Monday, March 5, 2012

NAJIB VS ANWAR



Daripada 1022 orang yang menjawab kaji selidik yang dibuat oleh Merdeka Centre hanya 54 % daripada responden atau 552 orang yang mahukan debat ini diteruskan..Adakah angka ini sudah cukup untuk Merdeka Centre menggunakan perkataan RAKYAT mahukan debat antara Najib dan Anwar diteruskan jika dibandingkan 13 juta pengundi berdaftar di Malaysia.

Nilai itu terlalu sedikit untuk mewakili kehendak rakyat..Bagaimana Anwar yang mewakili pakatan haram nak berdebat mengenai dasar dan polisi negara jika dasar dan polisi parti dalam pakatan haram pun sehingga kini masih belum boleh diselesaikan..PAS dengan dasarnya TAK BERAPA ISLAMnya..DAP dengan dasar sama ratanya dan anti Islam dan PKR puka dengan dasar Israelnya...

Mudah bagi Anwar untuk bedebat kerana dasar dan polisinya yang ditawarkan dalam buku jin-gay umpama buka cerita kanak-kanak..semua isi kandungannya baik-baik belaka dan menguntungkan rakyat tanpa perlu memikirkan bagaimana dan cara untuk melaksanakan..tulis tawar dulu..jadi atau tidak belakang kira..berbeza dengan kerajaan yang perlu memikirkan bagaimana perlaksanaan sesuatu dasar itu dan melaksanakannya supaya dasar dan polisi tersebut menguntungkan negara dan rakyat..



Bagi EP..buang masa saja sekiranya Najib berdebat dengan Anwar...kerana debat ini bukannya dapat menyelesaikan masalah dan menguntungkan rakyat...ianya hanya untuk kepentingan politik semata-mata...

Contohnya..Anwar boleh mempertikaikan Dasar dan Polisi Kerajaan kerana dasar dan polisi tersebut telah dilaksanakan..pastinya sesuatu Dasar dan polisi itu tidak sempurna..tetapi bagi Najib pula nak pertikaikan apa??pertikaikan sebuah buku kecil yang cukup untuk memuatkan semua dasar dan polisi negara..tak kelakar namanya..Kalau nak sentuh kerajaan negeri yang ditadbir oleh pakatan haram pun tak boleh...sebabnya setiap parti mempunyai dasar dan polisi masing-masing..Kedah lain, Pulau Pinang lain dan Kelantan lain...

Majoriti pengundi di Semenanjung Malaysia mahu melihat debat antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sepertimana yang dibuktikan melalui sebuah kaji selidik baru-baru ini.

Kaji selidik yang dijalankan oleh Merdeka Centre menunjukkan 54 peratus pengundi mahukan kedua-dua pemimpin berkenaan bertemu, dengan lebih separuh daripada generasi muda menyokong debat antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) itu.

Sementara itu, hanya 39 peratus masyarakat Melayu - yang merupakan kumpulan majoriti pengundi - berusia 60 tahun ke atas mahukan Najib menewaskan Anwar.

"Terdapat juga pihak yang mempertikaikan tindakan debat itu bukan 'satu keperluan' dan bukan 'sebahagian daripada budaya kita', hasil kaji selidik berkenaan menyatakan debat itu akan menyaksikan 62 peratus pengundi akan mengubah fikiran bagi mereka yang belum membuat keputusan parti mana yang harus dipilih, menyokong debat berkenaan," kata kenyataan yang dikeluarkan Merdeka Centre hari ini.

Daripada 1.022 pengundi berdaftar bagi kaji selidik nerkenaan yang dibuat antara 10 dan 23 Febuari, 59 peratus merupakan bangsa Melayu, 32 peratus Cina, dan sembilan peratus berbangsa India. (TERIMA KASIH EMPAYAR PEMUDA)

*BAGI SAYA LEBIH BAIK TERUS BANTU RAKYAT NGAN PROGRAM2 TRANSFORMASI SEPERTI BANTUAN BR1M, KR1M , KLINIK 1 MALAYSIA ..ETC.

KERANA YANG UTAMA ADALAH KEPENTINGAN RAKYAT MALAYSIA BUKANNYA JADI HERO PENTAS DEBAT TAPI TIADA APA2 LANGSUNG YANG DIBUAT UNTUK BANTU RAKYAT, KALAU SETAKAT LAUNGAN JER TAK DER PERLAKSANAAN PUN TAK GUNA.

KITA PUNYA AKAL DAN FIKIRAN UNTUK MENILAI MANA BAIK DAN MANA TIDAK, BUAT KATA NABIL "LU PIKIR LAR SENDIRI"

No comments: