Empayar Pemuda Atas Laporan :)

Wednesday, April 11, 2012

Hapus PTPTN - Pembangkang Kelirukan Rakyat : YB DATO RAZALI



TAHNIAH PEMUDA UMNO MALAYSIA. KONSISTEN DAN BERTANGGUNGJAWAB DALAM ISU PTPTN. KEPUTUSAN2 DIBUAT UTK MASA DEPAN NEGARA BUKAN UNTUK JADI POPULAR SEHINGA SANGGUP BUAT APA SAHAJA DEMI RAIH UNDI..JANJI LANGGIT DAN BUMI ITU PAKATAN.



HANYA BARISAN NASIONAL YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN AMANAH PADA RAKYAT MALAYSIA

PTPTN : Persidangan Meja Bulat Mahasiswa Nasional Capai Matlamat - Khairy Khairy



Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan Persidangan Meja Bulat Mahasiswa Nasional berhubung isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencapai objektif.



Menurut beliau persidangan berkenaan telah menghasilkan resolusi yang terbaik dalam mencari satu mekanisme berhubung isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Pemuda kalau nak senang kerja dan mengejar populis boleh sahaja kita penggil satu mesyuarat Exco dan minta dihapuskan PTPTN…Tetapi kita bukannya mahukan populis tetapi melihat perkara itu secara realistik.



“Atas dasar itu, kita jemput mahasiswa dan pihak PTPTN serta NGO untuk duduk bersama dalam rundingan meja bulat ini dan sama-sama mengeluarkan pendapat serta pandangan untuk kebaikan bersama.

“Alhamdulillah…..hari ini saya telah menerima resolusi berkenaan dan insyaallah saya akan bawa perkara yang dicapai sepanjang persidangan meja bulat ini kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk perhatian dan tindakan selanjutnya daripada kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis penutup Persidangan Meja Bulat Mahasiswa Nasional berhubung isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Hotel Vistana, di sini, hari ini.

Terdahulu sebelum itu, Khairy yang juga Pengerusi Pemuda BN menerima resolusi hasil rundingan meja bulat berkenaan daripada wakil mahasiswa, Wan Hazman Wan Yusof.
Khairy seterusnya menambah apa yang diutarakan oleh pembangkang untuk menghapuskan PTPTN itu adalah lebih kepada janji manis dan cadangan yang tidak realistik berbanding dengan apa yang dihasilkan menerusi rundingan meja bulat itu.

“Antara yang kita usulkan ialah daripada sudut pinjaman, aspek pembayaran dan beberapa aspek lain dalam usaha memastikan PTPTN terus dipertahankan kewujudannya bagi menjamin kelangsungan agenda pendidikan dan pembangunan negara.

“Inilah usaha kita untuk melihat dan mencari beberapa mekanisme yang terbaik dan bukannya bersikap hipokrot dan populis sepertimana pembangkang. Meja rundingan seperti inilah antara cara kita selesaikan masalah dan bukannya secara emosi.

“Janji manis dan cerita dongeng yang datang daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata mahu memenangi hati pengundi muda yang sekarang ini nampak kecenderungan mereka kepada BN.,” katanya.

Dalam ucapannya itu juga Khairy turut meminta pembangkang yang hari ini melaung-laungkan janji untuk menghapuskan PTPTN itu agar melaksanakannya di negeri yang dikuasai mereka.

“Jangan hanya sekadar dabik dada….Mereka boleh mulakan di Selangor dan Kedah yang ada UNISEL dan KUINS.

Hapuskan segala yuran dan berikan pendikan percuma.Buktikan dan jangan hanya sekadar cakap. Lagipun mereka dakwa reserve Selangor tinggi,” katanya.



RESOLUSI MEJA BULAT 10-11 APRIL 2012

SETELAH BERBINCANG BERHUJAH DAN MENELITI FAKTA-FAKTA YANG ADA SERTA SESI SINDIKET YANG DILAKUKAN BERSAMA-SAMA PTPTN MAKA KAMI AHLI-AHLI MEJA BULAT DENGAN INI SEBULAT SUARA MEMUTUSKAN BAHAWA PTPTN HENDAKLAH DIPERTAHANKAN KEWUJUDANNYA SERTA MENAMBAHBAIK FUNGSINYA BAGI PENJAMIN KELANGSUNGAN AGENDA PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN NEGARA.



DARI ITU KAMI BERPENDAPAT

DARI ASPEK PINJAMAN

1. MEJABULAT MENCADANGKAN BAYARAN PERKHIDMATAN 1% YANG DIKENAKAN KEATAS PEMINJAM PTPTN DIMANSUHKAN

2. BAGI MENAMPUNG KEPERLUAN KOS PENGURUSAN PTPTN MEJABULAT MENCADANGKAN AGAR KERAJAAN MENYEDIAKAN DANA DIBAWAH PERBELANJAAN MENGURUS TAHUNAN ATAU MENDAPATKAN TAJAAN DARIPADA GLC DAN SYARIKAT-SYARIKAT UTAMA DALAM NEGARA

3. SKIM INSENTIF PERTUKARAN PINJAMAN KEPADA BIASISWA YANG DI BERIKAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG HENDAKLAH DIHENTIKAN ATAU DIKAJI SEMULA MENGGUNAKAN MEKANISMA YANG LEBIH RASIONAL BAGI MEMASTIKAN KEADILAN KEPADA SEMUA PEMINJAM DISAMPING MENGELAKKAN HAKISAN DANA PTPTN YANG BERKONSEPKAN PINJAMAN

4. KEMUDAHAN PINJAMAN PTPTN JUGA HENDAKLAH DIPANJANGKAN KEPADA PELAJAR-PELAJAR YANG MENYAMBUNG PELAJARAN MEREKA DILUAR NEGARA KHASNYA DITIMUR TENGAH

5. PINJAMAN BAGI PEMINJAM DARI SABAH DAN SARAWAK UNTUK BELAJAR KE SEMENANJUNG DAN SEBALIKNYA HENDAKLAH MELIPUTI HARGA TIKET PENERBANGAN 2 KALI SETAHUN
DARI ASPEK PEMBAYARAN

6. ROMBAKAN TERHADAP SISTEM BAYARAN BALIK PINJAMAN HENDAKLAH DILAKUKAN DENGAN MENGAMBIL KIRA PERKARA-PERKARA BERIKUT :

(i) BAYARAN PINJAMAN MULA DIBUAT APABILA PEMINJAM TELAH BERKHIDMAT MELEBIHI 6 BULAN ATAU TELAH MEMPUNYAI PENDAPATAN RM3000 KEATAS YANG MANA TERKEMUDIAN BAGI MENJAMIN TEMPOH KELEGAAN PEMINJAM.

(ii) KAEDAH BAYARAN BALIK HENDAKLAH DIKAJI SEMULA DENGAN MENGAMBIL KIRA MEKANISMA PEMBAYARAN SEPERTI KWSP DAN LHDN DISAMPING KEMUDAHAN PEMBAYARAN MELALUI SISTEM E-PAYMENT SEDIA ADA.

(iii) INSENTIF PELEPASAN CUKAI DIPERKENALKAN KEPADA MAJIKAN-MAJIKAN YANG BERSEDIA MENJELASKAN BAYARAN PTPTN PEKERJA MEREKA.

(iv) KAEDAH MENYENARAI HITAM PEMINJAM YANG MENYEBABKAN KEBEBASAN PEMINJAM SEPERTI URUSAN KELUAR NEGARA ATAU MEMBUAT LAIN-LAIN PINJAMAN HENDAKLAH DIMANSUHKAN.
DARI SEGI TABUNGAN SSPN

7. KERAJAAN HENDAKLAH MENYALURKAN DANA RM 100 YANG DIPERUNTUKKAN KEPADA MURID-MURID SEKOLAH TERUS KEPADA PTPTN BAGI TUJUAN PEMBUKAAN AKAUN SSPN DARI ASPEK KOMUNIKASI

8. PEMINJAM DAN PTPTN HENDAKLAH MELAKSANAKAN UPACARA AKAD UNTUK MEMASTIKAN PEMINJAM SEDAR BAHAWA PINJAMAN PTPTN PERLU DIBAYAR SEMULA

9. PTPTN HENDAKLAH MELAKSANAKAN PROMOSI DAN MENYEBARLUAS SEGALA MAKLUMAT YANG TEPAT KEPADA PEMINJAM DAN MASYARAKAT AGAR KEFAHAMAN TERHADAP FUNGSI DAN KEDUDUKAN PTPTN DAPAT DIFAHAMI

10. PTPTN HENDAKLAH MENGGUNAKAN SECARA MAKSIMA MEDIA BARU AGAR SEGALA AKTIVITI PROMOSI DAN PENYEBARLUAS MAKLUMAT AKAN LEBIH BERKESAN

11. PTPTN PERLU BERSEDIA UNTUK MENYEDIAKAN PINJAMAN BAGI SARA HIDUP SEANDAINYA KERAJAAN MEMUTUSKAN UNTUK MEMBERIKAN PENDIDIKAN PERCUMA DIPERINGKAT PENGAJIAN TINGGI

Thursday, April 5, 2012

"PTPTN" HARAPAN ATAU PEMBAZIRAN



PTPTN - Anwar Turut Terlibat Dalam Penubuhannya



Seperti yang saya katakan semalam, PTPTN ditubuhkan pada tahun 1997 semasa Anwar Ibrahim masih lagi mempunyai kuasa yang cukup besar iaitu sebagai Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Kewangan.



Tidak lupa juga pada waktu itu Anwar Ibrahim adalah satu-satunya insan madani kesayangan PM pada ketika itu, Tun Dr M. Sayangnya Tun M kepada Anwar hinggakan dia dilantik sebagai pemangku PM. Dalam sejarah Tun M menjadi PM, timbalannya yang paling setia dan paling lama (1986-1993) adalah Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Tetapi Tun Ghaffar tidak pernah pun dilantik sebagai pemangku PM. Begitulah sayangnya Tun Dr M kepada Anwar. Pendek kata waktu itu apa sahaja yang Anwar minta semuanya akan dapat.

Selain pernah memegang kuasa yang cukup besar, Anwar juga bekas aktivis pelajar.

Dipendekkan cerita, Anwar pernah jadi pelajar, pernah jadi Menteri Pendidikan, pernah jadi Menteri Kewangan, pernah jadi Timbalan Perdana Menteri dan pernah jadi Pemangku Perdana Menteri.

Hari ini Anwar berkata pinjaman PTPTN adalah bebanan kepada para pelajar yang meminjamnya untuk menampung pendidikan.

Soalnya, kenapa semasa dia menjadi menjadi Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan TPM dia tidak fikir atau rangka satu formula bagaimana untuk menanggung kos pendidikan tinggi tanpa pelajar perlu membayar balik ?

Tidak lupa juga kenapa Anwar turut bersetuju dengan penubuhan PTPTN dulu ? Kau ada kuasa pada waktu itu sepatutnya pada waktu itu kau fikirkan apa yang dikatakan bebanan yang akan ditanggung pelajar.



Harus diingat penubuhan PTPTN sebagai sebuah perbadanan dan pemberi pinjaman serta penentuan kadar interest, semuanya perlu melalui Kementerian Kewangan walaupun PTPTN terletak dibawah Kementerian Pengajian Tinggi. Samalah seperti NFC, walaupun ianya terletak dibawah Kementerian Pertanian tetapi Kementerian Kewangan turut berkuasa ke atasnya.

Tahukah anda berapakah kadar interest yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan pada 1997 kepada PTPTN bagi dikenakan kepada peminjamnya ? 4 % setahun bro......

Siapa Menteri Kewangan ketika itu ? Anwar Ibrahim

Hari ini Anwar nak bercakap pasal PTPTN membebankan pelajar ? Kah...kah....kah....kah....kah.....

Kalau Anwar tak setuju dan dia tahu itu membebankan pelajar, patutnya pada masa itu dia bantah atau dia arahkan batal. Tapi pada masa itu mana Anwar ada masa nak fikirkan para pelajar atau mahasiswa. Dia hanya fikirkan bagaimana nak rembat kekayaan negara dan nak kayakan kroni-kroni seperti Rahim Ghouse, Kamarudin Jaffar , Nazree Abdullah dan ramai lagi.

Hari ini bila tiada kuasa dan nak kejar kuasa baru nak fikirkan pasal beban yang ditanggung mahasiswa. Podahhhhh chittttt......

Pada saya senang sahaja, Anwar kalau bercakap tiada satu yang betul. Dia buka mulut sahaja bohong...buka mulut sahaja bohong.....buka mulut bohong......bab janji dia memang nombor wahid. Kalau tak percayalah pergilah jumpa mana-mana pemimpin PKR yang keluar parti, mereka boleh ceritakan satu persatu temberang Anwar.



Kalaulah ditakdirkan Anwar itu seorang penjual ubat atau peniaga jualan langsung, saya rasa dah lama dia jadi bilionaire walaupun produk yang dijualnya temberang. Semuanya kerana dia cukup pandai bercakap, berjanji dan seterusnya memukau orang ramai. Orang seperti dia kalau jual ais krim di kutub utara pun akan berebut-rebut orang eskimo membelinya.

Itu hakikat yang terpaksa kita akui kerana dia pandai bercakap dan putar belit yang boleh memukau orang. Contohnya senang, Tun Dr M yang bijak pandai itu pun Anwar senang-senang boleh goreng sehingga dapat jadi TPM. Setakat kita semua ini lagi senang Anwar goreng.



Akibat terlalu kemaruk nak kejar kuasa dan nak jadi PM membuatkan Anwar sudah tidak sedar diri dan fikirannya sudah jadi tak betul, maka dia cakap dan akan janji apa sahaja yang keluar dari mulutnya.

Untuk nak menang pilihanraya kecil pun dia berbohong, apatah lagi untuk memastikan dia dapat jadi PM maka lagi besarlah pembohongannya.

Untuk memastikan dia menang pilihanraya kecil Permatang Pauh 2008, dia bohong pasal 16 September. Dia kelentong seluruh Malaysia, selepas dia menang di Permatang Pauh pada Ogos 2008 dia akan mengambil alih pemerintahan negara pada 16 September 2008.

Tidak cukup dengan itu , orang-orang dia pun dia bohong guna nama Agung, kononnya Agung sedang menunggunya untuk mengangkat sumpah di Istana Negara.

Setahun selepas itu, semasa pilihanraya kecil Permatang Pasir Ogos 2009 dia berjanji lagi. Dia kata sekiranya calon Pas, Salleh Man menang, maka Salleh akan dilantik sebagai YDP Majlis Agama Islam Pulau Pinang .

Tup...tup....selepas menang dan sampai masanya orang lain yang dilantik dan itu menimbulkan kemarahan orang-orang Pas. Sekarang ini baru kedengaran ura-ura Salleh akan dilantik. Itu pun setelah pilihanraya umum semakin dekat kerana Anwar bimbangkan dia tidak mendapat kerjasama penyokong-penyokong Pas untuk jentera pilihanraya kawasannya.

Dah dua janji yang dibuktikan bohong....

Yang ketiga, ini yang paling best. Kata orang kering-kering ja kena tipu....

Ini perkataan yang dilafazkan Anwar kepada penduduk Kampung Buah Pala Pulau Pinang sewaktu kempen PRU 2008.

“you percaya cakap saya…Kalau kita duduk di sini 60-70 tahun, dia tak boleh tarik (tanah) macam tu….2 minggu sudah menang mesti itu Ketua Menteri datang sini kasi selesai masalah ni..”

Berpegang kepada janji itu menjadi asas kepada penduduk Kampung Buah Pala memilih calon DAP sebagai wakil mereka dan Allah Maha Kaya nak tunjuk kepada kita siapa dia Anwar dan bagaimana sifatnya dalam menunaikan janji, maka tertubuhlah kerajaan DAP Pulau Pinang.







Yang dijanjikan 2 minggu akan selesai, apa yang terjadi kini ? Kampung Buah Pala benar-benar selesai dan kini tinggal dalam lipatan sejarah.



Kepada mana-mana mahasiswa atau ahli keluarga yang rasa terpesona dengan janji Anwar, silalah pergi cari mana-mana penduduk Kampung Buah Pala dan tanya mereka kenal tak Anwar Ibrahim ? Kalau boleh bawa kapas sikit untuk sumbat lubang telinga, takut tak tahan makian atau cacian yang begitu kuat sampai nak pecah gendang telinga dibuatnya.

(TERIMA KASIH RBF)

RUNDINGAN MEJA BULAT GAGASAN 1MALAYSIA




Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,Semalam Rundingan Meja Bulat NGO2 Muda Di Felda Villa Jln Gurney Kuala Lumpur 05hb April 8mlm Topik : Peranan Media Baru di Gagasan 1 Malaysia. Saya Salah Seorang Panelist Mewakil Suara Anak Muda 1Msia (SAM1M)



Alhamdulilah program tersebut dihadiri oleh lebih 28wakil2 NGO seluruh negara. Terima kasih kepada penganjur iaitu Team Teh Tarik Bersama YB Dan Veteran MAYC.



Rata2 cadangan anak2 muda merasakan media baru ini amat penting dalam penerangan Gagasan 1Malaysia pada masyarakat. Pendekatan pihak kerajaan juga harus berubah kearah lebih segar bagi generasi muda.Kerana saya secara peribadi rasakan Gagasan 1Malaysia adalah satu idea yang amat bagus dan terbaik bagi negara kita, cuma cara pendekatan penerangan juga harus berubah untuk generasi muda lebih mudah memahaminya.





Apa2 pun tahniah pada semua yang hadir.

Wednesday, April 4, 2012

PAKATAN "LAWAN TETAP LAWAN" SESAMA SENDIRI



Ahli-ahli akar umbi Parti Keadilan Rakyat (PKR) buat pertama kali dan secara terbuka menuntut supaya Azmin Ali menjawab segala dakwaan yang dikaitkan ke atas beliau.



Mereka turut menggesa Timbalan Presiden PKR itu meninggalkan parti jika gagal berbuat demikian dalam masa terdekat demi menjaga nama baik PKR.

Desakan itu dinyatakan oleh Ketua Penerangan PKR Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi dalam satu sidang akhbar di sini hari ini yang turut dihadiri Naib Ketua PKR Ampang, H.M Tan dan 10 ahli jawatankuasa cabang tersebut. - UTUSAN



AZMIN OOH AZMIN..KAN DAH KONO..PAKATAN "LAWAN TETAP LAWAN" TAPI SESAMA SENDIRI, PRU13 BYE2 PAKATAN..

PAKATAN RETAK MENANTI REBAH..RAKYAT DAH MENILAI MANA BAIK DAN MANA TIDAK..

BERSIH PAKATAN DRPD MALAYSIA



TERIMA KASIH SAHABAT JUGA MY BROTHER FLYING KICK..HEHEHEHEHEH..SEMPOY
DIBAWAH PETIKAN DRPD BLOG FK.



Tuntutan Segera Perhimpunan BERSIH 3.0

1. Bersihkan senarai undi

- Pendaftaran automatik- rasanya hak asasi mana2 rakyat malaysia utk berdaftar atau tidak.

2. Mereformasikan undi pos
-aku tak faham da, pasal tiada benda baru yg dituntut pun. mende ko hendak ni labu!!

3. Gunakan dakwat kekal

-kononnya nak elakkan pengundi hantu, tapi malangnya dah berpuluh2 kali pilihanraya umum dan kecil lum ada bukti2 sahih atau kes yg dibawa kemahkamah!!!

4. Masa kempen minima 21 hari

-Ni sebenarnya tak de isu, buat ler berapa hari minima pun..pasal PAKATAN berkempen dari hari abis pilihanraya sehingga ke pilihanraya yg seterusnya..tak henti2 4 tahun, 4 tahun ler..hari2 tak henti2, tak cukup dalam Malaysia, luar Malaysia pun jadi..tak cukup lagi..pehhh

5. Akses media yang bebas dan adil

• RTM dan Bernama adalah agensi media yang dibiayai oleh kerajaan. Mereka sepatutnya memberi liputan yang seimbang dan adil untuk semua parti yang bertanding.-he he cari makan bro, dorang ada target customer ma!! yg media PAKATAN adilke?

• Parti politik harus dibenarkan untuk membuat pengiklanan tanpa sebarang diskriminasi dan penapisan.-he he sekarang dunia internet ma, bebas ma..apa lagi u tube ler!! dll

• Ini adalah mengenai keadilan! Semua media perlu memberikan hak untuk semua parti membalas kepada tuduhan-tuduhan negatif terhadap mereka.--he he start dulu ngan media PAKATAN ma..
masing2 dah buat ikut keadilan takrif masing2 ma..

6. Kukuhkan institusi awam

Institusi awam dan kakitangan kerajaan harus tidak berat sebelah dan menegakkan undang-undang dan demokrasi. Institusi awam harus direformasikan supaya bertindak secara bebas, menegakkan undang-undang dan melindungi hak asasi manusia.
Contohnya :

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hendaklah memastikan pilihanraya yang bebas dan adil.- SPR hanya dipuji bebas dan adil jika calon PAKATAN menang, adil ke?



Badan Kehakiman harus memelihara kebebasannya dan menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa gentar atau memihak.- tapi sapa rajin buat demo menekan badan kehakiman?

Peguam Negara perlu bertindak secara tidak berat sebelah dan mengutamakan kepentingan rakyat.- tul tu, setuju bebenor ..kenapa kes2 melibatkan pempin2 parti PAKATAN masih tidak diheret kemahkamah?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia harus bertindak dengan adil dan menghentikan pendakwaan selektif dan penyalahgunaan kuasa.-- tul tu, apsal kalau pempin2 BN segera bebenor, tapi berkaitan ngan pempin2 PAKATAN sunyi sepi..kes pembalakan di Kelantan, penyeludupan pasir di Selangor, kes yg memberi tekanan keatas TBH sehingga beliau didapati mati (yakni tidak membunuh diri dan tidak dibunuh cuma didapati mati), kes video seks Anwar (kemungkinan ianya rasuah seks)



Polis Di Raja Malaysia perlu bertindak secara profesional dalam melaksanakan tugas dan menegakkan kedaulatan undang-undang.--tul tu, puak2 demo diberi makan free!! minum free, abiskan duit rakyat!! dan dilayan ngan penuh mesra dan kasih sayang!!

7. Hentikan rasuah

Rasuah adalah kegiatan mencuri dari rakyat untuk kepentingan peribadi. Rasuah menyebabkan orang kaya bertambah kaya dan golongan miskin semakin miskin.- Ni fahaman sesat!! Yg kaya bertambah kaya kerana usaha gigih ma..yg miskin bertambah miskin ialah berangan2 PAKATAN bagi semua free!!

Yg mengamalkan rasuah tidaklah berkesudahan yg baik..walaupun lepas dari undang2 manusia (ikut procedure ma-tapi semua orang faham ma) ..Allah swt bukan tak der kat dunia ni!! Allah swt bukan saja berkuasa dihari kiamat je ma..didunia dan diakhirat, Allah swt menghukum dan mengadili dan tiada siapa akan terlepas!! walaupun ia adalah orang kapir

Pembelian undi harus dihentikan!- juga janji2 palsu spt janjikan syurga, atau undi parti tertentu dapat pahala!! hentikan perbuatan membeli undi ngan janji2 palsu yg langsung tiada dalam kuasanya.

Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 mesti dikuatkuasakan.

8. Hentikan politik kotor

BERSIH 3.0 menuntut SEMUA parti politik untuk menghentikan politik kotor.Juga hentikan perbuatan demo2 ni..tuntutan2 harus dibuat didalam Parlimen, bahas puas2 demi rakyat yg diwakili..tidak seharusnya mengheret isu2 kejalanan!! Jgn asyik ambik cara mudah, keluar dewan ma!!

Tuntutan tambahan!!!

9. Memastikan rakyat Malaysia yg cintakan negara ni- perlu fasih bahasa Malaysia, dah bertahun2 duduk tak reti2 pehhh

10. Pastikan calon2 adalah petah bahasa Malaysia!! Kabor Malaysia 1st ma...

11. Pastikan calon2 adalah bebas dari gejala sosial dan salah laku seks serta skandal2 seks. Calon adalah terbatal sendiri jika dikaitkan ngan isu2 sedemikian.

12. Utk elakkan nepotism, dari satu keluarga hanya perlu ada satu orang sahaja calon semada DUN maupun Parlimen.

13. Semua calon2 perlu istihar harta. Yakni Nama calon dan hartanya.

14. Tiap2 calon bagi aku rm 100 ..pasal penat aku menaip ni, he he. Kaki demo tak yah bagi sen.



heheheheh...terbaik :)

LANTAK KORANG NAK BERHIMPUN, 3HARI 3MALAM



Salam sahabat2 yang dihormati,

Cam biasa ler kalau PAKATAN lain dan tidak lain depa suka buat Himpunan, teruskan lah berhimpun secara aman. Buat jangan tak buat. Rakyat menilai mana yang bertanggungjawab dan mana yang tidak bertanggungjawab. DATARAN MERDEKA SEMPIT TAK MUAT 500,000 YANG NAK HADIR, SAYA CADANG PI BUAT DISTADIUM BERSAMA PACKAGE 3HARI 3MALAM.



Heboh dlm media2 PAKATAN katakan akan himpunkan 500,000 pada 28hb..Buat jgn tak buat.
Soalan disini tarikh 28hb ni masih jauh lagi bole buat perubahan logistik agar tidak menganggu gugat keadaan sekitar bandaraya, kerana ianya hanya akan melumpuhkan ekonomi terutama di bandaraya.

Cadangan SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA buatlah di Bukit Jalil pada 28hb kerana lokasi yang besar dan boleh memuatkan jumlah yang dikatakan 500,000 ni PAKATAN kira ngan bayang2 skali cam biasa atau buat di stadium Shah Alam juga boleh memuatkan kapasiti yang dikatakan.



Saya rasa kalau PAKATAN setuju buat di Stadium Bukit Jalil atau Stadium Shah Alam, buatlah 3hari,3malam..himpunlah, menjeritlah, berjalanlah keliling stadium tanpa henti, duduk dan baringlah dalam tempat yang saya cadangkan..Kerana tak ganggu dan kacau MAJORITI rakyat dinegara kita.



Buatlah konsert atau pertandingan menari ala Anuwar didalam stadium tu, tak sapa marah...



HIMPUN DUDUK, BARING DAN BUAT LAR KENDURI DALAM STADIUM TU, MAJORITI RAKYAT MALAYSIA TAK MARAH, YANG RAKYAT MALAYSIA MARAH BILA BUAT KAT TENGAH2 KUALA LUMPUR..ITU YANG ORANG MARAH..BILA MAJORITI ORANG MARAH MAKA PIHAK BERKUASA KENA TEGAS, ITU SAHAJA.

JADI PADA PAKATAN, JGN NOTTI2 TAU, PI DUK DALAM STADIUM 3HARI 3MALAM PACKAGE PERCUTIAN PAKATAN..

SAYA NAK BERSIH KAN SELANGOR DRPD SAMPAH2 YANG TAK SETTLE2, ADA HATI NAK JADI KERAJAAN PUSAT, MASALAH NEGERI YANG SIMPLE PUN TAK LEH SETTLE...ADEIIIIII..

Tuesday, April 3, 2012

AGENDA PAKATAN "HANCUR ANAK MUDA"



Apa Nak jadi pada budak bingai nama Adam Adli ni, kan dah kena..dia sedar atau tidak dia ni dijadikan alat dan pencacai PAKATAN jer. Apa kena mengena gerakan Mahasiswa dengan Flat di Lembah Pantai.



Flat tu asrama mahasiswa ker? Yang sibingai pencacai PAKATAN ni Adam Adli and Geng depa ni penduduk di lembah Pantai ker? Soalan disini yang dia sibuk nak kejar glamour ikut telunjuk PAKATAN ni kenapa, adakah macam biasa PAKATAN janjikan langgit dan bumi utk budak bingai ni. Ada rakan2 PAKATAN kata pemimpin2 besar PAKATAN janji si bingai ni jadi CALON PRU13..adeiiiii... Ni kah contoh nak jadikan wakil rakyat, hancur lar generasi anak muda masa hadapan.



Kepala Mahasewel yang menghasut mahasiswa-mahasiswa seluruh Malaysia untuk merosakkan diri mereka dengan berdemo dan membuat kacau di dalam negara. Beliau telah ditinju dengan kejam di Kg Kerinchi kerana kehadirannya tidak disenangi oleh ramai penduduk.



PAKATAN PEROSAK MASA HADAPAN ANAK MUDA DEMI KEPENTINGAN POLITIK MEREKA...HANCUR ANAK MUDA. SUARA ANAK MUDA1MALAYSIA (SAM1M) TOLAK PAKATAN..