Tuesday, September 9, 2014

Cadangan Bajet 2015 Oleh Briged Kesatria Muda Dan Suara Anak Muda 1Malaysia

MEMORANDUM
CADANGAN


 

 


 

 
Cadangan Tambahan dan Penambah baikan Bajet 2015
Malaysia Bagi Golongan Belia
Dan Pembangunan Ekonomi Malaysia


 

 


 

 


 

 
Kepada
 
YAB Dato' Seri Haji Mohammad Najib Bin Tun Haji Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Merangkap
Menteri Kewangan Malaysia


 
 



 
 

 

Daripada

Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
Suara Anak Muda 1Malaysia
Biro Ta'Lim Al-Aly Suara Anak Muda 1Malaysia

 


 8hb September 2014

 
 


 

 

 

 


 

 
Cadangan Tambahan dan Penambahbaikan Bajet 2015
Malaysia Bagi Golongan Belia
Dan Pembangunan Ekonomi Malaysia


 

 


 

 
1    Pendahuluan

 
Pembentangan Bajet 2015 akan dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi memastikan pembangunan ekonomi negara pada tahun hadapan serta menentukan hala tuju perbelanjaan negara pada tahun 2015. Setiap tahun, pelbagai rancangan perbelanjaan telah dilakukan dan diumumkan oleh kerajaan bagi memastikan ekonomi negara terus membangun dan menjamin keselesaan dan kesenangan rakyat.

 
Kami daripada Briged Kesatria Muda,Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia serta NGO Suara Anak Muda 1Malaysia mengemukakan memorandum iniuntuk dijadikan rujukan dan pertimbangan pihak kerajaan Malaysia bagi memastikan segala program perbelanjaan yang akan diumumkan dapat memuaskan hati semua pihak serta dapat membantu pembangunan golongan-golongan utama di dalam negara ini terutamanya golongan belia yang menjadi harapan kepimpinan negara pada masa hadapan. Bersama dengan ini, pihak kami juga ingin menyeru agak pihak kerajaan dapat menambahbaik segala perancangan perbelanjaan bajet 2015 yang akan di laksanakan.
 
  Cadangan Kami
 
                  I.        Harga Rumah Mampu Milik
Penelitian semula harga rumah semasa yang pada hemat kami terlalu tinggi terutamanya bagi rumah mampu milik. Perhatian juga harus diberikan untuk program rumah pertama bagi golongan belia terutamanya golongan belia yang berkerjaya. Cadangan kami supaya taraf rumah mampu milik serta rumah pertama golongan belia mungkin boleh ditetapkan kepada RM150,000 bagi satu unit untuk golongan belia dengan syarat-syarat tertentu supaya golongan ini mampu memiliki rumah sendiri dan tidak menjadi penyewa tegar tanpa memiliki aset peribadi
 
                 II.        Program Baucer Buku 1 Malaysia
Penelitian semula program Baucer Buku 1 Malaysia di bawah program Transformasi 1 Malaysia sebanyak rm250 harus diteruskan .Cadangan dari pihak kami supaya beberapa syarat tambahan untuk layak menerima penambahan menjadi RM350 bagi Baucer Buku 1Malaysia. Antara cadangan syarat dari pihak kami ialah : 
  1. Pendapatan ibubapa kurang dari RM3000
  2. Golongan Kurang Upaya (OKU)
  3. Penggunaan BB1M adalah hanya untuk buku pembelajaran 
  4. Pengunaan bahan alat pembelajaran sahaja.
 
               III.        Pembangunan Teknologi Nuklear dan Nano Teknologi
Pembangunan teknologi nuklear dan nano teknologi perlu diberikan penenekanan di dalam bajet 2015 kerana sektor ini mempunyai potensi yang besar untuk dibangunkan dan dijadikan pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara. Oleh itu, cadangan kami agar pihak kerajaan Malaysia dapat memberikan peruntukan khas atau peruntukan tambahan untuk program pembangunan dan latihan untuk melahirkan pakar-pakar nuklear dan nano teknologi dalam negara.

 
              IV.        Keusahawanan
Wujudkan " BANK BELIA" Program keusahawanan adalah salah satu daripada sumber pendapatan utama untuk individu-individu yang berminat dalam bidang keusahawanan. Namun, disebabkan kekangan, program ini kurang mendapat sambutan memuaskan terutamanya bagi golongan belia. Cadangan kami supaya peruntukan tambahan perlu diberikan oleh pihak kerajaan Malaysia bagi menggalakan program keusahawanan terutamanya kepada golongan belia. Peruntukan ini meliputi peruntukan untuk program latihan keusahawanan serta modal permulaan dan modal pusingan bagi golongan belia yang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Perhatian perlu diberikan keutamaan kepada golongan belia luar bandar.



                V.        Visa Lawatan
Saban tahun, negara menerima jutaan pelancong dari negara luar disebabkan kepelbagaian budaya, sejarah dan ekosistem di negara ini. Oleh hal sedemikian, cadangan dari pihak kami supaya kita menaikkan harga visa lawatan bagi pelancong-pelancong dari luar negara supaya ia dapat mengukuhkan pembangunan ekonomi negara. Tiada keraguan untuk mereka tidak melancong ke negara ini walaupun harga visa dinaikkan kerana keunikan yang terdapat di Malaysia.
 
 
              VI.        Yuran Buruh Asing
Kebanjiran warga asing terutamanya buruh-buruh pembinaan semakin meruncing di negara ini terutamanya di bandar-bandar utama. Yuran yang agak murah yang dikenakan oleh kerajaan terhadap majikan antara punca berlakunya perkara ini dan lebih merunsingkan ialah mereka mula mengambil kerja-kerja yang boleh diisi oleh rakyat Malaysia seperti bekerja di pam minyak, kedai runcit dan sebagainya. Cadangan kami agar pihak kerajaan Malaysia dapat mempertingkatkan yuran ini supaya adanya kawalan daripada pihak majikan untuk membawa masuk buruh dengan jumlah yang besar sehingga menimbulkan kesesakan warga asing.
 
             VII.        Subsidi Rakyat
        Pemberian subsidi pihak kerajaan kepadar akyat Malaysia turut sama dinikmati oleh rakyat asing di negara ini. Perkara ini menjadikan rakyat Malaysia tidak mendapat keistimewaan yang sepatutnya sebagai warganegara Malaysia. 
 
        Oleh itu, kami berpendapat bajet subsidi yang diberikan perlulah berpusat kepada rakyat Malaysia sahaja. Sebagai contoh, subsidi minyak yang kerajaan Malaysia telah berikan  perlulah disekat daripada digunakan oleh warga asing. Pembelian diesel Ron 95 dengan menggunakan kad pengenalan merupakan salah satu kaedah yang difikirkan rasional untuk diaplikasikan sebagai bukti kewarganegaraan seseorang individu. Selain itu, bajet subsidi pembelian makanan dan kesihatan juga perlu tertumpu kepada rakyat Malaysia sahaja.
 
 
            VIII.        Gaji Permulaan Lepasan Universiti/Kolej
       Gaji permulaan graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda dan setara yang bekerja di kawasan bandar dilihat kurang mencukupi akibat daripada kos sara hidup yang tinggi berbanding graduan yang bekerja di kawasan luar bandar. Oleh itu, kami mencadangkan agar penelitian semula gaji permulaan bagi pekerja lepasan Ijazah Sarjana Muda dan setara serta menetapkan nilai gaji yang lebih relevan untuk graduan yang bekerja di syarikat swasta
 

              IX.        Vehicle Entry Permit (VEP)
Kadar kemasukan kenderaan asing kenegara Malaysia dilihat semakin meningkat saban tahun. Berdasarkan statistik pendaftaran lain-lain kenderaan, pada tahun 2013 telah mencatatkan kenaikan yang mendadak berbanding tahun 2012. Atas dasar itu, kami mencadangkan agar pihak kerajaan menaikkan taraf VEP bagi semua kenderaan negara jiran yang masuk kekawasan negara kita dan cadangan untuk menggunakan sistem Auto Pass seperti yang dilaksanakan di Singapura. Dengan cara itu, kadar kenderaan asing yang masuk dapat dikawal.

 
                X.        Saman/Kompaun Lalulintas Kenderaan Asing
Kami mencadangkan agar pihak kerajaan meneliti kembali bajet terhadap bayaran saman/kompaun yang dikenakan kepada mereka yang melanggar peraturan lalulintas. Saman/kompaun yang lebih tinggi perlu dikenakan kepada kenderaan dari negara jiran yang melanggar peraturan lalulintas di Malaysia dan keengganan mereka membayar saman/kompaun perlulah dikenakan tindakan blacklist untuk masuk ke Malaysia.

 
              XI.        Cukai Buku Ilmiah
Budaya membaca perlu dipupuk sejak dari kecil. Oleh itu, bajet terhadap buku-buku yang berunsurkan ilmiah perlulah dibuat dengan cara menurunkan cukai bagi buku-buku ilmiah yang diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri bagi menggalakkan minat membaca.
 

             XII.        Kad Diskaun Siswa 1Malaysia
Kad Diskaun Siswa 1Malaysia telah mula dilancarkan pada tahun 2011. Namun, tidak banyak faedah yang dapat dinikmati oleh golongan mahasiswa. Oleh itu, kami mencadangkan agar bajet terhadap kad siswa perlu diperkasakan dengan lebih mendalam seperti menetapkan diskaun tertentu yang lebih relevan untuk kegunaan mahasiswa. Contohnya diskaun tetap 30% bagi tiket penerbangan di dalam negara, 20% diskaun untuk tiket bas dan sebagainya.
 
            XIII.        Mengurangkan CUKAI Kenderaan
Kami mencadangkan pihak kerajaan menurunkan CUKAI Kenderaan import dan pengurangan cukai kenderaan pemasangan tempatan
 

           XIV.        Program PLKN
Kajian semula pelaburan kerajaan terhadap program PLKN yang memakan belanja jutaan ringgit. Samaada program ini memberi kesan kepada Negara atau sekadar program latihan semata-mata. Kami berharap pihak kerajaan dapat membuat kajian semula dalam mempertimbangkan bajet bagi program tersebut.

 
            XV.        Program SambutanHari Istimewa Malaysia
Penelitian semula untuk majlis sambutan hari-hari istimewa di Malaysia supaya tiada pembaziran melampau dilakukan hanya untuk sambutan yang ada daripadanya tidak perlu diraikan dengan begitu meriah. Contohnya sambutan tahun baru.
  
           XVI.        Koperasi Belia
Koperasi Belia boleh ditubuhkan untuk memberi tumpuan dan peranan yang lebih besar kepada belia dalam aktiviti-aktiviti perniagaan dan gerakankoperasi di Negara ini. Tertubuhnya koperasi ini akan menarik minat golongan belia kepada usahawan dan sekaligus akan membantu dapat membantu golongan belia dari segi kewangan. Kami juga memohon mewujudkan semula geran koperasi sebanyak RM30,000 yang pernah dilaksanakan.Penubuhan koperasi ini juga dapat mengurangkan golongan belia yang menganggur dan seterusnya memcapai wawasan 2020.

 
         XVII.    Kebajikan Anak Pasukan Keselamatan, Anak Pesara Pasukan Keselamatan Serta Warga Pendidik
Kebajikan anak pasukan keselamatan dan pesara perlu kerajaan telitikan untuk mempertingkatkan dan kesejahteraan hidup anak-anak pasukan keselamatan, anak pesara dan para guru. Contohnya taska dan rumah penjagaan percuma bagi Tentera, Polis, Bomba dan pasukan beruniform lain termasuk para guru, agar dapat meringankan beban keluarga mereka sekaligus dapat menjamin pendidikan anak-anak mereka.
 

Sekian Terima Kasih.
 
Arman Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda
Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia








No comments: