Monday, March 14, 2016

Cassandra Chung Kuda Tony Pua!!!


Assalamualaikum dan salam sehati sejiwa sahabat2 yang dihormati,

Petisyen kepada University Of Nottingham utk menurunkan gambar potret YAB Ds Najib oleh Cassandra Chung boleh dikatakan sebuah permainan politik kebencian oleh Pakatan.


Sepertimana yang kita tahu permainan "Political Assassination"ini sudah menjadi nyawa pada Pakatan dengan menguna pakai pelajar-pelajar tanpa memikirkan masa hadapan pelajar.

Lihat sahaja contoh2 sebelum2 ini sudah ada banyak seperti Adam Adli dan ramai lagi anak muda yang tercicir dalam pendidikan kerana permainan politik kotor pakatan.

Kini muncul Cassandra Chung, satu lagi kuda tunggangan DAP. Yang mengeluarkan petisyen kebudak-budakkan untuk menurunkan potret gambar YAB Ds Najib di Nottingham University. 

Pada masyarakat diluar yang tidak mengenali siapa individu ini. Beliau terlibat dalam beberapa siri dalam gerakan pakatan untuk memburukkan imej negara ketika BERSIH diluar negara. 

Dibelakang beliau seperti biasa adalah pimpinan pakatan seperti Tony Pua dan Nurul Izzah. Beliau berasal daripada Petaling Jaya dan mentor ikutan beliau adalah Tony Pua yang memang dikenali sebagai salah seorang ahli politik yang gemar permainan persepsi kebencian.


Cassandra Chung tidak memikirkan kepentingan negara malah lebih suka menjatuhkan imej dan maruah negara kerana kecenderungan ideologi beliau terhadap DAP serta Pakatan. 

Permainan "Political Assassination" ini sudah menjadi asam garam dan nyawa politik Pakatan. Kalau tanpa cara ini mereka tidak akan hidup.

Kepada University Of Nottingham, jangan tunduk pada permainan politik keji Cassandra Chung, kerana beliau hanya alat tunggangan DAP untuk menjatuhkan Perdana Menteri Malaysia.

Saya harap rakyat negara kita buka minda untuk menilai permainan kotor "Pecah dan Perintah" dan "Political Assassination" oleh DAP Pakatan.

Pada YAB Ds Najib, sabar serta istiqamah dalam menghadapi ujian2 ini dan yakinlah pada kekuasaan Allah SWT, mereka yang merancang tetapi yang menentukan adalah Allah SWT.

Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda

No comments: