Info@SAM1M
Salam sahabat2 yang dihormati..
Apa pandangan, cadangan dan komen tentang kepentingan Projek Perumahan Rakyat Tempatan (PPRT) khususnya bagi anak2 muda yg baru mendirikan rumah tangga serta keluarga bumiputra yg tinggal di bandar2, Boleh saya dapatkan maklum balas tuan2 semua.
Saya Dan NGO Suara Anak Muda 1Malaysia ingin mengambil isu ini secara serious demi kepentingan bumiputra berpendapatan rendah di Bandar demi kebajikan generasi akan datang..
Pelbagai pandangan yang saya perolehi mengenai isu ini.
"Pada pendapat saya pemilikan rumah amat penting...bukan bagi rakyat tapi kesanya kepada kesinambungan pemerintahan yang sedia ada sekarang...semakin mudah pemilikan rumah bagi bumiputra dikawasan bandar bermakna semakin mudah kita memecah komposisi kaum di bandar yg lebih dikuasai kaum cina...pembinaan rumah kos tinggi yg meriah di kawasan bandar banyak mempengaruhi komposisi kaum kerana realitinya tak ramai kaum bumiputra terutamanya golongan muda mampu membeli rumah di bandar...jadi isu pemilikan rumah untuk bumiputra muda perlu diambil serius" Sdr Noorazman Shamsuddin.
"Ada dua perkara yg boleh diutarakan.. 1. PPRT seakan menjadi sinonim dgn bumiputera seprtimana kita boleh lihat org cina beli banglo, melayu duduk PPRT. 2. Harga rumah sepatutnya dikawal terumatama di kawasan2 bandar yang mana kita tahu développer yg control harga" Sdr Khairuddin.
"Mungkin ramai yang tak tahu nak apply PPRT. Apa kata dipermudahkan cara untuk memohon PPRT. Byk faedah dan kelebihan PPRT khususnya bagi anak muda berkeluarga di bandar" Sdr Shamsul Akmal.
"Lokasi & berhampir dengan kemudahan penting. Harga mesti mampu dibeli oleh rakyat tapi quality & keselesaan wajib ditingkatkan. Kerajaan harus membantu kali ini daripada memberi imbuhan berbillion kepada musuh yang tak meyokong dan berterima kasih pemberian kerajaan selama ini. Beri kemudahan sebanyak mungkin kepada Melayu supaya benih dan anak cucu kita hidup dalam lingkungan selesa dan boleh mencapai kejayaan serta kompetitif! dan berdaya saing & maju ..!" Sdr Mahzan
"Dan bukan shj hanya pd PPRT, malah perumahan utk middle income, harga sekitar bwh 350k" Sdr Munir
"It is time for government to interfere to protect the people (Malay) di bandar2. Unless top leader sudah kena sumbat mulut dgn tauke2 konglomerat property" Sdr Halim
"Kebanyakan rakyat berpendapatan rendah.. klu gaji 2-3k x cukup nak tampung keluarga maka PPRT ini amat penting" Sdr Remy Ibnu
"Susah nk dpt even dh apply, bos..payah klau dh smua nk pakai kabel kroni bagai." Sdr Long
"Perlu lg ker pandangan dan komen? Lg terang dan bersuluh masalah ini..adalah lebih baik kerajaan BN mengambil tindakan dalam skala yg besar..kerana jikalau tidak mengambil tindakan dlm skala yg besar,kelak akn bawak padah BN dan UMNO khususnya. Kapasiti melayu di kwsn bandar semakin kurang dan semakin pupus maka ini akn menjurus lemahnya kuasa UMNO di kwsn bandar. Secara hakikatnya pon, UMNO hanya relevan di kawasan kampung dan bukannya bandar pada waktu sekarang. Golongan melayu semakin ditolak ke luar bandar secara perlahan-lahan. Nanti sampai suatu masa, dh x tau mana lg nk tolak dan campak org melayu kita ni kalau tiada kawalan harga hartanah. Anak muda semakin kecewa dan kecewa utk survival di bandar. Org muda zaman sekarang adalah golongan muda yg paling tertekan dari sudut kemampuan kewangannya. Penat baca surat khabar kdg-kdg NGO hanya mampu mendesak kerajaan buat itu ini tp takat itu sahaja tindakan yg dibuat." Sdr Fitri Yahya
"Dalam hidup ini rumah merupakan satu kemestian. Kita tiada pilihan berbanding keperluan lain spt kereta, pakaian. Begitu juga makanan. Bayangkan jika purata gaji 2k duduk di bandar2 besar adakah mampu untuk membeli rumah??? Biarlah realiti dari berfantasi dan retorik semata" Janal Bahari
"Cadangan saya:
1. Kadar harga biar sekurang2nya separuh dari harga pasaran mengikut bandar.
2. Deposit 10% jika perlu boleh dibayar secara ansuran. (Sebaiknya minimumkan deposit atau hapuskan).
3. Tapak projek/perumahan dilengkapi prasarana asas seperti surau, balai rakyat, tadika/pusat asuhan.
4. Permohonan melalui badan yg lebih telus.
5. Pengurusan pembahagian lot melalui badan yg telus td bukannya pemaju kerana boleh berlaku 'isu simpan lot" Dr Israfil
"Begini : Bagaimana bagi mereka2 yg kurang berkemampuan, gaji purata sebulan bawah RM1,500-00, mempunyai keluarga dan bukan bekerja Tetap,adakah solusi untk kita membantu mereka yang betul2 berhasrat untk membeli rumah dan memandangkan syarat2 pinjaman yg terlalu ketat sehinggakan ada dikalangan mereka hanya mampu menyewa bilik2 kecil disekitar Ibu Kota" Rakyat Perihatin
"Jika sebelum ini kerajaan melancarkan skim rumah pertama (PRIMA) untuk bumiputra yang b'pendapatan rm3000 kebawah untuk memiliki rumah pertama. Apa kata jika kita bina rumah kos rendah untuk belia2 yang baru memulakan hidup di bandar. Tak mungkin belia yang baru berhijrah ke bandar untuk bekerja mampu untuk memiliki rumah sendiri dalam tempoh 3 tahun terdekat. Jika kereta, kita mampu wujudkn skim graduan untuk m'bantu graduan yang baru mula bekerja untuk memiliki kereta sendiri. Kenapa tidak kita gunakan cara yang sama untuk memliiki rumah. Sekarang ni jangan kata kos untuk memiliki rumah terlalu tinggi, kos untuk menyewa rumah pun sudah dianggap tinggi. Itu sebab kebanyakan anak muda sekarang lebih suka tinggal dikampung bersama keluarga dari berhijrah ke bandar untuk meningkat taraf hidup daripada seorang anak kampung menjadi seorang yang berjaya dibandar." Sdr Andy
"Demi Kepentingan Kerajaan dan Bumiputera projek PPRT perlu diteruskan. Keseimbangan kaum di Bandar perlu diambilkira memandangkan ekonomi kaum Bumiputera masih jauh jika hendak dibandingkan dgn kaum Cina dan India...Kerajaan juga perlu membantu dari segi ekonomi kaum Bumiputera supaya kaum Bumiputera juga dpt menikmati kemajuan seiring dgn Kemajuan sekarang. Jika kerajaan terlepas pandang dgn ekonomi kaun Bumiputera. PRU13 telah menunjukkan bagaimana kekuasaan kaum Cina menguasai bandar2 diMalaysia...hanya 2 negeri sahaja masih mengekalkan parti kerajaan iaitu Johor Bahru dan Arau...saya setuju Projek Perumahan Rakyat Tempatan(PPRT) harus dilaksanakan" Sdr Zaini Sinong
Terima kasih pada yang memberikan sokongan serta pandangan dalam isu ini..Saya harap sahabat2 semua boleh terus salurkan maklumat tentang pandangan dan cadangan ke email saya armandpju@gmail.com
Suara anda suara perubahan masa hadapan negara. 1 NADI , 1 HARAPAN , 1 SUARA....
Armand Azha
Pengasas
Suara Anak Muda 1Malaysia.
No comments:
Post a Comment