Thursday, September 14, 2017

Pakatan Sekadar Badut Politik Malaysia


Tertarik saya baca dan lihat sidang media pemimpin pakatan mengenai lawatan YAB Dato Seri Najib Razak ke Amerika , dimana pemimpin pakatan sabagai "BADUT POLITIK"
Boleh dikatakan sejak awal pakatan tidak boleh menerima kenyataan mengenai lawatan rasmi PM bertemu Trump di Amerika.



Pelbagai fitnah, hasutan dan mainan presepsj untuk mengelirukan rakyat telah mereka lakukan termasuk mengunakan pemain media sosial yang dibayar untuk mengelirukan rakyat.
Apa sahaja yang baik untuk imej negara, apa sahaja pelaburan kerajaan yang baik untuk negara, apa sahaja hubungan baik kerajaan dengan negara luar akan senantiasa mendatangkan kegusaran dan ketakutan pada Pakatan, maka itu apa sahaja yang kerajaan buat akan senantiasa mereka bangkang walaupun ianya baik untuk negara.

Saya ucapkan tahniah pada Pakatan Harapan yang dilihat konsisten dan bagus menjadi pembangkang dalam negara. Jadi saya mencadangkan pada rakyat Malaysia untuk terus kekalkan mereka sebagai pembangkang kerana mereka minat membangkang pada PRU14 akan datang.

Rakyat Malaysia teruskan mengundi Barisan Nasional sebagai Kerajaan kerana BN konsisten dalam membina negara Malaysia dan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab.

Pemikir Politik Pakatan Harapan jika kita kaji dan lihat disidang media mereka tak lebih sebagai BADUT POLITIK dan inilah KUALITI PEMIMPIN PAKATAN, SEKADAR BADUT POLITIK

PAKATAN + CARTOON = PAKATOON

Ikhlas
Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
8.30am
15hb Sept 2017
#Pakatoon #PelacurPolitik #BadutPolitik #PakatanPening #PakatanTakDerHarapan #ReadyToRumble #UndiBN #Vote4BN #Focus #Kita1Hati #SetiaBersahabat

Hasil Lawatan DS Najib Ke Amerika Syarikat




14 September 2017

Hasil Lawatan Ke Amerika Syarikat
Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia

1. Alhamdulillah, lawatan saya ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Donald Trump kali ini pada amatan saya, berjaya mengukuhkan lagi _Comprehensive Partnership_ yang telah terjalin antara Malaysia dan Amerika Syarikat pada 2014.

2. Kebetulan, tahun ini kita menyambut kemerdekaan ke-60 tahun dan juga 60 tahun hubungan dengan Amerika Syarikat. Sepanjang tempoh sama, kita telah berkembang hebat, daripada hasil utama kita yakni getah dan biji timah, hari ini kita mengeksport kapital dan bukan sahaja bahan mentah.


3. Dalam pertemuan saya dengan Presiden Trump, beliau telah meminta pandangan Malaysia dalam isu antarabangsa, dan pandangan kita di ambil serius, antaranya isu Korea Utara, isu Timur Tengah, isu Laut China Selatan, malah saya juga telah mempertingkatkan pengetahuan beliau tentang isu Rohingya.

4. Apabila saya jelaskan kepada Presiden Trump mengenai keadaan dan implikasi semasa situasi di sana, beliau telah mengarahkan untuk mengeluarkan satu kenyataan menggesa keganasan terhadap Rohingya dihentikan dan supaya kajian dilakukan untuk bantuan kemanusiaan dihantar.

5. Alhamdulillah, saya tunaikan janji saya kepada rakyat Malaysia dengan mengetengahkan isu Rohingya ini kepada Amerika Syarikat secara amnya dan Presiden Trump secara khususnya.

6. Selain itu, satu lagi indikator atau penanda aras kepada status kita sebagai rakan penting serta _global player_ di arena antarabangsa adalah sambutan*yang diberikan kepada delegasi Malaysia.


7. Misalnya pada mesyuarat delegasi di _White House_, yang turut hadir bersama Presiden Trump adalah kepimpinan _senior_ beliau seperti Naib Presiden Mike Pence, Setiausaha Negara Rex Tillerson, Ketua Turus John Kelly, dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa Malaysia telah berjaya sampai tahap di mana kita menerima pengiktirafan kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

8. Saya juga berpeluang bertemu dengan korporat Amerika, dan daripada pertemuan itu dapat disimpulkan bahawa mereka melahirkan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia, dengan kebanyakan daripada mereka akan menambah pelaburan atau pengambilan pekerja tahun hadapan.

9. Ini menunjukkan bahawa mereka ada keyakinan, dan 63% daripada syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang melabur di Malaysia mengandaikan bahawa keuntungan mereka akan bertambah pada tahun hadapan.

10. Pada masa sama, saya ingin membuat penjelasan mengenai tindakan pembangkang yang memutar belitkan kenyataan seolah-olah kita ingin menyumbang kepada ekonomi Amerika Syarikat tanpa menerima sebarang pulangan daripadanya.


11. Ini tidak betul. Bila kita beli pesawat Boeing misalnya, kita menjadikan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan yang semakin kompetitif. Ini transformasi buat MAS, dan menunjukkan proses rasionalisasi MAS berhasil di mana mereka kini berada di posisi untuk membeli pesawat baharu yang lebih moden, selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

12. Bila kita membuat pelaburan di Amerika Syarikat, sepertimana yang KWSP dan Khazanah lakukan, kita akan menerima pulangan, dan pulangan ini akan balik ke Malaysia, kepada para pekerja dan rakyat Malaysia.


13. Pelaburan kita dalam syarikat-syarikat teknologi tinggi atau _high-tech companies_ pula adalah kerana kita ingin syarikat-syarikat ini nanti jadi milik Malaysia, di mana dari situ kita akan mampu menjana lebih banyak pendapatan di masa hadapan.

14. Konsep pelaburan adalah untuk menjana keuntungan, seperti Amerika Syarikat yang melabur di Malaysia kerana mereka yakin Malaysia adalah pasaran yang semakin berkembang dan kukuh, begitu juga kita melabur di Amerika Syarikat kerana kita yakin mampu bawa pulang keuntungan.

15. Usahlah dengar celoteh, putar belit dan logik sesat pihak pembangkang yang seolah-olah tidak faham bagaimana ekonomi dan pelaburan berfungsi.

16. Dulu kita bawa masuk pelaburan dari China mereka kata kita jual negara, jadi sekarang kita melabur di Amerika Syarikat adakah bermakna kita membeli mereka?

17. Secara tuntasnya, saya anggap apa yang berlaku dalam lawatan ini adalah manifestasi kepada pengiktirafan Malaysia sebagai sebuah negara yang boleh menjadi _global player_, dan bukan sahaja diterima tetapi juga signifikan di mata dunia.



1) NajibRazak.com
https://www.najibrazak.com/bm/blog/hasil-lawatan-ke-amerika-syarikat/
2) NR FACEBOOK
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10154775481725952
3) NR TWITTER
https://twitter.com/NajibRazak/status/908366365513281536

Tuesday, September 12, 2017

Sejarah Hidup Ku


Ada anak muda tanya saya bagaimana nak jadi Exco Pemuda UMNO Malaysia?

Saya tanya balik, kenapa nak jadi Exco Pemuda UMNO Malaysia dan sudah sediakah pikul amanah berat ni?

Dia diam...

Saya jawap :

Nak jadi Exco Pemuda UMNO Malaysia bukan satu perkara mudah kerana harus ada komitment tinggi pada Parti..Harus sedia korbankan masa bersama keluarga, wang ringgit dan masa demi Parti.


Sebelum saya jadi Exco Pemuda UMNO Malaysia aktif diperingkat UMNO Bahagian sebagai Ketua Penerangan diperingkat nasional saya aktif dlm NGO dan merupakan Naib Pengerusi Unit Pidato Pemuda UMNO Malaysia.

Sebagai Naib Pengerusi Unit Pidato, tanggungjawab saya adalah turun ke akar umbi untuk berikan penerangan dan ceramah dibahagian malah terlibat di semua pilihanraya kecil dan pilihanraya negeri Sarawak. Adakala lebih 15hari tak jumpa keluarga kerana galas amanah yg diberikan sebelum jadi Exco Pemuda UMNO Malaysia.



Bila turun ke akar umbi, saya mengunakan pendekatan SetiaBersahabat bersama Ketua2 Pemuda dan akar umbi. Saya konsisten menghormati orang2 lama dan abang dalam parti, dimana sehingga kini hubungan saya berkekalan. Harus senantiasa rendah diri dan terbuka untuk teguran serta kritikan. 
Perkukuhkan rangkaian persahabatan diseluruh negara sebelum menawarkan diri sebagai calon Exco Pemuda UMNO Malaysia dan check respon akar umbi samada ok atau tidak untuk menawarkan diri sebagai Exco Pemuda. Bila respon ok, baru menawarkan diri.


Semasa saya bertanding sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia saya membawa tagline #TeamPisang ( Boleh baca diblog saya pemahaman team pisang di armandpju.blogspot.com ) dan menawarkan diri sebagai "Budak Nakal Pemuda UMNO" dimana saya nyatakan sanggup berpanas, berhujan, sedia ditangkap dan akan terus turun ke akar umbi tanpa protokol dan tolak POLITIK WANG. Ini yang saya bawa sepanjang kempen saya sebagai Exco Pemuda. Yang banyak membantu saya adalah rangkaian politik sahabat2 , abang2 dan otai2 sepanjang berkempen. Saya yakin hubungan SetiaBersahabat ini amat penting dalam politik dimana sehingga akhirnya saya diangkat sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Bila saya diberikan amanah dan tanggungjawab sebagai Exco Pemuda UMNO Malaysia, saya kotakan segala janji saya ketika bertanding dahulu iaitu Budak Nakal Pemuda UMNO. Komitment saya sejak dipinjamkan atau diberikan jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia oleh perwakilan tidak pernah luput sehingga hari ini secara konsisten.


Saya dah laksanakan lebih 452 program sejak 2013-semalam. Diantara pengalaman yang terbaik adalah Banjir 2013-2015 pantai timur, Jurucakap ICAPP (International Conference Of Asian Political Party) di Sri Lanka dan China, Jurucakap di OIC Istanbul Turkey (Humanitarian Mission) Malaysia Cybergames 2015 (Malaysia Book Of Records) , Road To Haj 2016, Jelajah Pendidikan Bumiputera 2016-2017 (Berjaya berikan peluang pendidikan pada bumiputera seramai 100,810 org ditempatkan di IPTA , IPTS dan Institut Kemahiran)
Ini sebahagian sejarah hidup saya...

Dan insyallah saya akan terus galas amanah yang diberikan jika diizinkan oleh akar umbi dimasa hadapan..
Ikhlas
Dato Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
13hb Sept 2017
12.10tghri