Monday, October 10, 2011
INTEGRASI NASIONAL & PERPADUAN NEGARA
Malaysia didiami oleh sebuah masyarakat majmuk.
J.S. Furnival mentafsirkan masyarakat majmuk ialah masyarakat yang mempunyai pelbagai etnik (kaum) dan hidup dalam sebuah negara, tetapi dipisahkan oleh ciri-ciri ekonomi, tempat tinggal, sosial dan budaya.
Etnik dan bahasa yang berbagai - Malaysia memerlukan kekuatan perpaduan dan integrasi yang tinggi bagi menjadikannya aman dan harmoni.
Perpaduan negara ialah penyatuan secara fizikal antara negeri-negeri dan anggota masyarakat seluruh Malaysia.
Integrasi Nasional adalah satu konsep yg lebih luas iaitu proses penyatuan antara kelompok-kelompok yg berbeza latar belakang, menjadi satu entiti yg terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama. Ia adalah hasil ikatan batin dan akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati antara etnik/kaum.
Teori Hubungan Kaum
Segregasi - merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik di dalam sesebuah negara.Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan; tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Wujud samada didasari undang-undang (de jure), atau tidak (de facto). Contoh segregasi de jure ialah dasar apartheid yang pernah di amalkan di Afrika Selatan.
Akomodasi - Ia merupakan proses mempertahankan nilai dan norma-norma etnik masing-masing. Walaubagaimanapun mereka hidup harmoni dan menghormati antara satu sama lain. Diperingkat pemerintahan pusat setiap etnik hantar wakil. Namun dalam institusi-institusi tertentu mereka saling saling bergantungan antara satu dgn yg lain.Contoh negara - Switzerland.
Akulturasi - juga dikenali sebagai asimilasi budaya. Terjadi apabila manusia dalam kumpulan minoriti menerima norma, nilai dan pola-pola tingkahlaku (budaya) golongan mejoriti. Proses meminjam atau menerima budaya golongan mejoriti, tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.
Asimilasi - juga dikenali sebagai asimilasi struktur. Proses kemasukan kedalam masyarakat dominan melalui persahabatan dan perkaintan rapat. Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza, iaitu berdasarkan kepada perbezaan fizikal ( seperti warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan.
Amalgamasi - proses percampuran ras atau budaya bagi memebtuk budaya atau ras yg baru.Cara utama ialah melalui perkahwinan antara etnik atau ras.
PERISTIWA 13 MEI 1969
Merupakan titik hitam dalam sejarah integrasi di negara kita. Ia adalah rusuhan kaum yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah negara Malaysia.
ASAS PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA
1. Perkongsian Kuasa Politik
Pemimpin 3 kaum utama (Melayu, Cina dan India) telah menyedari bahawa tolak ansur politik dan perkongsian kuasa amat perlu di jaga dan dilaksanakan dengan adil bagi mengelakkan berlakunya perebutan kuasa dan perpecahan. Jawatan penting dalam kerajaan, kerusi dalam pilihraya dan calon-calon yang bertanding tidak boleh hanya dikuasai oleh satu kaum sahaja.
2. Kerajaan Demokrasi
Semua warga negara yang memenuhi syarat dan tidak melanggar undang-undang negara, boleh menyurakan pendapat, kritikan dan memilih calon dalam pilihanraya dengan bebas dan adil.Siapa yang menang dengan dalam pilihanraya dengan suara mejoriti berhak menjadi wakil rakyat dan boleh menyuarakan aspirasi rakyat melalui saluran yang ditetapkan seperti di Dewan Undangan Negeri atau Dewan Rakyat.
3. Menghilangkan Jurang Ekonomi Antara Kaum
Kadar kemiskinan yg tertinggi masih dipegang oleh kaum pribumi. Jika ianya dibiarkan akan timbul masalah lain ataranya kecemburuan sosial antara pribumi dengan kaum-kaum lain, merasa diri tertindas, gejala sosial, peningkatan kadar jenayah dan sebagainya. Bagi mengatasi keadaan ini, pembahagian "kek ekonomi" mestilah dibuat dengan cara yang adil dan sesuai dengan keperluan kaum yg ada di Malaysia. Kaum yang lemah dan miskin perlu dibantu dengan pelbagai cara untuk meningkatkan taraf ekonomi mereka.
4. Meningkatkan Taraf Pendidikan Pribumi
Jurang Pendidikan dan Jurang ekonomi saling berkait antara satu dgn lain. Jika pendidikan mereka lebih baik maka peluang untuk menambah pendapatan/meningkatkan ekonomi keluarga adalah lebih besar. Tahap pemikirannya juga akan berubah menjadi lebih baik.
5. Toleransi Budaya & Agama
Memupuk rasa hormat dan menerima budaya & agama kaum lain. Memberi ruang kepada kaum lain mengamalkan budaya dan agama masing2 tanpa cuba mempengaruhi/mengganggu antara satu sama lain.
ARMAN AZHA HJ ABU HANIFAH
PRESIDEN
SUARA ANAK MUDA 1MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment