Tuesday, June 28, 2011
PATRIOT
Kami hanya beri amaran supaya batalkan Bersih’
Muda Mohd. Noor | June 28, 2011
Tujuan 'serbuan' Pemuda Umno itu bukan untuk membakar ibu pejabat PKR atau menakut-nakutkan pemimpin parti itu.
PETALING JAYA: Sekumpulan besar Pemuda Umno berhimpun di depan ibu pejabat PKR, Tropicana, di sini malam tadi bertujuan supaya Bersih membatalkan hasratnya untuk menganjurkan perhimpunan pada 9 Julai ini.
Bagaimanapun, bekas Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Haniffah menafikan tujuan ‘serbuan’ Pemuda Umno itu untuk membakar ibu pejabat PKR atau menakut-nakutkan pemimpin parti itu.
“Kita beritahu PKR supaya membatalkan perhimpunan Bersih kerana ia membawa kesan buruk kepada negara kita. Kita bimbang kalau Bersih buat perhimpunan nanti ada bangunan yang terbakar. Bukan kita suruh bakar bangunan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Arman yang kini menjadi Timbalan Pengerusi Unit Pidato BN menegaskan bahawa beliau tidak mengeluarkan suara pun dalam perhimpunan itu malam tadi.
Menurutnya, yang bercakap ialah Lokman Nor Adam, Pengerusi Unit Pidato BN, Ketua Pemuda Selangor dan Wilayah Persekutuan.
“Kalau orang kata saya bercakap itu tidak betul. Tetapi saya datang dan berada dalam perhimpunan tersebut, malahan saya berjabat tangan dengan Rozan Azen Mat Rasip (timbalan ketua penerangan AMK),” tambahnya.
Arman berkata demikian sebagai mengulas perhimpunan ahli Pemuda Umno di depan ibu pejabat PKR di Tropicana di sini malam tadi.
Mengikut laporan seramai 300 Pemuda Umno berhimpun tetapi Arman mendakwa jumlahnya mencecah 800 orang.
Baju Patriot
“Kita kira berdasarkan jumlah 800 helai baju Patriot berwarna merah yang diberikan kepada ahli Pemuda Umno yang datang ke ibu pejabat PKR malam tadi. Itu tidak kira lagi ramai Pemuda yang tidak mendapat baju Patriot kerana kehabisan,” tambahnya.
Arman berkata, tidak ada sebarang kekacauan berlaku dalam perhimpunan tersebut. Tidak ada cermin kereta yang dipecahkan dan tiada semburan cat pada ibu pejabat PKR.
“Bila polis datang dan minta kita bersurai, kita minta lebih lima minit untuk berucap dan kemudiannya bersurai,” katanya.
Arman juga hairan dengan tindakan PKR yang marah dengan perhimpunan Pemuda Umno di depan ibu pejabat parti mereka.
“PKR kata berhimpun dan berucap boleh kerana ada dalam perlembagaan negara tetapi mengapa Pemuda Umno berhimpun mereka marah?
“Mengapa sampai ada laporan polis? Mengapa AMK buat laporan polis,” soal beliau.
Rozan membuat laporan polis jam 11.40 malam tadi selepas kumpulan itu bersurai.
Dipetik Drpd FREEMALAYSIATODAY
Sunday, June 26, 2011
Friday, June 24, 2011
Masyarakat Di Hatiku
Sebentar Nanti Akan Ke Program DUN Kg Tunku PJ Utara "Masyarakat Dihatiku" Anjuran Sayap Umno Cwgn SS9A Kerjasama Cwgn Seri Setia
TEMPAT : Tabika KEMAS Seri Setia TARIKH : 25/6/2011 (Sabtu).
MASA : 9am - 12pm
Semua Di Jemput Hadir Utk Bersama2 Bantu Program Gotong Royong Bersama2 Penduduk Dan Masyarakat Serta Pelbagai Program Utk Anak2 Sehingga Ibubapa. Mai Meriahkan Program Ini.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
PATRIOT PEMUDA
Kita akan menyerahkan memorandum Kebawah DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bagi menyokong Penambahbaikkan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Kepada Patriot bangsa yang cintakan agama, bangsa dan tanah air, ayuh....bangkitlah. Mari kita luahkan sokongan kita yang tidak berbelah bagi kepada Sistem Demokrasi Malaysia. Jangan kita izinkan Petualang Negara merampas tampuk pemerintahan negara melalui demonstrasi jalanan selepas usaha mereka menawan Malaysia pada 8 Mac 2008 dan 16 September gagal.
Ayuh, kita turun beramai-ramai dengan memakai baju warna merah!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, June 23, 2011
KOTOR -2
KOTOR 2: POLITIK JALANRAYA
Kalau benar tak bersih
bagaimana mereka menang 5 negeri
nafikan dua pertiga majoriti
boleh jadi montori besau laie!
Kalau benar tak bersih
letak lah jawatan
bubarkan dewan
biar rakyat tentukan!
Diberi stadium tidak mahu
appointment dengan Istana
langsung tiada yang tahu
SPR ajak bincang ditolak tanpa malu
Apa niat mereka?
Mahu berhimpun dijalanraya
mereka tidak berminat dengan pilihanraya
tetapi politik rimba dijalanraya
biar berlaku rusuhan
lagi bagus ada tangkapan
dan tembakan
lalu mereka akan melaung melolong
ini kerajaan zalim perlu dijatuhkan
dataran tahrir mahu di ulangkan
taktik rusuhan mahu diciplakkan
agar hanyir DNA bisa tenggelam
agar jam Omega tidak kedengaran
agar China-doll dilupakan
karung kunyit Saiful dikambuskan
mahu saja Eskay dihapuskan
dan videoklip dipadamkan
agar belalai terus bisa memuntahkan!
Kita menentang bukan kerana mereka Hindu!
Kita menentang bukan kerana mereka Melayu!
Kita menentang bukan kerana mereka Cina, Kadazan atau Bidayuh!
Kita menentang bukan kerana keagamaan, atau api-api perkauman
Tetapi kita menentang mereka
kerana mereka pengkhianat & petualang
yang mahu memporak-perandakan negara meliwat keamanan kaum berbilang merakus Putrajaya secara haram!
Bila rusuhan Melayu pasti kesusahan
bila kekacauan Cina pasti keperitan
bila gangguan India pasti kedukaan
ini bukan soal agama atau perkauman
tetapi soal keamanan & keselamatan
bangkitlah rakyat tentanglah petualang
bangunlah umat cegah kemungkaran
bangunlah Melayu suarakan bantahan
bangunlah Cina pertahankan keharmonian
bangunlah India pastikan keamanan
jangan dibiar para petualang
jangan dibenar politikus jalang
menyepak terajang
tamadun yang cemerlang
negara yang terbilang
Bersatu rakyat
berpadu umat
menghapuskan maksiat
menentang politik lalat
jangan biar diri diperalat
oleh pendendam kesumat
politikus musibat!
Zulkifli Bin Noordin
Rabu
20 Rejab 1432
22 Jun 2011
*videoklip diatas dipetik daripada
http://www.facebook.com/l/dfde7AdC4ALhbpH-cJapRoTIF-g/www.darulehsan.blogspot.com
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Pemuda BN HARAPAN BARU
Expo Perumahan Pemuda BN (HOPE) diadakan pada 29-31 Julai @ PWTC KL. Melibatkan Skim Rumah Pertamaku & Perumahan Rakyat 1 Malaysia
Ini yang kerajaan BN Lakukan bukan sekadar janji Kosong sepertimana yang Pakatan Rakyat Haram war warkan! Mohon sebarkan mengenai Expo Perumahan dari Kerajaan BN buat rakyat ini!
KUALA LUMPUR 16 Jun – Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu akan memainkan peranan utama dalam isu pekerjaan dan pemilikan rumah di kalangan golongan muda.
Menurut beliau isu-isu berkenaan amat penting bagi golongan berkenaan dan ianya akan diperjuangkan oleh Pemuda BN dengan merangka program yang menjurus ke arah kepentingan dan manfaat bersama untuk kehidupan yang lebih selesa.
"Untuk tujuan itu, kita akan bawa Karnival Kerjaya Pemuda BN yang diadakan sebelum ini ke beberapa negeri, yang bermula di Kedah pada 1-3 Julai, Pahang 15-17 Julai, Melaka dan N.Sembilan 22-24 Julai, Sabah 29-31 Julai dan Terengganu tarikhnya belum ditetapkan.
"Banyak permintaan daripada ahli kita dan generasi muda di kawasan luar bandar, kawasan wilayah utara, selatan, timur dan Sabah serta Sarawak untuk kita bawa karnival ini ke negeri lain dan ini usaha kita untuk pastikan bahawa isu pekerjaan menjadi salah satu isu yang penting yang diperjuangkan Pemuda.
"Dan pada 28 Julai nanti, kita juga akan menganjurkan satu karnival Home Ownership Programme Expo (HOPE) di Kuala Lumpur di mana pada karnival ini kita akan promosikan skim rumah pertamaku dan rumah mampu milik berkualiti tinggi untuk generasi muda, " katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Pemuda UMNO di sini, hari ini.
Pada sidang media itu juga, beliau turut memaklumkan dua Ketua Pemuda Negeri yang baru iaitu, Ir Shaik Hussein Mydin, Ketua Pemuda Pulau Pinang dan Hj Awang Kadin Tang sebagai Ketua Pemuda UMNO Sabah telah mengangkat sumpah hari ini.
"Perubahan ini adalah sebahagian daripada perubahan di peringkat negeri untuk perkasakan lagi persiapan pilihan raya umum akan datang," katanya.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, June 22, 2011
KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA PERTAMA DI PJ UTARA
SALAM SAHABAT2 YANG DIHORMATI, TERIMA KASIH KEPADA YAB DATO SERI NAJIB ATAS PERASMIAN KEDAI RAKYAT 1MALYSIA YANG PERTAMA DALAM NEGARA DI BAHAGIAN SAYA IAITU PETALING JAYA UTARA.
TERIMA KASIH KERANA NI KALI KEDUA YAB DS NAJIB BERSAMA2 DI BAHAGIAN PETALING JAYA UTARA.
PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak menyatakan bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia menyebabkan beliau terkenang ayahnya, Perdana Menteri kedua Malaysia Tun Abdul Razak Hussein.
“Konsepnya sama dengan restoran rakyat yang ayahanda saya mulakan ketika kemelesetan ekonomi di dalam tahun 1970an,” kata Najib.
Beliau berkata demikian ketika melancarkan Kedai Rakyat 1Malaysia di Stesen LRT Kelana Jaya.Kedai yang dijangka akan dibuka di setiap stesen LRT ini diuruskan oleh Syarikat Mydin Holdings Bhd yang diketuai pengarah urusannya, Dato Ameer Ali Mydin dengan bantuan kerajaan.
Najib di dalam ucapannya menyatakan bahawa Kedai Rakyat 1Malaysia diilhamkan kerana ’1Malaysia bukan retorik malah salaman dan sinonim dengan rakyat’.
“Ia jenama barang dan perkhidmatan,” kata beliau ketika pelancaran Kedai Rakyat.
Beliau turut menyatakan bahawa barangan yang dijual di Kedai Rakyat adalah 30-40% lebih murah berbanding dengan harga produk di kedai biasa.
Selain itu Najib turut mengumumkan bahawa Kedai Rakyat membantu pertumbuhan industri kecil dan sederhana (IKS) kerana barangan diperoleh dari IKS tempatan.
APAMCM
-Hak Utk Bersuara Adalah Hak Rakyat, Tujuannya Jika Betul, Tiada Masalah. Kan Elok Jika Diberi Ruang Utk Berhimpun Ditempat Tertutup. Bagi PEMUDA Di Stadium Merdeka, BERSIH Di Stadium Shah Alam, PERKASA Di Kelab Sultan Sulaiman Dan Lain2 NGO Bole Pilih Mana2 Stadium Yg Mereka Nak. (KDN Kena Beri Kebenaran La :) ) Jerit La Puas2 Apa Yg Tak Puas Hati. Sekadar Memberi Pendapat Peribadi Tidak Mahu Lihat Pertembungan-
Suara Rakyat Rakyat Majoriti Memilih Utk Negara Kita Aman Dan Damai, Jgn Hancurkan Ekonomi Negara Kerana kepentingan Politik Individu, Martabat Negara Harus Di Utamakan.
Wednesday, June 15, 2011
JOM BUAT DUIT RAYA
JOM BUAT DUIT RAYA
Alhamdulilah Stock Kereta Baru Sampai Toyota Wish, Estima, Vellfire, Harrier, BMW X6, lexus Is250, Range Rover Sports , Cayenne, Bentley..High Loan, Fast Approval, Accept All Trade In..PM Me Sapa Minat ( Brokers Are Welcome Too ) Cepat2 Sapa Nak Buat Duit Raya :) Thank You Fer The Great Respon On My 1st Advert On Latest Stock Arrival
Pricing
1) Toyota Alphard 2.4/3.0/3.5 05-09
From Rm16XK
2) Toyota Vellfire 2.4 / 3.5 08-09 From
Rm24XK
3) Toyota Estima 2.4/3.5 06-10 From
Rm16Xk. ( 40units )
4) Toyota Wish 1.8/2.0 06-09 From
Rm11Xk (70units )
5) M/Benz S350L Rm38XK
6) M/Benz C180 07-08 From Rm18XK
7) Toyota Harrier 2.4 05-09 Rm15XK
Audi Q7 06 Rm34XK
9) BMW X6 08 From Rm38XK
10) BMW 740i 09 From Rm56XK
11) Range Rover Sports 05-06 From
Rm29XK
12) Honda Odessey 2.4 M-Specs/
Absolute 06-08 From Rm13XK
13) BMW 320i 06-07 From Rm
14) Porsche Panamera 4S 09-10 From
Rm7XXK
15) Porsche Cayenne GTS 08 Rm4XXK
16) Porsche 911 Turbo 07 Rm5XXK
17) Nissan GTR35 Uk Specs 08 Rm44XK
18) BMW 335i Coupe 07 From Rm27XK
19) Audi TT S 08 From RM2XXK
20) Land Cruiser 4.6 Petrol / 4.7 AXG /
4.5 Diesel 08-09 rm3XXK
21) Ford Focus RS 09 Rm2XXK
22) Audi R8 08-09 From Rm58XK
23) Ferrari F430 04-08 From Rm7XXK
24) M/Benz E250 CGI Avantgarde 10
Rm33XK ( 10 Units )
Luck Draw Any Model Deliver B4 21st July 2011 Holiday Tickets To Bali On Me
High Loan. Low Interest, High Trade In And Brokers Are Welcome Too, Come Make Money Fer The Coming Hari Raya.. BBM Me Or Call LET'S MAKE MONEY GUYS .
23hours, 7days A Week..1Hour Rest , Fer Corporate Sales We Can Drive Ur Dream Cars To Ur Office, Hey Start Selling My BBMs Famillia..
-Armand Azha Hj Abu Hanifah-
Think Of Cars, Think Of Me
PAS Pendokong Penipuan DAP
Salam Sahabat Yang Di Hormati, Tertarik Saya Baca Artikel di Bawah..Harap Sahabat2 Membacanya Dan Menilaikannya.
PAS Pendokong Penipuan DAP terhadap orang-orang Melayu dan Islam.
by Ee Si Kucing on Thursday, 16 June 2011 at 05:09
Cakap je lebih tapi entah apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan Kroninya yang memerintah Penang sekarang ni.
Dahulu jika kita dengar penipuannya untuk menyingkir Melayu dari Penang dengan menghapuskan semua ruang perniagaan untuk bangsa Melayu yang beragama Islam, termasuk kedai-kedai Mamak yang di sita habis perkakasnya dirampas termasuk duit laci perniagaannya sekali dikebas DAP, walaupun tidak menghalang lalu-lintas.
Perkakas yang menghalang mungkin menjadi kesalahan tetapi duit laci pun nak dirampas oleh Kerajaan kuku besi DAP, lepas tu menafikan. Itu sahajalah kerja pembangkang ni yang asyik membela bangsanya di Penang. Nasib orang Melayu, dianak tirikan...!!? Paku dulang paku serpih, mengata orang Pakatan Haram DAP yang lebih..!!!
Kata Penasihat DAP, Dr Chen Man Hin "the prevalence of corruption and cronyism of the NEP (New Economic Policy) made many UMNO cronies rich, but the poor Malays remained poor".
Ini adalah satu lagi siri penipuan DAP yang dimaksudkan untuk membakar semangat perkauman kaum Cina, lebih-lebih lagi apabila ucapan ini disampaikan semasa majlis makan Persatuan Hakka Negeri Sembilan (persatuan klan yang boleh dianggap sebagap satu pertubuhan bersifat rasis mengikut standard Pakatan Pembangkang) di Seremban pada 13 Disember 2009.
Penipuan Chen, boleh kita rungkai dalam beberapa aspek. Pertama; tuduhan bahawa berlaku amalan korupsi dan kronisme dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menyebabkan kroni UMNO sahaja menjadi kaya.
saya suka hendak menyatakan bahawa bukan orang UMNO sahaja yang mendapat manfaat dari DEB, malah ramai orang Melayu dan Bumiputera, termasuk Orang Asli dan kaum pribumi Sabah dan Sarawak.
Dalam bidang pendidikan misalnya, dengan 70 peratus kuota ditempatkan untuk pelajar luar bandar, ramai di antara pelajar Bumiputera mendapat peluang untuk belajar di sekolah yang mempunyai kemudahan yang lebih baik berbanding sekolah di daerah asal mereka.
Dengan kuota juga, sebelum ini, mereka mempunyai tempat untuk belajar di Institusi Pengajian Tingga Awam (IPTA) yang membolehkan mereka berpeluang menjadi golongan profesional, sesuatu yang mungkin di luar jangkauan pemikiran kebanyakan daripada mereka lebih-lebih lagi jika diambil kira kemampuan kewangan ibu bapa mereka.
Dalam kalangan mereka ini, termasuklah ramai anak-anak dari negeri Kelantan yang majoriti ibu bapa mereka diketahui sejak 20 tahun yang lalu menyokong Pas.Melalui pendidikan, ramai Melayu dan Bumiputera luar bandar, di kampung dan di kawasan tanah rancangan seperti FELDA yang mampu menaikkan taraf hidup mereka hanya selepas satu generasi sahaja.
Kedua, penipuan Chen juga dapat kita kenal pasti jika kita mengambil kira siapa sebenarnya yang menguasai pasaran barangan mentah atau raw materials di dalam negara ini.Tahukah kita semua bahawa kaum yang menguasai pasaran barangan mentah ini boleh menentukan siapa (termasuk syarikat Ali Baba mereka) yang akan memenangi tender kerajaan melalui perlindungan harga?
Penjawat awam yang mentah dalam selok belok perniagaan dan yang berkepntingan diri seringnya akan terperangkap dengan menjadikan DEB lebih memihak kepada kaum Cina.Selain itu perlindungan juga wujud dalam pasaran yang kononnya terbuka melalui perbezaan harga dan terma kredit terhadap peniaga dari kaum lain.
Ketiga, bukan sahaja kontraktor UMNO sahaja yang menerima manfaat dari DEB, malah kontraktor bukan UMNO dan ramai kontraktor yang menyokong pembangkang juga mendapat manfaat dari dasar ini. Ada ahli Pas yang merungut kerana lebih banyak peluang perniagaan diberi kepada penyokong parti pembangkang yang selain dari Pas semasa tempoh pembangkang memerintah Perak sedangkan peluang mereka lebih baik semasa Barisan Nasional memerintah negeri itu.
Bekas calon pembangkang di Bagan Pinang juga dikatakan pernah menerima kontrak daripada kerajaan walaupun dia menyokong pembangkang.Keempat, maksud Dr Chen mempertikaikan DEB ini adalah untuk mempromosikan dasar ekonomi terbuka yang kononnya akan memakmurkan Malaysia.
Apakah maksud Dr Chen, dengan dasar ekonomi terbuka ini nanti, "Melayu yang miskin akan secara automatik menjadi kaya?"saya melihat saranan Dr Chen ini hanyalah untuk memastikan ketamakan golongan kapitalis dipenuhi.
Golongan kapitalis ini berhasrat untuk menguasai ekonomi negara dan yang pastinya, golongan yang miskin dan tidak berdaya termasuk dari kalangan kaum lain akan terus ketinggalan dari kemajuan dan kemakmuran yang dijanjikan.
Dari bacaan penulis, Dr Chen, walaupun dari sebuah parti yang kononnya memperjuangkan sosialisme, perkataan dan hasratnya bukanlah berjiwa sosialis tulen. Sebaliknya nadanya lebih mirip kepada jiwa dan naluri seorang kapitalis.
Bagi saya ini adalah kepura-puraan yang sedang dipertontonkan kepada rakyat. Mereka yang kurang teliti akan diperdayakan.Seperti ramai orang Pas yang hipokrit di bawah topeng agama Islam,saya melihat ramai kapitalis dan rasis yang hipokrit bersembunyi di bawah topeng sosialis DAP.
DAP yang sanggup melakukan apa jua putar belit untuk membeli jiwa orang Melayu.
Nama Khir Johari digunakan untuk memancing orang Melayu menyokong DAP apabila seorang lelaki yang diumumkan sebagai anak Khir Johari menyertai Dap tahun lalu dan kemudian dilantik sebagai Setiausaha Politik, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Media-media online dan blogger-blogger sebelah sana kecoh sekalian alam apabila dia dilantik sebagai Setiausaha Politk Lim Guan Eng Katanya Lim Guan Eng telah melantik orang Melayu sebagai Setiausaha Politiknya. Bukan main lagi mereka meraikan perlantikan ‘Melayu’ itu.
Satu Malaysia kena tipu dengan Dap. Hakikatnya Zairil bukannya anak Khir Johari dan bukannya orang Melayu.
Zairil adalah anak kepada isteri Khir Johari yang bernama Christine yang dikahwininya pada tahun 1995.
Zairil adalah anak Christine dengan bekas suaminya yang berbangsa Cina sebelum memeluk Islam dan berkahwin dengan Khir Johari.
Zairil adalah anak tiri. Dia sengaja menggunakan nama Khir Johari untuk menumpang popular dan memenuhi hasrat Das menggunakan taktik itu untuk menarik orang Melayu menyokong mereka.
Inilah penipuan demi penipuan parti paling rasis di negara ini iaitu DAP. Kalau belum perintah negara DAP sudah berani tipu terang-terang begini bayangkan kalau DAP dapat kuasa….. minta dijauhkan Tuhan…Malaysia diperintah parti laknat seperti ini.
PAS pendokong penipuan DAP terhadap orang-orang Melayu dan Islam .Penipuan PAS nampaknya berterusan. Kalau sebelum ini Husam Musa tentang masyarakat India di Malaysia, hari ini Dr Mahfoudz Mohamad, Pesuruhjaya PAS Johor pula berbohong.Ketika ditanya mengenai perbezaan ideologi parti pembangkang oleh Berita Awani hari ini, beliau mengatakan bahawa ia sama dengan perbezaan mazhab yang empat tetapi tidak ada perbalahan.
Adakah `ideologi' PAS dan ideologi sosialisme anutan DAP dan sejumlah besar ahli PKR sama dengan perbezaan antara empat mazhab?Adakah perbezaan antara ideologi sosialisme dan `ideologi' PAS adalah berkaitan perkara pokok ataupun berkaitan perkara cabang (furu')?
Dalam Perlembagaan PAS Bab Kedua, Fasal Tiga, sasar PAS adalah Islam, di mana tujuannya seperti dalam Fasal Lima adalah untuk memperjuangkan masyarakat dan pemerintahan yang terlaksananya di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah; sedangkan dalam DAP, matlamat perjuangannya adalah mewujudkan masyarakat Demokratik Sosialis di Malaysia.
Bertunjangkan kepada Dasar dan Tujuannya ini, PAS telah berusaha membezakan dirinya berbanding UMNO dari tiga aspek retorik politik, iaitu -
Pertama, pembentukan negara Islam yang melaksanakan hukum hudud, sedangkan UMNO melaksanakan pembentukan negara Islam melalui kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan merealisasikannya dalam lima bidang hukum yang ada, iaitu aqidah, ibadah, munakahat, muamalat dan jenayah, seperti dijelaskan dalam tulisan ini "Hanya PAS, bukan UMNO perjuangkan Islam".
Kedua, pemerintahan sebuah negara yang bebas daripada perniagaan berunsur maksiat, terutama judi dan penjualan arak.Antara janji-janji pemimpin PAS dalam ceramah dan tulisan mereka adalah untuk menghapuskan sama sekali premis yang menganjurkan judi atau permainan berunsur judi dan yang menjual arak.
Antara retorik paling selalu didendangkan adalah menghapuskan penjualan arak di 7-Eleven, hotel-hotel dan penutupan kilang arak di Shah Alam.Pada waktu yang sama dianjurkan juga pengasingan pendapatan dari unsur maksiat, iaitu cukai dari hasil perniagaan maksiat ini agar gaji penjawat awam diyakini bersih.
Termasuk dalam kategori maksiat adalah industri hiburan yang dipenuhi pergaulan bebas, muzik yang ditafsirkan sebagai haram dan pertunjukan oleh wanita, apa lagi wanita yang tidak menutup aurat.
Berbeza dengan Pas, UMNO mengambil pendekatan yang lebih liberal, iaitu membenarkan premis-premis seperti ini beroperasi dan mengawalnya dari penglibatan umat Islam melalui pendidikan, peruntukan dan penguatkuasaan undang-undang termasuk undang-undang takzir seperti di negeri Pahang.
Ketiga, menekankan pemerintahan berdasarkan kepimpinan ulamak - ditafsirkan sebagai golongan yang mendalami pengajian Islam, sedangkan di dalam UMNO, tidak dihadkan bahawa pemimpin itu mesti mempunyai latar belakang pendidikan agama.
Bertunjangkan kepada dasar dan tujuan DAP pula, retorik politik DAP adalah seperti berikut;
Pertama, tidak menerima kedudukan istimewa Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan dan menolak pembentukan sebuah Negara Islam yang melaksanakan hudud seperti yang ingin di dirikan oleh PAS.
Malah dalam retorik politiknya, DAP tidak mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebaliknya merupakan sebuah negara sekular dan perlu kekal sebagai sebuah negara sekular dengan semua agama diberikan kedudukan yang sama.
Kedua, seperti yang disarankan oleh sosialisme, matlamat DAP adalah untuk menghapuskan ketidak seimbangan ekonomi dan peluang dalam sistem sedia ada.Apa yang dianjurkan adalah persamaan dan keadilan sosial, bagaimana pun ditekankan bahawa PERSAMAAN ini bukan bermaksud keseragaman dan kesama rataan, sebaliknya penentangan terhadap eksploitasi dan keistimewaan golongan yang menguasai ekonomi dan politik.
Walaupun retorik sosialisme ini nampak menarik pada pandangan mata kasar, namun kerangka ekonomi sosialisme ini mempunyai pertentangan dengan kerangka ekonomi Islam seperti yang diperincikan oleh Prof. Mohamad Baqir al-Sadr dalam tulisan-tulisannya mengenai ekonomi kapitalis, sosialis dan Islam.
Lebih-lebih lagi dalam retorik DAP yang ditekankan hanyalah aspek persamaan dan bukan aspek keadilan sosial.Ketiga, nilai-nilai yang dipegang oleh DAP adalah nilai-nilai sejagat yang tidak semestinya harmoni dengan nilai-nilai yang dianjurkan oleh Islam.
Justeru akan wujud pertentangan dari aspek budaya dan akhirnya mengakibatkan pertentangan dari aspek pentadbiran seperti pengekalan kewujudan premis judi, spa dan urut, karaoke dan penganjuran konsert, biarpun ditentang hebat oleh PAS.
Keempat, kepimpinan ulamak TIDAK WUJUD dalam kamus sosialis demokratik DAP.Jelasnya, perbezaan ini adalah perbezaan pokok yang menjejaskan retorik perjuangan Pas selama ini. Mahfoudz menipu kerana cuba memberi gambaran kepada masyarakat bahawa perbezaan ideologi ini sama seperti perbezaan antara empat mazhab.
Hakikatnya, ia lebih besar daripada perbezaan antara empat mazhab, malah mungkin lebih besar daripada perbezaan antara ahli sunnah wal-jammah dan golongan khawarij.Ini belum termasuk aspek pelaksanaan dasar-dasar ini lagi. Sesuatu yang dipersetujui oleh DAP-PKR-PAS dalam Polisi Bersama Pakatan Pembangkang (PR), belum tentu akan dilaksanakan. Malah, ia juga boleh disabotaj melalui pelbagai kaedah.
Adakah perbezaan ideologi Pas-DAP ini sama dengan perbezaan mazhab Hanafi-Hanbali-Maliki-Syafie? Melainkan yang dipegang oleh Pas adalah hanyalah semata-mata ideologi atau Islam plastik dan bukan ajaran Islam sebenar.
Dendam kesumat parti PAs terhadap UMNO sebenarnya berpuca sebelum merdeka lagi.Dendam kesumat yang telah berakar umbi dan menjadi saka turun menurun ahli-ahli PAs berpunca daripada kekalahan dalam pilihanraya pertama pada tahun 1956.Parti perikatan (UMNO,MCA dan MIC) dibawah Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj pada masa itu telah memenangi pilihanraya dan mendapat 51 kerusi dari kursi yang dipertandingkan sebanyak 52 kursi,PAs hanya mendapat 1 kursi sahaja. Haji Ahmad Fuad bin Hassan pada masa itu sebagai Prisedannya 1951 dan 1953 apabila sedar bahawa PAs dianggotai oleh bekas2 pemimpin puak radikal telah keluar dan kembali pada UMNO kemudian 1953-1956 Dr Haji Abbas bin Haji Ilias (Pemangku).
Semasa penubuhan PAs kebanyakkan pemimpin mereka berasal dari bekas2 pemimpin redikal dan berselindung disebalik Parti PAs yang kononnya memperjuangkan Islam.Puak-puak radikal ini membuat hubungan dengan British dan cuba mengagalkan tuntutan kemerdekaan oleh penduduk yang diketuai oleh Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj.Puak PAs telah menjalankan pelbagai propaganda memburukan Tengku (Perikatan) bahawa orang-orang UMNO kafir kerana bergabung dengan bukan Islam.Mereka menghasut penduduk dengan pelbagai propaganda dengan harapan mereka menolak Tengku dari menuntut kemerdekaan dari British.
Semasa gerakan menuntut kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu,Tengku yang ditugaskan ke London kekurangan Dana dan pemergian kesana terpaksa ditunda.Setelah diadakan perbincangan satu jawatankuasa dibentuk untuk meminta derma dari penduduk agar dapat menambah dana bagi tujuan Tengku ke London.Kesempatan ini digunakan oleh pemimpin2 PAS untuk menghalang dengan menghasut penduduk agar membenci Tengku.Propaganda mengatakan orang2 UMNO kafir kerana bergabung dengan bukan Islam dilancarkan bagi menghalang pemergian Tengku.Di sebabkan semangat yang tinggi untuk mendapatkan kemerdekaan Tengku dengan bantuan penduduk-penduduk berjaya mengutip dana untuk meneruskan hasrat Tengku ke London dan seterusnya menuntut kemerdekaan.
Apabila Tengku berjaya dalam tuntutannya maka Tanah Melayu dapat dimerdekakan pada tanggal 31hb Ogos 1957 tepat pukul 12 malam.Selepas merdeka satu pilihanraya bagi menentukan siapa yang sepatutnya memerintah telah diadakan pada tahun 1959.Parti mana yang menang maka parti itulah yang berhak menerajui negara.Pada pilihanraya 1959 ini Perikatan telah mendapat majoriti sementara PAS hanya dapat menguasai Kelantan setelah penduduknya termakan hasutan pemimpin2 PAs yang mengunakan pendekatan bahawa orang-orang UMNO kafir.UMNO hanya menang 2 kursi di Kelantan tetapi mendapat majoriti daripada penduduk Tanah Melayu.Maka sekali lagi PAs terpukul dengan kekalahan tersebut dan diikuti oleh kekalahan demi kekalah dalam PRU seterusnya mendendami UMNO sehingga kesaat ini.Untuk menebus kekalahan demi kekalahan dan demi kuasa maka PAs kini rela bergabung dengan musuh tradisinya DAP untuk menghancurkan Kerajaan Barisan Nasional.Mereka PAs sanggup menjilat kembali segala ludahnya terhadap orang-orang UMNO demi mendapatkan kuasa dan mengadai apa yang kononnya diperjuangkan..
Kini penolakan PAS terhadap apa yang dperjuangan selama ini dibuktikan dalam pemilihan parti baru-baru ini.Mereka PAS demi mengikut telunjuk DAP sanggup mengugurkan negara Islam dan hudud dan kini memperjuangkan kononnya negara berkebajikan.Pengikut-pengikut setia PAS juga sanggup berpaling tadah menjatuhkan golongan ulama' mereka semuanya ini dilakukan agar mereka dapat mengimbangi DAP / mendapat muka dihadapan DAP.Tujuan utama adalah kuasa.
Tuesday, June 14, 2011
GERAKAN JOM BERSIHKAN SAMPAH YANG DI TINGGALKAN OLEH HIMPUNAN BERSIH
Tahniah Lar Siapa Yg Buat Himpunan BERSIH Ni, Hampir Pasti Jika Berlaku Pertembungan Majority Pasti Org Melayu/Bumiputra Sesama Sendiri.
Tahniah Lar, Menang Bersorak Kampung Tergadai, Sudah Pasti Akan Ada Yg Tersenyum Dan Bertepuk Tangan, Sejarah Lama Telah Kembali, Gunakan Org Melayu Utk Gaduh Sesama Sendiri, Akhirnya Jatuh Empayar Melaka Sejarah Si Kitol.
Saya Cadang Jika Nak Buat Jugak, Sila Buat Di Stadium Shah Alam Atau Stadium MPPJ, Bole Nyatakan Hasrat Mereka Tanpa Ganggu Ekonomi Negara, Malah Bole Tambah Income Kerajaan Negeri Selangor Dgn Menyewakan Stadium Pada Penganjur Bersih Serta Bole Sewakan Tapak Niaga Utk Peniaga Lebih Baik Drpd Menganggu Para Peniaga Sekitar Ibu Negara Bila Buat Himpunan Bersih.
Tapi Jika Himpunan BERSIH Tetap Diteruskan Saya Yakin , Ianya Akan Menyebabkan Kejatuhan Sementara Ekonomi Negara, Jika Perhimpunan BERSIH Ni Jadi Saya Cadangkan Satu Lagi Pihak Buat GERAKAN JOM BERSIHKAN SAMPAH YANG DI TINGGALKAN OLEH HIMPUNAN BERSIH.
Apamacam, Kita Buat Gotong Royong Utk Bantu dan Bersihkan Kawasan Yang Terlibat, Baik Kita Buat Kebajikan Pada Rakyat Drpd Menyeru Rakyat Utk Hancurkan Negara..JADI SAYA CADANGKAN BARISAN NASIONAL KITA LANCARKAN GERAKAN JOM BERSIHKAN SAMPAH YANG DI TINGGALKAN OLEH HIMPUNAN BERSIH Lagi Akan Menunjukkan Teladan dan Lebih Bertanggungjawab Pada Negara..Buat Kata Nabil "LU PIKIR LAR SENDIRI"
-Armand "Lu Abg Long Ke, Lu Ayahanda Ke, Ini Msia Aku Punya"-
Monday, June 13, 2011
KL GANGSTER SALAH SAPA ????
"Sekarang Gua Tak Kira Lu Abang Long Ka Lu Ayahanda Ka, Malaysia Gua Pegang"
Satu Dialog Yang Kini Panas di Bibir Rakyat Malaysia.
Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) berhasrat menyaman penerbit dan pengarah filem Kongsi dan KL Gangsterkerana mendedahkan beberapa perkara sulit yang digunakan dalam pertubuhan tersebut melalui filem mereka.
Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata antara dialog dalam kedua-dua filem berkenaan telah menggunakan kata kunci pertubuhan tersebut yang selama ini dianggap rahsia.
"Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida.
"Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri," ujarnya ketika dihubungi mStar Online di sini, Khamis.
Penerbit filem KL Gangster dan Kongsi, Datuk Yusof Haslam dan David Teo, menjelaskan filem-filem terbitan syarikat produksi mereka itu tiada kaitan dengan sebarang aktiviti mana-mana pertubuhan bukan kerajaan seperti yang didakwa oleh Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida).
Saya Secara Peribadi Rasa Kan Jgn Salahkan Producer Filem Atau Pembuat Filem Ini, Kerana Lihat Dahulu Pergerakan Mana2 Pertubuhan Yang Di Katakan Gerak Underground Lar, Perjuangan Rahsia lar, Tetapi Secara Peribadinya Jika Di Tanya Semua Org Dlm Malaysia Tahu Pergerakan Ini...Masih Ada Rahsiakan Perjuangan Yang Dibawa.
Kini Kita Lihat Sahaja Dlm Youtube Atau Dalam Internet, Tiada lagi Yang Rahsia. Lihat Sahaja Sticker di Kereta, Sticker di Motor, Sticker Di Helmet, Key Chain, Baju...Etc Yang Digunakan Secara Terang2,Soalan Disini Salah Siapa...
Malah Ada Yg Bercakap Terang2 Di Kedai2 Mamak, Macdonalds, Padang Bola Tanpa Ada Rasa Ianya Perlu Di Rahsiakan. Bukankah Ini Satu Amanat Dan Tanggungjawab Utk Simpan Rahsia, Tapi Di Bincangkan Secara Terbuka, Siapa Yang Harus Di Persalahkan Bila Tiada Lagi Rahsia.
Saya Menghormati PEKIDA, PEWARIS, SAHABAT, PUTRA....ETC, Tetapi Ianya Harus Kembali Kepada Asas Perjuangan Utk Memartabatkan Apa Yang Di Angkat dan Dijunjungkan.
Seharusnya Budaya Yang Ada Kini, Harus Di Kembalikan Kepada Era Sebelum Ini Di Mana Harus Ada Tanggungjawab Utk Simpan Amanah. Yang Lama Harus Menjadi Teladan Yang Baik Pada Yang Baru, Didikan Dan Ajaran Utk Kembali Pada Asas Apa Itu Perjuangan Yang di Bawa Kerana Tanpa Ajaran dan Didikan Akan Tersasar Drpd Apa Yang Wajib Di Perjuangkan.
Rahsia Di Simpan, Biar Sekalipun Di Seksa Sehingga Pecah Perut, Tapi Jangan Pecah Di Mulut. Biarkan Harimau Tidur Tanpa Di Usik, Kerana Bila Di Usik Ianya AKan Di Mengamuk. Biarlah Nama Di Sebut, Sejarah Di Cerita Tapi Siapa Dia Dan Dimana Dia Menjadi Tanda Tanya Ikut Resam Panglima Melayu, Padi Bila Berisi Makin Tunduk ke Bumi.
Semoga Perjuangan Akan Berkekalan, Kembali Kepada Asas Perjuangan. Hayati Apa Yang Di Ucap Dan Kekalkan Sebagai Amanah Dan Amanat Yang Harus Terus Di Simpan Ingatan Khusus Pada Anak2 TTDI, Kenapa Tiada Sticker Dan Keychain...Sekian Wasalam