Saturday, July 23, 2011

Khidmat Pemutihan Bagi Pendatang Asing (PATI)





Khidmat Pemutihan Bagi Pendatang Asing

Assalamualaikum.

Seperti Yang Telah Diwar-Warkan Oleh Berita Rasmi, Kerajaan Sedang Menjalankan Proses Pemutihan Bagi Pendatang Asing Di Negara Ini. Berikut Adalah Maklumat Ringkas:

Syarikat Rasmi Oleh KDN : Quantillion Clean And Care Sdn Bhd
Proses Bermula : 1hb Ogos 2011 hingga 10hb Nov 2011
Harga Kosong ada Majikan : RM300.00





Proses 6P (Pendaftaran, Pemutihan, Pengampunan, Pemantauan, Penguatkuasaan (Bagi Yg Tidak Berdaftar, Pengusiran)

Untuk Info Lanjut Boleh Hubungi +6012-2277266 Atau Email Saya armandpju@gmail.com . Sesiapa Berminat Utk Menjadi Wakil Rasmi Saya Juga Terbuka. Minta Sampaikan Pada Syarikat2 Dan Orang Ramai Yg Mempunyai Perkerja Asing Yang 'Kosong'Yang Wajib Kita Daftarkan.

Terima kasih.

Arman Azha Hj Abu Hanifah
Quantillion Clean And Care Sdn Bhd


PETIKAN ARTIKEL DI DALAM BERITA HARIAN

PATI Daftar Pemutihan Tidak Dihukum
Oleh Azrina Ahzan

2011/06/24

PUTRAJAYA: Pendatang asing tanpa izin (PATI) dan majikan mereka yang mendaftar sepanjang tempoh dua minggu program pengampunan dan pemutihan mulai 11 Julai ini, tidak akan dikenakan tindakan undang-undang.

Ini kerana program pengampunan dan pemutihan kali ini berbeza berbanding lima program sama sebelum ini berikutan dilaksanakan dengan kerjasama agensi kerajaan, swasta, majikan dan kedutaan asing, selain membabitkan pendaftaran biometrik.
Justeru, semua majikan dan PATI diminta tampil mendaftar di semua pejabat Jabatan Imigresen di seluruh negara atau syarikat yang dilantik sepanjang tempoh dua minggu itu.



Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, berkata selain tidak dikenakan sebarang hukuman, pendaftaran PATI adalah percuma, sejajar hasrat kerajaan untuk mengumpul data lengkap jumlah PATI di negara ini.

“PATI dan majikan yang mendaftar perlu menyerahkan segala data maklumat peribadi bagi dipertimbangkan untuk proses pemutihan pekerja. Oleh itu, mereka diminta merebut peluang itu kerana program ini adalah landasan terakhir untuk mendaftar PATI secara sah, sebelum operasi penguatkuasaan bersepadu dilaksanakan secara besar-besaran,” katanya semalam.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kabinet Pekerja dan Pendatang Tanpa Izin, mengumumkan bahawa mulai 11 Julai ini, kerajaan akan melaksanakan program pengampunan dan pemutihan PATI bagi memperkemaskan rekod, sekali gus mengurangkan kumpulan itu di negara ini.



Program 6P iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran itu akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga akhir tahun ini.
Mengulas lanjut, Mahmood berkata, program 6P juga bertujuan menangani masalah kekurangan tenaga kerja dalam sektor tertentu dengan menukar status tidak sah PATI untuk diagih dan ditempatkan bekerja dengan senarai majikan yang berdaftar.

“Program ini diharap mampu mengurangkan jumlah PATI, sekali gus mengekang jenayah yang membabitkan mereka,” katanya.

-----------------------------------------------------------------------------

Program Pemutihan PATI Kami Syarikat Pengurus Sah.

Salam ...

Majikan yang ingin daftarkan pekerja asing...boleh berhubung terus dengan kami..


Program 6P adalah singkatan bagi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin. Ia adalah satu pakej program yang menggabungkan beberapa syor yang dikemukakan oleh Makmal Pengurusan Warga Asing (MPWA) sebagai pendekatan terkini oleh Kerajaan untuk memantapkan pengurusan warga asing di Malaysia.

** APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN 6P?
Angka enam (6) pada nama Program 6P itu membawa maksud kepada enam peringkat pelaksanaan yang akan digerakkan sepanjang tempoh program ini, bermula dengan PENDAFTARAN, PEMUTIHAN, PENGAMPUNAN, PEMANTAUAN, PENGUATKUASAAN dan PENGUSIRAN.

** BAGAIMANA DENGAN TEMPOH BAGI LIMA PERINGKAT “P” YANG LAIN?

Sebaik selesai peringkat PENDAFTARAN, program ini akan masuk ke peringkat kedua iaitu PEMUTIHAN dan PENGAMPUNAN yang mengambil tempoh tiga (3) bulan, sebelum disusuli PEMANTAUAN (seminggu); dan seterusnya PENGUATKUASAAN serta PENGUSIRAN yang akan digerakkan menerusi operasi secara berterusan.

**SIAPAKAH YANG PERLU MENDAFTAR BAGI PROGRAM 6P INI?

Berikut adalah empat kategori warga asing yang perlu mendaftar/didaftarkan:
i. Semua warga asing yang telah masuk ke Malaysia tanpa izin dan kini tinggal serta bekerja di Negara ini secara tidak sah;
ii. Semua warga asing yang masih tinggal di Malaysia selepas pas atau permit kerjanya tamat tempoh atau dibatalkan;
iii. Semua warga asing yang telah menyalahgunakan permit masuk, pas atau dokumen perjalanan yang dipinda atau dipalsukan;
iv. Semua warga asing yang melanggar syarat pas atau permit seperti yang ditetapkan undang-undang Malaysia.

** ADAKAH TANGGUNGAN PATI JUGA PERLU DIDAFTARKAN?

Jika tanggungan PATI bertaraf bukan warganegara, maka mereka juga perlu didaftarkan. Bagaimanapun, untuk proses selanjutnya, mereka perlu pulang dahulu ke negara asal bersama ibu atau ayah masing-masing sebelum masuk semula ke negara ini menggunakan Pas Lawatan Sosial untuk tujuan melawat bagi tempoh dibenarkan.

** BAGAIMANA PULA DENGAN PELARIAN YANG MEMEGANG KAD UNHCR? ADAKAH MEREKA INI JUGA PERLU MENDAFTAR?

Ya. Mereka juga tertakluk kepada keperluan untuk mendaftar di bawah program 6P.

** BAGAIMANA PULA DENGAN PEKERJA ASING YANG MEMPUNYAI DOKUMEN ATAU PERMIT KERJA SAH TETAPI TEMPOH KEBENARANNYA HANYA BERBAKI SATU TAHUN TERAKHIR. ADAKAH MEREKA JUGA PERLU MENDAFTAR?

Tidak perlu. Pendaftaran untuk program ini hanya dihadkan kepada pekerja / pendatang asing tanpa izin sahaja.

untuk maklumat boleh hubungi +60122277266 ARMAN AZHA HJ ABU HANIFAH

No comments: