Salam sahabat2 yang dihormati,
Seharian hari ini, saya dapat melapangkan masa bersama pelbagai golongan generasi muda dan pertengahan.
Sessi perbincangan tentang arahtuju masa hadapan bumiputra dalam perjalanan ke arah negara maju. Rata2 menyatakan mengapa kini kepentingan bumiputra khususnya dalam mencapai ekonomi dilihat semakin muram dan samar.
Adakah kini GLC2 dan Kementerian dipenuhi pengarah2 , ketua2 dan eksekutif yang fikiran hanya mengejar keuntungan sahaja tanpa memikirkan kepentingan mendidik dan memberikan peluang pada bumiputra utk melangkah kaki utk bersaing.
Dimana jati diri dan amanah yg diberikan utk menperkasakan bumiputra? Atau kini hanya tinggal laungan sahaja tetapi tiada perlaksanaan dalam membantu generasi2 muda bumiputra baik luar bandar mahupun bandar.
Kini generasi muda bumiputra ramai yang agressif dalam perniagaan2 yang sealiran dengan masa. Perniagaan2 online kini merupakan salah satu cabang perniagaan bumiputra yang kian mengembang, tapi sayang bank2 dan kementerian sukar utk memberikan bantuan pinjaman mahupun latihan perniagaan bagi perniagaan alaf baru ini kerana rata2 yang memegang jawatan diatas masih lagi dalam kepompong minda lama yabg takut akan pembaharuan.
Masih ada lagikan harapan utk memperkasakan bumiputra khususnya bagi orang muda dalam pelan menuju kearah negara maju?
Semoga lebih ramai yg diberikan amanah dlm GLC2 dan Kementerian mempunyai jatidiri perjuangan bumiputra dan islam..
Perjuangan tanpa nokhtar ini adalah peninggalan pejuang2 kemerdekaan yang lalu adakah kita mewarisi amanah mereka atau kita lupakan titik peluh perjuangan mereka.
Jadi pada pemimpin2 yang diamanahkan oleh rakyat memegang jawatan dan kuasa. Jangan kita lupa kenapa kita diberikan amanah.
Kalau bukan kita bantu bumiputra, siapa lagi nak bantu.
Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
-Saya sayangkan perjuangan demi kepentingan anak muda bumiputra-
No comments:
Post a Comment