Sunday, November 13, 2011
TAHNIAH 5 PEMENANG ZON TENGAH PERTANDINGAN PIDATO POLITIK PIALA PERDANA MENTERI
Salam 1Malaysia Warga Malaysia.
Alhamdulilah Dan Tahniah Pada 5 Pemenang Pertandingan Pidato Politik Piala Perdana Menteri "Zon Tengah" Yang Berlangsung diDewan Seminar HEA, Menara UITM (Sebelah Dewan Sri Budiman) Shah Alam yang Dirasmikan Oleh YB Khairy Jamaluddin.
Seramai 32 Peserta Daripada 47 Peserta Yang Berdaftar lepas Daripada Ujian Pertama Awal Pagi Semalam. Majoriti Peserta Terdiri Daripada Mahasiswa, Profesional Muda, NGO2 Dan Juga Ahli BN. Pertandingan Ni Berjaya Menarik Minat Golongan Muda Kerana Ianya Merupakan Satu Platform Utk Menyuarakan Idealisme, Perasaaan, Dasar2 Dan Pandangan Anak2 Muda Dalam Isu2 Semasa di Dalam Negara.
Pemuda BN Mengambil Satu langkah Yang Baru dan Segar Dalam Transformasi Untuk Mendekati Anak2 Muda Dengan Pelbagai Program Yang Baru. Salah Satu Nya Adalah Pertandingan Ini. Semua Peserta Memberikan Respon Yang Baik Sepanjang Pertandingan Itu.
Mahasiswa yang diberi kebebasan untuk menceburi bidang politik diyakini tidak akan mengabaikan pengajian mereka, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata, ini kerana mahasiswa yang berpolitik mempunyai pandangan yang luas dan terbuka serta mempunyai sikap yang sihat.
"Saya aktif dalam bidang di luar akademik ketika di universiti tetapi saya juga beri tumpuan pada akademik malah ia bantu saya untuk berfikiran lebih kreatif dan kritis.
"Kalau beri kebebasan pun majoriti pelajar universiti tidak minat politik, ia sebahagian kecil sahaja. Kita boleh beri nasihat supaya kalau mereka nak terlibat dalam politik keutamaan adalah pengajian mereka,” katanya selepas merasmikan saringan zon tengah pertandingan pidato politik Piala Perdana Menteri di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Ahad.
Khairy berkata, ramai mahasiswa yang ingin menyertai perjuangan UMNO tetapi disebabkan kekangan undang-undang di negara ini mereka tidak dapat merealisasikan hasrat itu.
"Kita jangan fikir bila beri mereka peluang untuk berpolitik mereka akan terus anti-kerajaan atau menentang kerajaan. Mereka ada sikap sihat untuk soal dasar kerajaan tetapi ini tidak bermakna mereka menentang kerajaan, ramai yang punyai fikiran kritis tetapi sokong kerajaan,” katanya. — Bernama
Kepercayaan patut diberi kepada pelajar universiti untuk mencari keseimbangan antara masa berpolitik dan masa belajar.
Isu politik tidak semata-mata merangkumi politik parti sahaja, terdapat pelbagai isu-isu politik yang boleh disuarakan dan dibicarakan oleh pelajar sebagai golongan intelektual yang mampu menjadi pemangkin kemajuan kepada negara....
Majoriti pelajar universiti kini golongan muda yang layak mengundi dan perlu diberi peluang untuk bersuara dalam pentas politik.
Sudah tiba masanya kita ubah... tinggalkan cara politik old skool.
PEMUDA BN NADI DAN SUARA HATI ANAK MUDA, 1MISI, 1HARAPAN DAN 1MALAYSIA.
JUMPA PADA SARINGAN DI MINGGU HADAPAN.
ZON PANTAI TIMUR
19 Nov 9.00am - Dewan Kediaman Rasmi YAB Menteri Besar Pahang, Jalan Telok Sisek, 25000 Kuantan, Pahang
ZON BORNEO
20 Nov, 9.00am - Tkt 2, Agatis Room, Sabah Oriental Hotel, Lorong Kemajuan, Kota Kinabalu, Sabah
JUMPA DISANA RAKAN2 DAN PARA PESERTA PERTANDINGAN PIDATO POLITIK PIALA PERDANA MENTERI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Tahniah kepada peserta yang berjaya..:)
Semoga UMNO akan terus maju dan bertambah maju dengan adanya pemidato2 hebat ini..
Ada video tak ?
Nak tengok :)
Post a Comment