Briged Kesatria Muda ditubuhkan atas satu rasa amanah dan tanggungjawab untuk menjadikan anak muda sebagai pemangkin perubahan negara yang menekan semangat partiotik.
Briged Kesatria Muda atau nama singkatannya KESATRIA adalah generasi penerus bangsa, dengan semangat jiwa yang membara, anak muda selalu menuntut perubahan yang dianggotai oleh yang mempunyai semangat patriotik terhadap negara. Hal itu dapat membuat negara menjadi lebih baik atau lebih buruk. Anak muda punya kemampuan untuk menciptakan sejarah. Anak muda punya jiwa besar dalam terwujudnya idealisme anak muda. Anak muda berani .
Teras Kesatria Muda
1) Hal Sukarelawan
2) Hal Misi Kemanusiaan
3) Hal Gerak Gempur
4) Hal Jentera Bermotor
5) Hal OPS Pemuda
Ini Adalah 5 Teras Utama KESATRIA
Lalu setelah 57 tahun Malaysia merdeka. Krisis reformasi yang melanda negara ini, menjadi awal sebuah negara dengan kekayaan alam yang melimpahi. Dari awal 1998, sejak era baru mulai terlihat niat-niat busuk yang meracuni jiwa anak muda untuk membencikan sejarah negara, nak menukarkan sejarah negara kerana agenda peribadi. Di sini KESATRIA akan memainkan peranan bagi menanamkan jiwa cintakan negara tercinta.
Kesukarelawan adalah suatu nilai dan amalan yang murni. Malahan, dalam hal-hal dan keadaan-keadaan tertentu, kesukarelawan dianggap suci. Kerana itulah, setiap yang terlibat dalam kerja-kerja dan program-program kesukarelawan,sama ada secara individu ataupun secara berkumpulan, sama ada secara sistematik ataupun tidak, dan sama ada sumbangannya itu adalah besar ataupun kecil, ia dianggap sebagai kerja dan program yang terpuji.
Kesukarelawan juga adalah satu daripada nilai yang disanjung tinggi yang telah memungkinkan manusia terus hidup secara bermasyarakat dan berkongsi erti keberkawanan dan kemanusiaan dalam maksudnya yang sebenar, dari dahulu hingga sekarang, dan diyakini akan sampai bila-bilapun
KESATRIA akan mendidik anak-anak muda mempunyai semangat sukarelawan di kalangan anak-anak muda, belia, adalah insan-insan berbudi, yang sebahagiannya tidak dikenali, kerana tidak diberi atau tidak mencari publisiti, yang telah menaburkan dan meninggalkan kesan abadi yang tidak terhitung banyaknya di tengah-tengah kehidupan manusia, sama ada sebagai pengongsian manfaat dan nikmat, perintis perkhidmatan, penggerak kesedaran, penyambung suara rakyat dan sebagainya.
KESATRIA ini bergerak mendekati akar umbi secara terus untuk mencari dan membawa ahli-ahli pemuda dalam semangat setiakawan dan menanamkan semangat berani dalam menghadapi pakatan pembangkang di peringakat akar umbi dikenali jentera Gerak Gempur KESATRIA PATRIOT
KESATRIA akan ketengahkan pemimpin-pemimpin muda dan komuniti dalam kawasan untuk jadikan mereka sebagai ikon masyarakat yang membawa semangat sukarelawan berani
KESATRIA menyediakan lapangan yang luas bagi mereka mahu bangkit membela kebenaran, keadilan dan apa jua teras perjuangan yang mendasari kesarwajagatan agama, bangsa dan negara. Sekian lama anak muda tidak diberikan pentas untuk memberikan khidmat ,bercakap dan bersuara dari ruang yang mampu mengubah dogma dan paradigma rakyat.
Soalnya, apakah hari ini ruang yang sejarah asalnya ikhlas, bersih dan sihat dalam membela dan menegakkan hak rakyat telah digendangkan oleh pemalu yang benar-benar jujur berjuang kerana bangsa dan negara? Sudah tiba masanya, KESATRIA sebagai Gerakan Pemuda UMNO yang gah ke hadapan mempromosikan budaya yang sihat dan positif.
Sudah berkumandang suara muda mahukan anak-anak muda kembali berani bersuara. Suara anak-anak muda ini lazimnya segar, bertenaga, sarat dengan idea, futuris, ikhlas dan berani. Justeru, potensi dan bakat yang dimiliki oleh golongan ini perlu diserlahkan dan digilap agar pesona sebenar orator politik negara
Sudah berkumandang suara muda mahukan anak-anak muda kembali berani bersuara. Suara anak-anak muda ini lazimnya segar, bertenaga, sarat dengan idea, futuris, ikhlas dan berani. Justeru, potensi dan bakat yang dimiliki oleh golongan ini perlu diserlahkan dan digilap agar pesona sebenar orator politik negara
Tulen mampu membajai semangat juang anak bangsa yang lain. Namun, kemahiran retorik dan bersuara ini perlu diterapkan dengan prinsip, kaedah dan pengamalan yang betul supaya pengaruh yang wujud dari ruang ucapan itu mampu membawa keadilan yang sebenar.Memberi keyakinan kepada anak muda supaya berani melontarkan pandangan dan pendapat mereka berhubung sesuatu isu
Strategi
KESATRIA akan digerakan bermula diperingkat Nasional,
Negeri dan Bahagian. KESATRIA juga akan mendekati
sahabat-sahabat NGO dengan membina rangkaian KESATRIA yang efektif.
Mengenal pasti AHLI-AHLI PEMUDA atau ATAS PAGAR yang mempunyai
minat dalam gerak kerja KESATRIA. Pihak KESATRIA akan mengemaskini
data data Jentera sukarelawan bagi persiapan menghadapi PRU14.
KESATRIA akan menbahagikan skop gerak kerja bagi menghadapi PRU14.
1.BRIGED KESATRIA MUDA SUKARELAWAN MUDA
2.BRIGED KESATRIA MUDA GERAK GEMPUR PATRIOT
3.BRIGERD KESATRIA MUDA BERMOTOR
4.BRIGED KESATRIA MUDA MAHASISWA
5.BRIGED KESATRIA MUDA BELIA
6.BRIGED KESATRIA MUDA MAYA
“Tiap-tiap seorang daripada kamu adalah
pemimpin, Justeru kamu bertanggungjawab terhadap mereka yang diletakkan dibawah
kamu. Ketua negara adalah bertanggungjawab dari hal rakyatnya. Ketua keluarga
adalah pemimpin kepada keluarganya dah akan ditanya hal kepimpinannya, wanita
adalah pemimpin dirumah suaminya dan ia bertanggungjawab dari segala perkara
yang diletak dibawah jagaannya…. Tiap-tiap seorang daripada kamu adalah
pemimpin. Justeru itu kamu adalah bertanggungjawab terhadap mereka yang diletak
dibawah pimpinan kamu”
Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim
Pada yang berminat untuk berikan khidmat sukarelawan dan barisan hadapan Pemuda UMNO sila hantarkan butiran peribadi anda kepada Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Di :
brigedkesatriamuda@gmail.com
Laman rasmi Facebook :
Briged Kesatria Muda
Instagram :
brigedkesatriamuda
No comments:
Post a Comment