Wednesday, June 15, 2011
PAS Pendokong Penipuan DAP
Salam Sahabat Yang Di Hormati, Tertarik Saya Baca Artikel di Bawah..Harap Sahabat2 Membacanya Dan Menilaikannya.
PAS Pendokong Penipuan DAP terhadap orang-orang Melayu dan Islam.
by Ee Si Kucing on Thursday, 16 June 2011 at 05:09
Cakap je lebih tapi entah apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng dan Kroninya yang memerintah Penang sekarang ni.
Dahulu jika kita dengar penipuannya untuk menyingkir Melayu dari Penang dengan menghapuskan semua ruang perniagaan untuk bangsa Melayu yang beragama Islam, termasuk kedai-kedai Mamak yang di sita habis perkakasnya dirampas termasuk duit laci perniagaannya sekali dikebas DAP, walaupun tidak menghalang lalu-lintas.
Perkakas yang menghalang mungkin menjadi kesalahan tetapi duit laci pun nak dirampas oleh Kerajaan kuku besi DAP, lepas tu menafikan. Itu sahajalah kerja pembangkang ni yang asyik membela bangsanya di Penang. Nasib orang Melayu, dianak tirikan...!!? Paku dulang paku serpih, mengata orang Pakatan Haram DAP yang lebih..!!!
Kata Penasihat DAP, Dr Chen Man Hin "the prevalence of corruption and cronyism of the NEP (New Economic Policy) made many UMNO cronies rich, but the poor Malays remained poor".
Ini adalah satu lagi siri penipuan DAP yang dimaksudkan untuk membakar semangat perkauman kaum Cina, lebih-lebih lagi apabila ucapan ini disampaikan semasa majlis makan Persatuan Hakka Negeri Sembilan (persatuan klan yang boleh dianggap sebagap satu pertubuhan bersifat rasis mengikut standard Pakatan Pembangkang) di Seremban pada 13 Disember 2009.
Penipuan Chen, boleh kita rungkai dalam beberapa aspek. Pertama; tuduhan bahawa berlaku amalan korupsi dan kronisme dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menyebabkan kroni UMNO sahaja menjadi kaya.
saya suka hendak menyatakan bahawa bukan orang UMNO sahaja yang mendapat manfaat dari DEB, malah ramai orang Melayu dan Bumiputera, termasuk Orang Asli dan kaum pribumi Sabah dan Sarawak.
Dalam bidang pendidikan misalnya, dengan 70 peratus kuota ditempatkan untuk pelajar luar bandar, ramai di antara pelajar Bumiputera mendapat peluang untuk belajar di sekolah yang mempunyai kemudahan yang lebih baik berbanding sekolah di daerah asal mereka.
Dengan kuota juga, sebelum ini, mereka mempunyai tempat untuk belajar di Institusi Pengajian Tingga Awam (IPTA) yang membolehkan mereka berpeluang menjadi golongan profesional, sesuatu yang mungkin di luar jangkauan pemikiran kebanyakan daripada mereka lebih-lebih lagi jika diambil kira kemampuan kewangan ibu bapa mereka.
Dalam kalangan mereka ini, termasuklah ramai anak-anak dari negeri Kelantan yang majoriti ibu bapa mereka diketahui sejak 20 tahun yang lalu menyokong Pas.Melalui pendidikan, ramai Melayu dan Bumiputera luar bandar, di kampung dan di kawasan tanah rancangan seperti FELDA yang mampu menaikkan taraf hidup mereka hanya selepas satu generasi sahaja.
Kedua, penipuan Chen juga dapat kita kenal pasti jika kita mengambil kira siapa sebenarnya yang menguasai pasaran barangan mentah atau raw materials di dalam negara ini.Tahukah kita semua bahawa kaum yang menguasai pasaran barangan mentah ini boleh menentukan siapa (termasuk syarikat Ali Baba mereka) yang akan memenangi tender kerajaan melalui perlindungan harga?
Penjawat awam yang mentah dalam selok belok perniagaan dan yang berkepntingan diri seringnya akan terperangkap dengan menjadikan DEB lebih memihak kepada kaum Cina.Selain itu perlindungan juga wujud dalam pasaran yang kononnya terbuka melalui perbezaan harga dan terma kredit terhadap peniaga dari kaum lain.
Ketiga, bukan sahaja kontraktor UMNO sahaja yang menerima manfaat dari DEB, malah kontraktor bukan UMNO dan ramai kontraktor yang menyokong pembangkang juga mendapat manfaat dari dasar ini. Ada ahli Pas yang merungut kerana lebih banyak peluang perniagaan diberi kepada penyokong parti pembangkang yang selain dari Pas semasa tempoh pembangkang memerintah Perak sedangkan peluang mereka lebih baik semasa Barisan Nasional memerintah negeri itu.
Bekas calon pembangkang di Bagan Pinang juga dikatakan pernah menerima kontrak daripada kerajaan walaupun dia menyokong pembangkang.Keempat, maksud Dr Chen mempertikaikan DEB ini adalah untuk mempromosikan dasar ekonomi terbuka yang kononnya akan memakmurkan Malaysia.
Apakah maksud Dr Chen, dengan dasar ekonomi terbuka ini nanti, "Melayu yang miskin akan secara automatik menjadi kaya?"saya melihat saranan Dr Chen ini hanyalah untuk memastikan ketamakan golongan kapitalis dipenuhi.
Golongan kapitalis ini berhasrat untuk menguasai ekonomi negara dan yang pastinya, golongan yang miskin dan tidak berdaya termasuk dari kalangan kaum lain akan terus ketinggalan dari kemajuan dan kemakmuran yang dijanjikan.
Dari bacaan penulis, Dr Chen, walaupun dari sebuah parti yang kononnya memperjuangkan sosialisme, perkataan dan hasratnya bukanlah berjiwa sosialis tulen. Sebaliknya nadanya lebih mirip kepada jiwa dan naluri seorang kapitalis.
Bagi saya ini adalah kepura-puraan yang sedang dipertontonkan kepada rakyat. Mereka yang kurang teliti akan diperdayakan.Seperti ramai orang Pas yang hipokrit di bawah topeng agama Islam,saya melihat ramai kapitalis dan rasis yang hipokrit bersembunyi di bawah topeng sosialis DAP.
DAP yang sanggup melakukan apa jua putar belit untuk membeli jiwa orang Melayu.
Nama Khir Johari digunakan untuk memancing orang Melayu menyokong DAP apabila seorang lelaki yang diumumkan sebagai anak Khir Johari menyertai Dap tahun lalu dan kemudian dilantik sebagai Setiausaha Politik, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Media-media online dan blogger-blogger sebelah sana kecoh sekalian alam apabila dia dilantik sebagai Setiausaha Politk Lim Guan Eng Katanya Lim Guan Eng telah melantik orang Melayu sebagai Setiausaha Politiknya. Bukan main lagi mereka meraikan perlantikan ‘Melayu’ itu.
Satu Malaysia kena tipu dengan Dap. Hakikatnya Zairil bukannya anak Khir Johari dan bukannya orang Melayu.
Zairil adalah anak kepada isteri Khir Johari yang bernama Christine yang dikahwininya pada tahun 1995.
Zairil adalah anak Christine dengan bekas suaminya yang berbangsa Cina sebelum memeluk Islam dan berkahwin dengan Khir Johari.
Zairil adalah anak tiri. Dia sengaja menggunakan nama Khir Johari untuk menumpang popular dan memenuhi hasrat Das menggunakan taktik itu untuk menarik orang Melayu menyokong mereka.
Inilah penipuan demi penipuan parti paling rasis di negara ini iaitu DAP. Kalau belum perintah negara DAP sudah berani tipu terang-terang begini bayangkan kalau DAP dapat kuasa….. minta dijauhkan Tuhan…Malaysia diperintah parti laknat seperti ini.
PAS pendokong penipuan DAP terhadap orang-orang Melayu dan Islam .Penipuan PAS nampaknya berterusan. Kalau sebelum ini Husam Musa tentang masyarakat India di Malaysia, hari ini Dr Mahfoudz Mohamad, Pesuruhjaya PAS Johor pula berbohong.Ketika ditanya mengenai perbezaan ideologi parti pembangkang oleh Berita Awani hari ini, beliau mengatakan bahawa ia sama dengan perbezaan mazhab yang empat tetapi tidak ada perbalahan.
Adakah `ideologi' PAS dan ideologi sosialisme anutan DAP dan sejumlah besar ahli PKR sama dengan perbezaan antara empat mazhab?Adakah perbezaan antara ideologi sosialisme dan `ideologi' PAS adalah berkaitan perkara pokok ataupun berkaitan perkara cabang (furu')?
Dalam Perlembagaan PAS Bab Kedua, Fasal Tiga, sasar PAS adalah Islam, di mana tujuannya seperti dalam Fasal Lima adalah untuk memperjuangkan masyarakat dan pemerintahan yang terlaksananya di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah; sedangkan dalam DAP, matlamat perjuangannya adalah mewujudkan masyarakat Demokratik Sosialis di Malaysia.
Bertunjangkan kepada Dasar dan Tujuannya ini, PAS telah berusaha membezakan dirinya berbanding UMNO dari tiga aspek retorik politik, iaitu -
Pertama, pembentukan negara Islam yang melaksanakan hukum hudud, sedangkan UMNO melaksanakan pembentukan negara Islam melalui kedudukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Persekutuan dan merealisasikannya dalam lima bidang hukum yang ada, iaitu aqidah, ibadah, munakahat, muamalat dan jenayah, seperti dijelaskan dalam tulisan ini "Hanya PAS, bukan UMNO perjuangkan Islam".
Kedua, pemerintahan sebuah negara yang bebas daripada perniagaan berunsur maksiat, terutama judi dan penjualan arak.Antara janji-janji pemimpin PAS dalam ceramah dan tulisan mereka adalah untuk menghapuskan sama sekali premis yang menganjurkan judi atau permainan berunsur judi dan yang menjual arak.
Antara retorik paling selalu didendangkan adalah menghapuskan penjualan arak di 7-Eleven, hotel-hotel dan penutupan kilang arak di Shah Alam.Pada waktu yang sama dianjurkan juga pengasingan pendapatan dari unsur maksiat, iaitu cukai dari hasil perniagaan maksiat ini agar gaji penjawat awam diyakini bersih.
Termasuk dalam kategori maksiat adalah industri hiburan yang dipenuhi pergaulan bebas, muzik yang ditafsirkan sebagai haram dan pertunjukan oleh wanita, apa lagi wanita yang tidak menutup aurat.
Berbeza dengan Pas, UMNO mengambil pendekatan yang lebih liberal, iaitu membenarkan premis-premis seperti ini beroperasi dan mengawalnya dari penglibatan umat Islam melalui pendidikan, peruntukan dan penguatkuasaan undang-undang termasuk undang-undang takzir seperti di negeri Pahang.
Ketiga, menekankan pemerintahan berdasarkan kepimpinan ulamak - ditafsirkan sebagai golongan yang mendalami pengajian Islam, sedangkan di dalam UMNO, tidak dihadkan bahawa pemimpin itu mesti mempunyai latar belakang pendidikan agama.
Bertunjangkan kepada dasar dan tujuan DAP pula, retorik politik DAP adalah seperti berikut;
Pertama, tidak menerima kedudukan istimewa Islam di dalam Perlembagaan Persekutuan dan menolak pembentukan sebuah Negara Islam yang melaksanakan hudud seperti yang ingin di dirikan oleh PAS.
Malah dalam retorik politiknya, DAP tidak mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam sebaliknya merupakan sebuah negara sekular dan perlu kekal sebagai sebuah negara sekular dengan semua agama diberikan kedudukan yang sama.
Kedua, seperti yang disarankan oleh sosialisme, matlamat DAP adalah untuk menghapuskan ketidak seimbangan ekonomi dan peluang dalam sistem sedia ada.Apa yang dianjurkan adalah persamaan dan keadilan sosial, bagaimana pun ditekankan bahawa PERSAMAAN ini bukan bermaksud keseragaman dan kesama rataan, sebaliknya penentangan terhadap eksploitasi dan keistimewaan golongan yang menguasai ekonomi dan politik.
Walaupun retorik sosialisme ini nampak menarik pada pandangan mata kasar, namun kerangka ekonomi sosialisme ini mempunyai pertentangan dengan kerangka ekonomi Islam seperti yang diperincikan oleh Prof. Mohamad Baqir al-Sadr dalam tulisan-tulisannya mengenai ekonomi kapitalis, sosialis dan Islam.
Lebih-lebih lagi dalam retorik DAP yang ditekankan hanyalah aspek persamaan dan bukan aspek keadilan sosial.Ketiga, nilai-nilai yang dipegang oleh DAP adalah nilai-nilai sejagat yang tidak semestinya harmoni dengan nilai-nilai yang dianjurkan oleh Islam.
Justeru akan wujud pertentangan dari aspek budaya dan akhirnya mengakibatkan pertentangan dari aspek pentadbiran seperti pengekalan kewujudan premis judi, spa dan urut, karaoke dan penganjuran konsert, biarpun ditentang hebat oleh PAS.
Keempat, kepimpinan ulamak TIDAK WUJUD dalam kamus sosialis demokratik DAP.Jelasnya, perbezaan ini adalah perbezaan pokok yang menjejaskan retorik perjuangan Pas selama ini. Mahfoudz menipu kerana cuba memberi gambaran kepada masyarakat bahawa perbezaan ideologi ini sama seperti perbezaan antara empat mazhab.
Hakikatnya, ia lebih besar daripada perbezaan antara empat mazhab, malah mungkin lebih besar daripada perbezaan antara ahli sunnah wal-jammah dan golongan khawarij.Ini belum termasuk aspek pelaksanaan dasar-dasar ini lagi. Sesuatu yang dipersetujui oleh DAP-PKR-PAS dalam Polisi Bersama Pakatan Pembangkang (PR), belum tentu akan dilaksanakan. Malah, ia juga boleh disabotaj melalui pelbagai kaedah.
Adakah perbezaan ideologi Pas-DAP ini sama dengan perbezaan mazhab Hanafi-Hanbali-Maliki-Syafie? Melainkan yang dipegang oleh Pas adalah hanyalah semata-mata ideologi atau Islam plastik dan bukan ajaran Islam sebenar.
Dendam kesumat parti PAs terhadap UMNO sebenarnya berpuca sebelum merdeka lagi.Dendam kesumat yang telah berakar umbi dan menjadi saka turun menurun ahli-ahli PAs berpunca daripada kekalahan dalam pilihanraya pertama pada tahun 1956.Parti perikatan (UMNO,MCA dan MIC) dibawah Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj pada masa itu telah memenangi pilihanraya dan mendapat 51 kerusi dari kursi yang dipertandingkan sebanyak 52 kursi,PAs hanya mendapat 1 kursi sahaja. Haji Ahmad Fuad bin Hassan pada masa itu sebagai Prisedannya 1951 dan 1953 apabila sedar bahawa PAs dianggotai oleh bekas2 pemimpin puak radikal telah keluar dan kembali pada UMNO kemudian 1953-1956 Dr Haji Abbas bin Haji Ilias (Pemangku).
Semasa penubuhan PAs kebanyakkan pemimpin mereka berasal dari bekas2 pemimpin redikal dan berselindung disebalik Parti PAs yang kononnya memperjuangkan Islam.Puak-puak radikal ini membuat hubungan dengan British dan cuba mengagalkan tuntutan kemerdekaan oleh penduduk yang diketuai oleh Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj.Puak PAs telah menjalankan pelbagai propaganda memburukan Tengku (Perikatan) bahawa orang-orang UMNO kafir kerana bergabung dengan bukan Islam.Mereka menghasut penduduk dengan pelbagai propaganda dengan harapan mereka menolak Tengku dari menuntut kemerdekaan dari British.
Semasa gerakan menuntut kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu,Tengku yang ditugaskan ke London kekurangan Dana dan pemergian kesana terpaksa ditunda.Setelah diadakan perbincangan satu jawatankuasa dibentuk untuk meminta derma dari penduduk agar dapat menambah dana bagi tujuan Tengku ke London.Kesempatan ini digunakan oleh pemimpin2 PAS untuk menghalang dengan menghasut penduduk agar membenci Tengku.Propaganda mengatakan orang2 UMNO kafir kerana bergabung dengan bukan Islam dilancarkan bagi menghalang pemergian Tengku.Di sebabkan semangat yang tinggi untuk mendapatkan kemerdekaan Tengku dengan bantuan penduduk-penduduk berjaya mengutip dana untuk meneruskan hasrat Tengku ke London dan seterusnya menuntut kemerdekaan.
Apabila Tengku berjaya dalam tuntutannya maka Tanah Melayu dapat dimerdekakan pada tanggal 31hb Ogos 1957 tepat pukul 12 malam.Selepas merdeka satu pilihanraya bagi menentukan siapa yang sepatutnya memerintah telah diadakan pada tahun 1959.Parti mana yang menang maka parti itulah yang berhak menerajui negara.Pada pilihanraya 1959 ini Perikatan telah mendapat majoriti sementara PAS hanya dapat menguasai Kelantan setelah penduduknya termakan hasutan pemimpin2 PAs yang mengunakan pendekatan bahawa orang-orang UMNO kafir.UMNO hanya menang 2 kursi di Kelantan tetapi mendapat majoriti daripada penduduk Tanah Melayu.Maka sekali lagi PAs terpukul dengan kekalahan tersebut dan diikuti oleh kekalahan demi kekalah dalam PRU seterusnya mendendami UMNO sehingga kesaat ini.Untuk menebus kekalahan demi kekalahan dan demi kuasa maka PAs kini rela bergabung dengan musuh tradisinya DAP untuk menghancurkan Kerajaan Barisan Nasional.Mereka PAs sanggup menjilat kembali segala ludahnya terhadap orang-orang UMNO demi mendapatkan kuasa dan mengadai apa yang kononnya diperjuangkan..
Kini penolakan PAS terhadap apa yang dperjuangan selama ini dibuktikan dalam pemilihan parti baru-baru ini.Mereka PAS demi mengikut telunjuk DAP sanggup mengugurkan negara Islam dan hudud dan kini memperjuangkan kononnya negara berkebajikan.Pengikut-pengikut setia PAS juga sanggup berpaling tadah menjatuhkan golongan ulama' mereka semuanya ini dilakukan agar mereka dapat mengimbangi DAP / mendapat muka dihadapan DAP.Tujuan utama adalah kuasa.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment