Selesaikan segera masalah dalaman – TPM"
PETALING JAYA 17 Mei – Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa semua pimpinan UMNO di peringkat bahagian, cawangan dan sayap menyelesaikan segera masalah dalaman yang wujud selepas beliau mendapati masih terdapat bahagian-bahagian UMNO dibelenggu dengan isu tersebut.
Timbalan Perdana Menteri berkata, semua pihak terbabit perlu mengambil serius berhubung perkara tersebut kerana Pilihan Raya Umum Ke-13 mungkin boleh diadakan pada bila-bila masa.
Beliau berkata, meskipun sokongan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah mula kelihatan, namun ia belum cukup kuat dan meyakinkan apatah lagi dalam situasi beberapa bahagian UMNO tidak menunjukkan perubahan seperti yang diharapkan.
"Apa yang saya katakan ini adalah hasil daripada tinjauan saya di beberapa bahagian UMNO di seluruh negara. Kesimpulannya ada bahagian, cawangan mahupun sayap berhadapan dengan masalah. Keadaan mereka masih sama."
Kita harus sedar selepas ini kita akan berhadapan dengan pilihan raya umum. Memang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak belum memberi isyarat dan tidak membisik apa-apa kepada saya, tetapi ingat pilihan raya mungkin boleh diadakan esok, mungkin beberapa bulan lagi dan mungkin juga sebelum 2013,'' katanya.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara 2011 di Kota Damansara dekat sini hari ini.
Turut hadir Ketua UMNO bahagian itu, Datuk Ikhwan Salim Sujak serta barisan kepimpinan yang lain.
Muhyiddin berkata, setiap pemimpin di semua peringkat perlu sedar bahawa keutamaan perjuangan harus diletakkan kepada kepentingan rakyat dan bukannya atas sebab lain.
''Sebagai pemimpin politik, kita perlu mendampingi rakyat, kita perlu mendengar rintihan rakyat dan apa yang lebih penting kita perlu menyelesaikan setiap masalah rakyat,'' ujarnya.
Dalam pada itu, Muhyiddin turut mengingatkan setiap parti komponen BN supaya bekerja keras bagi menebus kekalahan di kerusi yang sebelum ini dimiliki BN seperti Petaling Jaya Utara.
Katanya, sejak dahulu lagi BN mengamalkan konsep perkongsian kuasa dan atas dasar itu semua parti komponen termasuk UMNO perlu memperkukuhkan kerjasama dengan misi untuk menawan semula kawasan-kawasan yang dirampas oleh pembangkang.
''Sebagai contoh, kerusi Petaling Jaya Utara adalah milik MCA dan sebagai rakan dalam BN, UMNO akan bekerja keras membantu MCA merampas kembali kerusi ini daripada DAP.
''Bagi kerusi yang ditandingi oleh UMNO, semua parti-parti komponen akan membantu bagi memenangkan calon yang bertanding. Ini adalah formula yang telah lama diamalkan oleh BN,'' katanya.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri berkata, faktor berlakunya angin perubahan di kalangan rakyat yang kembali menyokong UMNO serta BN adalah disebabkan program transformasi yang luar biasa diilhamkan oleh Perdana Menteri.
Beliau berkata, ini disebabkan program-program tersebut menjurus kepada usaha menaikkan taraf hidup rakyat secara langsung
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
1 comment:
Yup...dalaman bocor mcmne nak kapal nak belayar
Post a Comment