Monday, March 12, 2012
GAPS BASUH PAKATAN SELANGOR SAMPAI KERING
Kenyataan Media GAPS
Apalah sebenarnya matlamat pentadbiran kerajaan Dap, Pkr, Pas Selangor ? Menjalankan tugas dengan tanggungjawab atau menjalankan tugas dengan penyelewengan.Dari hari pertama Khalid Ibrahim menjadi Menteri Besar hingga ke hari ini, Selangor tidak pernah kering dari dilanda pelbagai isu dan skandal.
Rakyat masih ingat bagaimana isu pembinaan ladang babi moden yang dicadangkan dilaksanakan di Sepang dengan menjadikan matlamat Selangor sebagai pengeluar babi yang utama di rantau ini.
Yang terbaru adalah berita benar Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor yang akan berhadapan dengan tuduhan berkhalwat di Mahkamah Syariah Pahang apabila ditemui berada disebuah bilik hotel bersama dengan bini orang pada pukul 230 pagi. Skandal Pasir, skandal Yayasan Selangor, skandal PKNS, skandal PKPS adalah antara barisan isu yang masih menjadi tandatanya rakyat.
Yb Seri Muda yang digelar pengundinya sebagai RAJA PASIR dalam kenyataan nya mendesak agar Noh Omar Timbalan Pengerusi BN Selangor berdebat dengan beliau berkenaan isu pasir. Untuk apa debat ini?
Untuk selesaikan isu pasir dan penyelewengan lain atau untuk terus berpolemik dalam kerangka politiking yang tiada batas yang semakin jelek dilihat rakyat. GAPS yang pernah dicela oleh Suhaimi dalam sidang-sidang Dun yang lalu ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas kedangkalan ahli Yang Berhormat ini.
Cadangan GAPS adalah Khalid Ibrahim wajar menubuhkan sebuah Suruhanjaya diRaja bagi menyiasat skandal-skandal Pasir, PKNS, Yayasan Selangor, PKPS, kontrak sampah, skandal Anti Perlantikan SUK Selangor dan skandal seks yang melibatkan Exconya, Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri dan Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor.
Setidak-tidaknya Khalid Ibrahim wajar punyai inisiatif untuk membentangkan Kertas Putih Skandal Penyelewengan Kerajaan Negeri Selangor dalam sidang Dun yang akan datang, bagi membersihkan kerajaan pimpinannya dari cemuhan rakyat selepas dia bergelar Bekas Menteri Besar Selangor selepas PRU 13 ini.
Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment