Monday, August 31, 2015

Salam Semangat Kemerdekaan Ke 58


Salam kemerdekaan sehati sejiwa ,

Sudah 58tahun negara tercinta kita Merdeka, bebas daripada penjajah.

Jangan hanya Merdeka di taman, tapi bukan dihati kecil kita.

Jangan hanya Merdeka di laungkan,kita bergembira tanpa memikirkan keringat dan kesusahan mencapainya oleh pengorbanan dato nenek kita dahulu

Tetapkan kemerdekaan, aku sanggup mati utk pertahankan selaku generasi pewaris perjuangan yg tanpa noktah. 

Kerana pengorbanan parti keramat UMNO bersama Parti Perikatan kini Barisan Nasional kita merasai kemerdekaan, tak sanggup ku biarkan nya mati.

Jangan kita biarkan semangat cintakan negara tercinta dirobek oleh TANGAN AJAIB yang hanya mahu melihat kehancuran perpaduan yang dicipta serta dipelihara selama 58tahun.

Hati kecil ini senantiasa merindukan 7laungan semangat oleh Tunku Abd Rahman yang menjadi amanah pada generasi seterusnya utk terus membawa obor semangat kemerdekaan ini agar diingati, diresapi, dijiwai dan dihayati.

Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah anak Merdeka, berikrar walau dimana bumi dipijak, walau perbagai cabaran dan perubahan zaman, laungan Merdeka ini akan senantiasa hidup selaku generasi pewaris perjuangan yang cintakan tanah tumpah darahku "Malaysia"

Kalau bulan kita pertahankan semangat kemerdekaan siapa lagi.

Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka Merdeka, Merdeka, Merdeka!🇲🇾

Ikhlas 
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Aku Anak Merdeka
Sehati Sejiwa
31hb Ogos 2015

No comments: