Wednesday, June 9, 2010

Perkasa Desak Hak Milik Tanah Kg Bharu Kekal 100% Milik Melayu


Kampung Baru kekal 100% milik Bumiputera

June 09, 2010 KUALA LUMPUR, 9 Jun – Kerajaan memberi jaminan kawasan Kampung Baru akan kekal 100 peratus milik Bumiputera manakala pembangunan hartanan berdasarkan nisbah 60:40 antara Bumiputera dan bukan Bumiputera di kawasan itu hanya cadangan.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kerajaan tidak memaksa pemilik tanah Kampung Baru untuk menerima cadangan membangunkan hartanah berdasarkan kuota 60:40 bagi Bumiputera dan bukan Bumiputera.

"Kerajaan memahami kebimbangan penduduk Kampung Baru terhadap isu nisbah 60:40 ini dan kerajaan memberi jaminan bahawa kawasan berkenaan akan kekal 100 peratus milik bumiputera tetapi pembangunan komersial mungkin boleh dipertimbangkan untuk dibuka kepada bukan bumiputera.

"Sebarang pembangunan di Kampung Baru perlu mendapat persetujuan daripada pemilik dan cadangan bukannya muktamad," katanya.

Raja Nong Chik berkata berkata kerajaan juga tidak akan menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk meneruskan pembangunan Kampung Baru kelak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama), Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) bagi membincangkan mengenai pembangunan Kampung Baru di ibu pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini.

Turut hadir pada perbincangan itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Bakaruddin Othman, Presiden Perdasama Datuk Izat Emir, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali dan Setiausaha Agung GPMS Zambri Mohd Isa.

Raja Nong Chik berkata NGO yang terlibat dalam perbincangan itu bersetuju dengan rancangan pembangunan Kampung Baru dan mahu dibangunkan secara komprehensif tanpa menjejaskan pemilikan tanah milik bumiputera.

Raja Nong Chik berkata beliau akan berjumpa dengan persatuan-persatuan yang mewakili pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru minggu depan untuk mendapat pandangan serta memberi penjelasan terperinci mengenai cadangan pembangunan Kampung Baru.

Selain itu, katanya, kementerian itu juga akan mengadakan kaji selidik menerusi satu sesi undian penduduk Kampung Baru yang mungkin berlangsung tahun depan.

Raja Nong Chik berkata Perbadanan Pembangunan Kampung Baru, yang akan bertanggungjawab untuk melaksana dan menyelia pelan pembangunan semula kawasan itu, perlu ditubuhkan dahulu dan ia dijangka diwujudkan tahun depan.

Mengenai cadangan bekas Datuk Bandar Kuala Lumpur Tan Sri Elyas Omar iaitu syarikat berkaitan kerajaan (GLC) boleh memainkan peranan membangunkan Kampung Baru bagi memastikan hak pemiliknya terpelihara, beliau berkata Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Haji dan Pemodalan Hartanah Berhad telah dikenal pasti oleh kerajaan untuk melaksanakan tugas itu.

Kampung Baru mempunyai keluasan 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian tanah yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada Mac 2007 yang melibatkan keluasan 54.4 hektar di kawasan itu menetapkan kadar RM270 ke RM300 per kaki persegi bagi tanah kediaman dan RM500 ke RM600 per kaki persegi bagi tanah perdagangan.

Sunday, May 23, 2010

Hari Damai Bumiputra Negara


Asskum rakan2 yg saya hormati,


Jika kita lihat dan kaji apa yg berlaku kini diluar atau didalam media serta internet2, perpecahan diantara kaum melayu kian membimbangkan. Kita bole lihat pelbagai kutukan, cemuhan, hinaan, tuduhan, fitnah dan pelbagai lagi yg berlalu.


Kenapa ini semua berlaku, tidakkah kita sedar perpecahan ini tidak akan menguntungkan sesiapa tetapi hanya akan merugikan diri kita sendiri sahaja. Saya lihat ini semua berlaku kerana ketabsuban kepada pegangan masing2 terhadap parti politik sehingga sanggup bercakaran antara satu sama lain.


Akibat kita bertelagah antara satu sama lain, golongan2 yg tak bertanggung jawab sudah mulakan gerakan utk menganggu gugat hak dan kepentingan bumiputra. Adakah kita tidak sedar gerakan ni sudah bermula, mereka mengunakan bumiputra sesama sendiri bertelagah dan mempertikaikan satu sama lain, secara diam2 mereka sudah mula mengaturkan langkah utk mencapai cita2 mereka utk hapuskan kuasa org2 Bumiputra dinegara.


Saya merasakan satu tindakan segara harus diambil oleh semua pihak utk kembali bersatu dlm mempertahankan hak dan kepentingan bumiputra, sebagai langkah pertama saya ingin mencadangkan:


" 1Hari Damai Pribumi" cabaran dimana semua kaum pribumi berhenti bertelagah antara satu sama lain dan tanamkan semangat patriotik dimana semua kaum pribumi wajib memakai pakaian tradisional Bumiputra masing2 seharian tak kira kepejabat, pasar,rumah, didalam negara, diluarnegara dan sebagainya.Satu hari kita cuba tidak bertelagah antara satu sama lain, saya yakin bila 1hari ini menjadi kenyataan , kita cuba tanamkan semangat ini berterusan sehingga bila2..
Tidak bermakna jika kaum bumiputra bersatu kita dianggap perkauaman
ini kita harus paham , kaum bumiputra tidak pernah menganggu gugat kepentingan kaum2 lain seperti mana yg sudah termaktub didalam perlembagaan negara
bila bumiputra kita bersatu insyallah kita akan kembali dihormati oleh semua kaum dinegara kita, dan semangat muhibbah akan kembali bila kita sebagai kaum bumiputra menunjukan contoh kepada mereka semua dan semangat 1malaysia akan tercapai.


Teruskan Transformasi Penyatuan Kita..



Friday, May 21, 2010

Say No To All Forms Of Gamblings


The latest one to join the anti-gambling bandwagon is none other than the non-partisan Malay right's NGO, Perkasa. However their anti-gambling sentiment does not just stop at the recently legalised football betting by the Government, but it extends to all forms of gambling. Think casinos and gaming companies and you may just get the picture Perkasa is painting.

In short, Perkasa is urging for the abolishment of any form of laws which makes gambling legal in Malaysia. This was expressed during a press conference at their headquarters in Grand Seasons Hotel, KL at 2pm this afternoon. Chaired by Arman Azha (pic right), Youth Chief of Perkasa, the group expressed that the whole furore on gambling is insignificant if one is to solely look into the Government recent actions, which is to legalise sports betting.

In fact, the Youth Wing stressed that the Malaysian Government, particularly UMNO had never legalised gambling but it was the laws passed in Parliament which makes gambling possible and ‘halal' in the country. Whether their statement sounds contradictory or otherwise, that is another issue altogether hence there is no need to dwell on it. The crux is the Youth wing expressed that the existence of two laws makes gambling possible in the country. The acts in question are the Betting Act 1953 and the Pool Betting Act 1967.

According to Arman, the many voices of concern pertaining to this gambling issue will not make any difference simply because a greater political influence is required in order to completely do away with gambling, betting and what have you.

"Yes we are aware that parties like PAS, PKR and DAP are expressing their dissatisfaction towards the recent move by the Government but that is not enough. If they are really against such move then they should exercise their role as a political and a people's rep to voice it out during Parliamentary hearing," said Arman.

When asked if he is solely targeting on the component parties with the Pakatan Rakyat coalition, Arman refuted such claims by saying that this also goes to the Barisan Nasional component parties. He further added that non-Malay parties like MCA, MIC and DAP can pressure the Government to revoke the licence.

"So far, what we see is, they (PR) are not doing anything constructive. All they do is to talk and talk. Even we can do that. What we want is a clear stand and a constructive action. If they say no to this legalised sports betting then they should also say no other forms of gambling."

Arman did stress that they are not against the PR members for their vocal displeasure, but what he or rather the Perkasa Youth would want is for them (PR) or any other parties for that matter, to stop politicising this issue and using this as an avenue to gain political mileage.

"You are an MP so go to Parliament and do what you should be doing. Say no in the Parliament instead of conducting protests and carrying out press conferences," added Arman.

When asked whether if Perkasa's President, Datuk Ibrahim Ali will use his political position and voice out the displeasure in Parliament, Arman said it can be done however Ibrahim Ali is an Independent MP (Pasir Mas) and generally an Independent MP's voice is smaller in the sense that coalitions have the added advantage.

Perkasa has gathered a sizeable number of signatures of people who wants the licence to be revoked, for a petition which will then be handed over to the Government, particularly to the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak. Enclosed will also be a memorandum from the Perkasa Youth members stating their points with regards to gambling.

Wednesday, May 19, 2010

Hang Tuah dan Hang Jebat.......apa akhirnya

KUASA MELAYU

Cerita Hang Tuah Dan Hang Jebat Yg Tidak Berkesudahan,

Sehingga Kini Kita Masih Bertanya Siapa Benar dan Siapa Tidak.

Sebenarnya Generasi baru harus mula keluar drpd bulatan yg telah dicipta oleh generasi lampau, Politik Perpecahan yg tidak akan membawa apa2 kebaikan.

Generasi baru merupakan pemangkin perubahan masa hadapan, transformasi sikap kearah penyatuan amat penting..seharusnya PAS dan UMNO mencari satu titik persamaan antara satu sama lain, kerana perbalahan antara dua kuasa politik melayu ini tidak akan menguntungkan kedua2 belah pihak, malah hanya akan merugikan kedua2 belah pihak


Dikala PAS dan UMNO berbalah, pihak2 yg tidak bertanggung jawab mengambil kesempatan utk menambah kuasa politik mereka. Adakah kita mahukan satu hari Kuasa Politik Bumiputra Ini di Ambil Alih Oleh Kuasa Politik Kaum Cina yg kita lihat jelas kebelakangan ni mula bersuara terhadap isu2 yg seharusnya dipertahankan oleh org melayu..Kerana mereka melihat kita sesama sendiri bertelagah antara satu sama lain.

Maka generasi baru harus ubah persepsi Hang Tuah Dan Hang Jebat, Dimana Tuah dan Jebat Bila Bersatu Lagi Kuat dan Dikagumi, maka UMNO dan PAS Ayuh Kita Berubah

Transformasi Penyatuan Agenda Utama
Tanggungjawab Utama Kita Semua

Tuesday, May 18, 2010

Pemimpin Yg Harus Berjiwa Rakyat


Asskm rakan2 yg saya hormati, tergerak hati saya nak bercerita ttg seorg pemimpin yg saya rasakan patut dijadikan contoh kepada generasi muda akan dtg. Saya dahulu tidak mengenali beliau , tetapi hanya sekadar mendengar cerita mengenai beliau didalam media masa , sembang2 bersama2 rakan2 dan juga didalam internet.

Pada mula saya tidak mengambil tahu ttg beliau kerana bagi saya itu mungkin hanya cerita-cerita sekadar nak jaga hati pemimpin. Nak jadi cerita ada satu pertemuan dgn Pemimpin ini dalam satu sessi teh tarik bersama bloggers di Kuala Lumpur, saya mengambil kesempatan utk bersama utk bertemu dan berdialog bersama pemimpin tersebut atas dasar ingin tahu, saya tiba awal sebelum sessi itu bermula dan saya duduk seorg disebuah meja, tiba2 saya nampak pemimpin itu tiba seorang diri tanpa saya duga beliau terus menegur saya dan terus duduk serta berdialog bersama saya ttg isu2 semasa, dalam hati saya berkata " Bole Tahan Jugak, Peramah betul Pemimpin ini", kira2 20minit ramai yg mula menghadiri sessi teh tarik bersama pemimpin itu dan saya lihat pemimpin itu bole bersama generasi2 muda dan memberikan nasihat semasa sessi itu. Saya pulang dan minat saya terhadap beliau cara beliau saya tertarik. Atas dasar itu saya mula membuat kajian terhadap beliau dan bertemu dgn beberapa rakan2 saya beerbincang utk mendalami pemimpin ini secara dekat.

Saya mula membaca blog beliau, mendapatkan maklumat2 mengenai belaui dan saya dapati banyak lagi yg saya perlu tahu sendiri drpd mengikuti pemimpin ini secara jauh. Nak jadi cerita pada PRK hulu Selangor yg lepas saya , Pemimpin itu berada disana dan saya mengikuti rombongan beliau berjumpa rakyat2 sekitar Hulu Selangor, tetapi cara pendekatan beliau begitu berbeza drpd pemimpin2 lain dimana beliau begitu bersahaja berjumpa dgn rakyat disana dan beliau begitu mesra dgn rakyat disana dan bantuan2 yg diberikan kepada masyarakat diberikan terus drpd beliau sendiri. Pada keesokan harinya, selalunya jika pemimpin nak pegi jumpa masyarakat org2 asli dikawasan pendalaman akan mengunakan helicopter, tetapi beliau ni beza dimana beliau memilih utk berjalan dan jungle treking menuju keperkampungan org asli itu dimana masa yg diambil utk keatas selama 4 jam, saya lihat beliau begitu perihatin terhadap rombongan beliau yg bersama2 beliau menuju keperkampung org asli disitu, setelah sampai beliau beramah mesra dgn penduduk org asli di situ yg membuat saya terkejut beliau bertanya berada ramai org islam dikampung itu dan beliau meminta izin utk menunaikan solat bersama2 masyarakat org asli yg beragama islam dan rombongan dimana beliau sendiri menjadi imam.Setelah beberapa lama di kawasan itu beliau ditanya samada mahu helicopter utk turun, tetapi beliau kata tidak, beliau memilih utk berjalan turun dimana masa yg akan diambil kira2 3 jam.

Saya secara peribadi rasakan ini merupakan contoh yg perlu generasi baru ikut. Beliau begitu komited dlm apa yg dilakukan bersama rakyat.

Baru2 ini di PRK Sibu, saya bersama beberapa rakan2 saya mengambil keputusan utk mengikut pemimpin ini secara dekat mengenali pemimpin ini secara dekat. Hari pertama saya dan rakan2 saya diSibu kami dpt tahu bahawa pemimpin ini akan kerumah panjang utk bersama masyarakat Iban, maka kami mengambil keputusan utk bersama beliau. Semasa di Jeti kami semua bertemu dgn beliau dan beliau begitu mudah didekati, setelah menyampaikan hasrat kami utk mengikut beliau, dengan begitu ikhlas beliau memberikan keizinan saya dan rakan2 utk bersama2 beliau. Di jeti beliau bertanya pada pengusaha2 bot dimana beliau ingin kerumah panjang paling jauh di Sibu. Perjalanan kami menaiki bot kerumah panjang tersebut mengambil masa 2jam, sampai dirumah panjang itu terus kami berjumpa tuan rumah tersebut dimana beliau tidak membenarkan kami memberitahu beliau siapa tetapi beberapa ketika salah seorg masyarakat iban itu mengenali beliau.,beliau begitu bersahaja bersama2 masyarakat iban dan beliau diterima mudah oleh masyarakat iban disana kerana cara beliau berinteraksi iklhas dan sebagainya. Seharian kami diatas bot utk pergi rumah2 panjang di sekitar sungai Sarawak, org2 iban dirumah itu berkata beliau adalah pemimpin pertama yg dtg kerumah panjang itu sepanjang 35tahun rumah panjang itu wujud. Bila tiba waktu solat beliau bertanya kepada ketua rumah panjang itu samada beliau dibenarkan solat bersama2 kami memandangkan masyarakat iban disitu semuanya beragama kristian dan dibenarkan kami semua solat, setelah itu beberapa org iban mengeluarkan air mata bila melihat kami solat disitu mengatakan itu satu perbuatan yg amat baik oleh seorg pemimpin, itu luahan hati ikhlas org2 iban itu.

Beliau berjanji kepada masyarakat iban disitu beliau akan dtg semula kesana, bagi saya itu mungkin sekadar janji utk sedapkan hati org2 iban disitu.Kami berada rumah2 panjang drpd jam 10pagi sehingga 9pm pada hari itu juga.Sampai di jeti jam 10pm, beliau bertanya kepada kami samada berminat utk kesana lagi tak pada keesokan harinya dan saya serta rakan2 setuju utk bersama.

Keesokan hari kami semua tiba dijeti dan beliau hadir terus menaiki bot kerumah2 panjang yg beliau janji utk kembali, tetapi hari ini misi beliau berbeza dimana beliau bertanya dimana surau terdekat didalam kawasan pendalaman dan rumah2 panjang, setelah berjalan lebih 3jam dan bertanya kepada masyarakat iban dikawasan itu.Akhirnya beliau dan kami begitu terkejut terjumpa sebuah surau dikawasan tersebut terus kami menunaikan solat disitu dimana sekali lagi beliau menjadi imam, selesai solat beliau mencari asal usul surau tersebut dimana beliau menjemput seluruh org kampung disitu utk mencari maklumat ttg surau tersebut. Maklumat yg kami begitu terharu dimana kami dapat tahu tanah itu milik seorg nenek yg berumur 108tahun yg mewakafkan kepada seorg penderma peribadi utk dibina surau kerana anak lelaki dan keluarganya beragama islam.Melihat keadaan surau itu tidak dijaga dan jeti kayu kearah surau itu pun sudah usang dan tidak boleh diguna pakai. Pemimpin itu mengambil keputusan utk membaiki jeti kayu itu utk mempermudahkan org ke surau tersebut atas sumbangan peribadi beliau, juga mengambil keputusan utk memperbaiki apa yg perlu dibaiki pada surau tersebut. Saya dan rakan2 saya begitu terharu dan tersentak atas keperihatianan beliau kepada isu2 yg berkiatan agama islam khususnya.

Mungkin rakan2 akan bertanya siapa pemimpin ini, saya secara ikhlas ingin mengatakan beliau wajib dan layak dinamakan pemimpin rakyat, ini satu contoh yg harus diambil oleh pemimpin2 generasi baru. Biar saya berikan sedikit maklumat siapa beliau:

Dato' Seri Shahidan Kassim Menteri Besar Perlis semenjak 1995 sehingga Mac 2008.
Penglibatan Dato' Seri Shahidan kassim dalam arena politik bermula seawal tahun 1967 dengan menyandang jawatan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO TambunTulang dan menjadi Ketua Cawangan UMNO TambunTulang pada tahun berikutnya.
Pada tahun1994, Dato' Seri Shahidan Kassim telah menyandang jawatan sebagai Ketua Bahagian UMNO Arau sehingga sekarang.
Tahun 1996 adalah adalah tahun yang paling menyinar disepanjang penglibatan beliau di dalam arena politik tanahair dimana beliau diberi mandat menjadi Menteri Besar Perlis dan sekali gus dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia sehingga kini MT.


Dato' Seri Shahidan Kassim Pemimpin Berjiwa Rakyat, tahniah atas keperihatian dato' seri terhadap rakyat. Teruskan perjuangan Dato' Seri, kerana saya yakin tiap manusia yang ikhlas dlm apa jua yg dilakukan Allah SWT Akan senantiasa berkati didunia mahupun akhirat.

Wasalam

Arman Azha Hj Abu Hanifah

Monday, May 17, 2010

APA YG Mereka Mahukan.........


Tergerak hati saya bila melihat keputusaan PRK Hulu Selangor dan PRK Sibu Baru2 Ni dimana Kaum Cina Tidak Memberi Undi Kepada Kerajaan. Apa Lagi Yang Mereka Mahukan!!!

Nak Sekolah Dapat, Nak Longkang Dapat, Nak Jalan Dapat, Nak Kesihatan Dapat, Nak Bantuan Dapat...etc Tapi Bila Mengundi Mereka Tidak Berikan..

Nyata kita lihat kaum cina kini tidak bersama BN, tetapi desakan pihak mereka terhadap kerajaan dilayan bagai maharaja. Apa lagi yg mereka mahukan.



Apa yg MCA, Gerakan , SUPP dan Parti2 Komponen BN Yg berteraskan cina lakukan utk mendapat sokongan kaum cina kembali kepada BN. Saya lihat kini mereka hanya pandai menunding jari mencari kesalahan orang drpd menilaikan kenapa parti mereka tidak mendapat sokongan drpd kaum cina kini.



Nyata kaum cina tolak mereka kerana masalah dalaman parti mereka yg tak abis2 berebut kuasa dan sebagainya. Saya secara peribadi nak tau jugak apa program2 mereka untuk bersama rakyat dan golongan generasi baru bagi terus menyokong BN.



Tapi nyata dan jelas meraka ni tahu nak mendesak kerajaan utk memberikan habuan2 yg banyak kepada kaum2 cina tetapi bila dtg pilihraya mereka gagal mendapt sokongan kaum cina.



Apa lagi Yg Mereka Mahukan....................



Bagitau kami, kami semua nak tahu apa lagi yang mereka mahukan.
ATAU MEREKA TAHU MEREKA TIDAK LAGI RELEVAN DIMATA KAUM CINA
RENUNG2 KAN

YANG SETIA BERSAMA KERAJAAN SEHINGGA KINI ADALAH KAUM BUMIPUTRA
KERAJAAN SEHARUSNYA TANYA KAUM BUMIPUTRA
APA YANG MEREKA MAHUKAN
BAGI MEMASTIKAN SOKONGAN GOLONGAN INI AKAN KEKAL.

Pertahankan Perlembagaan Negara


Kebelakangan Ini Pelbagai Tuduhan, Tohmahan ,Kejian Dan Kata-Kata Yang Tidak Enak Didengar Dimana PERKASA Di Labelkan Sebagai Pertubuhan Racist Dan Haluan Kanan Oleh Pihak-Pihak Yang Sebenarnya Tidak Memahami Perjuangan PERKASA Dan Tidak Mempunyai Minda Yang Matang Lagi Professional Serta Tidak Kaji Apa Yang Dinyatakan.

Dalam Keadaan Kini Mencari Kesalahan Orang Lain Daripada Melihat Kelemahan Diri Sendiri Lebih Mudah Untuk Mendapat Publisiti Murah Dengan Mengelar Sesebuah Pertubuhan Itu Racist Dan Haluan Kanan. Ini Cukup Membimbangkan Saya Dimana Perjuangan Agama, Bangsa Dan Tanahair Adalah Perjuangan Setiap Kaum Pribumi Negara Bagi Generasi Akan Datang Bagi Memastikan Hak, Maruah Dan Martabat Pribumi Negara Ini Dihormati Dan Kekal.Jangan Kerana Terlalu Memikirkan Kehendak Orang Lain Sehingga Terlupa Pada Hak Dan Martabat Kaum Pribumi Negara. Apabila Wujud Satu Pertubuhan Seperti PERKASA Yg Mahu Pertahankan Hak, Martabat Dan Maruah Org2 Melayu Dikatakan Racist, Perkauman Dan Haluan Kanan, Kenapa Mereka Diam Bila Suqiu ,Dong Zio Jong Dan Hindraf Desak Kerajaan Dulu, Mereka Diam Sahaja..Soalan Ini Kita Renungkan Bersama-sama.


Perkara Begini Amat Meresahkan Pihak Pribumi Negara Dimana Kebelakangan Ini Diasak-Asak Oleh Golongan-Golongan Yang Tidak Bertanggungjawab Tentang Hak, Martabat Dan Maruah Pribumi Negara. Adakah Pribumi Harus Mengalah Atas Desakan-Desakan Pihak-Pihak Ini Dimana Akhirnya Akan Terhakis Sedikit Demi Sedikit Hak Pribumi Negara Tanpa Disedari

.Dalam Ertikata Ini Menjadi Tanggungjawab WAJIB Setiap Warganegara Malaysia Untuk Memahami Perlembagaan Negara Dan Mempertahankan Perlembagaan Negara Tanpa Mengira Bangsa, Kaum Dan Agama Selagi Kita Bergelar Warganegara Malaysia.

Soalan Saya Disini Kepada Kedua-Dua Pemimpin Gerakan Dan MCA , Memandangkan Mereka Adalah Warganegara Malaysia Dan Daripada Parti Komponen BN Iaitu Parti Kerajan Yang Memerintah. Adakah Mempertahankan Hak, Maruah Dan Martabat Perlembagaan Negara Serta Fasal-Fasal Didalam Perlembagaan Negara Dianggap Racist , Perkauman Dan Haluan Kanan.

Saya Menyeru Tiap-Tiap Warganegara Malaysia Khususnya Kedua-Dua Pemimpin Ini Untuk Memahami Perlembagaan Negara Serta Menghormati Perlembagan Negara Serta Segala Yang Termaktub Didalam Perlembagaan Negara. Sebagai Warganegara Malaysia Yang Berjawatan Didalam Parti Masing-Masing Seharusnya Mereka Juga Harus Menghormati , Hak, Maruah Dan Martabat Perlembagaan Negara.

Disini Saya Ingin Menyeru Seluruh Warganegara Malaysia Tanpa Mengira Kaum, Bangsa Dan Agama Untuk Memahami Secara Dekat Apa Yang Di Perjuangkan Oleh PERKASA.

Disini Saya Nyatakan Dimana PERKASA Ditubuhkan Untuk Mempertahankan Perlembagaa Negara Supaya Dihormati Terutama Fasal-Fasal Didalam Perlembagaan Negara Yang Berkenaan Dengan Hak Pribumi Negara. Diantara Yang Diperjuangkan Oleh PERKASA Adalah Seperti Tersebut Dibawah :

1. Hak-Hak Istimewa Orang-Orang Melayu Dan Kemulian Melayu Kekal
2. Mempertahankan Institusi Raja-Raja Melayu Agar Terus Dihormati
3. Mempertahankan Islam Kekal Sebagai Agama Persekutuan
4. Bahasa Melayu Kekal Sebagai Bahasa Kebangsaan

PERKASA Mempertahankan Perlembagaan Negara Seperti Diatas Ini Sebahagian Perjuangan Yang Menjadi Teras Utama Perjuangan PERKASA Dalam Ertikata Yang Mudah Adalah Mempertahankan Fasal-Fasal Didalam Perlembagan Negara Yang Mempunyai Hak-Hak Istimewa Pribumi Negara Dan Kepentingan SAH Kaum-Kaum Lain Yang Termaktub Didalam Perlembagaan Negara. Adalah Ini Dikatakan Pertubuhan Racist , Perkauman Dan Haluan Kanan Sila Nilaikan Dan Kaji Secara Matang Terutama Kepada Kedua-Dua Pemimpin MCA Dan Gerakan Dimana Seharusnya Turut Serta Mempertahankan Perlembagaan Negara.

Jesteru Itu Kepada Pihak-Pihak Yang Sebelum Ini Tidak Memahami Perjuangan PERKASA Harus Buka Mata Dengan Jelas Dan Kaji Dengan Pemikiran Yang Matang Dimana Bagi Saya , Sebagai Warganegara Malaysia Sudah Menjadi Tanggungjawab Untuk Bersama-Sama Pertahankan Perlembagaan Negara. Negara Kita Akan Maju Dan Terus Kehadapan Jika Kita Menghormati Dan Memahami Perlembagaan Negara Kita.

Disini Ingin Saya Jelaskan Kepada Kaum-Kaum Lain, Mereka Tidak Perlu Risau Dan Khuatir Tentang HAK-HAK SAH Mereka Didalam Perlembagan Negara Telah Dijamin Dan Termaktub Didalam Perlembagan Persekutuan Dan Peruntukan-Peruntukan Yang Terkandung Didalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Di Malaysia Yang Telah Terkndung Didalam Perlembagaan Negara.

Saya Dengan Ini Penjelasan Dan Menegar Kepada Pihak-Pihak Yang Menuduh PERKASA Sebuah Pertubuhan Racist , Perkauman Dan Haluan Kanan Supaya Memahami Dahulu Apa Yang Termaktub Didalam Perlembagaan Negara Sebelum Mengempak-Gemburkan Isu Ini. Disini Saya Berharap Segala Kekeliruan Terhadap PERKASA Dikalangan Rakyat Malaysia Yang Menghormati Perlembagaan Negara Dipahami. Kerana PERKASA Mahu Wujudkan Satu Situasi Dimana Kita Hidup Dengan Aman, Harmoni, Semangat Perpaduan Serta Hormat-Menghormati Satu Sama Lain Diantara Seluruh Rakyat Malaysia Agar Dapat Mewujudkan Ketenteraman Dinegara.

Saya Juga Ingin Maklumkan Kepada Pihak Gerakan Dan MCA Dimana Kebanyakakan Tempat-Tempat Calon Mereka Bertanding Untuk Kerusi ADUN Dan Parlimen ,PERKASA Mempunyai Ahli-Ahli Dikawasan-Kawasan Tersebut, Jika Perkara Persepsi Ini Tidak Diselesaikan Secepat Mungkin Ianya Mungkin Akan Menjejaskan Kedudukan Mereka Di Pilihanraya Yang Akan Datang Dimana Kawasan-Kawasan Tersebut Mempunyai Ahli-Ahli Yang Begitu Komited Kepada Perjuangan PERKASA.

Saya Secara Tegas Mahu Pihak Gerakan Dan MCA Meminta Maaf Kepada Mantan PM Tun Dr Mahathir Dan Kepada PERKASA Kerana Mempertahankan Perlembagaan Negara Bukan Salah Tetapi Menjadi Tanggungjawab Setiap Warga Negara Malaysia. Sebagai Pemimpin BN Seharusnya Mereka Juga Mempertahankan Perlembagan Negara Kerana Itu Tanggungjawab Kita Semua. Sebelum ini kita lihat mereka melebelkan beberapa pemimpin didalam UMNO sebegitu juga kerana mempertahankan Perlembagan Negara. Kini saya ingin menegaskan jika mereka warganegara Malaysia yang seharusnya menghormati Perlembagaan Negara Kedua2 Pemimpin Yg Mengeluarkan Kenyataan Ini Harus meminta Maaf Atau Kami Desak Barisan Kepimpinan Tertinggi PArti Mereka Mengambil Tindakan Terhadap Mereka Kerana tidak Menghormati dan Mempertahankan Perlembagaan Negara Dimana Menjadi Asas Tunjang Kekuatan Negara Kita.Adakah Mereka Tidak Menghormati perlembagaan Negara Sehingga Menyelar Mantan PM Kita Yang menyeru Rakyat Malaysia menghormati Perlembagaan Negara.Siapa disini yang Patut digelar Racist..

PERKASA Bukan Pertubuhan Racist, Perkauman Dan Haluan Kanan , Tetapi Pertubuhan Yang Menghormati Perlembagan Negara Dan Mahukan Hak-Hak Pribumi Dihormati Oleh Seluruh Warganegara Malaysia. Teruskan Transformasi Penyatuan Pribumi Negara .Sekian

Yang Benar
Arman Azha Hj Abu Hanifah
Ketua Wira Perkasa Malaysia

Thursday, February 18, 2010

Penyatuan Org2 Pribumi Negara


Asskum rakan2 yang saya hormati lagi kasihi, terima kasih saya ucapkan atas kesudian rakan2 membaca utusan kecil saya ini.

Alhmadulilah , saya lihat gelombang dan transformasi orang2 pribumi sudah bertiup kencang diseluruh negara untuk semua kembali bertaut dan bersatu. Akan tetapi masih ada juga suara2 ketidak puasan hati transformasi ini. Kadang2 tersentak sedih hati saya yang menjerit dan marah terhadap penyatuan ini adalah terdiri drpd orang melayu sendiri. Kenapa ini terjadi rakan2, ini satu soalan yang hanya boleh dijawab oleh diri sendiri sahaja. Agenda penyatuan ini lebih besar jika dibandingkan Agenda Peribadi Utk Menjadi Perdana Menteri tanpa mengira apa jua yang akan terjadi terhadap survival kuasa orang2 pribumi dinegara kita.

Apa bila PERKASA melaungkan mempertahankan Perlembagaan ( 153 ) dan HAK2 Pribumi Negara, ada suara2 sumbang diluar sana mempertikaikan Perjuangan PERKASA. Mereka mengatakan pelbagai2 tuduhan dan tohmahan tanpa melihat jauh kehadapan atas dasar apa PERKASA ditubuhkan. Ada yang mengata PERKASA ini pertubuhan Rasist dan sebagainya, bagi saya secara peribadi adakah mempertahankan Hak Sebenar dan Hak Pribumi Negara kita sendiri dikatakan Rasist dan sebagainya. Kita hanya mempertahankan Hak Kuasa Org2 Pribumi didalam Perlembagaan Negara sebagai satu agenda utama, adakah mempertahankan Perlembagaan Negara juga dikira Rasist. Bagi saya tidak, mempertahankan HAK Perlembagaan ( 153) adalah tanggungjawab semua warganegara Msia tanpa mengira Kaum dan Agama, kerana atas dasar Perlembagaan Negara lah sehingga Kini Kita Hidup dgn Aman, Harmoni dan Muhibbah, ini satu fakta yang kita semua harus akui ianya benar.

Dalam erti kata disini PERKASA mahukan gelombang penyatuan ni berterusan utk memastikan Survival Kuasa Kaum Pribumi Terus Dipertahankan demi negara majmuk seperti negara kita. Sayangi Kaum Pribumi dan Asal Usul Kita bukan satu perkara yang rasist, tetapi adalah rasa bersyukur atas nikmat dan rahmat oleh Allah SWT kita dilahirkan sebagai Kaum Pribumi, dan seharusnya kita sebagai Kaum Pribumi pertahankan apa yang diwariskan oleh nenek moyang kita dahulu.

Usaha untuk mencari titik pertemuan Melayu dan Islam seperti yang dititahkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah sewaktu upacara ulang tahun keputeraan baginda baru-baru ini perlu diterima sebagai perjuangan baru sepanjang zaman bagi setiap individu yang beragama Islam dan bergelar Melayu.

Tidak kita nafikan ramai kecewa dengan kenyataan terbuka Datuk Seri Mohammad Nizar bahawa Pas tidak akan bekerjasama dengan UMNO dalam merealisasikan kehendak Sultan Azlan Shah. Pertikaian sama ada 'UMNO lebih memerlukan Pas dan bukan sebaliknya' menunjukkan bahawa kenyataan bekas Menteri Besar Perak itu berbaur emosi, individualistik dan tidak mewakili Pas secara keseluruhan.

Hakikatnya, saranan Sultan Azlan Shah adalah murni dan mempunyai nilai kerohanian yang tinggi. Pas yang berjuang atas imej Islam sepatutnya berlapang dada dan menjadi yang paling awal terpanggil untuk menyahut saranan Sultan Perak. Sebaliknya, saranan tersebut ditolak mentah-mentah atas alasan-alasan tersendiri.

Badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu seperti PERKASA perlu menjadi pemangkin (katalis) penyatuan Melayu dan Islam seperti yang disarankan oleh Sultan Azlan dan bukan terus melaga-lagakan parti-parti politik Melayu dengan pelbagai kenyataan sehingga menimbulkan kemusykilan terhadap kedudukan NGO sebagai badan perwakilan rakyat di peringkat akar umbi yang bebas daripada politik.

Sesungguhnya mengikut kajian peringkat akar umbi , usaha ke arah penggabungan UMNO-Pas adalah perkara yang paling ditakuti oleh barisan parti-parti pembangkang lain. Ini adalah kerana gabungan UMNO dan Pas secara majoriti mampu memberi sokongan solid undian Melayu setiap kali pilihan raya umum diadakan.

Jika kita kaji secara halus dan mendalam isu pergeseran UMNO-Pas hari ini adalah berpunca daripada individu-individu dalam kedua-dua parti itu sendiri dan tiada kaitan dengan wawasan serta objektif parti politik masing-masing.

Antara usaha UMNO dan Kerajaan Barisan Nasional adalah dengan wujudnya Undang-Undang Syariah Kekeluargaan Islam yang setaraf dengan Mahkamah Sivil (Perkara 121 1(A) Perlembagaan Persekutuan) melalui pelaksanaan yang disokong oleh majlis dan jabatan agama Islam seluruh Malaysia; Sistem kewangan dan perbankan Islam yang menjadi pusat rujukan dunia; Tabung Haji - sebuah institusi terbaik dunia dalam mempermudahkan rakyat mengerjakan ibadah haji dan umrah; Sistem pungutan zakat dan Baitul Mal; Sistem persijilan makanan halal yang diiktiraf dunia; dan banyak lagi.

Hukum hudud adalah hukum Allah yang sentiasa dekat dengan jiwa Islam dan jika persoalan itu menjadi alasan Pas untuk tidak bekerjasama dengan UMNO, ia adalah alasan kurang tepat. Hari ini, apabila hukum hudud dicadangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan, ramai juga ADUN UMNO yang mengangkat tangan bersetuju tetapi apabila diusulkan mengenai pelaksanaannya, perbincangan terhenti.Memang kita akui bahawa usaha menterjemahkan hudud melalui pelaksanaannya seratus peratus ke atas sebuah negara pelbagai bangsa dan agama seperti Malaysia adalah suatu cabaran besar.

Di sinilah NGO Melayu boleh memainkan peranan dalam menggerakkan para intelektual Melayu dan Islam supaya berusaha mencari penyelesaian ke arah sistem pelaksanaan dengan mengambil kira tahap kesediaan penerimaan rakyat bukan Islam mengenai hukum tersebut.

Usaha ini bak kata pepatah Melayu, seperti 'menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak'.

Penyatuan Melayu-Islam adalah ternyata suatu usaha yang jujur dan ikhlas yang boleh membawa bangsa Melayu dan agama Islam ke tahap yang tidak terdaya disaingi oleh pesaing-pesaing lain. Ia perlu menjadi perjuangan abadi sepanjang zaman dan sentiasa direnungkan sebagai perjuangan yang belum selesai.Semoga gelombang penyatuan org2 Pribumi ini akan menjadi Kenyataan.

Saya selaku Ketua Wira Perkasa Malaysia, secara peribadi percaya dimana Transformasi Penyatuan org2 Pribumi ini akan berjaya jika barisan kepimpinan tertinggi kedua2 belah pihak boleh meletakan Ego masing2 ketepi dan ber muzakarah kearah agenda yang lebih besar iaitu AGENDA PENYATUAN PRIBUMI NEGARA ...Rakan2 Perubahan akan berlaku, ianya akan bermula dengan perubahan diri kita dahulu untuk percaya akan AGENDA Penyatuan ini..Sekian, Wasalam

Yang Mahukan Penyatuan Bukan Perpecahan
Arman Azha Hj Abu Hanifah
Ketua Wira Perkasa
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia

Thursday, January 28, 2010

Harmoni dan Muhibbah Itu Yg Kita Perlukan Kini


BERSIKAP mengalah berpada-pada, tetapi merosakkan harta benda jangan sekali. Lebih-lebih lagi dalam kehidupan beragama. Sebagai manusia yang mempunyai emosi, sudah tentu penghinaan tertinggi ialah apabila Tuhan yang disembah dihina. Tentu itu kesakitan paling tinggi.

Tetapi dalam menanggung cabaran terhadap agama sendiri, jangan sekali-kali merosakkan rumah ibadat sesiapapun, atau melakukan sesuatu yang menimbulkan pergaduhan antara agama yang menyebabkan huru-hara kepada negara. Tentu itu bukan ajaran mana-mana agama, termasuk Islam sendiri.

Tujuan agama, tidak kira apapun adalah untuk memberikan makna kewujudan kepada penganutnya. Supaya manusia berasa tenteram dalam menghadapi kematian yang tidak dapat dielakkan, serta menerima dengan sabar segala kesusahan yang dilalui oleh manusia.

Bagi mereka yang beragama, Tuhan adalah paling utama yang diambil perhatian dalam kehidupan. Tentunya ia melibatkan emosi seseorang apabila timbul soal Tuhan dan agama.

Bagaimanapun, tidakkah Tuhan adalah Pencipta semua makhluk, tanpa mengira anutan agama? Malah orang yang tidak beragama atau atheis juga adalah ciptaan Tuhan.

Tidakkah aneh apabila melihat manusia saling berbunuhan kerana mempertahankan agama masing-masing? Kesemua pihak berjuang atas nama agama masing-masing? Mereka juga berperang dan saling berbunuhan serta merosakkan harta benda atas nama Tuhan masing-masing.

Hanya ada satu Tuhan untuk semua. Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa mencipta semua kewudjudan ini, tidak ada kecualinya.

Walaupun pelbagai agama memahami Tuhan dalam pelbagai bentuk dan cara, tetapi hakikatnya hanya Yang Maha Esa itu satu-satunya. Tidak kiralah apa yang dinamakan mereka. Begitu juga tidak kiralah bahasa yang digunakan mereka untuk menyebut mengenai Tuhan.

Bahasa berkembang dan istilah saling bertukar-tukar dari zaman ke zaman. Ia menjadi demikian adalah kerana takdir dan ketentuan Tuhan.

Adakah wajar manusia berbalah kerana agama dan kepercayaan? Dalam tradisi Islam perkara ini jelas, kamu dengan agamamu, kami dengan agama kami.

Untuk apa manusia saling berbalah hingga merosakkan harta benda dan berbunuh-bunuhan. Bukan saja kerana perbezaan agama, malah perbezaan mazhab sudah cukup untuk orang berbalah dan saling berbunuhan hingga runtuh sesebuah negara.

Di seluruh dunia dan sepanjang sejarah berapa banyak negara porak peranda akibat perbalahan agama yang tidak berkesudahan hingga turun-temurun.

Dalam memperjuangkan agama dirasakan bahawa mereka yang terlibat berasa telah melakukan kewajipan kerana mempertahankan agama dan Tuhan mereka.

Tidakkah terlintas di hati mereka bahawa Tuhan yang dipertahankan itu adalah juga Tuhan kepada semua makhluk tanpa mengira anutan agama masing-masing. Lebih-lebih lagi dalam agama Islam di mana Allah SWT adalah Tuhan Yang Maha Esa. Satu saja Tuhan walaupun terdapat 99 nama dalam bahasa Arab.

Allah SWT adalah Tuhan Maha Kuasa. Dia boleh melakukan apa saja. Tidak perlu bagi manusia mempertahankan-Nya. Kerana tidak ada sesiapa yang mempunyai kuasa lebih daripada-Nya. Maka tidak timbul soal seseorang mempertahankan-Nya atau mempertahankan nama-Nya. Sebaliknya Allah SWT merupakan pelindung bagi makhluknya.

Tetapi manusia tetap merupakan makhluk beremosi dan dalam soal agama, mereka boleh tersilap faham dan jalan. Ketika dia membunuh orang atas nama agama, dia menyangka dia membela agamanya, tetapi sebaliknya dia melanggar larangan agamanya sendiri, serta semangat kehidupan beragama itu. Disangka dia memperoleh pahala dengan memerangi penganut agama lain, tetapi hakikat dia telah melakukan dosa.

Mencemarkan

Dengan membunuh dan merosak harta benda penganut agama lain, seseorang itu bukan mempertahankan agamanya sendiri tetapi sebaliknya mencemarkan agamanya. Lebih-lebih lagi terhadap Islam di mana ketika ini, dunia, iaitu penganut agama lain memandang serong terhadap Islam.

Memang benar terdapat sikap Islamo fobia di Barat yang memandang serong terhadap Islam. Tetapi orang Islam sendiri yang menyumbang terhadap pandangan serong itu.

Tidaklah diketahui siapa punya angkara yang membakar gereja pada awal pagi Jumaat lalu. Tetapi kejadian itu sudah cukup menjadi berita Reuters yang dipancarkan ke seluruh dunia melalui SMS Alert mereka ke telefon bimbit di seluruh dunia. Pelanggan SMS Alert Reuters akan menerima laporan bahawa gereja diserang di Malaysia. Tidakkah kejadian ini mencemarkan nama negara, dan umat Islam sendiri. Tanpa diketahui siapa punya angkara tetapi dengan sendirinya ia menyumbang kepada imej seolah-olah umat Islam tidak toleran dan ganas di Malaysia. Sedangkan Malaysia dikenali sebagai negara tolaran dalam amalan berbilang kaum dan agama.

Simpati dunia Barat tentunya kepada bukan Islam di negara ini. Bukan saja dunia Barat mempunyai tradisi Kristian yang tentu lebih simpati kepada saudara seagama mereka, tetapi umumnya mereka lebih simpati kepada golongan minoriti yang dianggap terpinggir.

Terhadap agama lain pula, mungkin Barat yang bertradisikan Kristian lebih toleran kepada agama-agama bukan Islam seperti Yahudi, Buddha dan Hindu. Para pengkaji menyebut mengenai sindrom Perang Salib yang menyebabkan perseteruan antara Islam dan Kristian lebih tajam. Ia membawa kepada fenomena penjajahan yang meletakkan Islam ditekan oleh Barat dan kesannya tidak berkesudahan hingga ke hari ini.

Tetapi sejarah, sama ada Perang Salib mahupun penjajahan tidak wajar mendatangkan kesan yang berpanjangan hingga menyebabkan generasi akan datang terus hidup porak peranda kerana kejadian-kejadian masa lalu yang bukan hasil daripada perbuatan atau pertimbangan mereka pun.

Justeru apabila sesebuah negara diwujudkan, khususnya melalui proses kemerdekaan daripada penjajahan, perhatian diberikan secara teliti supaya semua rakyatnya tanpa mengira anutan agama dapat hidup secara harmoni. Ini kerana perbalahan kerana agama hanya akan menghancurkan negara. Tidak ada gunakanya saling berseteru dengan berbalas-balasan dendam yang tidak ada penghujungnya.

Apabila sesebuah negara baru diisytiharkan, ia wajar menjadi titik mula sesebuah muafakat antara rakyat yang sudah ditakdirkan hidup bersama dalam tanahair yang dikongsi.

Inilah apa yang berlaku pada 31 Ogos 1957 terhadap Persekutuan Tanah Melayu yang di peringkat antarabangsa dikenali sebagai Federation of Malaya. Negara ini beruntung kerana perlembagaan yang digubal untuknya mengambil kira secara teliti hubungan antara agama supaya keharmonian dapat diwujudkan bagi kelangsungan hidup rakyatnya.

Agama rasmi negara ialah Islam dan semua rakyatnya bebas mengamalkan anutan agama masing-masing. Itu asas penting dalam perlembagaan negara. Kepentingan ini dapat difahami apabila diambil kira apakah yang paling penting dalam kewujudan seseorang manusia kalau tidak agamanya. Lebih-lebih lagi bagi orang Melayu.

Justeru soal agama adalah paling penting disebut dalam perlembagaan. Ia mendasari kepada tujuan bernegara itu sendiri. Perdamaian dan keselamatan adalah paling asas kepada rakyat untuk hidup dan berzuriat. Maka dalam kehidupan beragama, ia harus bersifat harmoni. Semua rakyat bebas mengamalkan agama masing-masing. Kedudukan rasmi Islam sebagai agama rasmi adalah berasaskan kepada sejarah di mana Persekutuan Tanah Melayu yang kemudian menjadi Persekutuan Malaysia terdiri daripada negeri Melayu yang agama rasminya adalah Islam.

Maka inilah asasnya tetapi keluhuran perlembagaan hanya dapat diwujudkan jika semua rakyat mempertahankan dan melaksanakannya.

Walau indah manapun perlembagaan jika rakyat umumnya tidak menghormati, maka ia hanya secebis kertas yang tidak bermakna. Akibatnya negara akan porak peranda dengan bergantung pada siapa yang kuat dia yang berkuasa.

Sistem di mana siapa yang kuat akan berkuasa hanya akan mendatangkan mudarat kepada manusia. Pengalaman ini sudah dilalui oleh manusia berzaman-zaman dahulu. Perang yang tidak berkesudahan secara bersilih ganti.

Perang Dunia Kedua adalah paling dahsyat.

Kalau dilihat kembali memang dirasakan bahawa orang dahulu yang hanya hidup atas kekuatan adalah suatu yang pelik, dari sudut kaca mata hari ini. Ia seolah-olah tidak bijak dan tidak waras.

Disedari

Hanya setelah manusia hampir musuh dengan bom atom, barulah disedari bahawa perang tidak membawa sebarang keuntungan. Akhirnya diisytiharkan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan diwujudkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) supaya manusia tidak berperang dan berbunuhan sesama sendiri. Juga diisytiharkan mengenai Hak Asasi Manusia supaya menjadi pegangan manusia sejagat bagi mengelak sebilangan daripadanya dijajah dan ditindas oleh pihak yang kuat.

Atas runtuhan dunia lepas perang inilah Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dan mencapai kemerdekaan. Dari awal lagi disedari bahawa musuh utama negara adalah perkauman dan pertelingkahan antara agama. Banyak undang-undang digubal bagi mengelak sebarang pergaduhan antara kaum dan agama.

Tambahan pula, di Malaysia, kaum dikaitkan dengan agama. Maka semua pihak mesti berasa sensitif terhadap apa jua kejadian yang boleh membawa padah pertelingkahan agama. Tidak ada tolak ansur dari segi ini. Tolak ansur antara agama hanya dapat berlaku jika masyarakat bersikap tidak tolak ansur kepada sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan keharmonian beragama.

Sudah kelihatan banyak contoh dalam sepuluh dan dua puluh tahun kebelakangan ini apabila pergaduhan antara agama hanya membawa kesusahan dan penderitaan.

Apa yang berlaku di Indonesia, India dan Bosnia-Herzegovina sudah cukup menjadi iktibar ngeri supaya soal agama jangan sekali-kali dibiarkan berlarutan hingga akhirnya merosakkan negara dan menderitakan rakyat.

Dalam hal ini, perhatian lebih wajar diberikan kepada umat Islam sendiri, bukan saja di seluruh dunia tetapi di Malaysia. Sebagai penganut agama yang sebenar dan jelas, maka tanggungjawab orang Islam adalah lebih besar bagi memelihara kerukunan hidup beragama bukan saja di malaysia tetapi di seluruh dunia.

Pada zaman ini, dengan globalisasi dan teknologi maklumat serta komunikasi, apa yang berlaku di negara ini tidak akan terpencil daripada perkembangan dunia. Semua orang Islam tidak kira di mana pun mereka berada mempunyai tanggungjawab memelihara nama baik Islam sebagai agama keamanan dan toleran.

Lebih-lebih lagi di negara di mana umat Islam adalah majoriti serta dominan dan memiliki kuasa. Maka dalam keadaan itu, umat Islam mempunyai lebih tanggungjawab memelihara keharmonian melalui perlindungan hak terhadap golongan minoriti bukan Islam.

Yang majoriti mesti melindungi minoriti. Yang kuat melindungi yang lemah. Dan yang kaya melindungi yang miskin.

Ini kerana yang majoriti tidak wajar berasa terancam oleh minoriti. Lebih-lebih lagi umat Islam. Keyakinan terhadap kekuatan diri dalam akidah, lebih-lebih lagi sebagai majoriti tidak wajar terjejas dengan sebarang perasaan terancam. Kalau golongan majoriti terancam, apatah lagi pihak minoriti.

Kelemahan umat Islam di negara ini adalah dalam bidang ekonomi. Dalam hal ini, umat Islam adalah minoriti. Golongan majoriti dalam bidang ekonomi adalah mereka yang beragama Buddha-Taoisme- Konfusianisme. Maka mereka pula yang wajar melindungi minoriti dari segi ekonomi.

Maka dalam hal ini perhatian umat Islam wajar meningkatkan kekuatan ekonomi. Ini kerana dengan kedudukan ekonomi yang baik akan mewujudkan masyarakat yang lebih harmoni dan perbalahan kaum dapat dielakkan.

Tetapi kemajuan ekonomi umat Islam di negara ini hanya dapat dicapai melalui suasana harmoni dalam negara. Sementara kunci kepada keharmonian adalah hubungan antara penganut agama yang baik.

Allah SWT menurunkan wahyu kepada Rasulullah SAW sebagai panduan kepada manusia untuk hidup secara aman.

Yang Benar
Arman Azha Hj Abu HAnifah
Ketua Wira Perkasa
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia

Wednesday, January 27, 2010

Provokasi Yg Akan Menghancurkan Muhibbah



















Saya selaku Ketua Wira Perkasa Nasional ,Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendesak kerajaan melaksanakan undang-undang pencegahan terutamanya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat bagi membendung lebih banyak serangan ke atas rumah ibadat.

Saya selaku Ketua Wira Perkasa Nasional mahu cara dalam menangani permasalahan berhubung isu sensitif membabitkan agama, undang-undang pencegahan adalah langkah terbaik bagi mengelak berlakunya sebarang tragedi berdarah dimana akhirnya hanya akan membuat negara kita dalam keadaan huru-hara sahaja dan akan hilanglah semangat muhibbah antara satu sama lain.

ISA dan Ordinan Darurat adalah pendekatan terbaik memandangkan keadaan kini semakin panas rentetan serangan terhadap rumah ibadat termasuk yang terbaru membabitkan masjid.

Kedua-dua akta ini perlu dikuatkuasakan dengan segera bagi menjamin keselamatan rakyat kerana melaluinya sebarang provokasi dapat dipatahkan lebih awal sebelum ia menjadi parah

Oleh itu ketika kejadian Masjid Imam At-Tirmizi di Sri Sentosa dan Masjid Jumhuriah di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya yang dilempar empat kepala babi hutan, awal pagi ini.

Perbuatan khianat itu disedari oleh kariah kedua-dua masjid semasa mereka hendak menunaikan solat Subuh.

Saya risau dan bimbang mengenai keselamatan orang ramai jika kerajaan keberatan untuk mengguna pakai undang-undang pencegahan.

Saya merasakan perbuatan mencampakkan kepala babi ke dalam pekarangan masjid adalah sesuatu penghinaan terhadap Islam.

Saya ingin menegaskan, jika tidak dibendung secara tegas dengan segera, lebih banyak serangan terhadap rumah ibadat bakal berlaku selepas ini yang akhirnya mungkin akan membawa kepada tragedi berdarah seperti Tragedi 13 Mei.

Sementara itu, Saya tidak menolak kemungkinan wujud pihak ketiga yang memainkan peranan di sebalik serangan ke atas kedua-dua masjid tersebut.

Asskum rakan2 yg saya hormati..

Sedih hati saya melihat apa yg terjadi dinegara kita sendiri, sudahkah masyarakat kita lupa tentang hidup dengan muhibbah dan penuh hormat-menghormati diantara satu sama lain.

Kenapa perkara ini berlaku, saya rasa kita semua tau sebabnya..Kerana parti2 politik dinegara kita tidak habis-habis berpolitik untuk kuasa dan nama sehingga lupa kepada kenapa mereka dipilih.

Bukankah mereka dipilih untuk membantu rakyat dan sebagainya, bukankah rakyat telah memeberikan mereka satu amanah dan tanggungjawab untuk memimpin rakyat dan membantu rakyat sebagainya. Tetapi kita lihat apa yang terjadi kini adalah perkara yang sebaliknya pula dimana rakyat berada diluar dan hanya melihat gelagat2 pemimpin baik BN dan PR hanya bermain politik dimana menjuruskan kearah perpecahan dan sebaliknya sehingga mereka terlupa akan asal perjuangan diri mereka.

Akibat daripada itu kita lihat kini satu perkara yang amat menyedihkan hati saya bile perkara2 yang semua rakyat Malaysia boleh duk bertolenransi sesama sendiri akhirnya menjurus kearah perpecahan akibat mainan politik yang tidak bertanggungjawab, ini yang berlaku kini, kerana apa...kerana kepentingan politik diletakkan dihadapan daripada kepentingan rakyat, ini yang berlaku kini..

Kini disebabkan perpecahan dicipta oleh golongan2 yang rakus mahukan kuasa pelbagai2 isu timbul kini. Kini kita lihat sikap tolenransi sesama kita telah bertukar menjadi api perpecahan sesama kita yang akhirnya hanya akan merugikan semua pihak.

Sebagai seorang Muslim berbangsa Melayu yang cintakan keamanan dan harmoni dinegara Malaysia, terguris hati saya bile melihat perkara2 yang tidak menyenangkan hati saya dimana api kebencian ditiup oleh golongan-golangan yang tidak bertanggungjawab dimainkan.

Isu pertama yang saya rasakan tidak seharusnya dipolitikkan adalah isu "Kalimah Allah" kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya perlu tahu dimana " Kalimah Allah" ini amat dekat dihati orang-orang Muslim dinegara kita, sifat tolenransi terhadap perkara ini amat penting untuk menjaga keharmonian dan keamanan dinegara kita yang berbilang bangsa. Oleh itu saya menyeru kepada rakan2 diluar sana tanpa mengira kaum dan agama hentikan perkara ini atas dasar hormat dan menghormati sensitiviti orang-orang Muslim..

Isu kedua yg dimainkan adalah pembakaran rumah-rumah ibadat yang berlaku, kerana apa perkara ini berlaku, lain dan tidak lain adalah ciptaan mainan golongan yg tidak bertanggungjawap yang mahukan satu rasa keresahan didalam negara kita..Saya doakan perkara ini selesai oleh semua pihak dimana saya tahu jika kita benar2 mahukan negara kita aman dan harmoni, insyalaah ianya akan jadi kenyataan jugak..

Isu ketiga dimana golongan yang tidak bertanggung jawab mahu hapuskan institusi diraja dinegara kita, perkara ini harus kita nilai dan kaji , siapa dalang dibelakang pengkhianat2 ini yang mahu mencipta keresahan dan kemarahan orang-orang melayu dinegara kita..Kita harus bijak menilai isu-isu ini dengan penuh kematangan bukan dengan hati yang panas..

Isu terbaru dimana 4kepala babi dicampakkan kedalam kawasan masjid, kenapa ini berlaku, atas dasar apa, kerana apa, sukakah kita...ini soalan yang harus kita tanya kepada diri kita..Adakah kita mahukan perpecahan atau adakah kita sayangkan Penyatuan dan Perpaduan..

Jadi rakan2 yang saya sayangi dan hormati,,Marilah kita sama2 gerakan Transformasi Penyatuan Rakyat Negara Kita...Hentikan kebencian dan sayangilah Negara Kita untuk terus hidup dlm suasana Muhibbah..sekian, wasalam..

Facebook | Armand Yb Pju: 7 Wasiat DiRaja Oleh Raja Nazrin Shah

Facebook | Armand Yb Pju: 7 Wasiat DiRaja Oleh Raja Nazrin Shah

Facebook | Armand Yb Pju: Saya Selaku Ketua Wira Perkasa Malaysia Mengecam Serangan Keatas Dua Surau Di Muar.

Facebook Armand Yb Pju: Saya Selaku Ketua Wira Perkasa Malaysia Mengecam Serangan Keatas Dua Surau Di Muar.

Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yg Ke 52.


Salam 1Malaysia, disini saya ingin mengucapkan selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yg ke 52 tahun..


Syukur kehadrat ilahi atas limpah dan izinnya kita masih Merdeka, Jutaan terima kasih kepada pejuang2 Kemerdekaan kita yg lalu...


Terima Kasih kepada Dato Onn..atas penubuhan UMNO

Terima Kasih kepada Tunku Abdul Rahman ...atas Kemerdekaan Malaysia

Terima Kasih kepada Tun Abdul Razak..atas Semangat Perpaduan

Terima Kasih kepada Tun Hussien Onn ..atas Semangat Setiakawan

Terima Kasih kepada Tun Dr Mahathir..atas kemajuan Malaysia ( I luv U Tun )

Terima Kasih kepada Tun Abdullah..atas dasar keterbukaan

Terima Kasih kepada Dato Seri Najib ....atas 1Malaysia..



Merdeka, Merdeka, Merdeka laungan semangat Rakyat Malaysia....


Hari ini saya sempat menonton rancangan TV...tersenyum lebar saya menonton Konsert Datuk Sudirman..Bagi saya beliau adalah contoh terbaik prinsip 1Malaysia....Tiada penganti seperti Beliau, Semangat Negarawan Beliau drpd Personaliti sehingga kepada Lagu2nya yg kita dengar..


Seharusnya kita harus berbangga menjadi rakyat Malaysia Yg Berbilang kaum dan agama, kita harus bersama2 perjuangkan semangat Perpaduan antara satu sama lain, jangan biarkan kita berpecah antara satu sama lain hanya kerana kepentingan individu yg hanya mahukan Kuasa sehingga sanggup mengadai nilai2 aspirasi perpaduan..saya menyeru Rakyat Malaysia kita kembalikan semangat Perpaduan dan Setiakawan demi 1Malaysia.


Buat kata 3 Musketeer " All For One and One For All".............wasalam.