Saturday, March 12, 2011

AnuWar KASI DNA, Apa Takut??

Salam Sahabat2 Yg Saya Hormati,

Demo Aman NGO Di HQ PKR TROPICANA Dan Beberapa Negeri Di Msia.

⁠⁠
Pada jam lebih kurang 11.30 pagi tadi, satu demostrasi aman telah dianjurkan oleh badan NGO Selangor iaitu GAPS, PERKASA, MIC Subang dan beberapa NGO lain bagi mendesak Anwar Al-Juburit supaya memberi DNA beliau kepada Polis. Demonstrasi ini diadakan serentak mengikut negeri iaitu di Perak, Pulau Pinang, Selangor dan beberapa negeri lain.

Dalam demonstrasi aman ini, Pengerusi GAPS, Sdr. Hamidzun Telah mendesak supaya tiada layanan istimewa diberikan kepada Anwar dan beliau mendesak agar Anwar tidak berdolak-dalih dalam memberikan DNA beliau kepada Polis.

Saya nak tau kata DSAI Perjuangkan dasar keterbukaan, kenapa kini bila isu kes beliau sendiri buat perbicaraan tertutup, RAKYAT Perlu tahu kebenaran.

Kenapa Takut Sangat Nak Kasi DNA Jika Tak Bersalah, Kasi DNA Pada Pihak Berkuasa Jika Tidak Bersalah, Tak Perlu Berdolak Dalih Dan Tunda2 Isu Ini.Duk Asyik lengahkan perbicaraan dengan sebab-musabab yang sangat banyak, membuktikan bahawa Anwar semakin kecut dengan pertuduhan terhadap beliau.

Yg Kelakar Kita Lihat, Komen2 Pemimpin2 PKR Terutama YB Nik Nazmi, Yang Lari Tajuk Dan Tukar Citer Serta Spin Issue Ni, Depa Kata DEMO2 Dibuat Oleh PERKASA Dihadiri Oleh Orang2 Indonesia Dan Sabah Dimana Akan Berikan IC Pada Mereka..Bodoh Betul Statement Pemimpin Muda Ni, Hebat Lar PERKASA Leh Kasi Kelulusan IC Pada Mereka, Mengalahkan KDN Dan Immgration Msia...

Tak Perlu Tukar Citer, Desak Lar Pemimpin Utama PKR , Ketua Umum PKR, Ketua Pembangkang PR KASI DNA PADA PIHAK BERKUASA, APA Nak Takut..

BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA APA???? RENUNG2KAN...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments:

  1. Maaf tuan saya tak faham, mengapa susah sangat nak ambil DNA sampai buat demontrasi? Apa hak kita nak suruh orang serah DNA? Isu dahulu dah ambil DNA, tak kan tak simpan?
    Hari ini, nak ambil DNA bukan susah, dari baju boleh ambil DNA.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Kita mungkin x de hak nak minta dna orang tapi mahkamah berhak utk mengarahkan supaya suspek atau sesiapun memberikan DNA untuk melengkapkan siasatan dan dijadikan bukti pendakwaan atau pembelaan.

    Anwar gemar membuang masa mahkamah dan terkini kes nya ditangguhkan hanya disebabkan kematian ahli keluarga lawyer nya, karpal. Anwar memang tak mau kes nya selesai secepat mungkin keran dia tahu yang dirinya berada di pihak yang salah.

    En Baei...

    Memang tak de masalah nak amik DNA dari baju Anwar. Tapi masalahnya Anwar tidak akan bekerjasama dan akan menafikan apa jua tindakan utk mengambil DNA darinya.

    Sebagai contoh, Anwar telah memohon agar mahkamah menolak DNA nya yang diambil dari barangan peribadinya sewaktu dia ditahan di lokap. Mahkamah menerima permohonan itu. Jika DNA diambil dari baju seperti cadangan En Baei, Anwar akan tetap menafikan DNA tersebut. Jadi, apa gunanya.

    Hanya satu cara jika mahu melihat kes liwat Anwar selesai cepat. Anwar mesti menyerahkan sampel DNA nya secara sukarela dan secara rasmi. Dan Anwar terpaksa menerima apa jua keputusan yang diputuskan setelah DNA nya diserahkan. Inilah yang Anwar tak sanggup hadapi.

    Menjadi tanggungjawab rakyat Malaysia untuk mendesak Anwar membantu siasatan dengan menyerahkan sampel DNA nya. Rakyat Malaysia berhak tahu samada calon bakal PM terlibat dgn kes liwat atau tidak sebelum rakyat Malaysia memutuskan untuk menyokong Anwar.

    Sikap Anwar membuatkan rakyat berbelah bahagi samada mahu mempercayai yang Ketua Umum PKR ini seorang peliwat atau Anwar telah difitnah. Jika Anwar benar2 tidak bersalah, rasanya sudah sampai masanya untuk Anwar membuktikan dan mempertahankan dirinya. Hanya DNA nya yang menjadi penentu.

    Sekian...

    ReplyDelete
  3. Sepatutnya yg menuduh perlu membuktikan yg tertuduh bersalah melalui bukti2 yg dikumpul dan bukannya meminta pula DNA dari si tertuduh. Simple right?

    ReplyDelete