Wednesday, January 29, 2014

Anwar & Azmin Ibarat Anjing Salak Bukit..

Dalam Isu Perletakan Jawatan Chin Chen Drpd Pakatan Jelas Menunjukkan Pihak Mereka Tidak Menghormati Amanah Yg Diberikan Oleh Rakyat..

Jika Kita Lihat Perkara Ini Pernah Berlaku Di Permatang Pauh Dimana Wan Azizah Meletakkan Jawatan Utk Berikan Laluan Kepada Anwar .

Kini Sekali Lagi Pihak Pakatan Melakukan Perkara Sama Dan Paling Gelikan Hati  Ianya Sekali Lagi Buat Anwar.

Dan saya melihat kenyataan2 yg dikeluarkan oleh pemimpin pakatan khususnya PKR dilihat seperti Kebudak2kan terutama Anwar dan Azmin yg nyatakan minta YAB Ds Najib bertanding dikawasan tersebut..

Bagi saya, secara jujur YAB Ds Najib tidak perlu layan permintaan orang yg gilakan kuasa seperti Anwar Dan Azmin kerana YAB Ds Najib Lebih Matang Serta Mementingkan Keputusan Rakyat Serta Mandat Yang Di Berikan Oleh Rakyat Pada PRU13 yg lalu..

Saya melihat kenyataan2 yg dikeluarkan oleh pemimpin pakatan khususnya PKR dilihat seperti Kebudak2kan terutama Anwar dan Azmin yg nyatakan minta YAB Ds Najib bertanding dikawasan tersebut..

Anwar Dan Azmin Ibarat Anjing Tersepit  Menyalak Ke Bukit..

BN Tidak Khianat Amanah Rakyat,  Tetapi Pakatan Jual Amanah Rakyat Demi Kerakusan Utk Berkuasa Demi Kepentingan Individu Bernama Anwar.

Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah Berdiri Teguh Bersama YAB Ds Najib Dan Barisan Kepimpinan Barisan Nasional.

Buat Kata YB Khairy Jamaluddin. .Kalau Dah Gila Sangat Kuasa Baik Mengaku Jadi Sultan Melaka Sahaja.. KESIAN PENYOKONG2 ITU SAHAJA TELUNJUK ANWAR KERANA NAFSU KEBENCIAN DALAM DIRI.

Thursday, January 23, 2014

DUA PEMIMPIN PKR PULAK BERTUMBUK DI RESTORAN SEBAB PERKATAAN 'MELAYU BODOH'!!!

Di sebalik isu-isu hangat yang mengitari PKR terutama membabitkan Ketua .Umum mereka, Anwar Ibrahim yang dihalau keluar dari Jepun kerana status bekas banduan, hari ini juga ada isu yang lebih hangat iaitu perceraian antara Nurul Izzah dan suaminya yang failnya dibuka dan disebut di mahkamah tetapi Nurul Izzah dalam Twitter menafikannya.

Dalam minggu ini juga, PKR sedang bergolak dengan hebat di Selangor apabila Azmin Ali hangat hati kerana hilang sebahagian daripada pendapatan mewahnya selaku Ahli Lembaga Pengarah PKNS dan cuba menggulingkan Khalid Ibrahim.

Insiden yang berlaku antara jam 9:30 sehingga 10:30 pagi tadi di Restoran Maya, Jalan Beserah, Kuantan tidak kurang hebatnya. Insiden tersebut membabitkan ahli MPP PKR yang juga Pengerusi PKR merangkap Adun Bandar, Terengganu, Azan Ismail dengan ADUN Semambu, Lee Chean Chung.

Semuanya bermula apabila YB Azan  menegur Lee Chean Chung berhubung isu menghina sidang DUN pada 19 November 2013 dengan menyatakan bajet tambahan yang dibentangkan oleh Menteri Besar adalah bajet palsu.

YB Azan Ismail menyatakan, perbuatan  Lee Chean Chung itu hanya akan memburukkan imej parti PKR sekaligus menunjukkan betapa bodoh dan gelojohnya mereka yang dipilih menjadi pemimpin PKR.

Yb Azan turun menasihati Lee Chean Chung agar bertindak secara profesional dan bukannya bertindak  mengikut perasaan. Rupa-rupanya teguran tersebut tidak dapat diterima oleh Lee Chean Chung.

Berlakulah pertikaman lidah antara Lee Chean Chung. Saksi menyatakan, Lee Chean Chung tidak dapat menerima teguran Azan Ismail kerana AZAN ISMAIL ADALAH MELAYU.

Ketika bertikam lidah, Lee Chean Chung  secara sengaja telah mengejek Azan  dengan menyatakan, 'MELAYU SEMUANYA BODOH' dan memberitahu  kalau bukan kerana sokongan Cina, Azan dan Anwar Ibrahim tidak mungkin berada pada kedudukan sekarang.

'MELAYU SAKAI MASUK HUTAN' menyebabkan Azan hilang sabar dan cuba bertindak menampar Lee Chean Chung kerana bermulut celupar. Tetapi seorang rakannya berjaya menenangkan Azan. Berbeza pula dengan rakan Lee Chean Chung - juga seorang Cina - apabila melihat Azan mulai kendur, telah mengangkat kerusi dan cuba menghentam kepala Azan.

Mujurlah seorang pelanggan yang ada di situ, yang turut menyaksikan pergaduhan antara kedua-dua pemimpin PKR berlainan bangsa itu, berjaya menangkap kerusi berkenaan sebelum sempat  menghentam kepala Azan Ismail.

Apabila menyedari  pergaduhan mereka telah menarik perhatian para pelanggan dan orang ramai selain turut diminta oleh pemilik restoran agar menunjukkan sikap sebagai pemimpin, kedua-dua pemimpin PKR itu berlalu meninggalkan restoran.

MELAYU BODOH dan MELAYU SAKAI MASUK HUTAN merupakan punca  pergaduhan tersebut. Tanggapan hodoh dan hina terhadap orang Melayu oleh Lee Chean Chung pula menjadi punca kemarahan dan reaksi spontan Azan Ismail yang mahu menampar mulutnya.

Manakala sikap tidak boleh menerima  teguran daripada seorang Melayu walaupun menganggotai parti yang sama, menjadi punca Lee Chean Chung hilang hormat kepada ahli MPP PKR yang pernah menjadi  Ahli Parlimen Indera Mahkota.

Saat-saat bahagia... Lee Chun Cheng (paling kiri), Azan Ismail (tengah) dan Ibrahim Sidek (kanan) ketika pemilihan parti peringkat Cabang Indera Mahkota pada tahun 2010

Petikan Drpd BLOG : Flying Kick Blogspot ( Cucu Tok Wan)

Sunday, January 5, 2014

Kalimah Allah : Emosi & Realiti

KALIMAH ALLAH: EMOSI DAN REALITI
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(sertai facebook DrMAZA.com dan twitter realDrMAZA)

Ramai minta saya tulis artikel tentang isu nama Allah yang dipanaskan semula dan terus menjadi krisis antara sesetengah pihak muslim dengan sesetengah pihak Kristian. Saya sebenarnya telah coretkan hal ini pada tahun 2007 masa saya masih memegang jawatan Mufti Negeri Perlis. Di sini saya sentuh sekali lagi.

Hanya Di Sini

Isu kalimah Allah ini akan menjadi satu sejarah yang menarik dan tersendiri di Semenanjung Malaysia. Isu seperti ini tidak wujud di negara-negara Arab kerana Kristian Arab dan Bible dalam Bahasa Arab sejak sebelum dan selepas Nabi Muhammad s.a.w memang menggunakan perkataan Allah merujuk kepada Tuhan. Bahkan kaum Quraish sebelum kehadiran Nabi Muhammad s.a.w juga guna nama Allah.

Bapa Nabi Muhammad s.a.w bernama Abdullah yang bermaksud hamba Allah. Padahal bapa Nabi Muhammad s.a.w tidak sempat pun bertemu dengan Nabi s.a.w sebagai RasululLah. Kristian Qibti (Coptic) di Mesir juga sejak sekian lama memanggil Tuhan ‘Allah’. Demikian Kristian Lebanon dan Jordan, gereja-gereja mereka berdoa dengan memanggil ‘Allah’ sejak zaman silam. Apa yang hendak dihairankan, asal-usul ajaran mereka dari ajaran Nabi Isa a.s. Justeru bukan sahaja perkataan Allah, banyak lagi perkataan yang membabitkan akidah yang sama antara Islam dan Kristian seperti nama para nabi; Ibrahim, Musa, Harun, Isa dan lain-lain.

Orang Islam seluruh dunia setiap hari melafazkan ayat dalam Surah al-Fatihah (maksudnya): ‘segala puji bagi Allah tuhan segala alam’. Tiada muslim pun yang menyebut ‘segala puji bagi Allah Tuhan kaum muslimin sahaja’. Ini kerana muslim mengakui Allah itu tuhan untuk semua, bukan tuhan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja.

Maka isu kalimah Allah tidak pernah timbul di negara-negara Arab. Bahkan mereka mungkin sukar untuk faham dan hairan apabila kita memberitahu kita menghalang pihak Kristian memanggil Tuhan itu Allah. Di Sabah dan Sarawak juga sudah berpuluh tahun mereka menggunakannya.

Kristianisasi

Di Semenanjung Malaysia, dalam kitab agama Sikh, nama Allah disebut. Sementara orang cina yang bukan muslim di Kelantan terbiasa dengan kalimah ‘inshaa Allah’. Ada lagu negeri-negeri yang terdapat ‘kalimah Allah’ yang dinyanyikan oleh semua rakyat berbilang agama. Logo-logo Polis dan Tentera tertulis ‘Allah’ dan ‘Muhammad’. Logo-logo itu dipakai oleh anggota yang muslim dan non-muslim.

Namun apabila orang muslim di Malaysia digembar-gemburkan isu tentang Kristianisasi, maka keadaan resah mula timbul dalam kalangan umat Islam. Kristianisasi sesuatu yang benar-benar wujud. Orang muslim dalam negara ini bimbang. Maka, apabila timbul edaran pihak Kristian dalam bahasa Melayu yang menyebut Tuhan sebagai Allah yang selama ini dari segi kebiasaan orang Melayu Semenanjung hanya mereka sahaja memakai kalimat ini, maka emosi mereka mula bangkit. Apa tidaknya, mengapakah hanya versi melayu sahaja yang hendak digunakan ‘perkataan Allah’?! Mengapa tidak edaran gereja yang berbahasa Inggeris, Cina, Tamil dan lain-lain juga menggunakan Allah?

Provokatif

Kelihatan seolah macam ada ‘hidden agenda’ ataupun ‘mala fide’ di situ. Maka ramai yang membantah dan menganggap ada unsur provokasi agama di pihak Kristian, bukan kerana mereka memang ingin memanggil tuhan itu Allah, tetapi sekadar umpan yang hendak digunakan bagi memancing umat Islam yang terbiasa dengan kalimah itu. Maka kelihatan unsur provokatif di situ.

Maka, bantahan untuk orang bukan muslim menggunakan nama Allah dalam edaran bahasa melayu kelihatan macam mempunyai alasan di sudut keharmonian masyarakat berbilang agama dan ijtihad pentadbiran. Ia bukan berasaskan nas yang jelas melarang secara langsung hal itu, tetapi atas asas pemerintah bertindak demi kepentingan awam.

Jika sekadar itu, maka bolehlah terima pendapat yang melarang. Ia bukan larangan mutlak bahawa bukan-muslim sama sekali tidak boleh menyebut dan menggunakan nama Allah, tetapi menggunakan nama tersebut dalam bentuk provokasi agama dilarang.

Salah Faham

Malangnya ada muslim yang tidak jelas hal ini sehingga menyatakan bukan muslim sama sekali tidak boleh menggunakan nama Allah. Kononnya nama Allah eksklusif untuk muslim sahaja. Ada pula yang berfatwa ‘murtad sesiapa yang membenarkan‘. Pada hal nas asal, dalam al-Quran dan al-Sunnah membenarkan bahkan menggalakkan mereka menggunakannya selagi mana penggunaan itu merujuk kepada Tuhan Yang Sebenar ataupun ‘The Supreme Being’. Banyak ayat al-Quran yang menegaskan hal ini. Firman Allah:(maksudnya)

“Dan sesungguhnya jika engkau (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “siapakah yang menurunkan hujan dari langit, lalu dia hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya?” sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (Wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian), bahkan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal (untuk memahami tauhid) (Surah al-Ankabut ayat 63).

Bahkan Nabi s.a.w ketika mencabar orang-orang Kristian bermubahalah ataupun bersumpah laknat, mereka diminta bersumpah dengan nama Allah, bukan nama Jesus. Firman Allah: maksudnya)

“Sesungguhnya bandingan (kejadian) Isa di sisi Allah adalah sama seperti (kejadian) Adam. Allah telah menciptakan Adam dari tanah lalu berfirman kepadanya: “Jadilah engkau!” maka jadilah ia. Kebenaran itu datang daripada Tuhanmu, maka jangan sekali-kali engkau dalam kalangan mereka yang ragu-ragu. Kemudian sesiapa yang membantahmu (Wahai Muhammad) mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: “Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, isteri-isteri kami serta isteri-isteri kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta”. (Surah Ali ‘Imran 59-61).

Jika Islam larang mereka secara mutlak menyebut Allah, bagaimana mungkin mereka disuruh bersumpah dengan nama Allah?!

Al-Imam Muslim dalam sahihnya pula meriwayatkan hadis mengenai perjanjian Hudaibiah antara Nabi s.a.w dengan Quraish Mekah, seperti berikut:

“Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi s.a.w. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi s.a.w: barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.

Dalam riwayat al-Bukhari, Nabi s.a.w menerima bantahan tersebut.

Ertinya, Nabi s.a.w membenarkan penggunaan nama Allah seperti yang pihak kafir Quraish minta. Jika itu dilarang, tentu cadangan mereka ditolak!.

Lojik

Kita bayangkan jika mereka langsung tidak boleh panggil Allah, bagaimana dengan Kristian Arab jika datang ke Malaysia? Apakah mereka terpaksa menahan diri dari menyebut masya Allah dengan diganti ‘masyaa God’.

Jika bukan muslim bertanya siapakah tuhan saya yang sebenar. Muslim hendaklah menjawab Allah. Dia tidak boleh berkata ‘tuhan awak lain dan tuhan saya lain. Awak tidak boleh menyebut nama tuhan saya’. Jika dia berkata demikian, maka dia syirik.

Maka, sepatutnya larangan itu hanya apabila ia dalam bentuk provokasi yang menimbul ketegangan masyarakat. Kenyataan yang menyatakan larangan itu mutlak adalah tidak berasaskan ajaran Islam. Apatah lagi kenyataan yang memurtad sesiapa yang mengizinkan seakan memurtadkan Nabi s.a.w, dan umat Islam di seluruh dunia.

Maka, kita muslim hendaklah mengendali isu dan mengetahui hubung kait sesuatu itu sebelum hendak dibangkit sentiment agama mengenainya. Jangan kita melebihi kadar yang sepatutnya, juga jangan kita lalai tentang keamanan dan keharmonian hidup dalam negara yang pelbagai agama. Dakwah Islamiah hendaklah ditingkatkan. Sebarkan Islam dan banyakkan dialog antara agama seperti yang Dr Zakir Naik lakukan. Kenapa kita sentiasa ketakutan ditewaskan sehingga begitudefensive?! Bawalah mesej Islam dengan penuh hujah dan hikmah.

Tahniah Dr Maza..

Info@KesatriaMuda

Assalamualaikum Dan Salam Aman1Msia.

Bagi Saya Sudah Sampainya Masa Pakar2 Dan Ulamak2 Islam Duduk Buat Rundingan Meja Bulat Antara Agama Bagi Penyelsaian Isu Ini..Bagi Saya Isu Ini Kian Di Politikkan Sehingga Boleh Mencetus Ketidak Puasan Hati Banyak Pihak..Malaysia Sebuah Negara Yang Majmuk Serta Berbilang Bangsa..Jika Kita Nilaikan Sejak Merdeka Hingga Kini Semua Hidup Dlm Suasana Perpaduan, Cuma 2-3Tahun Kebelakangan Ini Ada Yg Main Politik Dalam Isu Agama..Saya Doakan Agar Rundingan Aman Anatara Agama Ini Dapat Di Laksanakan Demi Masa Hadapan Malaysia..

1Nadi, 1Harapan, 1Suara

Arman Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda

SAYA AKAN SAMAN FITNAH GAMBAR PROVOKASI ISU KALIMAH ALLAH

Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,

Sebentar tadi saya terkejut dan marah dimana ada pihak yg tidak bertanggungjawab menyiarkan serta menyebarkan Gambar Palsu bagi provokasi isu Kalimah Allah yang sedang hangat diperkatakan kini..

Bagi saya tujuan menyebar gambar palsu dan fitnah ini adalah nak menjatuhkan imej saya sebagai Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia serta satu penipuan dan fitnah yang jijik mainan pihak yang cuba menganggu keharmonian negara kita. 

Mereka menyatakan saya terlibat dalam demonstrasi jalanan hadapan gereja di Selangor pagi tadi dan membakar gambar Tuhan mereka..Ini jelas satu fitnah yang jijik dan bodoh oleh pihak yang menyiarkan fitnah ini di media2 sosial..

Saya akan mengambil tindakan undang-undang serta menyaman pihak yang menyebarkan gambar ini baik pihak yang pertama mahupun mana2 pihak yang sebarkan gambar yang telah di ubah..

Saya amat kesal pihak yang tidak bertanggungjawab ini menfitnahkan diri saya terutama dalam isu Kalimah Allah. .Ini satu contoh provokasi murahan yang patut kita tolak..

Satu Laporan Polis akan dibuat dlm masa terdekat ini oleh saya selaku yang kena Fitnah ni bagi meneruskan proses undang-undang dan saman pihak yang tidak bertanggungjawab. .

SEKIAN TERIMA KASIH

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
"SAMAN TETAP SAMAN"

Friday, January 3, 2014

Pendirian UMNO Selangor, Tidak Setuju Mana2 Demos Depan Gereja!!!

Kenyataan Media
UMNO Selangor Menyokong Tindakan JAIS

1. UMNO Selangor merujuk kepada isu penggunaan Kalimah Allah dan rampasan Bible yang dilakukan oleh JAIS baru-baru ini yang menjadi pertikaian beberapa pihak.

2. Semua rakyat yang tinggal di Selangor mesti faham bahawa Selangor mempunyai undang-undang yang wajib dipatuhi dan menghormati Sultan sebagai Ketua Agama Islam. UMNO Selangor ingin tegaskan disini bahawa isu yang berlaku di Selangor sekarang berdasarkan kepada Enakmen Agama Bukan Islam ( Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam ) yang telah diwartakan pada tahun 1988 yang melarang orang bukan Islam di Selangor dari menggunakan 35 perkataan Arab dan ungkapan dalam agama mereka, termasuk “Allah”, “Nabi”, “Injil” dan “Insya’Allah”. Undang-undang ini telah dikuatkuasakan sejak 26 tahun yang lalu dan hanya terpakai di negeri Selangor dan tiada kaitan dengan negeri-negeri yang lain.

3. UMNO Selangor bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor dan percaya mereka telah menjalankan tugas berlandaskan undang-undang yang sedia ada. Pada November lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, bertitah penggunaan kalimah Allah dalam Bible dan penerbitannya dalam akhbar mingguan The Herald versi bahasa Melayu, perlu dihentikan serta-merta di negeri Selangor.

4. Enakmen 1988 ini telah dikuatkuasakan semenjak 26 tahun yang lalu dan kita sedia maklum tiada masalah yang berlaku dan inilah bukti bagaimana kehormanian antara agama diperlihara dan membolehkan kita hidup dengan aman dan tenteram.

5. Kenyataan Paderi Andrew jelas mencabar undang-undang yang sedia ada dan menderhaka kepada Sultan . Beliau tidak perlu bersikap biadap kerana undang-undang ini telah diguna pakai semenjak sekian lama. Kalimah Allah telah lama dilarang digunakan dalam apa juga bahasa apatah lagi di dalam Bahasa Malaysia. Kenyataan beliau boleh menimbulkan kemarahan orang Islam di Selangor dan tidak mustahil perkara diluar jangkaan boleh berlaku..

6. UMNO Selangor meminta pihak polis supaya meneruskan siasatan kerana mereka telah diberi kuasa dibawah Seksyen 10 Enekman 1988 untuk mengambil sebarang tindakan. Penyiasatan harus disegerakan supaya mereka yang melanggar undang-undang dibawa ke muka pengadilan.

7. UMNO Selangor mengucapkan tahniah kepada Jabatan Agama Islam Selangor dan pihak polis yang cekap bertindak dan kerajaan negeri perlu tegas menyokong tindakan yang dilakukan JAIS kerana Enakmen 1988 ini masih lagi merupakan undang-undang yang sah di negeri Selangor.

8. UMNO Selangor tidak bersetuju mana-mana pihak mengadakan sebarang himpunan di gereja kerana boleh menimbulkan salah tafsir di kalangan rakyat dan boleh menggugat keharmonian kebebasan beragama di negeri Selangor.

9. UMNO Selangor akan terus memantau perkembangan isu ini dan mahu kerajaan Selangor bertindak tegas berdasarkan undang-undang dan jika keadaan memerlukan UMNO akan mengadakan himpunan Melayu Selangor supaya Enakmen 1988 ini dipertahankan dan perintah Sultan di hormati.


Datuk Seri Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Thursday, January 2, 2014

Suara Hati Dr. Mahathir


SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan - kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri - orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan - Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120923/re_01/Suara-hati-Dr-Mahathir#ixzz2pDTOFfGz
© Utusan Melayu (M) Bhd