Monday, May 30, 2011

SYUKUR PERJUANGAN "PARLIMEN BELIA" TERJAWAB




Assalamualaikum sahabat2 yang Dihormati.

Syukur Alhamdulilah Kehadrat Illahi Terbukanya Hati YAB DS Najib Utk Membuka Parlimen Belia, Saya Berjuang Sejak Beberapa Tahun Dahulu Dengan Mencadangkan Isu Parlimen Belia. Saya Masih Ingat Semasa Satu Program Teh Tarik Session Bersama YB Anjuran Teh Tarik Bersama YB Anjuran Sdr Zamiel Zukie Dan Teamnya. Saya Menyuarakan Isu Parlimen Belia Terhadap Pemimpin Tersebut Tapi Cadangan Awal Saya Di Tolak Oleh Beliau. Tetapi Saya Tekat Untuk Teruskan Cita2 Parlimen Belia.



Saya Dgn Inisiatif Sendiri Pergi Ke Parlimen Utk Bertemu Ngan Beberapa Pemimpin Negara Termasuk Menteri2 Mengenai Cadangan Untuk Wujudkan "Parlimen Belia" Ada Yang Setuju Dan Ada Yang Ketawakan Cadangan Saya. Tapi Saya Teruskan Juga Perjuangan Untuk Membawa Isu Parlimen Belia Ini, Dalam Beberapa Forum dan Sidang Akhbar Juga Saya Nyatakan Isu Parlimen Belia Ini. Alhamdulilah Dlm Suatu Mesyuarat Agung Majlis Belia Malaysia Telah Menyuarakan Ttg "Parlimen Belia" Tahniah MBM Atas Inisiatif Utk Wujudkan Parlimen Belia.




Ini Petikan Artikel Mengenai Parlimen Belia Yang Di Persetujui Oleh YAB DS NAJIB

Kerajaan Akan Wujudkan Parlimen Belia May 29, 2011

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mewujudkan Parlimen Belia bagi mengetahui pandangan, cadangan dan citarasa golongan belia di negara ini.



Perdana Menteri berkata wakil pemimpin belia dalam Parlimen tersebut terdiri daripada mereka yang dipilih oleh golongan belia itu sendiri.

“Syarat umur (wakil belia dalam Parlimen itu) mungkin bawah 40 tahun,” katanya ketika merasmikan Himpunan Sejuta Belia sempena Hari Belia Negara 2011 di sini.

“Para belia (boleh) memilih wakil mereka, boleh membahas usul-usul, boleh membuat cadangan dan kerajaan akan memberi pertimbangan yang sebaik-baiknya terhadap cadangan-cadangan itu,” kata Najib.




Perdana Menteri berkata penubuhan Parlimen itu merupakan salah satu daripada enam inisiatif oleh kerajaan untuk mengiktiraf peranan dan sumbangan golongan belia.

Sebagai bakal pemimpin, beliau berkata kerajaan juga akan memperkenalkan konsep mentor-mentee kepada belia dalam beberapa bidang termasuk keusahawanan, sektor awam, aktiviti sosial, industri, kreatif dan profesional.

____________________________________________

Semoga Parlimen Belia Ini Akan Menjadi Suatu Titik Perubahan Landskape Politik Negara Kita. Terima Kasih Pada Kerajaan Kerana Mengambil Suatu Langkah Untuk Menjadikan Golongan Belia Sebagai Salah Satu Mekanisme untuk Mengubal dan Mencadangkan Dasar2 Kerajaan Khususnya Pada Golongan Belia.



Saya Doakan Semoga Yang Terpilih Untuk Menduduki Kerusi Di Parlimen Belia Lakukan Dengan Amanah Dan Tanggungjawab Yang Baik Bagi Menghormati Kepercayaan YAB DS Najib Kepada Suara Belia.

Ini Salah Satu Artikel Saya Mengenai "Parlimen Belia" Tidak Lama Dahulu.

http://armandpju.blogspot.com/2011/04/parlimen-belia.html


TAHNIAH PADA BELIA YANG MENYOKONG CADANGAN PARLIMEN BELIA.

"SUARA ANAK MUDA, SUARA KERAMAT, SUARA PERUBAHAN" : Arman Azha Hj Abu Hanifah

Sunday, May 29, 2011

JOM Pi Wacana "FITNAH, ANCAMAN UMAT AKHIR ZAMAN"



Salam Sahabat2 yg Dihormati Dijemput Ke Program Wacana anjuran Sinar Harian bertajuk "FITNAH, ANCAMAN UMAT AKHIR ZAMAN" seperti berikut:

Tarikh: Selasa, 31 Mei 2011
Masa: 2.00 - 4.30 ptg
Tempat: Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam.



Ahli panel:
1. YB Khairy Jamaluddin, Kp Msia
2. Nasaruddin Hassan Tantawi, Ketua Pemuda PAS Pusat
3. Dr Asri Zainul Abidin, Bekas Mufti Perlis





Moderator: Dr Masli Malik dari UIA.

JOM TURUN KASI SOKONGAN PADA ISU UTAMA DLM PERJUANGAN IAITU MARTABAT AGAMA, BANGSA DAN TANAH AIR UTK KITA SELAKU PEMUDA UMNO WAJIB PERTAHANKAN..

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, May 26, 2011

HIMPUNAN SEJUTA BELIA

Hari ini akan bermulalah satu himpunan anak-anak muda Malaysia dari seluruh negara berkumpul dan berkampung di Putrajaya. Bahang kehangatan sudah semakin panas. Dari Perlis sampai ke Johor, Sabah dan Sarawak terus ke Labuan.semuanya sudah mengorak langkah menuju ke Putrajaya menjayakan HIMPUNAN SEJUTA BELIA.

Inilah masa yang dinantikan! Berkumpul,bersatu,persahabatan, setiakawan dan semangat semuanya disatukan dalam memartabatkan BELIA MALAYSIA.

Khabarkan kepada seluruh alam bahawa himpunan ini bukan himpunan 'suka-suka' tetapi himpunan yang menjadi langkah awal dalam kita mendabik dada sedikit masa lagi untuk menjadi NEGARA MAJU DAN BERPENDAPATAN TINGGI MENJELANG TAHUN 2020

Ayuh sahabat semua.sebarkan dan hebahkan akan himpunan ini.Sama-sama kita ke Putrajaya berkongsi segalanya dengan shaabat2 belia dari seluruh negara.

20 segmen utama dan 200 acara/aktiviti disediakan. Layari www.haribelianegara.org.my untuk info-info berkaitan.
Serta Layari video2 sepanjang Hari Belia Negara di www.ytvmalaysia.blogspot.com

Mohon di panjangkan kepada rakan2 serta kaum keluarga yang lain..

Terima kasih. JUMPA DI PUTRAJAYA.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PETROL X NAIK "KONSPIRASI BN" JUGAK KE?

Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Syukur Alhamdulilah Setelah Pihak Kerajaan Telah Mengumumkan Bahawa Harga Petrol RON95, Diesel Dan Gas Tidak Akan Naik Seperti Yang Di War2kan Oleh Pihak PR Dlm Media2, Blog Dan Twitter.

Tapi Yang Peliknya, Bila Keputusan Pihak Kerajaan Tidak Menaikkan Harga2 Tersebut , Mereka Pulak Banyak Komplaint Dalam Isu Ni, Sedangkan Jutaan Rakyat Malaysia Bersyukur Atas Keputusan Yang Di Buat Oleh Pihak Kerajaan.

Saya Rasa Jika Harga Naik, Macam Biasa Puak2 PR Akan Turun Ceramah Dan Kondem Kerajaan Ni Kejam Dan Tak Perihatin Kepada Rakyat Dan Sebagainya.

Tapi Bila Kerajaan Buat Keputusan Utk Tidak Naik, Kenapa Tak Turun Ceramah Katakan Kerajaan Baik Dan Perihatin Terhadap Rakyat..

Yang Pasti Pihak PR Ni, Apa Jua Yang Di Buat Oleh Kerajaan Semua Tak Betul, Tapi Soalan Di Sini Pihak PR Apa Cadangan Utk Isu Ni, Selain Kondem, Kritik Dan Mcm2 Lagi..Rakan2 Pikir2kan Lar..

Ni Contoh Artikel DAP Tak Puas Hati Keputusan Kerajaan.

BN 'korban' tak potong subsidi takut kalah teruk PRU-13, dakwa DAP
Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 26 Mei – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng percaya langkah Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG) buat masa sekarang kerana bimbang akan kehilangan sokongan rakyat pada pilihan raya umum ke-13.

Tegas Lim (gambar), langkah Pakatan Rakyat yang secara berterusan mendesak Putrajaya menyebabkan pentadbiran Najib terpaksa membatalkan hasrat memotong subsidi dan pada masa sama mengumumkan tiada kenaikan harga bahan api.

"Pakatan Rakyat telah menyebabkan timbulnya rasa takut kepada kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah mendorong BN untuk membatalkan cadangan pemotongan subsidi, malah turut mengumumkan tiada kenaikan harga minyak RON95, diesel dan gas petroleum cecair untuk ketika ini.

"Namun subsidi diesel untuk kapal penangkap ikan laut dalam dan sembilan kelas kenderaan komersial akan dihapuskan bermula 1 Jun, mengurangkan bebanan subsidi yang ditanggung kerajaaan persekutuan sehingga mencecah RM886.1 juta setiap tahun," katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu tegas beliau, ada tiga alasan yang menyebabkan Putrajaya terpaksa berubah fikiran untuk tidak meneruskan cadangan menaikkan harga barang dan bahan api.

"Pertama, Pakatan Rakyat berkemampuan untuk memobilisasi hampir keseluruhan dalam usaha membantah kenaikan harga barangan dengan mendedahkan ketidakadilan yang wujud dalam syarikat besar seperti IPP (penjana tenaga bebas) yang dilindungi daripada pemotongan subsidi sebanyak RM19 bilion setahun sementara 27 juta rakyat Malaysia biasa yang tidak berkemampuan terpaksa membayar sejumlah wang dengan harga yang tinggi.

"Kedua, BN berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum dan kenaikan harga yang berat sebelah ini tidak bersependapat dengan para pengundi dan ketiga, BN bimbang dengan kekuatan luar biasa Pakatan Rakyat sehingga BN takut untuk meneruskan pemotongan subsidi yang hanya akan menyebabkan mereka kehilangan sokongan rakyat," katanya.

Bagaimanapun kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu, beliau menjangkakan kenaikan harga barang dan bahan api akan berlaku sekiranya BN kekal memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum ke-13.

"Bagaimanapun sebelum rakyat berpesta dengan pengekalan harga beberapa barangan kawalan, kerajaan BN masih belum menyerah kalah untuk menaikkan harga dengan pengurangan subsidi. Ini adalah berikutan dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa kajian semula dasar subsidi  adalah perlu kerana kerajaan berdepan dengan bebanan subsidi dua kali ganda iaitu dari RM10.32 bilion kepada RM20.58 bilion untuk tahun ini.

 "Selain itu Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menolak untuk menyatakan berapa lama kerajaan akan mengekalkan harga semasa.

"Dalam erti kata lain, sebaik BN memenangi pilihan raya umum yang akan datang, tiada siapa yang akan dapat menghalang BN untuk menghapuskan subsidi dan menaikkan harga barang," katanya.

Semalam Ismail Sabri mengumumkan Putrajaya tidak akan menaikan harga petrol RON95, diesel dan LPG.

Beliau berkata, keputusan tersebut dibuat selepas kerajaan mengambil kira kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tetap akan meneruskan kajian rasionalisasi subsidi berikutan peningkatan harga bahan bakar itu di pasaran global.

Sebelum ini firma penyelidikan pelaburan AmResearch berkata,  harga petrol RON95 dijangka mengalami kenaikan 20 sen bulan depan, mencecah RM2.10 seliter, selepas kos subsidi meningkat tiga kali ganda kesan pergolakan politik di rantau Timur Tengah dan utara Afrika.

Firma itu menganggarkan Putrajaya kini memperuntukkan subsidi sehingga 90 sen seliter bagi petrol RON95 berbanding  30 sen seliter yang disasarkan selepas harga minyak mentah dunia naik sehingga AS$99 setong daripada AS$79 setong tahun lalu — hampir sama dengan paras AS$100 setong pada 2008.

AmResearch juga berkata, subsidi petrol akan menyebabkan defisit fiskal kerajaan meningkat sehingga enam peratus berbanding 5.4 peratus jika RON95 kekal dengan harga semasa RM1.90 seliter sepanjang tahun ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, May 23, 2011

Tahniah DS Nazri,Isu Biasiswa Bumiputra

Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Tak Abis2 Isu Biasiswa Bumiputra Di Pertikaikan Oleh Wee Ka Siong Dan Tony Pua, Apa Lagi Yang Mereka Ni Tak Puas Hati, Sedangkan Hak Biasiswa Bagi Bumiputra Sudah Terang2 Termaktub Dalam Perlembagaan Negara.

Tahniah,Cantik Bahasa Pemimpin Orang Cina Hari Ini, Pertikai Biasiswa Bumiputra,Masa Yang Sama, Desak Iktiraf Sijil SM Cina,Mintak Tambah Sek Cina,Apa Lagi Diaorg Nak Mintak, Kalau Kita Pertikai Dan Tegur Dikatakan Kita Ni Racist Dan Perkauman, Abis Kalau Tak Pertahankan Nak Diam Jer Ker ?

Apa Pun Tahniah Pada DS Nazri Berani Secara Terang2 Pertahankan Isu Ini Di Kala Pemimpin2 Lain Diam Berpeluk Tubuh Takut Hilang Kerusi Empuk.

Di Bawah Ni Artikel Di Malaysian Insider :

Najib tak pernah janji semua pelajar cemerlang biasiswa, tegas Nazri
Oleh Clara Chooi

May 24, 2011

KUALA LUMPUR, 24 Mei — Sementara rasa tidak puas hati terus meningkat dari pelbagai sudut, Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan Putrajaya tidak pernah menjanjikan biasiswa kepada kesemua pelajar yang mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM untuk belajar di luar negara.
Sebaliknya kata beliau, kerajaan hanya komited untuk memastikan setiap pelajar cemerlang diberi jaminan tempat di institusi tempatan dan luar negara dengan biasiswa.

"Kami tidak pernah kata kesemua pelajar 9A+ akan dihantar ke luar negara.

"Tetapi kami ada menjanjikan bahawa mereka akan mendapat tempat sama ada di universiti tempatan atau luar negara," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Nazri (gambar), yang bertanggungjawab ke atas soal biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertuju bahawa kerajaan ada memperuntukkan 1,500 biasiswa luar negara kepada pelajar cemerlang tetapi menekankan bahawa daripada jumlah itu, hanya 300 diberi berdasarkan merit kepada mereka yang memperoleh 9A+.

Baki 1,200 geran luar negara, kata beliau, diagihkan kepada mereka yang layak mengikut empat kategori iaitu Bumiputera Sabah (lima peratus), Bumiputera Sarawak (lima peratus),  komposisi sosial atau komposisi kaum (60 peratus) dan golongan kurang berada dari segi sosial (10 peratus).

Tambah beliau, biasiswa itu hanya akan dianugerahkan kepada pemohon-pemohon yang berjaya dalam temu bual kendalian JPA.

Bagaimanapun mereka yang tidak memenuhi syarat itu masih diberi biasiswa untuk belajar di universiti tempatan, kata Nazri.

Jelas beliau, buat masa sekarang daripada 360 pelajar yang tertakluk dalam kategori merit, hanya 300 diberi biasiswa manakala 60 gagal memperoleh biasiswa luar negara.

"Ini bermakna mereka mungkin atau mungkin tidak layak untuk memperoleh baki 1,200 geran yang disediakan. Ini bergantung pada prestasi ketika temu duga," katanya.

"Kemungkinan mereka yang tidak memperolehnya, mungkin tidak menunjukkan prestasi yang baik ketika temu duga.

"Kami mengambil kira bukan sahaja keputusan mereka, tetapi juga aktiviti kokurikulum dan bagaimana mereka berjaya dalam temu duga," kata beliau.

Bagaimanapun katanya, jika mereka gagal dalam temu duga, mereka masih akan memperoleh tempat di universiti tempatan.

Sehubungan itu, Nazri terus berhadapan dengan kritikan Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong yang mendakwa wujud salah guna kuasa di JPA.

Wee, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, mengetuai protes dengan pada minggu lalu mendakwa 363 pelajar yang memperoleh kesemua A+ telah gagal memperoleh biasiswa meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada tahun lalu bersetuju agar kesemua pelajar yang merekodkan 8A+ dan ke atas akan menerima biasiswa JPA.

Penelitian The Malaysian Insider menunjukkan kenyataan Najib tahun lalu mendedahkan bahawa perdana menteri ada menjanjikan biasiswa kepada kesemua pelajar memperoleh 9A+ untuk belajar di universiti dalam dan luar negara.

"Jadi, jika anda tiada fakta, jangan bercakap. Saya ada ahli-ahli Parlimen pembangkang yang cuba membantu pelajar, datang berjumpa dengan saya... mereka tidak pergi kepada media.

"Tetapi Wee, sebagai MP BN dan seorang timbalan menteri, pergi kepada media dan menjerit di umum untuk publisiti murahan tanpa datang berjumpa saya untuk melihat isu yang sebenar," kata Nazri.

 


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, May 22, 2011

PEMUDA UMNO TERUS BANTAH KENAIKAN RON95

Salam Sahabat2 Yang Dihormati,

Tahniah YB KJ Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Yg Mewakili Suara Pemuda Umno, Berdiri Teguh Dan Tetap Bantah Akan Kenaikan Harga Minyak RON95, Kebangkitan Suara Pemuda Umno Dlm Isu Kepentingan Rakyat.

Transformasi Dan Evolusi Arah Tuju Perjuangan Pemuda UMNO Telah Bangkit Utk Bersuara Akan Nadi, Rintihan, Degupan Jantung Rakyat. Pemuda Umno Membuat Bantahan Ini Bukan Kerana Menentang Kerajaan Tetapi Sebagai Satu Usaha Utk Memastikan Dasar2 Kerajaan Memenuhi Aspirasi Rakyat Negara.

"PEMUDA UMNO TRANSFORMASI PENGERAK PERUBAHAN"

PRU13 Agenda Utama Kita

-Armand Pemuda PJ Utara-
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, May 21, 2011

AL FATIHAH PADA MANGSA KORBAN RUMAH ANAK YATIM








Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Sahabat2 Yang Di Hormati.

Semalam 21hb Mei 2011 Hari Yang sedih Dan Menyayat Hati Saya Bila Sebuah Rumah Anak Yatim Di Hulu Langat Menjadi Mangsa Tanah Runtuh.



Maklumat Pertama DiTerima Drpd Biro Aduan Belia-Majlis Belia Malaysia Yang Melaporkan Penghuni Rumah Anak Yatim di Kampung Sungai Gahal, Ulu Langat, Dipercayai Tertimbus Akibat Tanah Runtuh, 2 Petang ,Setelah Mendapat Maklumat Saya Bergegas Ke Sana Bersama Rakan2 Pemuda PJ Utara Untuk Turut Menjadi Sukarelawan.




Setiba Saya di lokasi, Syukur Alhamdulilah Sdr Azhar Ketua Pemuda UMNO Bhg Hulu Langat Sedang Mengetuai Misi Bantuan Tersebut Di Rumah Yatim Yang Tertimbus, Lembah Azwin Sg Semungkis Tanah Runtuh Menimpa Rumah Anak Yatim.



Bertemu Rakan2 Sahabat2 Pemuda Umno, PAS, PKR Yg Turut Turun Sebagai Sukarelawan Di Hulu Selangor Syukur Alhamdulilah fahaman Politik Di Tepikan, Tetapi Semangat Sukarelawan Untuk Kerjasama Dalam Misi Bantuan.



TPM Tan Sri Muhyiddin Yassin Akan Melawat Tmpt Kejadian Kira2 Jam 10mlm , Di Lokasi Pemimpin Kerajaan Seperti Dato Sri Noh, Dato Wira Ali Rustam, Dato Shaziman, Dato Liow Tiong Lai, Dato Azeez Rahim, Ketua Wanita Selangor YM Dato Raja Ropiaah, Dato Johan Juga Pemimpin PAS Dr Hassan Ali.Hujan Sudah Berhenti Kira2 9.30malam, Tapi Operasi Penyelamat Masih Di Teruskan Utk Cari Lagi Mangsa Yang Hilang,Tanah Lumpur Menyukarkan Operasi Menyelamat.





Bersyukur Dapat Membantu Sebagai Sukarelawan Membantu Mangsa Tanah Runtuh, Tersentuh Dan Sedih Serta Menyayat Hati Melihat Tubuh2 Kecil Yg Terkorban, Aduyaaaiii Kaki Sebelah Kiri Melecet Dan Sebelah Kiri Bengkak Pulak, Sabor Jer Lar Cubaan Allah SWT, Sama2 Kita Sedekahkan Al-Fatihah Pada Yg Terkorban.

Thursday, May 19, 2011

Wayang Yang Kantoi Oleh ANuWar !!!!

Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,
Isu sabotaj kereta rekaan Anwar Di Dalam Portal Free Malaysia Today Bertarikh 19hb Mei 2011.

PETALING JAYA: Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang pernah dikaitkan atas perancangan mendapatkan suaka politik luar negara bagi melarikan diri dari pertuduhan kes liwat seperti didakwa Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), kini memberi gambaran seolah-olah kejadian itu benar-benar berlaku.

Armand Azha Abu Hanifah yang dahulunya Ketua Wira Perkasa berkata perancangan itu dapat dikesan apabila Anwar cuba menimbulkan isu sabotaj ke atas kenderaannya seperti yang dilaporkan pemandu peribadinya, Abdullah Sani Said pada 10 Mei lalu.

Melalui laporan Abdullah Sani, unsur sabotaj itu telah menyebabkan berlakunya kemalangan yang membabitkan isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Faekah Husin pada 19 April lalu.

Menurut Armand, 'drama kemalangan' itu didakwa merupakan sebahagian perancangan Anwar seperti yang dilaporkan beliau dalam laporan polis bertarikh 11 Februari lalu.

Merujuk kepada laporan polis di IPD Dang Wangi itu, Armand yang kini Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Petaling Jaya mendakwa terdapat percubaan membangkitkan kemarahan rakyat melalui kemalangan jalan raya yang melibatkan Anwar.

'Drama kemalangan' itu, dakwa Armand, dibincangkan secara tertutup di Ibu Pejabat PKR 2 Februari lalu.

"Kita dikejutkan dengan mainan Anwar yang mengatakan ada orang sabotaj kenderaan Mercedes Benz S350 beliau. Sedangkan kereta baru mesti ada sensor yang akan keluar lampu amaran bila berlaku kemalangan. Ini hanya penipuan bodoh yang dibuat oleh Anwar.

"Jika masih ingat saya pernah membuat laporan polis kerana mendapat maklumat Anwar merancang untuk meraih simpati rakyat dan salah satunya dengan mencipta berlakunya satu kemalangan jalan raya dan pihak yang akan dipersalahkan ialah kerajaan atas kejadian itu.

Alih pandangan rakyat

Sedangkan isu pokoknya ialah beliau (Anwar) mahu mengalihkan pandangan rakyat terhadap isu mahkamah yang masih goyang," terang beliau.

"Saya rasa masih ramai yang ingat kejadian di mana salah seorang Exco saya hilang dokumen tentang rancangan itu dan membuatkan ramai yang tidak percaya tentang perkara ini.

"Alhamdulillah, Allah telah membuka dan membuktikan apa yang saya kata dan laporkan tentang lakonan Anwar," katanya kepada FMT.

Katanya sama ada perancangan Anwar mahupun ugutan terhadap cucunya (anak Nurul Izzah), namun yang pasti ia satu lagi cubaan ketua pembangkang itu bagi meraih simpati rakyat dan membuat provokasi terhadap perbicaraan kes liwat yang dihadapinya.

Pada 13 Mei lalu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menerima ugutan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengancam keselamatan dua anak beliau.

Izzah yang merupakan puteri sulung Anwar dan Azizah kemudian membuat laporan polis berhubung ugutan tersebut.

Armand turut mengulangi pendiriannya agar Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik Anwar.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, May 18, 2011

Respon Saya Kepada Chegubard


Salam Sejahtera Semua,

Respon Saya Kepada Kenyataan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin Atau Nama Glamournya Chegubard Yang Dilaporkan Oleh Malaysiakini ''Pemuda Umno Ibarat Kucing Larang Rakan Makan Ikan", Saya Merasakan Bahawa Badrul Hisham Sudah Hilang Kiblat Politiknya..

Kata Perjuangkan Reformed Tapi Beliau Sendiri Kalah Dalam Perjuangan Reformed Dalam Partinya Sendiri.Kenyataan Badrul Yang Sewenang2nya Menyelar Pemuda Umno Menunjukkan Kepada rakyat, Terutama Generasi Muda Akan Bahaya Politik Jumud Dan Sempit Yang Berasaskan Kepartisan Semata2, Sehingga Kiblat Perjuangan Politik Diketepikan.

Saya Selaku Ketua Penerangan Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara, Saya Mahu Menjelaskan Bahawa Apa Yang Diutarakan Oleh Pemuda Umno Bukan lah Bersifat Retorik atau Politik Murahan Semata2 Tetapi Perlaksanaan Dalam Kepentingan Rakyat Malaysia Dulu, Kini dan Selamanya.

Inilah Bukti Kami, Pemuda Umno Menyahut Cabarn Perubahan Dan Transformasi Yang Di Bawakan Oleh YAB Dato Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia Utarakan.

Sebagai Seorang Ahli Politik, Kepentingan Dan Kebajikan Rakyat Harus Diutamakan.Jangan Sibuk Isu Pemuda UMNO, Perbetulkan KIBLAT Kamu Dahulu Chegubard



Arman Azha Hj Abu Hanifah
Ketua Penerangan
Pemuda Petaling Jaya Utara

TEOH BENG HOCK WAYANG DAP PRU13


Salam Sahabat2 Yang di Hormati,

Isu Kematian Teoh Beng Hock Macam2 Cerita Dan Persepsi Yang Di Mainkan Sepanjang Isu Ini Mula Sehingga Kini, Dahulu Pihak Keluarganya Minta Inquest Di Adakan Bila Keputusan Inquest Itu Tidak Menyelebahi Pihak Yang Cuba Nak Jadi Hero Wayang Tinggi Ni, Kemudian Meminta Suruhanjaya Diraja Pulak Isu Ini.

JENG2...MAKLUMAT TERBARU YANG BARU SAYA TERIMA KIRA2 20MINIT YANG LALU..



Menurut Sumber Yang Memberitahu Saya Isu Teoh Beng Hock Ini Akan Di Mainkan Sehingga PRU12 Utk Mendapat UNDI Simpati Kaum CINA, YANG PALING BEST DRPD MAKLUMAT YANG SAYA DAPAT, PIHAK KEPIMPINAN DAP AKAN MELETAKKAN SALAH SEORANG KELUARGA TEOH BENG HOCK SEBAGAI CALON PRU13 DISALAH SEBUAH KAWASAN DI NEGERI SELANGOR...



Patut Lar Keluarga Teoh Beng Hock Mengikut Telunjuk Pihak DAP Kesana-Sini Rupa2nya ADA UDANG DISEBALIK BATU..Sudah Kawtim Mau Jadi Calon DAP Bagi PRU13 Khususnya Nak Raih Undi Simpati Kaum Cina Di Negeri Selangor.

KITA TENGOK SUMBER BERITA INI BETUL ATAU TIDAK, KITA MINTAK PIHAK DAP MAHUPUN KELUARGA TEOH BENG HOCK MENAFIKAN ISU NI.

RUPA2NYA ISU BENG HOCK NI BUKAN NAK CARI KEADILAN UTK BENG HOCK TAPI NAK CARI UNDI UTK PARTI KEADILAN, PATUT LAR ISU NI DI POLITIKKAN SEHINGGA ISU ASAS KES NI TERLEPAS PANDANG IAITU ISU RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA OLEH KERAJAAN PR DI SELANGOR..



SO MINTAK PENJELASAN DAP DAN KELUARGA BENG HOCK LEH TAK, NAK TAU BETUL KER ADA PERJANJIAN ANTARA MEREKA..RAKYAT PERLU TAHU..

Tuesday, May 17, 2011

RON95 VS PEMUDA UMNO

RON95: Kaji beban rakyat sebelum naikkan harga




Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

TEMERLOH 17 Mei — Kerajaan diminta menjalankan kajian secara mendalam sebelum membuat keputusan menaikkan harga petrol RON95, kata Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, kerajaan perlu mencari satu mekanisme lain bagi menjimatkan pemberian subsidi untuk bahan bakar itu.

“Saya percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai mekanisme lain yang boleh digunakan bagi menampung subsidi dan kenaikan harga minyak tersebut.

“Kerajaan juga boleh menggunakan pelbagai sumber cukai untuk menampung subsidi tersebut,” katanya yang juga Menteri Pertahanan dipetik Bernama hari ini.

Semalam, Pemuda Umno mendesak agar Putrajaya tidak menaikkan harga petrol RON95, sebaliknya mahu kerajaan mencari jalan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi kebajikan rakyat.


Pergerakan itu juga berkata pihaknya gusar dengan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam yang menggesa rakyat agar bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga minyak RON95.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, usaha-usaha ke arah penjimatan kos pengurusan dan peningkatan produktiviti serta kecekapan kerajaan haruslah mendahului sebarang langkah pengurangan perbelanjaan fiskal berupa pengurangan subsidi minyak.

Di Ipoh, Ismail Sabri berkata, kerajaan akan mengkaji semula semua harga produk petroleum termasuk petrol RON95 bulan depan bagi menentukan harga sedia ada akan kekal atau sebaliknya.



Ismail Sabri berkata, kajian semula oleh kementerian itu bersama-sama agensi lain seperti Kementerian Kewangan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) akan menentukan sama ada harga sedia ada kekal atau dinaikkan berdasarkan tanggungan subsidi kerajaan.

“Mengikut pelan rasionalisasi subsidi, satu kajian semula akan dibuat enam bulan sekali terhadap subsidi semua produk. Jadi untuk petrol RON95, diesel dan LPG (gas cecair asli) kajian terakhir dibuat pada Disember lalu.

“Ini bermakna bulan ini atau awal Jun akan berlaku kajian semula untuk pertengahan tahun… saya tidak boleh memberi gambaran apa yang akan berlaku, tetapi kajian akan berlaku dan tanggungan subsidi oleh kerajaan adalah tinggi,” katanya dalam laporan Bernama.

Ismail Sabri berkata, walaupun sebelum ini beliau berkata harga minyak tidak dinaikkan pada masa sekarang, tetapi ia tidak menjamin harga minyak akan kekal selama-lamanya kerana tanggungan subsidi kerajaan terhadap produk petroleum pada masa sekarang adalah tinggi.

“Tahun lepas, tanggungan subsidi kerajaan (bagi produk petroleum) adalah RM8 bilion apabila harga minyak dunia meningkat, dan tidak nampak trend itu akan menurun. Kalau keadaan itu berterusan, tanggungan subsidi kerajaan akan menjadi RM18 bilion tahun ini iaitu kenaikan RM10 bilion,” katanya.

Beliau berkata sekiranya subsidi dikurangkan, jumlah peruntukan RM10 bilion itu dapat digunakan bagi membina lebih banyak sekolah, jalan-jalan kampung, projek perumahan rakyat serta memberi lebih banyak bantuan pelajaran.

Katanya rakyat perlu sedar jumlah subsidi besar yang ditanggung kerajaan sepatutnya dibelanjakan untuk projek yang lebih memberi manfaat kepada pelbagai lapisan rakyat.

Settlekan Problem Dalaman Tau


Selesaikan segera masalah dalaman – TPM"

PETALING JAYA 17 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa semua pimpinan UMNO di peringkat bahagian, cawangan dan sayap menyelesaikan segera masalah dalaman yang wujud selepas beliau mendapati masih terdapat bahagian-bahagian UMNO dibelenggu dengan isu tersebut.

Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak terbabit perlu mengambil serius berhubung perkara tersebut kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin boleh diadakan pada bila-bila masa.

Beliau berkata, meskipun sokongan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah mula kelihatan, namun ia belum cukup kuat dan meyakinkan apatah lagi dalam situasi beberapa bahagian UMNO tidak menunjukkan perubahan seperti yang diharapkan.

"Apa yang saya katakan ini adalah hasil daripada tinjauan saya di beberapa bahagian UMNO di seluruh negara. Kesimpulannya ada bahagian, cawangan mahupun sayap berhadapan dengan masalah. Keadaan mereka masih sama."



Kita harus sedar selepas ini kita akan berhadapan dengan pilihan raya umum. Memang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak belum memberi isyarat dan tidak membisik apa-apa kepada saya, tetapi ingat pilihan raya mungkin boleh diadakan esok, mungkin beberapa bulan lagi dan mungkin juga sebelum 2013,'' katanya.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara 2011 di Kota Damansara dekat sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Ikhwan Salim Sujak serta barisan kepimpinan yang lain.

Muhyiddin berkata, setiap pemimpin di semua peringkat perlu sedar bahawa keutamaan perjuangan harus diletakkan kepada kepentingan rakyat dan bukannya atas sebab lain.

''Sebagai pemimpin politik, kita perlu mendampingi rakyat, kita perlu mendengar rintihan rakyat dan apa yang lebih penting kita perlu menyelesaikan setiap masalah rakyat,'' ujarnya.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengingatkan setiap parti komponen BN supaya bekerja keras bagi menebus kekalahan di kerusi yang sebelum ini dimiliki BN seperti Petaling Jaya Utara.





Katanya, sejak dahulu lagi BN mengamalkan konsep perkongsian kuasa dan atas dasar itu semua parti komponen termasuk UMNO perlu memperkukuhkan kerjasama dengan misi untuk menawan semula kawasan-kawasan yang dirampas oleh pembangkang.

''Sebagai contoh, kerusi Petaling Jaya Utara adalah milik MCA dan sebagai rakan dalam BN, UMNO akan bekerja keras membantu MCA merampas kembali kerusi ini daripada DAP.

''Bagi kerusi yang ditandingi oleh UMNO, semua parti-parti komponen akan membantu bagi memenangkan calon yang bertanding. Ini adalah formula yang telah lama diamalkan oleh BN,'' katanya.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, faktor berlakunya angin perubahan di kalangan rakyat yang kembali menyokong UMNO serta BN adalah disebabkan program transformasi yang luar biasa diilhamkan oleh Perdana Menteri.

Beliau berkata, ini disebabkan program-program tersebut menjurus kepada usaha menaikkan taraf hidup rakyat secara langsung


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone