Monday, May 16, 2011

SYABAS PEMUDA UMNO PERTAHANKAN "ISU PETROL"


Saya Ingin Mengucapkan Syabas Kepada Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Pemuda Umno Memahami Degupan Nadi dan Jantung Rakyat Dalam Isu Kenaikan Harga Minyak RON95.

Pemuda Sarankan Agar Kerajaan Tidak Naikkan Minyak RON95 Pemuda Sarankan Agar Kerajaan Tidak Naikkan Minyak RON95. Syabas Kepada Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia YB Khairy Jamaluddin Dan Pemuda UMNO Kerana Membantu Dengar Rintihan Rakyat.

Pergerakan Pemuda Umno Malaysia hari ini menyarankan agar kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95, sebaliknya mahu kerajaan mencari jalan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi kebajikan rakyat.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya gusar dengan kenyataan Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menggesa rakyat untuk bersiap sedia dengan kemungkinan kenaikan harga minyak RON 95.



Ini kerana menurut beliau usaha-usaha ke arah penjimatan kos pengurusan dan peningkatan produktiviti serta kecekapan Kerajaan haruslah mendahului sebarang langkah pengurangan perbelanjaan fiskal berupa pengurangan subsidi minyak.

“Sebagai contoh, menurut Perbadanan Produktiviti Negara, kos tanggungan bagi memenuhi pelbagai peraturan Kerajaan dalam memulakan sebarang aktiviti ekonomi adalah sebanyak RM17.0 bilion atau 2.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar.

“Jumlah kos peraturan dan pematuhan ini adalah 21 kali ganda lebih banyak daripada hasil penjimatan daripada pengurangan subsidi ke atas komoditi gula dan barangan berasaskan minyak pada Julai 2010 dan 14.4 kali ganda bagi tindakan yang sama pada Disember tahun lalu.

“Oleh itu, Pemuda UMNO menyarankan agar usaha-usaha ke arah penjimatan bestari melalui kecekapan operasi seperti di atas disamping tindakan bagi meningkatkan nilai (unlock the value) aset dan sumber pendapatan negara di terokai dengan serius dan dilaksanakan terlebih dahulu, sesuai dengan cogan kata 1Malaysia yang sentiasa mendahulukan rakyat dari segi kepentingan, kebajikan dan hal ehwal mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.



Pada masa yang sama, tegas beliau lagi sungguhpun statistik terkini bagi harga barangan pengguna menunjukkan kadar inflasi 3.0 peratus pada Mac 2011 berbanding bulan yang sama tahun lalu, namun perinciannya menunjukkan bahawa barangan makanan bukan alkohol mencatat kenaikan yang lebih tinggi iaitu 4.7 peratus.

“Selanjutnya, jika diteliti kepada pecahan kecil bagi barangan makanan bukan alkohol ini, daging mencatat kenaikan 7.6 peratus, susu dan telur 7.9 peratus, sayur-sayuran 11.4 peratus, gula, jem dan barangan manisan 10.9 peratus, buah-buahan 6.8 peratus dan ikan serta hasil laut 3.8 peratus – yang mana kesemuanya melampaui kadar purata inflasi 3.0 peratus yang dicatatkan.

“Malahan dalam isu ini, Asian Development Bank juga telah membuat kenyataan pada akhir bulan lalu bahawa sepanjang dua bulan pertama tahun ini sahaja, harga bagi barangan makanan dunia telah meningkat sebanyak 30 peratus dan dijangka akan berterusan,” katanya.



Sehubungan itu, katanya pergerakan itu mendesak agar Kerajaan tidak menaikkan harga minyak RON 95 dan menyeru agar tindakan ke arah penjimatan bestari dan penerokaaan usaha bagi meningkatkan nilai aset dan hasil dilaksanakan terlebih dahulu demi memastikan kebajikan dan kepentingan rakyat semua.

TAHNIAH SEKALI LAGI KEPADA YB KHAIRY JAMALUDDIN DAN PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA DALAM PERJUANGAN BAGI RAKYAT. PERJUANGAN UMNO PERJUANGAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB, BUKAN PERJUANGAN LAUNGAN RETORIK YG CAKAP2 TAPI ABUK PUN TIADA..TERUSKAN PERJUANGAN KITA YANG BELUM SELESAI PEMUDA UMNO

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

pertahankan generasi baru...






Politik BN Politik Setan - Undi BN Undi HARAM. Adik2 wajib sebarkan kpd mak ayah dan kawan2. Sayang adik :-)
>>>http://Blog1Malaysia.blogspot.com/<<<