Thursday, September 14, 2017

Hasil Lawatan DS Najib Ke Amerika Syarikat




14 September 2017

Hasil Lawatan Ke Amerika Syarikat
Datuk Seri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia

1. Alhamdulillah, lawatan saya ke Amerika Syarikat atas jemputan Presiden Donald Trump kali ini pada amatan saya, berjaya mengukuhkan lagi _Comprehensive Partnership_ yang telah terjalin antara Malaysia dan Amerika Syarikat pada 2014.

2. Kebetulan, tahun ini kita menyambut kemerdekaan ke-60 tahun dan juga 60 tahun hubungan dengan Amerika Syarikat. Sepanjang tempoh sama, kita telah berkembang hebat, daripada hasil utama kita yakni getah dan biji timah, hari ini kita mengeksport kapital dan bukan sahaja bahan mentah.


3. Dalam pertemuan saya dengan Presiden Trump, beliau telah meminta pandangan Malaysia dalam isu antarabangsa, dan pandangan kita di ambil serius, antaranya isu Korea Utara, isu Timur Tengah, isu Laut China Selatan, malah saya juga telah mempertingkatkan pengetahuan beliau tentang isu Rohingya.

4. Apabila saya jelaskan kepada Presiden Trump mengenai keadaan dan implikasi semasa situasi di sana, beliau telah mengarahkan untuk mengeluarkan satu kenyataan menggesa keganasan terhadap Rohingya dihentikan dan supaya kajian dilakukan untuk bantuan kemanusiaan dihantar.

5. Alhamdulillah, saya tunaikan janji saya kepada rakyat Malaysia dengan mengetengahkan isu Rohingya ini kepada Amerika Syarikat secara amnya dan Presiden Trump secara khususnya.

6. Selain itu, satu lagi indikator atau penanda aras kepada status kita sebagai rakan penting serta _global player_ di arena antarabangsa adalah sambutan*yang diberikan kepada delegasi Malaysia.


7. Misalnya pada mesyuarat delegasi di _White House_, yang turut hadir bersama Presiden Trump adalah kepimpinan _senior_ beliau seperti Naib Presiden Mike Pence, Setiausaha Negara Rex Tillerson, Ketua Turus John Kelly, dan sebagainya. Ini membuktikan bahawa Malaysia telah berjaya sampai tahap di mana kita menerima pengiktirafan kuasa besar seperti Amerika Syarikat.

8. Saya juga berpeluang bertemu dengan korporat Amerika, dan daripada pertemuan itu dapat disimpulkan bahawa mereka melahirkan keyakinan terhadap ekonomi Malaysia, dengan kebanyakan daripada mereka akan menambah pelaburan atau pengambilan pekerja tahun hadapan.

9. Ini menunjukkan bahawa mereka ada keyakinan, dan 63% daripada syarikat-syarikat Amerika Syarikat yang melabur di Malaysia mengandaikan bahawa keuntungan mereka akan bertambah pada tahun hadapan.

10. Pada masa sama, saya ingin membuat penjelasan mengenai tindakan pembangkang yang memutar belitkan kenyataan seolah-olah kita ingin menyumbang kepada ekonomi Amerika Syarikat tanpa menerima sebarang pulangan daripadanya.


11. Ini tidak betul. Bila kita beli pesawat Boeing misalnya, kita menjadikan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan yang semakin kompetitif. Ini transformasi buat MAS, dan menunjukkan proses rasionalisasi MAS berhasil di mana mereka kini berada di posisi untuk membeli pesawat baharu yang lebih moden, selain mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

12. Bila kita membuat pelaburan di Amerika Syarikat, sepertimana yang KWSP dan Khazanah lakukan, kita akan menerima pulangan, dan pulangan ini akan balik ke Malaysia, kepada para pekerja dan rakyat Malaysia.


13. Pelaburan kita dalam syarikat-syarikat teknologi tinggi atau _high-tech companies_ pula adalah kerana kita ingin syarikat-syarikat ini nanti jadi milik Malaysia, di mana dari situ kita akan mampu menjana lebih banyak pendapatan di masa hadapan.

14. Konsep pelaburan adalah untuk menjana keuntungan, seperti Amerika Syarikat yang melabur di Malaysia kerana mereka yakin Malaysia adalah pasaran yang semakin berkembang dan kukuh, begitu juga kita melabur di Amerika Syarikat kerana kita yakin mampu bawa pulang keuntungan.

15. Usahlah dengar celoteh, putar belit dan logik sesat pihak pembangkang yang seolah-olah tidak faham bagaimana ekonomi dan pelaburan berfungsi.

16. Dulu kita bawa masuk pelaburan dari China mereka kata kita jual negara, jadi sekarang kita melabur di Amerika Syarikat adakah bermakna kita membeli mereka?

17. Secara tuntasnya, saya anggap apa yang berlaku dalam lawatan ini adalah manifestasi kepada pengiktirafan Malaysia sebagai sebuah negara yang boleh menjadi _global player_, dan bukan sahaja diterima tetapi juga signifikan di mata dunia.



1) NajibRazak.com
https://www.najibrazak.com/bm/blog/hasil-lawatan-ke-amerika-syarikat/
2) NR FACEBOOK
https://www.facebook.com/najibrazak/posts/10154775481725952
3) NR TWITTER
https://twitter.com/NajibRazak/status/908366365513281536

1 comment:

Urgent Loan said...

Do you need personal loan?
Loan for your home improvements,
Mortgage loan,
Debt consolidation loan,
Commercial loan,
Education loan,
Car loan,
Loan for assets.
financialserviceoffer876@gmail.com Whatsapp +918929509036