Wednesday, September 28, 2011
Apa Benar DS Najib Gadai 30% Hak Bumi?
Apa Benar Najib Gadai 30% Hak Bumi?
Filed Under ( berita pisau, melayu rasis ) by pisau on 29.9.11
Apabila membaca kenyataan Ds Najib mengenai Ekuiti 30% bumiputra,ternyata ia di spin amat baik sekali oleh pakatan. Kenapa pisau katakan ia amat baik. Ini kerana mereka menggunakan istilah DEB 30% dihapuskan oleh Najib.Hinggakan ada pro BN sendiri terkeliru dan terikut rentak pakatan.
Apa yang sebenarnya berlaku?Ini semua rentetan daripada satu soalan yang diajukan kepada Ds Najib di Forum Megatrends Khazanah 2011 di Kuala Lumpur yang dilaporkan oleh Malaysiakini .
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata terdapat keperluan untuk menghindari sistem kuota kepada bumiputera dalam membina kapasiti mereka kerana pendekan itu tidak mencapai tujuan ia diperkenalkan.
Sebaliknya, Najib berkata, kuota ekuiti 30 peratus itu hanya menghalang usahawan bumiputera daripada mempertingkatkan kemampuan mereka.
"Kami mahu menghindari kuota tetapi kami akan menyokong supaya mereka (usahawan bumiputera) terus berkembang.
"Sekiranya kamu memberi mereka kuota, mereka akan
bersenang-lenang dan akhirnya tidak memperolehi kepakaran untuk mengurus perniagaan mereka," katanya.
Menjawab soalan daripada hadirin semasa sesi soal-jawab Forum Megatrends Khazanah 2011 di Kuala Lumpur, Najib berkata penetapan kuota "tidak membawa apa-apa makna".
"Kamu perlu meninggalkan kuota. Tetapi kamu mesti menyokong mereka (Bumiputera) dalam cara yang akan membolehkan mereka berkembang dari usahawan kecil dan sederhana untuk menjadi lebih besar dan menjadi jaguh serantau.
"(Usahawan bumiputera) akan menjual saham-saham mereka apabila harga tinggi dan hanya akan tinggal peratusan kecil daripada jumlah yang diperuntukkan untuk bumiputera (dalam pegangan mereka)," katanya
Malangnya ,kalangan yang pro BN turut sama melatah dengan pelbagai hujah tanpa meneliti semula apa yang diperkatakan oleh Ds Najib.
Untuk mengetahui apa sebenarnya disebalik penghapusan ekuiti kuota 30% bumiputra anda wajib baca artikel kebodohan 50 billion orang melayu yang di dakyahkan oleh Guan Eng:klik sini malah turut disokong oleh blog Ringgit Insider artikel klik ini
Perlu diperjelaskan disini, isu ekuiti bumiputra berkait dengan pegangan saham,ini bukanlah isu menghapuskan kepentingan dan hak bumiputra 30% yang ada didalam sektor awam atau didalam sektor lain,Isu ini berkaitan reform didalam dasar pemilikan ekuiti bumiputra di bursa saham yang semua orang tahu terbukti gagal.
Ia berkenaan meritokrasi didalam bumiputra itu sendiri.Adalah tidak mengejutkan isu ini tidak mendapat respon daripada NGO seperti Perkasa dan pemimpin Umno sendiri kerana mereka faham mengenai reform yang dilakukan oleh Ds Najib.
Masihkah anda ingat mengenai ucapan Ds Najib di Konvesyen Memperkasa Model Baru Ekonomi ,Satu Jihad Ekonomi Bumiputera, di UiTM, Shah Alam bulan baru baru ini?
Anda wajib tonton video ucapan Ds Najib di sini untuk mengetahui apa sebenarnya penghapusan kuota 30% ekuiti bumiputra kepada meritokrasi bumiputra.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hentam masyarakat bukan Melayu dan Melayu Liberal yang mahu kuota bumiputera dihapuskan dan meritokrasi diamalkan sepenuhnya, sebagai golongan yang tidak mengenang jasa terhadap kerajaan yang ditunjang oleh orang Melayu.
Ada orang Bukan Melayu kata kita tidak perlu kuota, dan mahu laksana meritokrasi. Ada juga di kalangan mereka yang dipanggil Melayu Liberal. Memang mereka kaya kerana kerja kuat. Tetapi ia kerana negara kita aman dan mereka dari dulu diberi peluang.
Mereka kaya kerana negara kita stabil dan ditadbir dengan baik. Siapa yang bagi mereka lesen gula, beras, bank, dan macam-macam?. Sebab itulah mereka kaya. Mereka juga kaya kerana kepimpinan UMNO-Melayu yang adil, katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika melancarkan Konvesyen Memperkasa Model Baru Ekonomi Satu Jihad Ekonomi Bumiputera, di UITM, Shah Alam, Jumaat.
Najib berkata kekayaan negara harus diagihkan secara adil dan saksama, menepati prinsip sosial serta mencerminkan kedudukan bangsa Melayu dan Bumiputera yang menjadi majoriti dalam engara ini.
Mereka tidak kenang jasa orang Melayu dan lupa bahawa, hakikatnya orang Melayu masih ada lagi yang berada dalam keadaan terpinggir. Sebahagian besar daripada kita masih duduk di pinggir bandar dan luar bandar serta memerlukan bantuan, katanya.
Najib berkata sistem yang hanya berdasarkan 100 peratus meritokrasi hanya akan melahirkan negara tidak bermutu. Katanya, memberi fokus keseluruhan sistem dari sudut meritokrasi semata-mata adalah tidak adil kepada individu yang tinggal di kawasan luar bandar kerana mereka tidak boleh bersaing secara seimbang dengan golongan yang tinggal di kawasan bandar.
Sehubungan itu, Najib berkata kerajaan akan terus mengadunkan meritokrasi dan keadilan sosial untuk memastikan rakyat pelbagai kaum tidak ketinggalan daripada menikmati kemajuan negara.
"Kita mesti adunkan meritokrasi dan keadilan sosial. Kita tidak boleh hanya mengamalkan meritokrasi sahaja. Kita tidak boleh tutup peluang anak-anak Bukan Bumiputera, tetapi pada masa sama anak-anak Melayu yang ketinggalan tidak boleh dipinggirkan.
"Sekarang mereka tidak kenang jasa orang Melayu dan lupa bahawa hakikat Melayu masih banyak ketinggalan terutama di pinggir bandar dan luar bandar," katanya.
Najib berkata, konsep meritokrasi akan diamalkan untuk membantu usahawan Bumiputera. Sehubungan itu katanya, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sedang dalam proses menyenaraikan 1,100 syarikat Bumiputera untuk disenaraikan di bursa saham.
Kita akan bantu syarikat-syarikat ini untuk menjadi lebih besar hingga ke peringkat antarabangsa. Kalau perolehannya mencapai RM100 ribu pada tahun ini, dalam tempoh tiga hingga empatt tahun kita akan bantu supaya dia akan meningkat kepada RM1 juta atau RM10 juta. Kita sedang kumpulkan data dan insyalah dalam tempoh dua atau tiga bulan lagi kita akan umumkan senarainya.
Program ini adalah satu pendekatan baru yang berdasarkan prinsip meritokrasi di kalangan syarikat Bumiputera. Tak ada lagi soal kroni, atau siapa kita tahu, tapi orang yang benar-benar boleh berjaya, orang itulah yang mesti kita akan bantu, katanya. 19/8/11.AGENDA DAILY
Ramai yang salah faham mengenai meritokrasi bumiputra,meritokrasi ini bukan untuk bersaing dengan kaum lain,sebaliknya ia adalah meritokrasi dikalangan bumiputra sendiri ia seperti mengenal pasti terlebih dahulu usahawan yang benar benar berkebolehan .
Usahawan yang layak dan mempunyai kebolehan akan dibantu melalui EKUINAS(Ekuiti Nasional) dan TERAJU,Ds Najib melakukan reform mengubah pegangan bumiputra yang tiada daya tahan kepada bumiputra yang mempunyai ketahanan (sustainbility).
Setelah melalui proses ini,barulah pegangan ekuiti bumiputra tidak menyusut seperti mana yang berlaku sebelum ini sebaliknya pegangan bumi akan meningkat.Ds Najib mahukan bumiputra yang berdaya saing bukan hanya mendapat kuota melalui IPO kemudian menjual pegangan sebaik saja harga melambung tinggi.Ds Najib mahukan bumiputra mampu beraksi walaupun di "padang yang tidak rata"
Dalam pada itu bumiputra yang berjaya melalui sistem meritokrasi ini akan bersaing dengan bukan bumi di pasaran saham.Ini salah satu hasil inovatif dalam masa membantu bumiputra tetapi tidak membelakangkan kaum lain.
Ds Najib bersama TERAJU & EKUINAS menyokong bumiputra yang rajin dan berdaya saing,bukan menyuap bumiputra yang pemalas dan kroni. Adakah pendekatan ini salah? Adakah ini yang dikatakan menghapus hak bumiputra ? Adakah ini kononnya menguris hati dan perasaan orang melayu? Melayu mana yang anda maksudkan? Melayu kroni atau melayu pemalas?
Azmin dan Anwar lebih baik anda diam daripada bercakap soal hak ekuiti bumiputra,merekalah penyangak yang menjarah ekuiti bumi didalam bursa saham. ABRAR Group yang kumpul berbillion ringgit yang dijaga oleh Rahim Ghaouse siapa punya.?
Read more: http://www.pisau.net/2011/09/apa-benar-najib-gadai-30-hak-bumi.html#ixzz1ZMN2S1tJ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
semakin ketinggalan melayu di bumi sendiri
Post a Comment