Wednesday, June 26, 2013

Pisang , Epal , Oren ?

Salam Aman1Msia sahabat2 semua,  tertarik hati saya nak berbicara mengenai Pisang, Epal, Oren...

Bila ditanya pada sahabat2 tentang buah apa yg disukai ramai akan kata Epal Dan Oren..Tanpa disedari sebenarnya adalah Pisang.

Mungkin mereka memilih untuk jawap Epal dan Oren kerana nampak style pada orang yang menanyakan soalan itu..Walaupun tanpa disedari dalan diri mereka rata2 sukakan Pisang..

Bagi saya , pilihan saya pisang kerana bagi saya pisang ni paling style dan boleh dikatakan semua orang dlm dunia ni suka makan pisang baik org Asia, Eropah, Amerika ...

Cuba kita tanam 3 pokok ini depan rumah.Yang mana yang anda rasa akan hidup diantara 3 pokok ini? Jawapannya sudah pasti Pokok Pisang.

Cuba kita tanam 3 pokok ni di bandar atau di kampung, mana yang anda rasa akan hidup? Jawapannya sudah pasti Pokok Pisang.

Cuba kita fikir, Petang2 orang2 korporat lepak di hotel2 mewah, pasti akan order Goreng Pisang berbanding Apple Pie atau Kek Oren..

Bukan itu sahaja , cuba kita lihat Petang2 dikawasan Kampung, Taman2 Perumahan, Apartment, Condominium pasti akan ada yang makan Goreng Pisang berbanding Epal dan Oren.

Cuba kita nilai kini...mana pilihan anda sebenarnya Pisang, Epal Atau Oren?

Pisang ni kalau kita tanam kat mana pun ianya akan tumbuh walaupun di tengah2 pulau di lautan luas berbanding Epal Dan Oren. Senang kata pisang ini kat mana pun akan tumbuh subur dan senang dijaga serta boleh tumbuh sendiri..

PISANG NI  JUGA BAHAYA KALAU TAK DIJAGA NGAN BAIK, TERSALAH PIJAK AKAN TERGELINCIR DAN AKAN SAKIT TERJATUH TERPIJAK KULIT PISANG..

Macam2 kita boleh buat ngan pisang ni berbanding Epal Dan Oren..Pisang kalau dah tua dan lembik jangan dibuang kerana boleh buat cokodok..Epal dan Oren kalau dah lembik ramai yang akan buang...Hanya nampak cantik Epal dan Oren ni, Tapi hanya utk sementara...

Hari Jumaat, jutaan umat islam bila ke masjid untuk menunaikan solat jumaat..Pasti ada buah pisang menanti di pintu masuk berbanding Epal Dan Oren.

Pisang ini boleh hidup dimana sahaja dibawa. Contoh kata Bapa sahabat saya sdr Unggei "Ibarat tunggul pisang yang hanyut disungai berjumpa tanah berbuahlah ia"

Jadi sekali lagi tanya diri kita, relax dan tenang.Cuba kita nilai kini...mana pilihan anda sebenarnya Pisang, Epal Atau Oren?

Saya sejak dahulu minat pada pisang,  walaupun ada yang kata macam orang kampung. .Apa nak malu saya memang "ANAK KAMPUNG" dan jangan tipu diri kita kerana anda juga tau dalam diri anda juga minat pada Pisang...Kini anda tahu..Pisang Ini Baik...hehehehe

Jadi pada rakan2 sahabat2 semua...Baik dibandar mahupun luar bandar. .Yang korporat mahupun makan gaji..baik melayu mahupun pelbagai bangsa...Pisang pilihan terbaik utk diri anda..

PILIH LAH PISANG. ..HEHEHEHEH...

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Saya Anak Kampung, Saya Bangga Saya Berasal Drpd Tambun Perak..Saya Suka Pisang.. Apa Lagi..

No comments: