Monday, October 17, 2011

SEKOLAH 1ALIRAN MASA HADAPAN MSIA



Salam semua,

Tertarik hati saya bila terbaca artikel sahabat saya sdr Pisau tentang isu sekolah vernakular. Ramai ahli2 politik diluar sana baik drpd BN dan PR bila timbul isu 1Malaysia desakan terhadap kesamarataan dan sebagainya di perbicarakan tanpa memahami apa itu Gagasan 1Malaysia Yang Berpandukan Pada Perlembagaan Negara.



Bagi saya , saya setuju jika sekolah dinegara ini disatukan bawah satu sekolah wawasan dimana semua kaum dan agama boleh duduk sekali dalam mencari ilmu dan pendidikan. Sekolah Satu aliran atau sekolah WAWASAN ada salah satu mekanisme utk semua rakyat Malaysia bersatu. Kita harus pandang kehadapan dalam mencipta bangsa Malaysia. Jadi perjuangan utk perlaksanaan sekolah 1Aliran atau sekolah WAWASAN amat perlu diperjuangkan demi masa depan negara.



Petikan Drpd Blog Pisau :

Pisau amat bersetuju dengan kenyataan Ds Zahrain,sebenarnya apa yang mahu dituntut oleh haprak pakatan terutamanya DAP sebuah bangsa Malaysia,mereka sendiri harus menerima sistem 1 sekolah tanpa perlu adanya sekolah vernakular.

Sekolah vernakular menjadi pusat mengasuh dan menternak generasi rasis,chauvanis dan ultra kiasu,produk produk ini yang didoktrin dengan fahaman DAP sudah menjadi barah kepada perpaduan kaum dinegara ini.

Berapa ramai yang bersekolah disana benar benar menguasai bahasa melayu dengan baik?Berapa ramai yang benar benar bergaul bersama kaum lain sejak dari kecil?

Mendesak dan mahu mengekalkan sekolah vernakular melambangkan sikap hipokrit DAP.Selagi mereka mahukan sekolah vernakular .



Polarisasi kaum: Kerajaan disaran hapus sekolah vernakular

KUALA LUMPUR 12 Okt – Ahli Parlimen Bebas bagi Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim hari ini menyarankan supaya sistem pendidikan negara diolah semula dengan menghapuskan sistem sekolah pelbagai aliran atau vernakular yang didakwanya menyebabkan polarisasi kaum di negara ini.

Justeru, beliau meminta kerajaan mewujudkan semula sekolah wawasan bagi memastikan murid-murid dididik dalam persekitaran majmuk dan seterusnya melahirkan generasi akan datang yang lebih bersatu padu dan tidak hanya memikirkan kepentingan kaum masing-masing.

"Malaysia bukan negara Cina, Malaysia bukan negara India dan Malaysia juga bukan negara Arab. Malaysia kita adalah satu negara majmuk dan seharusnya sistem pendidikan kita diolah kembali,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 di Dewan Rakyat di sini.

Zahrain berkata, transformasi sistem persekolahan atau pendidikan peringkat sekolah rendah dan menengah kini pincang kerana sistem peninggalan penjajah menyebabkan kemunculan generasi yang rasis dan hanya memikirkan kepentingan kaum masing-masing.
Beliau juga merujuk kepada perbuatan pelakon dan penyanyi rap Wee Meng Chee atau Namewee yang didakwanya kurang ajar hingga mudah memaki hamun seorang wanita dalam klip video terbarunya.

"Saya pasti Namewee tidak akan bertindak sebegitu liar dan memaki hamun seorang wanita dalam klip video terbaru-nya jika beliau diasuh secara betul dalam persekitaran yang majmuk,” katanya. – Bernama


Read more: http://www.pisau.net/2011/10/hapuskan-sekolah-vernakular.html#ixzz1b5r2VGJn

No comments: