Wednesday, March 30, 2011

PAS SUDI TERIMA SAYA, SYUKUR ALHAMDULILAH

Assalamualaikum Sahabat2 Yang Dihormati,

Terharu dan Bersyukur Atas Kesudian Pihak Pemuda PAS Atas Jemputan Di Dalam Malaysian Insider. Hanya Allah SWT sahaja yg bole nyatakan perasaan saya,kerana ianya jelas menunjukkan penghargaan oleh pemimpin besar Ketua Pemuda Pas terhadap perjalanan perjuangan saya, Terima Kasih Ikhlas Drpd Arman Azha

Dibawah Adalah Petikan Drpd Malaysian Insider 30hb Mac 2011

Pemuda PAS sedia terima Arman Azha jika sedia tinggalkan Perkasa

Oleh Syed Mu'az Syed Putra



Arman meletak jawatan sebagai ketua Wira Perkasa semalam. — gambir fail

KUALA LUMPUR, 30 Mac — Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan at-Tantawi bersedia untuk "menerima" bekas ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah menyertai partinya jika beliau sanggup meninggalkan pertubuhan bukan kerajaan membela hak orang Melayu itu.

Semalam, Arman Azha yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara melepaskan jawatan tersebut yang disandangnya sejak awal 2009 kerana mahu aktif dalam politik.

Menurut Arman Azha, tindakan beliau melepaskan jawatan itu tiada kaitan dengan desakan atau masalah dengan kepimpinan dalam Perkasa yang diterajui Datuk Ibrahim Ali.

"Saya cuba menghubungi beliau (Arman Azha) tapi tidak dapat sebab kita nak tahu apa asas beliau meletakkan jawatan itu, apa yang saya tahu beliau mahu terlibat aktif dalam politik dan sekarang beliau adalah ahli Umno.

"Saya nak tahu sama ada beliau mahu kekal (dalam Umno) atau akan sertai parti lain, sebab itu kita nak bincang dengan beliau dan kita bersedia untuk terima dan undang beliau dalam PAS dan Pakatan Rakyat," kata Nasrudin.

Nasrudin berkata jika Arman Azha  bersedia tinggalkan Perkasa dan Umno untuk sertai PAS dan Pakatan Rakyat, "saya mengalu-alukan."

Bagaimanapun, jelas Nasrudin, pihaknya tidak akan memaksa Arman Azha untuk menyertai PAS dan keputusan itu harus dibuat dengan rela hati.

Beliau juga menafikan pernah mempelawa Arman Azha untuk menyertai PAS.

"Saya tidak pernah (pelawa), mungkin ada pihak lain tapi bukan saya dan saya difahamkan beliau ada menghadiri program ceramah kita (Pakatan Rakyat) di Stadium Melawati (Shah Alam) kelmarin dan mungkin beliau ada buat penilaian tersendiri.

"Kalau ikut slogan kita, 'PAS Untuk Semua' dan kita bersedia untuk menerima sesiapa sahaja termasuk Arman Azha," katanya.

Ketika mengumumkan peletakan jawatan itu, Arman Azha juga mendedahkan beliau turut menerima pelawaan parti-parti politik termasuk Pakatan Rakyat.

Beliau bagaimanapun enggan memberitahu bila menerima pelawaan itu dan masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.

Jelas Nasrudin, beliau sedia menerima Arman Azha dalam parti Islam itu kerana bekas ketua Wira Perkasa itu merupakan seorang individu yang berprinsip dan rasional.

"Saya pernah kenali beliau dan pernah bersemuka... saya lihat beliau seorang yang boleh berfikir secara matang, terbuka dan rasional selain boleh dibawa berbincang dan mudah mesra.

"Beliau juga tidak sombong dan mudah didekati," katanya.

Sebelum ini PAS turut menerima pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman untuk menyertai parti Islam itu malah turut membantu berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau bulan lalu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Kingz Senawang said...

Pakatan atau BN adalah alat politik shj. Yg penting apa yg bro pilih adalah selari dgn perjuangan selama ni. Islam dan perjuangan rakyat adalah penting. PAS for all

Muhammad Faiz Hashim said...

kalau nak masuk PAS, Pastikan PAS keluar dari Pakatan Rakyat dulu barulah selari dengan perjuangan sebenar. Selagi PAS di dalam Pakatan Rakyat, selagi itu lah PAS hanya menjadi alat DAP sahaja. Renung2 KAN LAH...