Tuesday, March 20, 2012

Nurrul Izzah Ajar Anak Muda Menipu "CICAK MATI" Salah UMNO.



PPR Kg Limau, Lembah Pantai.Di melaporkan bahawa dua orang anak muda didapati menyamar sebagai pekerja Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Setelah ditanya penduduk setempat mereka mengaku yang sebenarnya disuruh berbuat demikian oleh wakil rakyat Lembah Pantai, Nurul Izzah.



Kedua 'Petugas SPR' memakai vest hitam

Kerana penduduk setempat berasa curiga, mereka telah ditahan sebelum Polis dipanggil dan membawa mereka ke Balai Polis Pantai untuk siasatan lanjutan.

Dalam masa yang sama entah mengapa pencacau Nurul Izzah berkokok tak tentu pasal dilaman twitternya dengan menuduh macam-macam kepada UMNO walhal yang menangkap 'Petugas SPR' itu adalah pihak Polis.



Selain daripada fahmi ada juga beberapa orang-orang PKR yang 'tertipu' dengan situasi mula marah-marah di twitter.



Ini tidak lain tidak mereka hanya mahu menutup kesalahan mereka dengan menuding jari kepada UMNO. Ini modus operandi mereka untuk 'cover line' yang sentiasa diguna dalam apa jua isu.

PR ni mengajar generasi muda menipu dan merosakkan generasi anak muda sebagai pemimpin dimasa hadapan. PR ni kini mengajar POLITIK KEBENCIAN di tanam dalam minda anak2 muda dimana ianya hanya akan merosakkan generasi akan datang ni sahaja.

PR ni dah tak der modal, sampaikan CICAK MATI pun salah UMNO..Politik Tidak Matang, Jauh lar nak katakan model Politik Baru..

Generasi suara anak muda 1Malaysia wajib tolak PR kerana perosak masa hadapan anak muda.

No comments: