Thursday, August 22, 2013

Bantahan Kalimah Allah Demi Akidah


Secara Konsisten Buat Bantahan Sejak Awal Hingga Kini


Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Alhamdulilah KeHadrat Allah SWT Kemenangan Di Pihak Kita Isu Bantahan Kalimah Allah.

Rayuan Pada 10hb Sept Ini Di Benarkan Utk Merayu Menghalang Pengunaan Kalimah Allah Dlm Bible Bahasa Melayu.



Moga Kebenaran Demi Perjuangan Memartabkan Agama Islam Di Teruskan Insyallah.

Tahniah Dan Terima Kasih Pada Semua Yg Hadir Di Mahkamah Sejak Awal Pagi Hingga Kini..Semoga Allah SWT Rahmatkan Perjuangan Kita..Allahuakbar


Di Bawah Ini Penerangan Oleh Sahabat Saya Seorang Peguam Sdr Buzze Adam.

Walau Bagaimana Pun, Jangan meraikan dahulu keputusan Mahkamah Rayuan berkaitan isu kalimah Allah tadi. Ini kerana mahkamah belum membuat keputusan sebenar.

Keputusan tadi adalah keputusan Mahkamah Rayuan menolak permohonan gereja untuk membatalkan rayuan oleh Majlis Agama Islam. Bermaksud kes rayuan oleh Majlis Agama Islam hanya akan di dengar pada 10 September nanti. Hanya selepas itu baru mahkamah Rayuan akan buat keputusan sebenar samada gereja di benarkan atau tidak untuk menggunakan kalimah Allah.

Setakat hari ini keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan gereja menggunakan kalimah Allah masih kekal sehingga di putuskan sebaliknya oleh Mahkamah Rayuan nanti, bukan keputusan yg di buat hari ini.
Dari segi prosedur, memang apabila satu pihak merayu, pihak yg satu lagi boleh memohon untuk mahkamah membatalkan permohonan rayuan tersebut.


Ini yang berlaku di Mahkamah Rayuan hari ini dan Mahkamah telah menolak permohonan gereja serta membenarkan rayuan di teruskan utk perbicaraan.



Harap kawan2 yg bukan pengamal undang2 boleh memahami penerangan ringkas saya ini.
Terima Kasih Atas Penerangan Sahabatku Buzze..

TAHNIAH ATAS SOKONGAN SAHABAT2 YG BERSAMA2 DALAM GERAKAN INI SEJAK 2009 BERSAMA2 SAYA SEHINGGA KINI. . SYUKUR KE HADRAT ALLAH SWT. .TERUSKAN SAHABAT2 SEMUA...

No comments: