Monday, May 26, 2014

Jangan Main Politik Baling Batu Sembunyi Tangan - Pemuda

TELUK INTAN, 27 Mei - EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah kecewa dengan sikap penyokong parti pembangang khususnya yang terlibat dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan yang asyik menyalahkan dan menuduh BN dan UMNO dalam apa juga isu termasuk penyebaran risalah-risalah calon DAP yang kononnya 'berbikini' yang tersebar di masjid-masjid sekitar Parlimen Teluk Intan.

"Semua benda nak salahkan UMNO dan BN, termasuk bahan risalah kempen yang disebarkan di masjid-masjid dan surau, kita nak beritahulah kepada penyokong DAP di Teluk Intan ini, kita Pemuda UMNO masih lagi bermaruah dan menjaga kehormatan orang lain lebih-lebih lagi seorang wanita Islam macam calon dari DAP itu, walaupun dia musuh kami dalam politik, dalam pilihan raya kecil ini namun wajar bagi Pemuda UMNO menjaga aibnya sebagai wanita Muslim.

Kenapa mereka ini beria-ia nak salahkan UMNO atau menuding jari kepada UMNO ataupun BN yang mengedarkan risalah 'nakal' tersebut? Kenapa nak jadikan UMNO sebagai kambing hitam, apa salahnya mereka yang kononnya 'bersih sangat tu' tidak buangkan sahaja risalah tersebut tetapi terus menuding jari menuduh pihak UMNO dan BN yang buat," ujarnya mengulas tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengedarkan risalah kononnya calon DAP berbikini di masjid sekitar Teluk Intan baru-baru ini.

Tambahnya, beliau turut hairan dengan sikap sesetengah pemimpin PKR yang turut menjadikan UMNO sebagai `kambing hitam' dalam soal pemilihan parti mereka dengan menuduh UMNO menjadi dalang sehingga terjadi kekecohan termasuk pergaduhan antara sesama ahli PKR dalam kempen pemilihan parti tersebut yang sedang berlansung sekarang ini.

"Jangan main politik 'baling batu sembunyi tangan'. Dalam soal pemilihan parti mereka yang penuh penipuan, rasuah, salah guna kuasa , pengundi hantu, blackout, pangkah kertas dalam bilik, perwakilan palsu, lebih kertas undi dan huru-hara, itu masalah rumahtangga politik parti mereka, kenapa nak kaitkan pula keganasan atau pergaduhan yang berlaku, kononnya didalangi dan dirancang oleh UMNO dan BN.

Yang lebih mengejutkan, nampaknya pemimpin atau calon-calon yang bertanding yang turut menjadi mangsa dalam percaturan politik dalaman PKR ini turut mendiamkan diri walaupun mengjadi mangsa, ini kerana mereka sangat takut dengan pemimpin utama parti mereka mereka  Kata pejuang keadilan dan reformasi, tapi  dalam parti sendiri pun tak berani ada hati nak tegur UMNO dan BN," tambahnya lagi.

Oleh : Mohd Faizal Mohd Salleh

Sunday, May 25, 2014

"Gag Order" Pakatan..Takut Reformasi

Info@KesatriaMuda

Kelakar tgk status2  Cicak Mengkarung puak pakatan..

Semua benda nak salahkan UMNO dan BN..Tapi dlm soal pemilihan parti mereka yang penuh penipuan, rasuah, salah guna kuasa , pengundi hantu, blackout, pangkah kertas dlm bilik, perwakilan palsu, lebih kertas undi dan huru-hara malah calon2 pemilihan sendiri terkena tapi diam seribu bahasa pasal takut ngan pemimpin atas sehingga takut lawan..

Kata pejuang keadilan dan reformasi dalam parti sendiri pun tak berani ada hati nak tegur UMNO..

Tepuk dada sendiri, tau dah perjuangan palsu tapi diam kerana takut akan kebenaran.  "Gag Order" pada meraka kesian..

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Saturday, May 24, 2014

"ASTRO" Piala Thomas Utk Rakyat Malaysia

Info@KesatriaMuda

Serahkan Hak Penyiaran Perlawanan Akhir Piala Thomas Kepada RTM demi rakyat Malaysia.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin merayu serta menggesa Astro untuk mempertimbangkan agar berkongsi hak penyiaran Pertandingan Akhir Piala Thomas kepada RTM agar seluruh rakyat dapat sama-sama memberikan sokongan padu kepada pemain badminton negara.

Memandangkan kali terakhir Malaysia berjaya mengorak langkah ke pertandingan akhir Piala Thomas adalah pada 12 tahun yang lalu, maka perlawanan kali ini merupakan sesuatu yang dinantikan-nantikan semua rakyat dari seluruh pelusuk negara.

Bagi rakyat yang tidak mampu dan ingin memberikan sokongan kepada pemain negara di India, mereka boleh berbuat demikian menerusi saluran TV awam tanpa bayaran.

Perlawanan ini adalah peristiwa besar yang mungkin bakal mengukir sejarah buat Malaysia yang telah 22 tahun mengidam untuk menjulang Piala Thomas sekali lagi.

Justeru itu, kami menyokong usul Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin agar Astro  berkongsi hak penyiaran Perlawanan Akhir Piala Thomas kepada RTM.

Sebagai sebuah syarikat gergasi tanah air adalah wajar Astro menjalankan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat dengan berkongsi hak penyiaran Pertandingan Akhir Piala Thomas kepada RTM.

Usaha murni ini pasti akan melonjakkan nama Astro sebagai organisasi yang prihatin dan bukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata.

Atas semangat kesukanan dan cinta kepada rakyat Malaysia mungkin ini adalah hadiah terbaik yang boleh Astro berikan buat rakyat Malaysia.

Daripada,
Arman Azha Hj Abu Hanifah
EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

Thursday, May 22, 2014

GUAN ENG PELIHARA ANJING DAP

Assalamualaikum Dan Salam 1Perjuangan,

Saya Armand Azha Mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Berikan Amaran Pada YB Seri Delima, RAYER A/L PARIASAMY.

Pemimpin Racist DAP Yg Keluarkan Kenyataan Yg Kurang Bijak Dalam Bahasa Mudah Paham " Bodoh ".

Kenyataan Bodoh Beliau Sangat Bongkak Dan Biadap mengeluarkan kenyataan secara berulang kali, bertubi2 dgn penuh perasaan kebencian terhadap orang Melayu & Islam di dlm sidang DUN yg berbunyi:

"UMNO Celaka! Reezal Merican celaka! Melayu2 yg sertai himpunan Mendaulatkan Islam & Mempertahankan Melayu di Bandar Sunway Celaka!"

Saya Mewakili Pemuda Selangor Bersama Rakan2 Pemuda UMNO Pulau Pinang Serta Wilayah Buat Bantahan Terhadap Beliau Serta Kami Rasakan

Beliau Hanya Anjing Peliharaan Guan Eng Bagi Mencetuskan Provokasi Murahan Yang Berbaur Perkauman.

Guan Eng Selaku Ketua Menteri Harus Di Pertanggungjawabkan Dalam Isu Ini Kerana Merupakan Kepala Hasutan Yang Mencetuskan Perasaan Marah Orang2 Islam Di Seluruh Negara.

GUAN ENG KETUA MENTERI PULAU PINANG TANGAN AJAIB DALAM GERAKAN SALAKAN ANJING BODOH DAP BERNAMA RAYES..

RAYES ANJING BODOH SALAK BUKIT JGN KURANG AJAR...

Monday, May 19, 2014

Program2 Briged Kesatria Muda Bulan April

Assalamualaikum Sahabat2 Yang Di Hormati, 

Terima kasih semua atas sokongan terhadap program2 Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. .

Sokongan anda adalah pemberi semangat kami untuk terus berikan khidmat kami tanpa rasa penat lelah..

Monday, May 12, 2014

GRANDSTAND : ULANGTAHUN UMNO KE 68




11 Mei - Ikuti temubual khas sempenan Ulangtahun UMNO ke 68 bersama
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jamawi Jaafar dan dan juga Arman Azha Exco
Pemuda UMNO Malaysia.



Antara soalan yang dikemukakan kepada En. Jamawi Jaafar 



1.Sempena sambutan ulangtahun ke 68 UMNO apa yang pemuda sumbangkan kepada parti.Apa yang ingin dizahirkan



2.Berkenaan
Gen Y ...sejauh mana peranan pemuda dalam mengembalikan keyakinan
golongan ini untuk terus menyokong parti.Apakah mungkin cara atau
alternatif yang akan digunakan sayap pemuda dalam usaha untuk menarik
pemuda untuk terus menyokong parti



3.Selepas 68 tahun ini bagaimana anda melihat perkembangan sayap pemuda termasuk sumbangan kepada UMNO



4.Sejauh mana anda boleh buktikan sumbangan pemuda sepanjang UMNO ditubuhkan



5.Apakah
yang diharapkan oleh pemuda sempena ulangtahun UMNO tahun ini dan
harapan Pemuda menerusi amanat yang akan disampaikan presiden UMNO malam
ini



6.Saya pasti setiap kali selepas pilihanraya post mortem
akan dilakukan...apakah perkara-perkara yang dititikberatkan oleh pemuda




7.Saya kira pemimpin pemuda sudah maklum ahlinya diberikan
peluang untuk memberikan sumbangan mereka sebagai calon dalam setiap
PRU..mungkin boleh komen sikit



8.Jika ada yang menolak pemuda apa agaknya puncanya dan mungkin perlu dilakukan oleh Pemuda



Soalan untuk En Armand



1.Dalam program Ruang Bicara Khas Bersama Perdana

Menteri
malam tadi Datuk Seri Najib berkata proses peremajaan Umno sedang
berjalan lancar dan mula menampakkan hasil positif. Menurut presiden
UMNo itu walaupun masih ada sebilangan anggota parti itu yang belum
bersedia untuk berubah dari segi minda dan budaya, namun beberapa
perubahan dan pembaharuan yang dilaksanakan menampakkan penerimaan dalam
kalangan anggota parti.Bagaimana saudara melihat perubahan itu.





2
.160,000 anggota akar umbi layak memilih pucuk pimpinan parti pada
semua peringkat, berbanding hanya 2,600 perwakilan parti sebelum ini.
Datuk Seri Najib mengakui transformasi itu belum sepenuhnya lagi, tetapi
beliau anggap ini sebagai satu perjalanan. Ini mungkin fasa pertama
untuk UMNO melihat apakah kaedah yang lebih baik dan bagaimana hendak
ubah mindset atau sikap dan nilai manusia serta pemimpin-pemimpin dalam
konteks peringkat akar umbi. Apa komen anda





3.Dalam proses
peremajaan parti juga ia tidak mungkin berlaku dalam tempoh masa satu
penggal sahaja atau kurang daripada satu penggal. Dalam satu penggal ada
penggantian dengan pemimpin-pemimpin lebih muda dan baharu dan
selanjutnya proses itu akan diteruskan untuk mengenal pasti bakat atau
talent bharu yang boleh kita ketengahkan.Apa ulasan saudara.



4 .Jika
kita saksikan laporan tadi Datuk Hamisa Umno seorang pemimpin UMNO di
Sabah berkata dalam roses transformasi parti, pemimpin seharusnya lebih
berani elaksanakan undang-undang dan peraturan sama ada melibatkan
pemimpin atau ahli biasa.



5.Mungkin saudara sendiri mempunyai pandangan atau saranan kepada parti untuk proses meremajakan parti ini.



6.Setelah
saudara terlibat sendiri dalam pemuda UMNO, bagaimana sebenarnya
saudara melihat penerimaan golongan muda kepada UMNO kini lebih-lebih
lagi dengan transformasi yang dilakukan pucuk pimpinan parti.



7.
Apa pandangan saudara mengenai peluang yang diberikan oleh parti kepada
PEMUDA untuk bersuara..mungkinkah ada keterbatasannya



8.Sempena ulangtahun ke 68 umno hari ini..apa harapan anda