Monday, March 14, 2011
"JGN HANCURKAN JCORP"
Salam Sahabat2 Yg Saya Hormati,
JANGAN KHIANATI SYARIKAT BUMIPUTRA, KERANA GILAKAN DUIT DAN KUASA...
Artikel ni mengandungi fakta bagaimana pentingnya syarikat Kulim kepada ekonomi Melayu melalui JCorp. Bukannya Melayu Johor sahaja malahan seluruh negara kerana kepentingan bisnes kulim bukan sahaja di negeri johor malahan meliputi negeri2 lain di dlm Malaysia, KFC bertapak di Singapura, Brunei, Kemboja & India, Pizza Hut di malaysia & singapura. Melalui New Britain Oil Palm - yg merupakan satu-satunya syarikat Bumiputera yg tersenarai di London Stock Exchange. Kulim mempunyai beribu-ribu ekar tanah perladangan di malaysia & Papua New Guinea.
Selamatkan syarikat Kulim dari jatuh ke tangan bukan bumiputera melalui salah laku pemimpin yang tidak bermoral & menuju usia pupus!!!
JCORP SEBENARNYA TIADA MASALAH
(JCorp) tidak mempunyai masalah untuk membayar balik hutang berjumlah RM3.6 bilion yang perlu dilunaskan pada tahun depan.
Ini kerana, syarikat konglomerat yang dimiliki oleh kerajaan negeri itu mempunyai aset boleh jual bernilai lebih RM2 bilion tanpa menganggu gugat operasi semasanya. Setakat ini JCorp mampu untuk menyelesaikan 70 peratus daripada hutang berkenaan.
JCorp juga memiliki pelbagai aset di dalam dan luar negara termasuk bank-bank tanah dan tanah kawasan industri dan hartanah bernilai lebih RM3 bilion di bawah tiga teras perniagaannya.
Melalui aset-aset berkenaan dan cara penyelesaian yang fleksibel, masalah hutang boleh ditangani tanpa perlu menjual sebarang kepentingannya dalam QSR Brands dan KFC Holdings Bhd. mahupun mana-mana syarikat lainnya, yang sememangnya tidak pernah dirancang untuk dijual demi menjaga kelangsungan bisnesnya.
JCorp juga perlu mengambil kira peranan pentingnya untuk terus membangunkan Negeri Johor dan juga sumbangan kepada negara dalam apa juga tindakannya.
JCorp harus memberikan jaminan akan pegangan terhadap aset penting itu selagi menguntungkan kumpulan sebab kita tidak tahu apa yang bakal berlaku dalam perniagaan pada masa akan datang. JCorp juga berharap dapat mengurangkan bayaran hutang antara RM1.5 bilion dan RM1 bilion supaya lembaran imbangan kumpulan kekal kukuh.
Kalau ada baki sebanyak RM1.5 bilion, paras itu boleh dianggap sebagai tahap biasa di dalam menjalankan sesuatu perniagaan di waktu ini berdasarkan kepada saiz kumpulannya.Nilai perniagaan Kulim di Papua New Guinea bernilai RM6 bilion dan sekiranya dijual sebagaimana perancangan awal, Kulim masih berupaya memperoleh separuh daripada nilai tersebut.Asetnya di negara tersebut telah menarik minat banyak pihak sama ada pelabur tempatan dan asing untuk memilikinya.
Penstrukturan hutang itu perlu diselesaikan segera meskipun syarikat milik Kerajaan Negeri Johor itu mempunyai tempoh sehingga tahun depan untuk menyelesaikannya. Penyelesaian itu perlu untuk memudahkan JCorp menumpukan kepada usaha transformasi dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat induk kepada kumpulan anak-anak syarikatnya.
JCorp kini memiliki lebih 250 anak syarikat. Mengikut perkiraan di atas, JCorp tidak perlu untuk menjual atau menggadaikan mana-mana syarikat anaknya untuk keluar dari kemelut yang hebat diperbahaskan sebelum ini.
JCorp juga akan memberi penumpuan terhadap penyenaraian anak-anak syarikatnya yang berdaya saing termasuk EA Technique Malaysia Sdn Bhd, pemilik kapal dan bot untuk industri minyak dan gas. Dalam masa sama juga JCorp perlu menggalakkan sebarang perancangan peluasan syarikat-syarikat tersenarai awam miliknya bukan sahaja di dalam Negara malah turut menuju ke luar negara.
JADI SEHARUSNYA SYARIKAT SEBEGINI HARUS TERUS DIPIMPIN OLEH GOLONGAN2 PEMIMPIN YANG MEMPUNYAI ROH BUMIPUTRA YG MAHUKAN SYARIKAT BUMIPUTRA TERUS KUKUH DI PERSADA EKONOMI NEGARA MAHUPUN ANTARABANGSA, KITA TIDAK MAHUKAN YANG MEMIMPIN SYARIKAT2 BUMIPUTRA SEPERTI INI DIPIMPIN OLEH GOLONGAN2 YG TIADA ROH BUMIPUTRA DAN PENUH DENGAN SIFAT KETAMAKKAN DAN SALAH GUNA KUASA SERTA BUTA AKAN PADA WANG RINGGIT SEHINGGA SANGGUP GADAIKAN MARUAH SYARIKAT BUMIPUTRA YG BESAR DAN BERJAYA.
RAKYAT MALAYSIA, ANDA PENENTU DALAM ISU INI...WASALAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Umum memang tahu bahawa usaha mendapatkan aset milik JCorp bukan perkara baru. Dengan kepimpinan dahulu dan dengan sokongan yang diperolehi oleh JCorp dahulu menyebabkan usaha liar mendapatkan aset JCorp ini berjaya dikekang. Namun segalanya telah berubah. Kejayaan pertama berjaya dilaksanakan dengan menggantikan kepimpinan JCorp dan ianya tampak berhasil dengan langkah demi langkah diatur bagi menggadaikan harta milik JCorp ini. Usaha pertama menggadaikan QSR/KFC berjaya dikekang dengan majority Melayu membantah. Rupa-rupanya langkah lebih rakus dirancang dimana Kulim yang bukan hanya memiliki KFC tetapi juga memiliki 38,000 hektar ladang di Johor, 100,000 hektar ladang di Papua New Guinea, Syarikat tersenarai Sindora, berpuluh entrepreneur Melayu yang memperjuangkan jihad dan agenda Melayu ini akan digadaikan. Hanya kerjasama sepenuhnya dari seluruh umat Melayu bukan sahaja di Johor, malahan di Malaysia dan warga keseluruhannya perlu sama-sama mempertahankan hak milik melayu ini dan menggagalkan usaha menggadaikan harta milik Melayu ini. Benar kata Datuk Laksamana Hang Tuah "Takkan Melayu Hilang Di Dunia". Tetapi selagi ada Melayu yang masih berusaha menggadaikan maruah dan aset Melayu dan selagi ada Melayu yang ambil sikap tunggu dan lihat tanpa usaha serius mempertahankan aset milik Melayu yang hampir tergadai ini maka akan lenyaplah Melayu di kemudian hari. BANGKITLAH WAHAI MELAYU SEKELIAN !!!!. Kita pertahankan harta kita bersama. Kita bukan nak merampas hak orang lain. Kita harus bersama mempertahankan hak yang menjadi milik kita dari jatuh ke tangan orang lain. Jangan kita biarkan 'Si Kitul di zaman moden' ini menggadaikan hak kita untuk peninggalan kita di masa depan. Kita tidak akan sama sekali membenarkan anak cucu kita mencemuh kita dan 'kencingkan kubur kita dikemudian hari' kerana kegagalan kita mempertahankan harta yang telah berada di dalam genggaman jatuh ke tangan orang lain.
Peringatan kpd ahli politik !!
Berpolitiklah sehingga akhir hayat anda demi agama,bangsa dan negara.
Peringatan kpd ahli politik !!
Jangan biarkan nafsu menguasai diri.
Peringatan kpd ahli politik !!
Pengundi tau rahsia anda.
Kalau betullah perkara ini ia merupakan kerugian kepada orang Melayu khususnya anak Johor sendiri.Jangan dibiarkan orang yang tamak dan mempunyai kepentingan sendiri menjadi pemimpin kita. Negara akan hancur, orang melayu akan menjadi penumpang di negara sendiri. Orang lain jadi taukeh, kita hanya jadi kuli.
Post a Comment