Thursday, July 30, 2015

Jom BERSATU


Assalamulaikum Presiden UMNO, Timbalan Presiden UMNO, Naib2 Presiden UMNO, Kepimpinan UMNO Semua Peringkat , Ahli2 Akar Umbi UMNO, Penyokong2 UMNO, Media2 UMNO, NGO Penyokong UMNO , Facebookers UMNO, Bloggers UMNO, Twitterian UMNO, Instagram UMNO dan Semua yg berkaitan UMNO. 

Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah sayangkan anda semua dan UMNO sebagai institusi, sama2 kita rapatkan Saf kearah Perpaduan. Buang yg keruh amik yg jernih. 

Saya ingin memohon ampun dan maaf pada anda semua jika ada tersalah kata atau perbuatan, kita semua makhluk ciptaan Allah SWT yg tidak lari lakukan kesilapan dalam kehidupan. Kini masih dlm suasana Syawal bulan kemenangan. Jom kita BERSATU 

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Ahli UMNO 
Sejak 07hb Januari 1995 #SayaSayangUMNO #KuatkanUMNO #RapatkanSafUMNO #SayaKeluargaUMNO #UMNOKita1Hati

FALSAFAH BAJU MELAYU (TRADISIONAL) KITA PEWARIS


Setiap sesuatu bermula dengan langkah pertama. Berbaju Melayu misalnya dimulakan sekitar 700 tahun dulu dan dipercayai diperkenalkan pada zaman empayar Melaka oleh Sultan Muhammad Syah serta kaya dengan falsafah dalam berbusana.


Sultan Muhammad Syah ketika itu mahukan orang Melayu berbaju khusus bagi menampilkan mereka sebagai bangsa yang mempunyai jati diri sekalipun alam berpakaian, bukannya berbaju 'atas angin' seperti pakaian pedagang Arab atau India zaman itu.


Timbalan Dekan Pengajian Siswazah, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin ketika dihubungi menjelaskan, baju Melayu pada zaman Melaka awalnya dipakai singkat dan sendat seperti baju pesilat.


Bagaimanapun, rekaan baju Melayu ini mengalami evolusi dan diubahsuai atas persetujuan sultan. Dari berbaju sendat dan seluar singkat, bajunya menjadi sedikit longgar dan labuh. Seperti kehendak Sultan Muhammad, pemakaian baju Melayu oleh orang lelaki bukan sekadar menutup aurat, tetapi lambang identiti bangsa.


Cara penggayaan baju Melayu juga sebenarnya mengandungi falsafah tersendiri. Orang Melayu sangat berhemah apabila bertutur kata dan perlakuan mereka, malahan pemakaian membawa makna tersendiri. Secara tidak langsung orang Melayu mendidik generasi muda melalui pemakaian.


Baju Melayu ada dua rekaan iaitu cekak musang dan baju teluk belanga. 
Baju Melayu cekak musang butangnya lima, teluk belanga pula butangnya satu dan membawa falsafahnya sendiri. 
Berbutang lima merujuk kepada lima rukun Islam dengan dua butang diatas bermaksud, mengucap dua kalimah syahadah dan sembahyang lima waktu.
Selebihnya diwakili tiga butang di bawah. Jika kita buang dua butang dan hanya pakai tiga, falsafah di sebalik menegakkan rukun Islam itu tidak tercapai. Malah, ada teromba mengenai pentingnya pamakaian lima butang baju ini;


"cekak musang berbutang lima
lima rukun di dalamnya
lima petua dibawanya
lima tiang ditegakkan."

Pemakaian satu butang untuk teluk belanga bermaksud Tuhan Yang Esa seperti dinyatakan dalam teromba yang berbunyi;

"teluk belanga berbutang tunggal
tunggal satu tuhan yang disembah
tunggal tidak dapat dianjak alih
tunggal tidak dapat dibelah."

Tiga kocek pula merujuk kepada Iman, Ihsan, Islam.

Sungguh pun demikian, ada juga pandangan lain mengatakan, butang baju Melayu sebenarnya ada tujuh dan jenis ini dipakai oleh golongan aristokrat, manakala pemakaian kurang daripada tujuh hanya dikhususkan kepada orang kebanyakkan.


Butang tujuh ini merujuk kepada 7 lapis langit bumi, dan tujuh tingkat syurga dan neraka, bertujuan mengingatkan bangsawan akan Allah Yang Maha Mulia.

Jika memakai baju Melayu ia mesti dilengkapi samping dan tanpanya pemakaian menjadi janggal kerana ia juga membawa maksud tersirat sama ada si pemakai sudah berkahwin atau sebaliknya.


Apabila mengenakan samping, lelaki yang sudah berkahwin mesti di bawah lutut, namun kalau orang yang bujang, sampingnya mesti di atas lutu. Kalau orang sudah berkahwin memakai samping singkat, itu tandanya dia hendak menambah isteri. Ada teromba klasik berhubung pemakaian samping berbunyi;

"Adat memakai samping
kok sudah beranak bini
atau orang yang patut-patut
kain samping bawah lutut
sama setentang paras betis
ikat bergulung lurus lurus
jika ikat atas lutut
itu tandanya nak cari lagi
harus tahu keadaan ini."

"Kok anak muda muda
kain labuh di atas lutut
bagai hulubalang masuk gelanggang
bagai ayam mencari lawan."


Cara pakai samping pun ada makna atau menunjukkan status masyarakat. Contohnya kerabat mengikat kepala samping di sebelah kanan. Bangsawan di sebelah kiri. Rakyat biasa di tengah tengah.


Ilmu dan falsafah di sebalik pemakaian baju Melayu perlu dihebahkan supaya lebih ramai yang tahu dan mempraktikkan apalagi dengan kepantasan dan kecanggihan teknologi komunikasi hari ini.


Orang muda tidak buat sebab dia tidak tahu. Kalau tahu tentu dia buat. Sebab ini adalah adat kita orang Melayu. Kalau kita tidak sebarkan ilmu ini sampai bila-bila pun ia tidak dapat dikongsi dengan masyarakat.


Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah, insylah akan terus bangga mewarisi pakaian Baju Melayu ini. Kalau bukan kita siapa lagi nak angkat warisan bangsa kita.

#Kita1Hati

Wednesday, July 29, 2015

Nyah JUDI HARAM, kami bersama Ds Zahid



Assalamualaikum sahabat2 yang dihormati, 

Tertarik saya dalam menyatakan persetujuan pendirian saya dalam membanteras judi haram yang di bangkitkan oleh Ds Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri baru2 ini.

Saya mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan NGO Suara Anak Muda 1Malaysia ingin menyatakan kami akan bersama membantu dalam gerakan membanteras judi haram sebagai pemantau serta menyalurkan maklumat2 daripada anak2 muda kepada pihak berkuasa.

Judi haram merupakan salah satu virus perosak yg tidak sihat yg bukan hanya boleh merosakkan imej negara malah juga boleh merosakan institusi keluarga dalam negara.

Briged dan SAM1M ingin menawarkan khidmat kami sebagai mata dan telinga bagi membenteras judi haram.

Kami juga mohon pada warganegara Malaysia yang prihatin dalam membenteras "Virus Perosak Negara" untuk bersama2 membantu pihak berkuasa.

Siapa lagi kalau bukan kita. Kita cintakan negara dan selaku anak mereka harus berganding tangan dalam usaha "NYAH JUDI HARAM"

Semoga Allah SWT berkati dan permudahkan segalanya serta bukakan pintu pertolongan seluas2nya dalam usaha murni ini.

Semoga persahabatan kita berkekalkan insyallah #Kita1Hati


Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda Malaysia

Wednesday, July 15, 2015

UCAPAN RAYE KHAS UTK SAHABAT DRPD TEMAN OGHANG PERAK


Ayo sungei bukan selalunye jeghoneh,
Gitu juge labun teman,
Kapeh pun idok juge nyemedang putih,
Ghopetu juge hati ini.

Langit juge kekadang idok nyemedang bighu,
Ghopetu juge hidup ini,
Jalan pun idok juge selalu lughuih,
Macam tu juge langkoh teman.

Adakalenye jatuh tejeghombab juge,
Mengkalu maap itu boleh diungkap haghi ini,
Meghonjang ape nok nunggu ghaye tiba?
Sedangkan hembusan napeh pun .Kite pun tak penoh tahu bile akan
beghenti.


Ate...bile dikenangkan..Make daghi itu,
TEMAN ingin Mohon Maap bebanyok, Atas Segale dan seknike.....
Kesalahan dan Kekhilafan mawupun 
Kelaku teman buwat....saloh.
yg sengaje & idok sengaje......
yg boleh nyakitkan hati mengkome
......(sedehhhh).......

Jadi teman nak ucap
Sebelum ghemadhan pegi
.. Sebelum aeidul peteghi datang
Sebelum umat islam makin sebuk...lagut....hingke.....dan nyebukkan dighi. 

Sebelum wassap line tak mandang......
Sebelun line tepun tesangkut...sangkut......biyo le teman kabo siap2.....

Dighi ni Teman nama Armand Azha Hj Abu Hanifah anak Perak nak mohon maap...bebanyok ateh semuwe kesalahan...selamat menikmati haghi haghi akhir Ghomadhan.

Mohon le bebanyok doa pada Illahi.
Selamat nyambut haghi kemenangan.....eidul piteghi.....daghi diri teman pada yg mengenali teman... He'eh seadanye ......Maka kitek kosong-kosong yelar.


Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Teman Anak Perak

Selamat Hari Raya Aidil Fitri , Maaf Zahir Dan Batin



Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah sekeluarga ingin mengucapkan.

Dalam kerendahan hati
ada ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta
ada kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah 
ada juga keterlanjuran kata, 
Dalam gurau dan senda 
tentu ada khilaf dan dosa. 

SABTU cari AHAD,
Nak tanya nampak tak ISNIN,
Agar ingatkan SELASA, bagitau
RABU, supaya tak lupa
Mesej kat KHAMIS, yang JUMAAT dah nak Raya

Ada ketikanya.. 
MATA silap memandang, 
TELINGA salah mndengar, 
LIDAH terlanjur berkata, 
FIKIRAN khilaf mentafsir,
Dan HATI tersilap menduga. 

When syawal come,
ramadhan has to go,
if lebih makan,
if silap seloroh,
plez forgivekan,
make it zero zero,
selamat hari lebaran,
lebarkn persaudaraan,
kosongkn persengketaan.

SELAMAT HARI 
RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Ikhlas Daripada
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Dan Keluarga 

Thursday, July 9, 2015

Ds Ismail Sabri Jalan Kaki 3Jam Kerana Gelandangan Bersama Briged Dan SAM1M


Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 yang dihormati



Ini adalah kali ke 4 Program Kami Prihatin yg dilaksanakan oleh Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Kelab Suara Anak Muda 1Malaysia bersama sukarelawan sahabat2 NGO yg sudi bersama.


Kali ini alhamdulilah syukur YB Ds Ismail Sabri Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sudi bersama2 dalam Program "Kami Prihatin" Bermula seawal 11.30 malam bertempat di Jalan Raja Laut kami memberikan bantuan makanan, minuman , ubatan dan alat pembersih diri.




Kami bermula dengan bacaan doa utk mempermudahkan program kemudian berjalan drpd Jalan Raja Laut sehingga ke Jalan Masjid India disekitar lorong2 kecil untuk menyerahkan bantuan dan diakhiri di Menara Maybank jalan Pudu pada jam 2pagi.



Jutaan terima kasih pada Ds Ismail Sabri yg bersama2 berjalan kaki sejak awal hingga tamat program "Kami Prihatin".




Alhamdulilah kali ni kami menyumbangkan bantuan sebanyak lebih 700bungkus makanan dan minuman.




Ucapan jutaan terima kasih pada kehadiran sukarelawan melebihi 78orang sejak awal hingga tamat. Hanya Allah WT yang boleh membalas jasa anda.



Pada team keluarga Briged Dan SAM1M semua adalah sumber kekuatan perjalanan politik saya, semoga persahabatan kita berkekalan sehingga akhir hayat. Rapatkan saf dan perpaduan ukhwah sesama kita.






Korang terbaek, respect dan salute #WeAreFamily #Kita1Hati

Sunday, July 5, 2015

Jom Beli Barangan Bumiputra "Kalau bukan kita, siapa lagi"



Assalamualaikum sahabat2 yg dihormati,

Pejam celik dan nak menyambut hari raya aidil fitri tidak lama lagi. Semua keluarga akan sibuk beli barangan keperluan bagi menyambut syawal tidak lama lagi.


Saya ingin menyaran sahabat2 semua utk bantu tingkatkan ekonomi bumiputra bagi menyambut bulan syawal ni. Kalau bukan kita siapa lagi nak bantu.


Saya mohon jasa baik sahabat2 untuk beli baju raya drpd peniaga bumiputra, servis kenderaan drpd syarikat bumiputra, beli handphone raya drpd peniaga bumiputra dan kalau boleh semua barangan drpd peniaga2 bumiputra.


Saya bangga lihat generasi muda yg kini menjadi peniaga secara online terutama dalam jualan design2 baju yang saya lihat setaraf dengan barangan luar negara. Saya yakin jika kita semua mula beli barangan bumiputra, masa hadapan utk bumiputra berjaya dalam perniagaan akan bertambah terutama buat generasi muda yang sangat kreatif.


Bagi yg nak beli barangan keperluan asas rumah, saya berikan jenama syarikat bumiputra yg wajib kita sokongan dan bantu.

JOM BELI BARANGAN BUMIPUTRA

1. Roti Gardenia (Syed Mokhtar)
2. Beras Jasmine (Syed Mokhtar)
3. Minyak Masak Tiara (FELDA)
4. Minyak Masak Saji (FELDA)
5. Susu Manis Pekat Saji (FELDA)
6. Susu Manis Cair Saji (FELDA)
7. Magge Sajimee Saji (FELDA)
8. Mayonis Saji Mayo Saji (FELDA)
9. Marjerin Pelangi (FELDA)
10. Sos Cili Pelangi (FELDA)
11. Sos Tomato Pelangi (FELDA)
12. Jem Peanut SunBear (FELDA)
13. Sardin Agromas
14. Sardin Pertima
15. Kopi Hang Tuah
16. Bihun Sufi
17. Mi Kuning Sufi
18. Kuey Teow Sufi
19. Garam Sufi
20. Sos Lada Hitam Sufi
21. Sos Cili/Tomato Sufi
22. Kicap Masin/Manis Sufi
23. Tepung Goreng Sufi
24. Minyak Masak Sufi
25. Telur Cap Sufi
26. Ubat gigi Najwa
27. Ubat gigi Halagel
28. Garam Halagel
29. Tepung gandum Cap Bidara
30. Tepung gandum Faiza
31. Jus minuman Safina
32. Syampoo D’herbs
33. Pasaraya Mydin
34. Pasaraya MyMart (kedai keluaran Mydin)
35. Bihun Kampung
36. Burger Ramly
37. Air Mineral Eden
38. Air Mineral Ala Fonte (Mofaz)
39. Beras Faeza
40. Beras Langsat
41. Kicap Adabi
42. Kicap Cap Kipas Udang
43. Minyak Masak Alif
44. Nugget Ayamas
45. Sos Rohaya
46. Sos Adabi
47. White Coffee 9 in1. Raziana Industries. Kalau  pembekal x mau turun harga.Kita beli saja brgan Melayu.Kita buat mcm selepas 13 Mei 1969...keluh kesah taukeh2 Cina bila brgan depa di pulaukan..
KEMPEN TURUN HARGA 1: Melayu ada minyak masak sendiri, kenapa beli minyak masak cina? -LIKE

Ayam halalan toyyibaa...
1. Ayam Hijrah 
2. Ayam Az- zain

Sokong minyak masak Melayu
1. Saji -Felda
2. Tiara -Felda
3. Alif -SimeDarby
4. Olife -SimeDarby
5. Adela Sunflower/Canola -Felda
6. Cap Tiga Udang (Jenis Paket – Felda)

Jom kita sama sama bantu SHARE sebab ramai orang BUMIPUTRA yang masih tak tau produk mereka sendiri dan masih membeli minyak bukan milik BUMIPUTRA.

Semoga usaha kita diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT insyallah.

Saya sekali lagi ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri tidak lama lagi.

"Kalau bulan kita, siapa lagi"

Ikhlas daripada
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia