Monday, January 11, 2016

Selamat Ulangtahun GIATMARA ke 30👍


Kenyataan rasmi
------------------

Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa,

Saya ingin mengucapkan selamat ulangtahun GIATMARA ke 30 terutama buat keluarga besar GIATMARA para pelatih2 baru mahupun lama, para pelajar baru atau pun yang lama yang telah berjaya sebagai usahawan, para wargakerja yang menjadi tulang belakang kekuatan GIATMARA dan pengurusan GIATMARA.

Bermula daripada sebuah harapan serta impian pada 1986 di Kedah , tubuhnya pusat latihan kemahiran yang pertama, kini selepas 30tahun kita telah berjaya melakar sejarah negara dengan 231 buah pusat latihan seluruh negara.

Ribuan telah berjaya diberikan peluang dalam sektor kemahiran, ribuan yang telah berjaya dan kini bergelar usahawan. 

GIATMARA berjaya mencipta pengerak negara khususnya dalam bidang kemahiran.

Saya doakan yang terbaik buat GIATMARA, semoga tahun 2016 merupakan tahun yang baik bagi kita kearah transformasi peremajaan GIATMARA kearah negara maju yang kian hampir tidak lama lagi.

Sama2 kita bangkit bersama untuk mencipta usahawan bagi membanteras kemiskinan khususnya buat bumiputra. Kalau bukan kita bantu siapa lagi. 

Akhir sekali saya selaku Timbalan Pengerusi GIATMARA Malaysia ingin mengucapkan terima kasih pada DS Ismail Sabri Menteri yang dipertanggungjawab menjaga MARA serta seluruh keluarga besar GIATMARA sama2 kita melakar sejarah negara, segalanya bermula disini.

Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Timbalan Pengerusi 
GIATMARA MALAYSIA
#KitaLakarSejarah
#SegalanyaBermulaDisini 

No comments: