Wednesday, March 16, 2011

JCORP NAK JUAL KULIM KAT GENTING, BETUL KE ?




JCORP NAK JUAL KULIM KAT GENTING, BETUL KE ?

Jika benar dakwaan Ali Hashim berkenaan pihak pengurusan JCorp sedang merancang untuk menjual anak syarikatnya, Kulim (M) Bhd. (Kulim), maka ianya merupakan satu malapetaka kepada satu lagi syarikat gergasi berkepentingan orang Melayu. Apa tah lagi ada khabar-khabar angin mengatakan bahawa ianya akan dijual kepada GENTING.



Dakwaan Ali ini perlu disiasat memandangkan beliau adalah Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp). Adakah ada krisis antara beliau dengan pengurusan Jcorp yang baru atau masih ada rasa tidak puas hati Ali Hashim berkenaan dengan usul penyingkiran beliau daripada anak-anak syarikat JCorp.

Baru-baru ini, Ali yang merupakan Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) mengeluarkan kenyataan bahawa JCorp merancang menjual Kulim.

Namun begitu pada tahun lepas, Johor Corporation (JCorp) telah menegaskan pihaknya tidak berhasrat untuk menjual aset-aset berharga iaitu QSR Brands Bhd. (QSR) dan KFC Holdings (M) Bhd. (KFCH), yang dipegang melalui anak syarikatnya Kulim (M) Bhd. (Kulim)

Sebaliknya, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Kamaruzzaman Abu Kasim menegaskan QSR dan KFCH akan kekal sebagai aset berharga dan strategik bagi JCorp.



Mana satu yang betul. Ali Hashim kah? JCorp kah?



JCorp dah lantik consultant utk jual Kulim, QSR, KFC dan Sindora, antara bakal pembeli ialah Genting Berhad. Ni semua syarikat yg paling power dlm JCorp. Tak sampai 2 bulan Tan Sri Ali di tendang keluar dari JCorp dia org dah start nak jual semua aset penting bumiputera dlm JCorp kpd bangsa asing. Mana pergi janji top politicians di Johor yg janji tak kan jual sykt2 ni? Betul ler mcm yg Tan Sri sebut kat dlm artikel di atas tu…

JIKA JADI JUAL, MAKNANYA SATU LAGI SYARIKAT BESAR BUMIPUTRA AKAN HILANG DITELAN KERAKUSAN ORG2 YG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN AMANAH UTK MENJAGA SYARIKAT YG TELAH DIAMANAHKAN...

( Ada Sambungan ISU Ini....Tunggu)

No comments: