Friday, January 14, 2011

Liberal Kah Kita!!!

Salam Sahabat2 Semua, Apakah Kita Semua Sudah Liberal, Adakah Kita Semua Tidak Lagi Bawa Agenda Memartabatkan Agama,Bangsa,Tanahair.

Kita Renungkan Apa Yg Telah Terjadi Dihadapan Mata Kita, Tapi Kita Tidak Amik Peduli Kerana Rasakan Diri Sudah Moden Dan Liberal...Ucapan Tahniah Saya Ucapkan.

Dahulu Kalimah Allah Di Cabar, Kemudian Masjid Dilempar Kepala Babi, Kemudian Masjid Di Simbah Cat,Lagi Masjid Di Gunakan Sebagai Tazkirah Org Bukan Islam Pd Org Islam, Lagi Di Gunakan Masjid Sebagai Tmpt Beraerobik Oleh Org Bukan Islam, Institusi Raja Di Pertikaikan.....KINI Lagi DiCabar Bila Azan Masjid Pun Sudah Mula Berani Di Pertikaikan...

TAHNIAH LAR, PEMIMPIN2 BANGSA MELAYU DAN BERAGAMA ISLAM PELUK TUBUH KERANA MAHUKAN UNDI..

Terguris Sedih Hati Kecil Ini Lihat Apa Yg Berlaku Depan Mata, Tanpa Pembelaan..

Masih Ada Kah Agenda Memartabatkan Agama,Bangsa,Tanahair Atau Hanya Tinggal Ungkapan Retorik, Kita Renung2kan!!!

Pantun Utk Di Hayati

Melalu denai melintas titi,
Meredah hutan memetik melati.
Jepun menentang separuh mati,
Watan dipertahan sepenuh hati.

Dari Langkasuka ke Putrajaya,
Tentangan ditepis menabur jasa,
Laungan Merdeka menggegar Malaya,
Kemuncak manis pejuang bangsa.

Negara ini bangsanya rencam,
Beruntungnya lahir di tanah bertuah.
Jangan kau lupa peristiwa hitam,
Rusuhan kaum menumpahkan darah.

Menahan kayu memasang pasak,
Disengat tebuan di hujung rimba.
Ketuanan Melayu dihentam diasak,
Siapa yang tuan, siapa yang hamba?

Bilangnya ajal merasa sayu,
Semadi jasad bernesan jawi,
Malangnya nasib berbangsa Melayu,
Menjadi hamba di tanah pertiwi.

Apa guna memetik cempaka,
Kalau bunga dimusnah sarang,
Apa guna erti merdeka,
Kalau jiwa dijajah orang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: