Sunday, March 13, 2011
BIBLE BAHASA MELAYU, HORMATI SENSITIVITI ORG ISLAM
Salam Sahabat2 Yg Saya Hormati,
Sekali lagi Isu Bible Bahasa Melayu Di Bangkitkan Oleh Golongan@ Yg Tidak Bertanggungjawab, Jika Saya Lihat Isu Ini Di Bangkitkan Dahulu Kerana Permainan Politik Oleh Pihak2 Yg Tidak Bertanggungjawab Ketika PRK Sibu Tahun Lepas, Kini Di bangkitkan Semula Kerana Ura-Ura PRU Sabah Dan Sarawak.
Pada Pihak Yg Ketandusan Idea Utk Berpolitik, Cari Lar Isu Lain Saya Nak Cadangkan, Bukan Memainkan Isu Yg Sensitif Ni Hanya Utk Meraih Undi, Jgn GADAI MARTABAT AGAMA ISLAM UTK SEMATA2 UNTUK DAPAT UNDI.
Pada Pendapat Peribadi Saya, Isu Bible Bahasa Melayu, Mudah Jika Nak Lepaskan Pihak Yg Bawak Masuk Harus Setuju Tukar Perkataan "Allah" Di Tukar Kepada "Tuhan" Didalam Bible Bagi Elak Kekeliruan, Selesai Dan Tak Perlu Di Perbesar2kan, Kebebasan Beragama Harus Datang Dgn Tanggungjawab Pada Sensitiviti Semua Kaum Dan Agama, Kerana Kita Sebuah Negara Majmuk
Bagi saya, penggunaan nama ALLAH dalam bible adalah bertentangan dengan Islam. Malah tiada nas al-Quran yang membenarkan penggunaan ALLAH oleh Yahudi dan Nasrani.
Mengapa saya kata begini?
1. Walaupun di dalam al-Quran ada kalimah ALLAH bila merujuk kisah yang berkaitan dengan Yahudi dan Nasrani, tetapi kisah-kisah itu berkisar tentang Yahudi dan Nasrani yang masih lagi berpegang kepada Injil dan Taurat yang asli, bukannya kaum Yahudi dan Nasrani yang berpegang kepada Torat,Bible, Old Testament dan New Testament yang ada pada hari ini.
2. ALLAH sememangnya diketahui oleh masyarakat arab jahiliyyah sebagai suatu ’supreme power’.
Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w telah menghapuskan kepercayaan karut,penyembahan berhala,syirik, tahyul dan kurafat serta menidakkan persamaan ALLAH dengan makhluk.
Rasulullah s.a.w telah membersihkan kalimah ALLAH dari segala hal syirik.
3. Firman ALLAH s.w.t dalam al-Quran bermaksud,
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. (surah al-Ikhlas).
Surah di atas jelas menunjukkan ALLAH s.w.t bersifat Esa dan menolak konsep Trinity.
4. Sarjana Kristian sendiri sebenarnya tidak jelas bahawa Injil dan Taurat adalah 2 kitab yang berbeza. Mereka sendiri mengalami disforia(kekeliruan) dalam hal ini. Sarjana Kristian mengatakan
i) Torat adalah ‘the first Bible and is written by Moses’.
ii) Almost the entire Old Testament was written in Hebrew during the thousand years of its composition.
iii) The New Testament, however, was written in Greek.
Sekiranya anda membuka Torat, New Testament dan Old Testament, anda tidak akan menjumpai kalimah ALLAH di dalamnya. Malah, jika anda membaca New Testament yang ditulis dalam bahasa Greek, anda tidak akan menemui kalimah ALLAH. Oleh yang demikian permohonan Herald dan gereja ini sebenarnya bertentangan dengan Torat,Old Testament dan New Testament itu sendiri.
5. Cuba anda fikirkan, bagaimana agaknya jika pihak gereja dan Herald ingin membuat bible dalam bahasa Tamil?
Yang mana satu yang akan mereka pilih untuk menggantikan perkataan God di dalam Bible? Adakah Brahma? Atau Shiva? Atau mungkinkah Vishnu?
6. Jika kalimah ALLAH dibenarkan untuk digunapakai oleh agama lain, maka tindakan tegas terhadap pengamal ajaran sesat seperti Ayah Pin dan Haji Kahar adalah sukar dilaksanakan kerana seolah-olah membenarkan sesiapa sahaja untuk membuat interpretasi sendiri tentang ALLAH dan sifat-sifatNYA.
7. Malaysia adalah sebuah negara Islam, perlembagaan kita menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi. Malaysia bukannya sebuah negara Pancasila atau free thinker. Kebebasan itu ada hadnya.
8. Permohonan pihak Herald dan gereja untuk menggunakan kalimah ALLAH bertujuan untuk menyelewengkan akidah umat Islam ke arah pluralisme.
Ingatlah firman ALLAH s.w.t di dalam al-Quran yang bermaksud,
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu sehinggalah
kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka.” (Al Baqarah: 120)
Perkara yang menjadi tanda tanya pada saya disudut KDN adalah atas dasar apakah ia meletakkan yang Kristian tidak boleh menggunakan perkataan Allah didalam agama mereka?
Disudut agama Kristian pulak… kenapa hanya Kristian Malaysia sahaja yang beria ia mengatakan Allah adalah nama kepada TUHAN bapa?
Dan Allah adalah terjemahan kepada perkataan GOD?
Sedangkan didalam Bible tidak pernah disebut sama sekali perkataan Allah?
Sekiranya ISA diterjemahkan JESUS, ia telah pun dilakukan hampir 2000 tahun lalu. Tetapi kenapa baru sekarang GOD diterjemahkan kepada Allah?
Didalam pemahaman umat ISLAM seluruh dunia, bukan sahaja Malaysia. Allah didalam Al-Quran bukan bermaksud TUHAN. Ia adalah nama khas tuhan. Tuhan bermaksud pencipta seluruh alam maya ini dan namanya Allah. Dan Allah adalah tuhan sekalian alam yang perkataan Allah itu tidak bermaksud tuhan.
Oleh itu, penterjemahan Kristian Malaysia tentang makna GOD adalah Allah adalah sesuatu kekeliruan yang amat besar.
Sekiranya tuhan bapa adalah Allah… sudah sampai masanya umat ISLAM sedar yang perbezaan antara umat ISLAM dan Kristian tidak besar. Dan hakikat iman sudah semakin hampir kepada keESAan Allah.
Apa yang membezakan ISLAM dan Kristian adalah, umat kristian mengiktiraf JESUS atau ISA a.s sebagai ‘anak’ TUHAN. Tetapi ISLAM mengiktiraf JESUS atau ISA a.s sebagai utusan Allah dan seorang nabi yang diberi kelebihan berbanding manusia lain.
Selain itu, perkataan ISLAM bukanlah rekaan atau ciptaan oleh mana mana manusia atau pun nabi Muhammad s.a.w tentang nama agama ISLAM. Ia adalah nama yang diberi oleh Allah kepada agama ini. Rujuk Al-Quran surah al-Maaidah ayat 3.
Namun, didalam BIBLE tidak pernah tercatat atau dibuktikan JESUS menyatakan nama agama yang diajarkan adalah KRISTIAN. KRISTIAN diambil dari perkataan CHRIST. Gelaran yang diberi kepada JESUS yang bermaksud penyelamat. Perkataan Christian pula bermaksud ‘Pengikut Penyelamat’. Hanya 2 kali disebut perkataan Christian dan ke2 2 ayat ini bukanlah perkataan yang dilafazkan oleh JESUS yang disebut sebagai anak TUHAN. Rujuk BIBLE ACTS 26:29 dan 1 Peter 4:16.
Demikian sebahagian hujah saya untuk menolak penggunaan kalimah ALLAH di dalam Bible.
AKHIRNYA, KEPUTUSAN DITANGAN SAHABAT2 UNTUK MENILAI MANA YANG BAIK DAN MANA YANG TIDAK.
PERTAHANKAN MARTABAT AGAMA ISLAM DRPD PERMAINAN POLITIK UNTUK MERAIH UNDI...WAUHALLAHUALAM..
No comments:
Post a Comment