Saya secara peribadi hilang rasa hormat dan tidak respect pada Zamhuri ni. Dalam perjuangan yang perjalanan yang jauh, kita sepatutnya cekal dan tabah..Tiap halangan dan cabaran ada lah sebahagian resam dalam perjuangan.
Kalau dah pasang niat dan menjerit2 kutuk UMNO, lepas tu istihar nak keluar UMNO dan sokong DAP secara terbuka TANPA SEGAN SILU LAUNGKAN "HIDUP DAP".
Kini tak sampai pun 3hari dah minta maaf dan tidak mahu keluar UMNO, apa pendirian dia ni, bolekah kita sebagai ahli UMNO percaya pada beliau.
Saya secara peribadi bersyukur beliau memohon maaf pada seluruh ahli UMNO, kerana dia tahu pun UMNO lah sebenarnya pejuang bagi RAKYAT di Malaysia, tanpa kira bangsa, kaum dan agama, tapi saya tidak respect , ragu-ragu dan hilang rasa kepercayaan terhadap prinsip perjuangannya. Lembaga displin UMNO wajib amik tindakan terhadap beliau.
Saya tahu, artikel ni mungkin akan dipertikaikan oleh sesetengah pihak, tapi saya sebagai ahli UMNO yang sayangkan UMNO, saya merasakan ianya adalah suara ikhlas saya sebagai ahli UMNO.
Anak Muda Harus Berani Bersuara
Saya Bersuara Kerana Prinsip Perjuangan Saya.
Saya Rela Di Penjara Kerana Prinsip Perjuanganku
Tapi Saya Tak Rela Perjuanganku Di Penjarakan.
KITA BILA LETAK KAKI DALAM PERJUANGAN, KITA HARUS TAHU SEGALA CABARAN DAN HALANGAN YANG AKAN KITA HADAPI, ITU RESAM SEBAGAI PEJUANG.MAAF JIKA SAYA MENYINGGUNG PERASAAN SESIAPA KERANA ARTIKEL NI, TETAPI SAYA TEGUH DAN TETAP NGAN KEPUTUSAN SAYA DALAM ISU INI
2 comments:
Salam bro,saya sokong pandangan saudara akan perkara ini.Bagi saya kalau marah atau kecewa sekali pun kita tak akan buat tindakan melulu tanpa memikirkan akibatnya.Perangai keanak anakan seperti saudara zamhuri hanya menampakkkan peribadi sebenar seseorang itu.
Kalau ye pun kecewa,tertekan dan apa sahaja alasan yang lain tak perlulah menjerit "hidup DAP" atau melafazkan kata kata yang tidak mencermin kan langsung adab seorang pejuang.Jangan lah terikut2 dengan segelintir pemimpin UMNO terdahulu seperti Anwar Ibrahim,Kadir Sheikh Fazir yang apabila tidak dapat apa yang dihajati terus menikam dari belakang.Lebih baik berundur secara senyap dan terhormat daripada mengakibatkan UMNO sendiri menjadi bahan ejekan akibat tindak tanduk beberapa orang pemimpin nya yang kurang bijak.
itulah akibatnya kalau perjuangan berlandaskan material..mungkin bekas NKP Kampar ni marah sebab tak dapat apa yang dihajati, tetapi agaknya mungkin juga lupa akan kuasa Allah yang lebih mengetahui. Maka terjadilah satu peristiwa yang langsung tidak boleh dimaafkan oleh saya selaku salah seorang pendokong UMNO...inilah contoh orang yang akan menghancurkan UMNO dari dalam...Yang paling bodoh tentang NKP kampar ni bila mengisytiharkan "menjilat" DAP dan meludah UMNO hanya kerana tidak dapat apa yang dihajati untuk memenuhkan tembolok sendiri...Teman mencadangkan, biarlah kita ni dah dekat dengan PRU, bior budak ni kantoi camtu je...jangan kasi muka pada orang yang tak sedor diri macam dia ni...
Post a Comment