Monday, June 30, 2014

Francis Yeoh Lupa Belajar Sejarah YTL!!!




Kumpulan perniagaan Melayu, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) mendakwa YTL Corp Bhd (YTL) yang mendapat kekayaan daripada projek kerajaan tidak menyalurkannya secara seimbang kepada rakyat.

Ketua pegawai eksekutifnya Mohd Nizam Mahshar berkata, sumbangan YTL sangat kecil kepada negara berbanding keuntungan berbilion ringgit yang mereka perolehi.


"Dalam laporan 2013, YTL Corp mencatatkan pendapatan berjumlah hampir RM20 bilion dengan keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.8 bilion. Ekuiti yang diagihkan kepada pemilik syarikat induk pula RM13.3 bilion. 

 "Jadi apa yang rakyat dan Bumiputera peroleh daripada YTL daripada segi ekuiti bernilai lebih RM13 bilion ini," kata Nizam pada sidang media di ibu pejabat mereka di Bangsar, Kuala Lumpur, hari ini.


 Nizam berkata, kenyataan Pengarah Urusan YTL Tan Sri Dr Francis Yeoh mengenai "kapitalisma kroni" tidak masuk akal ketika mereka juga mendapat projek secara rundingan terus.




 "Bagi MTEM, kami meminta Yeoh untuk membuktikan dia dan syarikatnya tidak bersalah.



"Kemukakan juga bukti mereka bukan kroni," katanya.

Nizam berkata, Yeoh juga perlu sedar diri kerana kekayaan yang mereka perolehi datang daripada pembayar cukai yang diberikan oleh kerajaan.

"YTL harus sedar segala keuntungan dan kekayaan yang dikaut lebih daripada 13 projek kerajaan datang daripada dompet pembayar cukai dengan niat untuk berkongsi kekayaan itu bersama rakyat," katanya.

Nizam berkata, jurang pendapatan antara tiga kaum utama juga berpunca daripada sikap membolot YTL sendiri.

"Yeoh dan YTL perlu cermin diri sendiri, apa yang mereka lakukan untuk menangani jurang pendapatan di kalangan rakyat Malaysia," katanya.\


Nizam juga mempertikaikan keistimewaan yang diperoleh oleh YTL berbanding Bumiputera yang masih bergelut dalam perniagaan serta terpaksa meminjam untuk berniaga.

"Bagaimana sebuah syarikat seperti YTL boleh menerima kontrak berbilion ringgit sementara bersepah syarikat Bumiputera kecil dan sederhana perit untuk mendapat kelulusan pinjaman," katanya.

Yeoh dalam majlis Bual Bicara Global Siri Malaysia kali ke-7 baru-baru ini dilaporkan berkata, tidak wujud isu kroni dengan Tun Dr Mahathir Mohamad (perdana menteri ketika itu) sehingga membolehkannya hidup mewah dengan memperoleh projek TNB, sedangkan hakikatnya peranan itu dimainkan syarikatnya yang ternyata lebih inovatif dalam melaksanakan projek diberi kerajaan.



Yeoh dalam majlis itu berkata, Malaysia perlu bebas daripada halangan seperti kapitalisme kroni dan isu perkauman atau retorik agama jika mahu terus bersaing dan masyhur di peringkat global.

Susulan kenyataan itu, banyak pihak, khususnya Pemuda Umno, mengecamnya.

Malah, semalam, YTL Power International Bhd memutuskan untuk menarik diri daripada projek kontroversi janakuasa Track 4A di Johor.

Keputusan tersebut dikatakan berkait dengan kenyataan awal Yeoh sebelum ini.


Bagaimanapun, YTL berkata, langkah itu bertujuan mengelak kesangsian terhadap komitmen ketelusan dan urus tadbir Putrajaya.

Ini masih belum cukup, YTL harus dipertanggungjawapkan dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh diri beliau sendiri.

Hello Tan Sri Francis, Jangan Ingat U Diam Kita Lupa Statement Awak


Friday, June 20, 2014

Pemuda UMNO Di Washington DC

Assalamualaikum Dan Salam Aman1Msia Sahabat2 Yang Di Hormati,

Alhamdulillah Syukur Selesai Program Pemuda UMNO Sejak Pagi Hingga Petang Di Washington DC.

Bermula Awal Pagi Sessi Dialog Bersama Young Congressman Republican Dan Democrats Tentang Isu2 Semasa Mengenai Hala Tuju Negara Di Dalam Tangan Orang2 Muda. 

Walaupun Berbeza Ideologi Politik Tapi Kepentingan Dalam Membina Negara Harus Di Galas Bersama.

Di Amerika Terutama Di Washington,  Kepercayaan Terhadap Agama Islam Makin Meningkat, Syukur Alhamdulillah. 

Parti2 Politik Baik Drpd Republican Mahupun Democrats Membuka Serta Memberikan Ruang Pada Orang2 Muda Dalam Kepimpinan Mereka Bagi Memastikan Sokongan Serta Idea2 Terus Bernas Dan Relevan Dimata Rakyat.

Kemudian Kunjungan Hormat Ke Kedutaan Malaysia Bagi Sessi Bersama Datuk Dr Awang Adek Serta Pelajar2 Serta Warga Malaysia Di Kedutaan Malaysia.

Sepanjang Sessi Bersama Beliau, Pertukaran Pendapat Tentang Bagaimana Untuk Mendekati Serta Bertukar Pendapat Mengenai Generasi Muda Serta Warga Malaysia Yang Berada Di Amerika Mengenai Isu2 Semasa Baik Di Malaysia Mahupun Di Amerika Syarikat. 

Di Sebelah Tengahari  Pula, Kami Menunaikan Solat Jumaat Bersama Datuk Dr Awang Adek Serta Warga Malaysia  Di Kedutaan Malaysia.

Setelah Itu, Kami Makan Tengahari Bersama Warga Kerja Kedutaan Malaysia Di Pejabat Kedutaan Malaysia Di Washington DC.

Kami Terkejut Bila Di Jemput Oleh Datuk Dr Awang Adek Utk Ke Rumah Rasmi Beliau Bagi Minum Petang Bersama Keluarga Beliau.

Kemudian Diteruskan Sessi Kunjungan Hormat Ke White House  Serta Ke Lincoln Memorial Bagi Melihat Sejarah Pembinaan Negara Amerika Drpd Merdeka Hingga Kini.

Program Terakhir Sessi Makan Malam Bersama Sdr Hairul Reaza Minister Counselor Embassy Of Malaysia.

Hari Ini Merupakan Hari Terakhir Dalam Siri Lawatan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Ke Amerika Syarikat,  Bermula Drpd Bandaraya New York Kemudian Ke Philadelphia Dan Di Akhiri Di Washington DC.

Pergerakan Pemuda Malaysia Mengambil Pendekatan Utk Mendekati Secara Dekat Warga Malaysia Baik Pelajar Mahupun Warga Kerja Malaysia..

Mengambil Peluang Bagi Memberikan Penerangan Isu2 Terkini Didalam Negara, Menjawap Sebarang Persoalan Oleh Warga Malaysia Tanpa Mengira Agama, Bangsa Ataupun Pendirian Politik.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Bukan Sahaja Bergerak Mendekati Anak Muda Di Dalam Negara Tanpa Mengira Di Bandar Mahupun Di Desa, Di Institut Penganjian Awam Mahupun Swasta.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Di Bawah Kepimpinan YB Khairy Jamaluddin Mengambil Pendekatan Baru Utk Mendekati Anak2 Muda Di Perantauan Bagi Memberikan Maklumat Dan Menjawap Persoalan Anak2 Muda Agar Mendapat Maklumat Yang Betul.

Delegasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Ke Amerika Syarikat Kali Ini Di Ketuai Oleh Sdr Azwan Selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Merangkap Timbalan Pengerusi Pemuda BN Malaysia, Yang Konsisten Dalam Program Lawatan Mesra Pemuda UMNO Malaysia Yang Lebih "PEOPLE FRIENDLY".

Beliau Bukan Sahaja Disenangi Oleh Pelajar2 Malaysia Di Amerika Syarikat Malah Warga Malaysia Yang Berkerja Di Sini , Dalam Suasana Santai Dan Mudah Di Dekati Tanpa Protokol Dalam Siri Lawatan Pemuda UMNO Malaysia.

Gerak Kerja Pemuda UMNO Malaysia Kini Terus Turun Bertemu Anak2 Muda Generasi Pewaris Perjuangan. 

PEMUDA UMNO PEMUDA DYNAMIC , WE WALK THE TALK.

Semoga Allah SWT Berkati Dan Permudahkan Segalanya Insyallah.

#PemudaDynamic
#RoadTripUSA
#1Hati1Suara1Pemuda

Thursday, June 19, 2014

Pemuda UMNO Msia Di USA

Alhamdulillah kami panjatkan rasa syukur ke hadrat Allah swt yang telah memberi kekuatan kepada kami dalam meneruskan perjuangan kami ini. Sepanjang lawatan kami ke New York City & Philadelphia kami telah menemui beberapa kumpulan anak muda yang darahnya mengalir darah UMNO.

Perjuangan adalah satu pelaksanaan kata-kata. Lawatan kami ke Amerika Syarikat ini diketuai Naib Ketua Pemuda Sdr Khairul Azwan. Sepanjang berada di NYC kami mengunjungi Kelab UMNO East Coast. Kami turut dapat meluangkan masa bertanya khabar dan dalam misi menyelami jiwa mereka.

Para pelajar KULN East Coast telah membawa kami ke Restoran Rasa iaitu sebuah restoran yang dimiliki orang Malaysia. Mereka Inilah pewaris perjuangan.

Di Philadelphia, satu sejarah telah tercipta dengan penubuhan Kelab UMNO Luar Negara Philadelphia. Sdr Khairul Azwan telah mewakili Datuk Seri Shabery Cheek menyerahkan surat penubuhan kepada Pengerusi Penaja KULN Philadelphia dalam satu majlis santai.

Tubuhnya KULN Philadelphia oleh 65 pelajar Drexel University, Temple University dan juga Upenn. Sudah pasti semangat setiakawan mereka dalam menuntut perubahan dalam parti menjadi sebab KULN Philadelphia ini ditubuhkan.

Inilah Pemuda yang akan mewarisi Perjuangan UMNO, ini bukti Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia masih relevan dalam kalangan pelajar-pelajar di Amerika Syarikat. Mereka meletakkan nilai kesetiakawan sebagai satu asas perjuangan mereka.

Selepas ini, kami akan sambung perjalanan ke Washington DC untuk berjumpa Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat iaitu Datuk Awang Adek Hussin untuk merangka satu rancangan/program akan datang di Amerika Syarikat.

Ini merupakan pertama kalinya program sebegini dilakukan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di bawah kepimpinan progresif YB Khairy Jamaluddin dalam mendekati para pelajar yang berada di luar negara.

Doakan kami di sini agar diberikan kekuatan dalam menongkah arus perjuangan survival bangsa tercinta ini.

Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah Kearah Gerakan Pemuda Dinamik.

#DynamicsPemuda #1Nadi1Harapan1SuaraPemuda

Wednesday, June 18, 2014

Kelab UMNO Luar Negara Philadelphia

Assalamualaikum Dan Salam Aman1Msia Sahabat2 Yang Di Hormati,

Syukur Alhamdulillah Dan Tahniah Pada Pelajar2 Malaysia Di Philladephia Seramai 65 Orang Mewakili University Drexel , Temple University Serta Rakan2 Pelajar Drpd Virginia Technology Turut Bersama Pimpinan Pelajar Kelab UMNO Luar Negara New York Sdr Shamil Norshaidi Yg Menubuhkan Secara Rasmi Kelab UMNO Luar Negara Philadelphia Dimana Pengerusi Penaja Mrk Sdr Bob Yg Peramah Serta Bersemangat Dalam Membawa Obor Perjuangan UMNO Di Philadelphia.

Semalam Sessi Dialog Dua Hala Yg Baik Diantara Mereka Dan Kami Drpd Pemuda UMNO Malaysia Yang Di Ketuai Oleh Sdr Azwan Selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Serta Ketua Delegasi Pemuda UMNO Malaysia.

Tahniah Sekali Lagi Buat Mereka Atas Semangat Sebagai Generasi Pewaris Perjuangan UMNO.

#DynamicsPemuda

#1Nadi1Harapan1SuaraPemuda

#RoadTripUSA

Tuesday, June 10, 2014

Kisah Hang Tuah dan Hang Jebat, Siapa benar ?


Sebelum menjelaskan tajuk di atas, kita perlu melihat 'Perjanjian Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba' terlebih dahulu. Perjanjian ini dibuat sebelum kedatangan Islam ke Melaka.

Perjanjian di antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba adalah satu ikatan perjanjian yang melahirkan konsep bersultan dan berhamba dalam masyarakat Melayu Beraja (Darmabakti, 1990). Konsep perjanjian itu adalah daulat dan derhaka di mana rakyat tidak derhaka kepada raja walaupun raja itu zalim dan jahat. 

Begitu juga halnya dengan Raja, tidak berbuat zalim kepada rakyat. Seperti yang tercatat dalam Sejarah Melayu :

"Barang siapa mengubahkan perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung-nya ke bawah, kaki tiangnya ke atas,"

Perjanjian Demang Lebar Daun dengan Sang Sapurba seperti yang dicatatkan dalam Sejarah Melayu adalah seperti berikut :

Sembah Demang Lebar Daun : "Adapun Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hamba ke bawah Duli Yang Dipertua: hendaklah ia diperbaiki  oleh anak cucu duli Tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadihatkan, dinista dengan kata-kata yang jahat: jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada hukum Syarak,"

Titah Sang Sapurba : "Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada cucu kita, jikalau zalim dan jahat sekalipun,"

Maka sembah Demang Lebar Daun :

"Baiklah Tuanku, tetapi jikalau anak buah Tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak cucu patik pun mengubahkanlah,"

Apa yang kita boleh simpulkan daripada perjanjian di atas adalah, Raja tidak boleh berbuat zalim kepada rakyatnya, begitu juga dengan rakyat, rakyat mesti patuh dan taat setia kepada Raja walaupun Raja itu zalim atau jahat. Apabila Hang Tuah difitnah oleh Pati Karma Wijaya, Sultan Melaka tanpa usul periksa telah menjatuhkan hukuman bunuh kepada Hang Tuah.


Pada saat inilah muncul Hang Jebat bangkit menuntut keadilan. "Raja Adil Raja disembah, Raja Zalim Raja disanggah," Berbalik kepada perjanjian di atas, ternyata Raja yang dahulu telah mengubahnya, tanpa usul periksa, baginda menjatuhkan hukuman bunuh kepada Hang Tuah walau pun sebelum ini Hang Tuah begitu setia dengan Sultan Melaka.

Hang Tuah sanggup berkorban mempersembahkan kekasihnya iaitu Tun Teja kepada Sultan Melaka. Namun, Sultan tidak mengenang jasa-jasa Hang Tuah. Hang Jebat pula menuntut keadilan, mengamuk dan menyerang istana, sehinggakan Sultan menyesal dengan peristiwa itu. 

"Kalaulah Hang Tuah masih ada, sudah pasti kekacauan ini tidak akan berlaku," kata Sultan Melaka. Kemudian, Bendahara Melaka telah menjelaskan kepada Sultan bahawa Hang Tuah sebenarnya masih hidup.

Selepas itu, Sultan memohon maaf kepada Hang Tuah dan menitahkannya agar membunuh Hang Jebat yang derhaka. Sebelum pertikaman di antara Hang Tuah dan Hang Jebat, Hang Tuah cuba memujuk Hang Jebat supaya memohon maaf kepada Sultan.

"Di daku tak ada erti menyesal Tuah. Aku berbuat atas keyakinanku, sebab Tuah atas nama persahabatan dan persaudaraan kita dan untuk apakah kesal itu bagiku kalau ia akan berbalik pula padamu kalau nanti kau akan membunuhku? "


"Ya, barangkali benar kematianku ditanganmu, Apakah yang akan ku kesalkan pula, malah kalau nanti aku pula yang membunuhmu? pahlawan yang berbuat atas keyakinannya, percayalah Tuah, aku tak pernah menyesal," Kata Hang Jebat.

"Baiklah Hang jebat derhaka, aku tahu kau memang begitu dan untuk itu bukalah pintu supaya aku boleh naik dan bertikam denganmu," Jawab Hang Tuah.

"Engkau tidak berdosa memang ku akui Tuah, tapi taat setiamu itu menyebabkan aku tertawa dan begitu anehnya ku rasakan sekarang ketika orang yang menitahkan kematianmu kau junjung dengan segala kerelaan: seperti kau menjunjung titahnya sekarang untuk membunuh orang yang membela kematianmu,"sahut Hang Jebat. 

"Aku datang tidak untuk mempertengkarkan siapa membela dan siapa menitahkan, aku datang untuk menentukan, menghukum, yang diwakilkan padaku untuk baginda menamatkan hidupmu yang telah derhaka," Hang Tuah melompat ke dalam. Kemudian, pertikaman telah tercetus di antara mereka berdua. Akhirnya, Hang Jebat rebah ditusuk Hang Tuah dengan keris Taming Sari.

Pada zaman sekarang, ajaran Agama Islam adalah tunggak dalam kehidupan, di mana Allah s.w.t adalah tempat kita memohon perlindungan dan menumpahkan taat setia kepada-Nya.

Hang Jebat telah melangkaui zaman, sedangkan perjanjian itu hanyalah dibuat sebelum kedatangan Islam. Oleh itu, dalam hal ini untuk menentukan siapa benar dan siapa salah, biarlah kita menjawab dengan "Mata Hati" kita. Semoga kita mendapat pengajaran dan iktibar daripada kisah ini.




Kita renungkan sahabat2 ku...

Adakah

Zaman Kini Masih Ada Seperti Hang Tuah Yang "Difitnah"

Adakah

Zaman Kini Masih Ada Seperti Hang Jebat Yang "IkhasBersahabat" 

Adakah

Zaman Kini Masih Ada Seperti Pati Karma Wijaya Yang "Kuat Cucuk Dan Tikam Belakang"

Adakah

Zaman Kini Masih Ada Sultan Melaka Yang Buat "Keputusan Tanpa Usul Periksa"



Rujukan :

A. Samad Ahmad (2008). Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Darmabakti (1990). Sejarah Melayu. Negeri Sembilan : Minerva Publications.
Mana Sikana (1984). Keris Laksamana Bentan.Selangor : Penertbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Wednesday, June 4, 2014

YTL Ts Francis Jom Siasat

Was that statement truly from YTL TS Francis Yeoh himself? If true, then we suggest GOVT sends him a note -

Dear Tan Sri Yeoh, 

It has been brought to our attention from media reports that you have made disparaging remarks about our Nation, our Govt and our Prime Minister, not to mention insinuations of corruption and allegations of crony capitalism.

As you and your YTL Group have been the recipient of major Govt contracts, IPP concessions, and awarded lucrative deals in major projects, the Govt takes a serious view of such unwarranted damaging statements which undermine the credibility of our Govt. The Cabinet therefore has directed our Attorney-General to take immediate action against you for uttering such disparaging remarks against our Govt and Nation.

All contracts awarded to you thus far, shall be subject to review to ensure no such allegations of crony capitalism as you had alleged to have said, indeed took place when in awarding them.

Our SPRM Special Team has been directed to investigate. This is relevant to clear the good name of our Cabinet, our Govt and our Nation.

Thank You

RAKYAT MALAYSIA
And
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia

Monday, June 2, 2014

Perlancaran Briged Kesatria Muda Pekan Pahang

Assalamualaikum Dan Salam Aman1Msia, 

Merasmikan Dan Lancarkan Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pekan Pahang Di Retreat Pemuda Pekan Di Melaka Bertempat Di Hotel Abadi Melaka.

Alhamdulillah Syukur Kehadiran Lebih 500 Pemuda UMNO Bahagian Pekan Pahang.

Jutaan Terima Kasih Pada YB Dato Ahmad Maslan Timbalan Menteri Kewangan Merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia Yang Hadir Secara Mengejut  Dan Meluangkan Masa Ke Retreat Pemuda UMNO Bahagian Pekan.

Tahniah Pada Inisiatif Pemuda UMNO Bahagian Pekan Pahang.

Semoga Allah SWT Berkati Dan Permudahkan Segalanya Insyallah #BrigedKesatriaMuda #1Nadi1Harapan1SuaraBKM