Showing posts with label Pemuda Selangor. Show all posts
Showing posts with label Pemuda Selangor. Show all posts

Tuesday, August 25, 2015

Pemuda UMNO ke 66 Tahun Dlm Arus Perjuangan


Salam seperjuangan dan sehati sejiwa sahabat2 yang dihormati,


Hari ini 26hb Ogos 2015 genap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ke 66 tahun dalam arena perjuangan politik tanah air.


Pergerakan Pemuda lahir tiga tahun setelah tertubuhnya UMNO iaitu pada 1949. Pada tahun 1946 ia dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan penubuhannya berlaku di perhimpunan agung UMNO yang bersidang di Butterworth pada 26 Ogos 1946. Kapten Hussein Onn telah dipilih mengetuainya.


Sejak itu lahirlah satu tenaga penggerak dan pendorong yang gigih dalam UMNO dan bertindak sebagai tulang belakang dan sayap kanan kepada seluruh perjuangan UMNO hingga sekarang.


Pemuda menjadi pelapor kepada banyak kejayaan yang telah dicapai oleh UMNO dan ramai pemimpin Pemuda kemudiannya mengambil alih tugas-tugas penting dalam kerajaan.


Apabila Hussein Onn dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO, Dato Abdul Razak bin Hussein telah dipilih memegang teraju pergerakan Pemuda. Namun Abdul Razak merasakan bahawa lebih wajar baginya melibatkan diri dalam badan induk parti. Persefahaman telah tercapai bagi dia bertukar tempat dengan Sardon Jubir


Perjuangan UMNO pada masa itu ialah membebaskan Negara dari penjajah British dan Pemuda menjadi penggerak penting. Sardon berjaya mengubahkan cogankata UMNO dari HIDUP MELAYU kepada MERDEKA bagi meniupkan bara kemerdekaan ke dalam diri setiap pemuda dan memilih 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan.


Pemuda UMNO terus dipimpin oleh oleh pemimpin-pemimpin yg terus melakar sejarah perjuangan dalam negara. 

Senu Abdul Rahman, Harun Idris, Syed Jaafar Albar, Suhaimi Kamaruddin, Anwar Ibrahim, Mohd Najib Tun Abdul Razak, Abdul Rahim Tamby Chik, Ahmad Zahid Hamidi dan selepasnya Hishammuddin Tun Hussein Onn.


Sehinggalah pada tahun 2009 apabila YB Khairy Jamaluddin mengambil alih jawatan kepimpinan Ketua Pergerakan Pemuda daripada YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Keberadaan YB KJ dalam saf kepimpinan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO semenjak 2001 dan terus mematangkan perjuangan Pemuda sehingga kini. Dalam menempuh pelbagai rintangan dan cabaran, beliau terus perkukuhkan tekad dalam memastikan perjuangan Pemuda UMNO tetap diteruskan demi Agama, Bangsa dan Tanah Air kita.


Selamat Menyambut Ulangtahun Penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Kali ke-66.

Wednesday, July 15, 2015

UCAPAN RAYE KHAS UTK SAHABAT DRPD TEMAN OGHANG PERAK


Ayo sungei bukan selalunye jeghoneh,
Gitu juge labun teman,
Kapeh pun idok juge nyemedang putih,
Ghopetu juge hati ini.

Langit juge kekadang idok nyemedang bighu,
Ghopetu juge hidup ini,
Jalan pun idok juge selalu lughuih,
Macam tu juge langkoh teman.

Adakalenye jatuh tejeghombab juge,
Mengkalu maap itu boleh diungkap haghi ini,
Meghonjang ape nok nunggu ghaye tiba?
Sedangkan hembusan napeh pun .Kite pun tak penoh tahu bile akan
beghenti.


Ate...bile dikenangkan..Make daghi itu,
TEMAN ingin Mohon Maap bebanyok, Atas Segale dan seknike.....
Kesalahan dan Kekhilafan mawupun 
Kelaku teman buwat....saloh.
yg sengaje & idok sengaje......
yg boleh nyakitkan hati mengkome
......(sedehhhh).......

Jadi teman nak ucap
Sebelum ghemadhan pegi
.. Sebelum aeidul peteghi datang
Sebelum umat islam makin sebuk...lagut....hingke.....dan nyebukkan dighi. 

Sebelum wassap line tak mandang......
Sebelun line tepun tesangkut...sangkut......biyo le teman kabo siap2.....

Dighi ni Teman nama Armand Azha Hj Abu Hanifah anak Perak nak mohon maap...bebanyok ateh semuwe kesalahan...selamat menikmati haghi haghi akhir Ghomadhan.

Mohon le bebanyok doa pada Illahi.
Selamat nyambut haghi kemenangan.....eidul piteghi.....daghi diri teman pada yg mengenali teman... He'eh seadanye ......Maka kitek kosong-kosong yelar.


Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Teman Anak Perak

Wednesday, May 20, 2015

Program Briged Prihatin Dan SAM1M Prihatin utk salurkan bantuan pada 4kanak tanpa ibubapa




Assalamualaikum dan salam 1perjuangan sahabat2 yang dihormati.

Saya mendapat maklumat mengenai kesusahan keluarga ini melalui laman Facebook bila dimaklumkan oleh salah seorang sahabat FB saya puan Azi Alias 2hari lepas.




Setelah mendapat maklumat mengenai keluarga tersebut hari ini Program Briged Prihatin Dan SAM1M Prihatin utk salurkan bantuan pada 4kanak2 yang kurang bernasib baik dimana bapa mrk dipenjarakan dan ibu mereka meninggalkan mereka. Kini kanak2 tersebut dijaga oleh nenek mereka.


Terima kasih pada yg menyumbang barisan Briged Kesatria Muda Malaysia dan Kepimpinan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M) tak lupa sumbangan drpd Sdr Carlos Presiden dan Sdr Kamal Setiausaha "SEDARAH MC" dan Sdr Maisham Ketua Pemuda Kelana Jaya yg sudi bersama2 dalam program ini


Terima kasih sahabat2 sosial media yg sudi support promote program bantuan esok pagi #BrigedPrihatin #SAM1MPrihatin.




Saya bersama Briged Briged Kesatria ke Kediaman mereka di USJ1, Pangsapuri Angsana Block-H. 

4 Orang anak 
Ayah dlm Penjara 
Mak Lari
Sekarang dibawah jagaan nenek.




Perlukan: Susu Lactogen, Biskut, Maggi dll

Dinasihatkan supaya jgn memberi TERLALU banyak sebab takut nanti pihak tertentu menjual stock yg diberi. 



Terima kasih pada yg sudi sponsor barangan utk disalurkan pada mereka. Hanya Allah SWT sahaja yg boleh balas jasa anda. 





Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
#BrigedPrihatin
#SAM1MPrihatin
#LetsServeThePeople
#ILoveToServe

Friday, May 15, 2015

XPDC mendaki Gunung Nuang Briged Kesatria Pemuda Selayang

Assalamualaikum dan salam 1perjuangan sahabat2 yang dihormati.



Saya ingin mengucapkan tahniah pada Sdr Nazri Ketua Pemuda UMNO bahagian Selayang , barisan exco beliau dan pemuda Selayang seramai 150orang yg bersama2 bagi XPDC Briged Kesatria Muda Menawan Gunung Nuang.


Misi bermula pada jam 3.30ptg dtapak checkpoint pertama. Para
peserta diberikan taklimat oleh ketua trekker abg Zali yg cukup berpengalaman mengenai keselamatan dan apa yg perlu dilakukan sepanjang XPDC. 

Peserta dibahagikan kepada 3kumpulan untuk mula pendakian. Kumpulan pertama bergerak pada jam 4ptg diikuti kumpulan kedua pada jam 5ptg dan kumpulan ketiga pada jam 6ptg.

Saya dan sdr Nazri diletakkan pada kumpulan ketiga kerana utk memastikan tiada mana2 perserta tertinggal sebelum tiba di tapak perkhemahan pertama.


Ianya suatu pengalaman yg tidak akan dilupakan oleh saya. Pendakian mengambil masa lebih 2.1/2 jam. Dalam keadaan trek yang agak lembap kerana hujan diawal pagi, ianya tidak mematahkan semangat para peserta utk meneruskan XPDC. Saya nak ucapkan tetima kasih pada sdr Nazri yg begitu konsisten dan prihatin utk berikan motivasi serta semangat pada semua pemuda beliau ketika XPDC. Keadaan dalam hutan pada jam 7mlm sudah gelap tetapi kerana amanah dan tanggungjawap ianya harus diteruskan juga secara berpasukan.


Pasukan kami tida di tapak perkhemahan pada jam 8.30mlm dalam keadaan selamat dan dimaklumkan semua peserta juga selamat sampai. Para peserta terus diarahkan membuat khemah  dan masak bagi makan malam sebelum sessi motivasi dan  perlancaran Briged Kesatria Muda pergerakan pemuda UMNO bahagian Selayang.


Selepas khemah dan makan malam selesai pada jam 9.45mlm selepas ucapanmotivasi oleh barisan kepimpinan pemuda bahagian bermula dengan ucapan Pengerusi Briged Kesatria Muda bahagian Selayang diikuti ucapan pembakar semangat oleh sdr Nazri selaku Ketua Pemuda UMNO bahagian Selayang dimana dimaklumkan daripada 150orang peserta ada lebih kurang 35orang merupakan ahli pemuda UMNO yang baru dan ini merupakan program pertama mereka. Ini merupakan salah satu inisiatif yg baik drpd kepimpinan Pemuda Selayang.

Saya diberikan penghormatan utk berikan ucapan perasmian jentera Briged Kesatria Muda pada jam 10.30mlm. Pemuda2 Selayang walaupun dalam keadaan kepenatan tapi masih mempunyai semangat yg tinggi dan berkobar2 sepanjang ucapan saya.

Saya merasmikan Briged Kesatria Muda Selayang tepat pada jam 11.30mlm dengan laungan "Kita1Hati" , "BrigedGempur" dan "HidupUMNO".
















Sekali lagi saya nak ucapkan tahniah pada kepimpinan pemuda UMNO bahagian Selayang atas program yg cukup berjaya.

Pagi ini mereka akan meneruskan XPDC menawan puncak Gunung Nuang yang akan mengambil masa 4jam perjalanan daripada tapak perkhemahan.

Saya doakan yang terbaik dan kejayaan bagi semua perserta XPDC serta barisan kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Selayang.

Teruskan perjuangan yg belum selesai



Saturday, April 18, 2015

Sport Unite Us As One,


Salam sahabat2 yang dihormati,

Semalam perlawanan diantara dua kelab bola terbaek EPL Chelsea menentang Manchester United.

Sepertimana yg kita tahu, bila sebut team Chelsea nama pemimpin yg konsisten bersama CFC Malaysia adalah Ds Ismail Sabri dimana beliau merangkap penaung CFC Malaysia manakala bila kita sebut team Manchester United selalunya nama yg akan naik pasti Khairy Jamaluddin  (KJ) yang dilihat konsisten dlm sokongan pada Man U baik ketika diatas dan ketika dalam keadaan yg tidak baik kerana beliau berpegang pada konsep SETIAKAWAN.

Seperti mana yang kita tahu kedua2  menteri ini mempunyai aura tarikan tersendiri dimedia sosial. Ini bermula dgn gerakan penyokong team masing2 dimedia sosial yg mahu kedua2 mereka hadir bagi tontonan big screen.

Bermula ngan gerakan fans dimedia sosial akhirnya dijawap oleh Ds Ismail Sabri dimana beliau bersetuju untuk hadir bersama Soljabiru malah mencadangkan lokasi bagi big screen malah telah mencabar KJ utk hadir di media sosial.

Tidak lama selepas itu KJ menerima cabaran tersebut utk hadir bersama Gerakan Evolusi Manchester United Kelab atau singkatanya GEMUK.


   

Kehadiran kedua2 pemimpin bersama fans mereka begitu meriah sejak mula hingga akhir perlawanan dimana dimenangi oleh Chelsea 1-0.

Sikap kedua2 fans menunjukkan semangat  kesukanan yg begitu tinggi walaupun bersaing tetapi apabila wisel penamat dibunyikan kedua-dua fans begitu matang bersalaman dan mengucapkan tahniah pada pemenang perlawanan.

Tahniah saya ucapkan pada kesemua yg hadir terutama fans club yang begitu bersemangat sebelum perlawanan sehingga keakhir perlawanan.

Sekali lagi boleh saya nyatakan bahawa "Sukan Boleh Satukan Negara"

Pada kedua pemimpin yg konsisten bersama FC mereka , Ds Ismail Sabri dan KJ teruskan mendekati generasi muda baik dalam bandar mahupun luar bandar melalui sukan.

Sport Unite Us As One,