Sunday, March 4, 2012

PM COOL DI BN YOUTH MUSIC,SEMPOY





Petaling Jaya – BN Youth Music 2011 anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) menutup tirai dengan penuh meriah dan paling manis Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak secara santai turut meyaksikan selain menyampaikan hadiah kepada para pemenang.



Berlangsung di The Curve, para peserta telah berentap sejak semalam diperingkat separuh akhir dan hari ini mereka yang terpilih ke peringkat akhir mempersembahkan secara “live” hasil karya mereka yang dimuat naik menerusi Youtube sebelum ini.



Kategori band dimenangi oleh Skudap Skudip yang menerima hadiah wang tunai RM20,000, trofi dan sijil penghargaan manakala kategori vokal berkumpulan dimenangi Floorythm yang memenangi hadiah RM15,000, trofi dan sijil penghargaan.

Kategori solo dimenangi oleh Zarina Zahrain yang menerima RM10,000, trofi dan sijil penghargaan.



Juara keseluruhan yang menerima RM30,000, trofi dan sijil penghargaan diraih oleh Skudap Skudip.



Turut hadir Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar, Ketua Pemuda UMNO yang juga Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin, serta Timbalannya, Datuk Razali Ibrahim serta pimpinan pemuda parti komponen BN yang lain.



Najib turut menyampaikan hadiah kepada pemenang setiap kategori yang dipertandingkan iaitu band, vokal berkumpulan dan solo.



Khairy ketika ditemui pemberita berkata Perdana Menteri amat tertarik dengan pendekatan Pemuda BN untuk mendekati golongan muda melalui muzik berbanding secara tradisi sebelum ini, iaitu melalui persatuan belia.

"Selama ini, kita hanya buat job fair dan housing expo, kita perluaskan lagi engagement itu dengan satu program yang menyentuh kepada generasi muda yang suka kepada seni," katanya.

Khairy berkata beliau berpuas hati dengan sambutan yang diberikan dan bercadang untuk memperluaskan festival itu ke seluruh negara.




Sementara itu, peserta-peserta pertandingan Festival Muzik Belia Barisan Nasional (BN) 2011 gembira diberi peluang menonjolkan bakat muzik masing-masing menerusi pertandingan anjuran Pemuda Barisan Nasional (BN) itu.

Adri Iskandar Mohd Noor, 27, anggota kumpulan Skudap Skudip berkata pertandingan itu memberi peluang kepada mereka untuk mengetengahkan pelbagai aliran muzik ke peringkat lebih tinggi.

"Pertandingan ini juga boleh dijadikan sebagai platform kepada generasi muda untuk menyuarakan pandangan dan mendekati pemimpin negara," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Lebih 3,000 orang menyaksikan pertandingan julung kali itu di The Curve, Mutiara Damansara di sini, malam ini.

Acara itu turut diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meluangkan masa kira-kira sejam menyaksikan pertandingan itu.



Pada pertandingan itu, kumpulan Skudap Skudip muncul juara keseluruhan dan turut memenangi kategori band yang membawa pulang wang tunai keseluruhan berjumlah RM50,000, trofil dan sijil penghargaan.

Anggota Floorythm, yang menjuarai kategori vokal berkumpulan, Mohd Faiz Mohd Noh, 20, berkata pertandingan itu boleh dijadikan sebagai batu loncatan bagi golongan muda menerima pendedahan awal dalam industri muzik.



Pertandingan seumpama itu juga dapat mengelak golongan muda daripada terjebak dengan aktiviti kurang sihat, katanya.

Kumpulan itu memenangi hadiah RM15,000, trofil dan sijil penghargaan.



Guru sekolah menengah, Zarina Shahrin, 26, pula menggondol dua kategori iaitu kategori solo dan vokal terbaik dengan memenangi hadiah RM10,000, trofil dan sijil penghargaan.

"Usaha menganjurkan pertandingan ini amat baik dalam mendekati golongan belia," katanya.

No comments: