Monday, April 13, 2015
UMNO, rapatkan saf dan barisan demi institusi
Saturday, April 11, 2015
KWSP Biol? Ingat Asas Penubuhan..
Monday, April 6, 2015
Siapa Kata UMNO Tak Demokrasi?
Sunday, April 5, 2015
Jentera Briged Kesatria Muda , Jentera Akar Umbi
Salam Sahabat2 Yang Di Hormati,
Alhamdulillah Syukur Minggu Ini Telah Melancarkan Jentera Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Di Peringkat Bahagian2.
Setakat Hari Ini Jentera Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Sudah Di Gerakkan Di Negeri2 Di Semenanjung Mahupun Sabah.
Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Setakat Hari Ini Sudah Turun Lebih 89 Bahagian Seluruh Negara Dan Akan Terus Ke Bahagian2 Lain Utk Gerakkan Jentera Briged Kesatria Muda.
Minggu ini bermula seawal 5pagi pada hari Sabtu pelepasan jentera Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Subang bagi program XPDC mendaki Gunung Nuang Bersama YB Halimaton ADUN Kota Damansara.
Selesai program di bahagian Subang , saya bersama team Briged Kesatria Muda bertolak ke Pulai Johor dan Kem Bina Negara Bukit Pulai Johor bagi menghadiri retreat pergerakkan Pemuda UMNO bahagian Hulu Langat.
Saya hadir bagi memberikan taklimat mengenai Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO dan merasmikan jentera Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Hulu Langat.
Alhamdulillah , respon yang cukup baik oleh barisan pemuda Hulu Langat dibawah kepimpinan Sdr Halim selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian.
Selesai program di Johor, saya terpaksa balik kembali ke Kuala Lumpur kerana jemputan program oleh Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat pada hari Ahad jam 9pagi yang akan dihadiri oleh YB Khairy Jamaluddin.
Saya bertolak seawal 7.30pagi drpd rumah saya bersama sahabat saya sdr Hafiz AKA Pet ke Kuala Langat.
Saya selamat sampai di check point pertama di Plaza Tol SKVE Panglima Teluk Garang utk bersama jentera konvoi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat pada jam 8.30pagi.
Konvoi menunggu ketibaan YB Khairy Jamaluddin utk bersama di Program Perlancaran Jentera Bermotor Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat.
Sementara menunggu , sahabat2 kepimpinan Pemuda UMNO Negeri Selangor hadir utk berikan sokongan bermula ngan kehadiran Sdr Norazli Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sepang Bersama rombongan beliau, Sdr Ustaz Syuhaidi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kapar Bersama Rombongan Beliau dan Diikuti oleh Kehadiran Ketua Pemuda UMNO Negeri Selangor Sdr Zainuri tidak lupa rakan Exco Pemuda UMNO Malaysia Sdr Ibdil yg turut bersama.
Setibanya YB Khairy Jamaluddin kami Mengiringi beliau bersama jentera Bermotor ketapak program.
Bermula ngan lawatan ketapak sukan ekstrem paragliding, sukan downhill basikal dan sessi bertemu ngan pengiat2 sukan tersebut.
Kemudian YB Khairy Jamaluddin bersama saya berada ditapak perasmian Jentera Bermotor Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat yang diiringi kepimpinan Negeri Selangor, Bahagian dan Pusat.
Selesai perlancaran YB KhairyJamaluddin bersama2 jentera bermotor berkonvoi ke lokasi tapak program seterusnya.
Tapak program SRCC Kuala Langat pelbagai booth dan sukan diadakan baik bolasepak, futsal, seni pertahanan diri, pameran kereta2 modified dan sukan bina badan. Program yg berjaya dan padat ngan kerjasama pelbagai pihak.
Tahniah sekali lagi pada semua yg melaksanakan program khususnya utk memperkukuhkan institusi pemuda seluruh negara.
Sama2 kita galaskan amanah dan tanggungjawab sebagai pemimpin muda parti utk terus kehadapan dan menghadapi cabaran survivor melayu dln negara.
Friday, April 3, 2015
Kerajaan Perlu Tegas Isu GST
Info@KesatriaMuda
Saya mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan NGO Suara Anak Muda 1Malaysia ( SAM1M ) rasakan pihak kerajaan harus tegas dalam isu GST yg dikenakan oleh pihak Telco dlm negara.
Perkhidmatan prabayar Telco boleh dikatakan lebih 90% merupakan golongan muda dalam negara. Pada saya sebagai syarikat Telco yg bertanggungjawab terutama dlm kepentingan sosial.
Kadar kad prabayar harus kekal pada kadar sedia kala bukannya dinaikkan walaupun cadangan memberi airtime lebih atau sebagainya. Sebagai penguna adalah mudah jika ianyanya kekal pada kadar lama jika rm10 maka kekalkan bukannya dinaikkan ke rm10.60 sepertimana yg dicadangkan oleh syarikat Telco. Kerajaan harus tegas dalam isu ini demi kepentingan golongan muda serta rakyat yg berpendapatan tengah kebawah.
Saya juga ingin mencadangkan pada pihak kerajaan kadar GST yg dikenakan oleh Bank harus bermula pada kadar rm10,000.00 Keatas tiap pengeluaran bukan dikenakan pada pengeluaran dibawah rm10,000.00 , kerana bagi saya rakyat dibawah majoriti mengeluarkan wang bagi kegunaan diantara rm50-rm300 sehari. Maka bagi saya tidak wajar GST dikenakan pada yg mengeluarkan wang dibawah rm10,000.00.
Satu lagi isu yg harus diamik penyelesaian masih ada lagi kedai2 dan hotel meneruskan service charge disamping GST. Kerajaan harus tegas dalam isu ini samada service charge itu kekal atau dimansuhkan agar rakyat mendapat penjelasan yg terang.
Kalau ikutkan banyak lagi yg perlu di tambah baikkan dlm perlaksanaan GST ini.
Saya harap pemantauan yg konsisten harus dijalankan oleh pihak yg bertanggungjawab agar golongan peniaga tidak mengambil kesempatan dlm isu GST ini. Pihak Menteri yg dipertanggungjawabkan harus tegas demi kepentingan rakyat seluruh negara.
Berkata benar walaupun pahit. Berani kerana benar utk kepentingan rakyat.
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda Malaysia















































