Thursday, March 31, 2011
Kata2 Buku Tun M Yang Saya Tertarik
Tertarik Hati Saya Membaca Muka 253 Buku " A Doctor In The House" Oleh Tun M.
Ini Petikan Yg Saya Tertarik :
I knew that the was still strong possibility that my application would rejected outright, but I was not unduly anxious. I have always tried to adopt the philosophy that whatever happens to me happens, and that I would simply have to accept it. Now, at this stage, the fact was that were people who liked me and those who did not. But there is never a moment in person's life when he is liked by everyone. If there is, you are probably a nonentity, a person of little consequence or character. At the height of your popularity, there will always be someone who wishes you dead. Holding closely to the idea, I do not expect to be loved or supported by everyone....By Tun M
Petikan tersebut buat saya tersentak seketika dan saya rasakan serta paham apa yang beliau maksudkan, kerana secara jujur itu juga
perasan saya kini, selepas meletakkan jawatan saya.
Dalam masa beberapa hari sahaja. Sudah bole menilai mana yg benar2 sahabat dan siapa yg kita anggap kawan sebelum ini "Hilang"...Ini pengalaman serta perasaan yg tidak bole belajar melalui buku tetapi harus dilalui dgn diri sendiri..asam garam dlm perjuangan, yg pasti jangan putus asa tapi yakin akan keputusan yg dibuat.
"SAYA RELA DIPENJARAKAN KERANA PRINSIP PERJUANGAN SAYA, TETAPI SAYA TAK RELA PRINSIP PERJUANGAN SAYA DI PENJARAKAN...PERJUANGAN MASIH JAUH DIHADAPAN"
Berdiri tegas akan apa jua keputusan yang dibuat, bukan mudah nak senangkan hati semua org..Itu kehidupan..renung2kan..Wauhallualam.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, March 30, 2011
PAS SUDI TERIMA SAYA, SYUKUR ALHAMDULILAH
Terharu dan Bersyukur Atas Kesudian Pihak Pemuda PAS Atas Jemputan Di Dalam Malaysian Insider. Hanya Allah SWT sahaja yg bole nyatakan perasaan saya,kerana ianya jelas menunjukkan penghargaan oleh pemimpin besar Ketua Pemuda Pas terhadap perjalanan perjuangan saya, Terima Kasih Ikhlas Drpd Arman Azha
Dibawah Adalah Petikan Drpd Malaysian Insider 30hb Mac 2011
Pemuda PAS sedia terima Arman Azha jika sedia tinggalkan Perkasa
Oleh Syed Mu'az Syed Putra

Arman meletak jawatan sebagai ketua Wira Perkasa semalam. — gambir fail
KUALA LUMPUR, 30 Mac — Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan at-Tantawi bersedia untuk "menerima" bekas ketua Wira Perkasa Arman Azha Abu Hanifah menyertai partinya jika beliau sanggup meninggalkan pertubuhan bukan kerajaan membela hak orang Melayu itu.
Semalam, Arman Azha yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno Petaling Jaya Utara melepaskan jawatan tersebut yang disandangnya sejak awal 2009 kerana mahu aktif dalam politik.
Menurut Arman Azha, tindakan beliau melepaskan jawatan itu tiada kaitan dengan desakan atau masalah dengan kepimpinan dalam Perkasa yang diterajui Datuk Ibrahim Ali.
"Saya cuba menghubungi beliau (Arman Azha) tapi tidak dapat sebab kita nak tahu apa asas beliau meletakkan jawatan itu, apa yang saya tahu beliau mahu terlibat aktif dalam politik dan sekarang beliau adalah ahli Umno.
"Saya nak tahu sama ada beliau mahu kekal (dalam Umno) atau akan sertai parti lain, sebab itu kita nak bincang dengan beliau dan kita bersedia untuk terima dan undang beliau dalam PAS dan Pakatan Rakyat," kata Nasrudin.
Nasrudin berkata jika Arman Azha bersedia tinggalkan Perkasa dan Umno untuk sertai PAS dan Pakatan Rakyat, "saya mengalu-alukan."
Bagaimanapun, jelas Nasrudin, pihaknya tidak akan memaksa Arman Azha untuk menyertai PAS dan keputusan itu harus dibuat dengan rela hati.
Beliau juga menafikan pernah mempelawa Arman Azha untuk menyertai PAS.
"Saya tidak pernah (pelawa), mungkin ada pihak lain tapi bukan saya dan saya difahamkan beliau ada menghadiri program ceramah kita (Pakatan Rakyat) di Stadium Melawati (Shah Alam) kelmarin dan mungkin beliau ada buat penilaian tersendiri.
"Kalau ikut slogan kita, 'PAS Untuk Semua' dan kita bersedia untuk menerima sesiapa sahaja termasuk Arman Azha," katanya.
Ketika mengumumkan peletakan jawatan itu, Arman Azha juga mendedahkan beliau turut menerima pelawaan parti-parti politik termasuk Pakatan Rakyat.
Beliau bagaimanapun enggan memberitahu bila menerima pelawaan itu dan masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.
Jelas Nasrudin, beliau sedia menerima Arman Azha dalam parti Islam itu kerana bekas ketua Wira Perkasa itu merupakan seorang individu yang berprinsip dan rasional.
"Saya pernah kenali beliau dan pernah bersemuka... saya lihat beliau seorang yang boleh berfikir secara matang, terbuka dan rasional selain boleh dibawa berbincang dan mudah mesra.
"Beliau juga tidak sombong dan mudah didekati," katanya.
Sebelum ini PAS turut menerima pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman untuk menyertai parti Islam itu malah turut membantu berkempen pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau bulan lalu.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, March 29, 2011
Saya Letak Jawatan Ketua Wira.
Semalam saya telah membuat satu keputusan besar dalam kehidupan saya iaitu meletakkan jawatan sebagai Ketua Wira Perkasa Malaysia, ramai yg menghubungi saya selepas itu baik drpd rakan2 NGO Mahupun Pemimpin Parti2 Politik Yang Memberikan Kata2 Semangat Dan Sokongan, Saya Ingin Mengucapkan Terima Kasih Semua Atas Keperihatinan Sahabat2 Semua.
Walaupun Saya Meletakan Jawatan Saya ,Insyallah Saya Akan Terus Memperjuangkan Prinsip Perjuangan Saya Selagi Hayat Di Kandung Badan.
Di Bawah Adalah Petikan Drpd AgendaDaily Mengenai Perletakan Jawatan Saya :
Arman Azha Abu Hanifa mengumumkan perletakan jawatannya sebagai Ketua Wira Perkasa untuk aktif dalam politik tetapi kekal sebagai ahli seumur hidup.
Pada sidang media di Kuala Lumpur, Selasa, Arman juga menepis anggapan yang mengatakan dia meletak jawatan kerana kecewa.
"Saya meletak jawatan bukan kerana kecewa tetapi atas prinsip untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara. Untuk melakukan apa-apa perubahan, kita perlukan kuasa politik.
"Hanya dengan kuasa politik sahaja kita boleh memastikan kuasa, hak dan martabat Bumiputra di negara kita akan tercapai. Tanpa kuasa politik, walaupun kita desak, apa jua perjuangan kita tak akan tercapai," katanya.
Diminta mengulas khabar angin yang mengatakan punca dia meletak jawatan kerana kecewa tidak mendapat projek besar, Arman menganggapnya sebagai fitnah.
"Ini semua fitnah. Saya tidak pernah melobi apa apa projek dan tak terfikir tentang projek selama berjuang dengan Perkasa," katanya.
Pada sidang media itu juga Arman memaklumkan menerima tawaran daripada parti kerajaan, pembangkang serta beberapa NGO. "Memang ada beberapa pihak datang menemui saya menawarkan jawatan dalam parti, tetapi saya belum bagi kata putus. Saya bukan memburu jawatan. Saya mahu menyertai parti yang memperjuangkan prinsip agama, bangsa dan negara.
"Tetapi mana ada parti politik yang benar-benar memartabatkan agenda agama Islam, bangsa Melayu dan tanah air? Sampai saat ini saya belum memberi kata putus. Saya kena lihat dulu parti mana yang benar-benar membawa prinsip seperti yang saya perjuangkan," katanya.
Arman juga mengetepikan soalan sama ada dia mempunyai cita-cita menjadi wakil rakyat. "Buat masa ini saya tak terfikir nak jadi wakil rakyat. Bagi saya perjuangan bukan terletak pada jawatan. Jawatan tak penting. Hari ini saya buktikan. Kalau saya gila kedudukan, saya tidak akan letak jawatan," tambahnya.
Menurut Arman dia telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali menerusi faks dan SMS. Arman juga mengesahkan Ketua Wiranita, Raihan Sulaiman Palestine juga meletakkan jawatan serentak dengannya.
Arman berkata keputusan meletak jawatan difikirkan sejak tiga bulan lalu dan keputusan muktamad hanya dibuat malam tadi (Isnin) setelah dia solat istiharah
Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Petaling Jaya, berkata tidak takut dikenakan tindakan disiplin oleh parti kerana kelantangannya menyuarakan pendapat.
"Jika saya dipanggil biro disiplin, saya reda, tetapi mereka harus menunjukkan sikap keterbukaan menegur dan sebagainya. Jika kita tidak boleh menegur dasar dan sebagainya, baik jangan buat parti politik. Baik buat pemerintahan diktator," katanya. – 29/03/11.
Terima Kasih Sahabat2 Atas Sokongan Anda Semua..Takbir!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, March 27, 2011
Qoutes Fer The Day
1) LIFE is like a great journey. By using the GLORIOUS QURAN as your guide, you will reach the most perfect destination possible inshallah.
2) If you can read this, you are more fortunate than the 3 billion people in the world who can't read it at all.
3) Great opportunities to help others seldom come, but small ones surround us every day. Take advantage.
4) Sometimes, we take things for granted and never appreciate what we have
Have A Great Week Ahead, All The Best.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Saturday, March 26, 2011
Politik Mengambing Hitam
Tajuk Hari Ni "POLITIK MENGAMBING HITAMKAN PEJUANG"
Apa Pendapat Sahabat2 Terhadap Tajuk Di Atas, Betulkah Atau Mainan Persepsi. Banyak Kita Lihat Rintihan Rakyat Dan Juga Akar Umbi Kini Dimana Kita Sudah Kekurangan "PEMIMPIN", Yang Ada Kini Hanya Yg Nak Jadi "KETUA".
Apabezanya "PEMIMPIN" Dan "KETUA" Adakah Sama Atau Berbeza Maksud Perkataan Diatas. Saya Diberitahu Masalah Kekurangan Pemimpin Adalah Kerana Mainan Politik "Cah Keting" Yg Di Mainkan Oleh Golongan2 Yang Lebih Mementingkan Kepentingan Individu Daripada Parti Yang Dibawa.
Betulkah? Ramai Drpd Sahabat Menyampaikan Dimana Bila Seseorg Mempunyai Idealisme Perjuangan Baru Yang Tinggi Ianya Bukan Dilihat Sebagai Satu Perubahan Yang Baik Tetapi Dilihat Sebagai 1Ancaman Dan Akhirnya Akan Mulalah Budaya Negatif Iaitu Budaya Mengambing Hitamkan Org Yg Ikhlas Nak Berkhidmat.
Sayang Seharusnya Kita Menyokong Dan Memberikan Tunjuk Ajar Kepada Pemangkin Perubahan Utk Menjadi PEMIMPIN Di Masa Hadapan, Tapi Akibat Perbudayaan Cah Keting Ni Akhirnya Golongan Muda Akan Terikut2 Budaya Negatif Ini Maka Wujud Lah Golongan2 Kroni2 Ketua Utk Memastikan Kekal Kuasa. Ni Yang Akan Mengakibatkan Ramai Orang2 Muda Yang Bersemangat Dan Beridelisme Tinggi Hilang Di Persada Perjuangan.
Ketika Saya Masih Di Bangku Sekolah Dahulu Ada Satu Ungkapan Yg Saya Teringat Sehingga Kini Kerana Ianya Merupakan Ungkapan Yg Di Mainkan Di Semua Peringkat Dan Media2 Utama Iaitu "KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN" 3 Ayat Yg Begitu Besar Maknanya.
Iaitu Seseorang Pemimpin Haruslah Menunjukkan Tauladan Yang Baik Pada Semua Peringkat Rakyat, Maka Akan Wujudlah Sifat Rakyat Menghormati Kepimpinan Kerana Tauladan Yang Baik. Maka Penerapan Nilai2 Murni Akan Menjadi Contoh Pada Golongan Muda Utk Menjadi Pemimpin Yang Baik.
"KETUA" Hmmmm Perkataan Yang Besar, Ianya Penting Jika Ianya "KETUA PEMIMPIN", Yang Jadi Masalahnya Ialah "KETUA" Yang Hanya Pandai Mengarah Dan Tidak Memahami Kehendak Rakyat Degupan Nadi Rakyat. Ianya Terpulang Kepada Penilaian Sahabat2 Sendiri.
Bagi Saya Secara Peribadi, Budaya Mengambing Hitamkan Harus Diubah, Kita Harus Mula Bertanggungjawab Dan Amanah Terhadap Apa Jua Tindakan Kita.
Kerana Apa Yang Kita Buat Kini Akan Menjadi Titik Perubahan Generasi Akan Datang.
Jom Kita Selami Dan Hayati Kembali Maksud "KEPIMPINAN MELALUI TAULADAN"
Buat Kata Nabil " Lu Pikir Lar Sendiri"
Wahalluahalam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Konvensyen Ekonomi Bumiputra
Salam Sahabat2 Yg Dihormati,
Saya Ingin Menjemput Ke Konvensyen Ekonomi Bumiputra Pd 27hb mac PWTC dari jam 9pagi ke 6ptg anjuran Biro Ekonomi PERKASA Yg Akan Dihadiri Oleh Wakil TERAJU, PETRONAS, EQUINAS Serta Lain2 NGO Juga Di Jemput Hadir
Sahabat2 Boleh Bertanya Secara Terus Dasar2 Dlm Model Ekonomi Baru Dan Boleh Terus Memberikan Cadangan Terus Drpd Pihak Akar Umbi Ttg Harapan Terhadap Agenda Pemantapan Ekonomi Bumiputra.
Apa Yg Kita Lakukan Hari Ini Adalah Bagi Generasi Pemangkin Perubahan Di Masa Hadapan. Tanggungjawab Dan Amanah Di Tangan Kita..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Thursday, March 24, 2011
TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA UTK KEBENARAN
SELEPAS SIDANG MEDIA PERKASA JAM 1PTG TADI, PIHAK PKR MENGELUARKAN KENYATAAN MENGATAKAN BAHAWA DATO SHUIB LAZIM (PERKASA) TIDAK TERLIBAT PULA, APA CERITA DEPA NI KEJAB KATA PERKASA TERLIBAT KEJAB RASA PERKASA TAK TERLIBAT. TETAPI YANG PASTI PERKASA TIDAK TERLIBAT SEJAK AWAL ISU INI.
DIBAWAH INI PETIKAN DRPD LAMAN BERITA MALAYSIAKINI ISU VIDEO LUCAH...
Ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim yang juga bapa saudaranya, juga tidak percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditunjukkan kepadanya.
"Masa kami turun dalam lif. Dia (Shuib) kata, Pak Njang juga tidak percaya," dakwa Johari.
Menurut Johari, Shuib hanya membawa beliau menonton video itu bagi membuat pengesahan sama ada lelaki dalam video itu benar-benar Anwar.
Malah, Johari (kiri) mendakwa, Datuk Trio itu bukanlah tiga, sebaliknya hanya melibatkan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik.
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini, Johari menjangkakan beliau menjadi pilihan Datuk T kerana hubungannya yang rapat dengan beberapa pemimpin BN, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tum Razak sendiri.
Selain itu, tambahnya, latar belakangnya sebagai "orang sembahyang" mungkin menyebabkan isu moral berkesan digunakan padanya.
"Saya memanglah stylish, tapi kami sembahyang. Memanglah macho, tetapi saya sembahyang," katanya berseloroh.
Sambil mendakwa apa berlaku sebagai konspirasi, Johari menafikan beliau meminta wang "pelincir" sebanyak RM100,000 untuk membawa lebih ramai wakil rakyat Pakatan menonton video seks.
"Takkanlah RM100,000. Kita ahli parlimen ni bukanlah lekeh sangat. Baik saya minta RM3 juta atau RM4 juta," katanya.
Ditanya sama ada beliau mahu menyaman Eskay dan Rahim, Johari enggan melukannya.
"Tak perlulah. Mereka pun old man," katanya lagi.
Mana Lebih Teruk Pembunuh Atau Melapor Pembunuhan
Oleh Syed Mu'az Syed Putra
KUALA LUMPUR, 24 Mac — Perkasa mempertahankan tindakan "Datuk T" termasuk bendaharinya yang menayangkan rakaman video seks kepada media yang didakwa melibatkan pemimpin kanan Pakatan Rakyat (PR).
Datuk T terdiri daripada tiga individu iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.
Tayangan video seks itu ditayangkan pada Isnin lalu di hotel Carcosa Seri Negara.
"Ini satu pembongkaran dan kita nak tahu siapa yang terlibat kerana ia (video seks) itu tidak ditunjukkan kepada umum.
"Salah tetap salah . . . betul tetap betul . . . siapa yang lebih berdosa pembunuh atau yang dituduh membunuh, siapa yang lebih berdosa?" kata Ketua Pemuda Perkasa Arman Azha Abu Hanifah.
Kata beliau, pihaknya tidak menuduh siapa individu dalam video seks tetapi satu siasatan segera perlu dilakukan bagi menyiasat kebenaran video seks itu.
Justeru, menurut Arman Azha, pihaknya tetap berpendirian agar kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja untuk siasat ketulenan video seks itu.
"Sebab itu kita nak kerajaan tubuhkan suruhanjaya diraja, kita tak tuduh sesiapa dan kita juga tak tahu siapa yang terlibat.
"Kita juga tidak mempertahankan mana-mana pihak baik di pihak Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional (BN), tapi kita mahu individu yang terlibat dalam video seks itu bertanggungjawab," katanya.
Beliau berkata sekiranya individu dalam video seks itu terbukti pemimpin kanan Pakatan Rakyat maka individu tersebut perlu meletakkan jawatan serta-merta.
Semalam Abdul Rahim mengaku Shazry, Shuib dan dirinya adalah individu yang digelar Datuk T yang berada di belakang tayangan video seks itu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sementara itu Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata pihaknya tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap Shuib.
Ini kerana jelas beliau, Shuib bertindak secara peribadi dan ia tidak kaitan dengan badan pertubuhan Melayu itu.
"Perkasa tidak terlibat dengan isu pendedahan video seks itu, saya nak tegaskan Perkasa tidak terlibat apatah lagi terlibat dengan merakam aksi video seks itu.
"Kita tidak akan ambil tindakan terhadap beliau (Shuib) sebab kita langsung tak tahu lagipun beliau bertindak secara individu," katanya.
Jelas Syed Hassan, walaupun imej Perkasa nampak tercabar namun sekiranya video seks yang dikaitkan dengan Anwar itu ia akan membuktikan kebenarannya.
Ekoran tuduhan itu, Anwar telah membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks itu dan menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video tersebut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, March 23, 2011
DENDAM ATAU KEBENARAN SKANDAL PORNSTAR
DENDAM ATAU KEBENARAN Isu Pemimpin Kanan PR Yg Terlibat Dlm Skandal Video Lucah Yg Heboh Beberapa Hari Ni.
Yg Pasti Jelas Cerita Video Sex Yg Panas Buat Masa Ini Tidak Melibatkan Mana2 Pihak Tetapi Adakah Merupakan Dendam Peribadi Sesama Mereka. Isu Siapa Edar Dan Siapa Bongkar Pula Di Persalahkan Oleh Penyokong2 Dan Pemimpin PR, Bukankah Sepatutnya Menolak Kepimpinan Pemimpin Yg Terlibat Dlm Maksiat Tersebut.
Mana Lebih Bersalah Membongkar Akan Kebenaran Atau Jadi PORNSTAR Dlm Video Tersebut. Saya Secara Peribadi Pun Tidak Dapat Menonton Video Tersebut Dan Saya Tidak Mahu Menuduh Mana2 Pemimpin Kanan PR Yg Terlibat, Atas Dasar Itu Permintaan saya kepada KERAJAAN MALAYSIA :
TUBUHKAN Suruhanjaya Diraja untuk mencari KEBENARAN dan anggotanya MESTILAH terdiri daripada
1. Wan Azizah
2. Hadi Awang
3. Lim Kit Siang
4. Pakar Forensik PKR dan Kerajaan
5. NGO_NGO
6. Media
7. Pakar dari Negara Komenwel
8. Peguam Negara (Kerajaan Malaysia)
9. SUHAKAM
Untuk Membuktikan Ketelusan Dan Kebenaran Dan Ketulenan Video Tanpa Diragui Oleh Semua Pihak Dan Yg Utama RAKYAT MALAYSIA.
JOM KITA DESAK PENUBUHAN SURUHANJAYA NI DEMI KEADILAN BAGI RAKYAT MALAYSIA.
TOLAK KEPIMPINAN YG TERLIBAT DLM SKANDAL MAKSIAT INI..KEBENARAN HAK RAKYAT..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, March 22, 2011
PERKASA TIDAK TERLIBAT ISU VIDEO LUCAH PEMIMPIN PR
Saya Baru Mendapat Beberapa Panggilan Telefon Isu Yg Sedang Hangat Dlm Pasaran Iaitu Isu Datuk T Dan Video Lucah Pemimpin Kanan PR.
"Dato T" Saya Tak Kenal Tapi "Mr T" Kat Atas Tu Saya Kenal...Siapa Gerangan Beliau, Wujud Atau Hanya Mainan Politik?
Sejak Mula Isu Ni Dimainkan, Saya Tidak Ada Komen Atau Berikan Apa2 Pandangan Kerana Isu Ini Saya Lihat Masih Terumbang-Ambing Kerana Belum Ada Bukti Kewujudan Video Tersebut.
Bagi Saya Secara Peribadi Isu DNA Lebih Baik Di Berikan Keutamaan Kerana Kes Ini Dlm Perbicaraan Dan Rakyat Mahukan Keadilan Dan Kebenaran Ttg Siapa Yg Benar Dan Siapa Yg Tidak.
Hari Ni Saya Dikejutkan Dimana Ada Beberapa Blog PR Mengatakan PERKASA Terlibat. Dan Individu Yg Dikatakan Itu Pula Dikatakan Bendahari PERKASA Dato Shuib Lazim.
Saya Baru Menghubungi Dato Shuib Bendahari Perkasa Yg Di Katakan Terlibat Dlm Isu Video Lucah Pemimpin Kanan PR, Dan Beliau Pun Kata Tidak Tahu Dan Tidak Telibat, Pelik2 PERKASA Tak Kuar Satu Statement Isu Video Ni, Pelik Puak2 Yg Nak Libatkan PERKASA Isu Ni.
ISU DISINI SIAPA PORNSTAR DLM VIDEO TERSEBUT? JIKA KITA PASTI AKAN SIAPA PORNSTAR TERSEBUT, BUKANKAH WAJIB KITA TOLAK KEPIMPINAN BELIAU...
Psssstttt...Sapa Ada Video Tu, Kasi Lar Tgk, Heheheheeh...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, March 20, 2011
AL FATIHAH
Patik Mewakili Wira Perkasa Malaysia, Ingin Mengucapkan Takziah Kepada YDP AGUNG AL WATHIQU BILLAH TUNKU SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI AL MARHUM SULTAN MAHMUD AL MUKTAFI BILLAH SHAH Di Atas Kemangkatan Ibunda Tercinta Tengku Ampuan Bahriya Di Seri Hospita Klang, Awal Pagi Tadi, AL FATIHAH.
Semoga Rohnya Ditempatkan Bersama2 Golongan2 Yg Beriman, Insyallah.
Ikhlas
Arman Azha Hj Abu Hanifah
Ketua Wira Perkasa Malaysia
"DAULAT TUANKU"
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Friday, March 18, 2011
SUK Kerajaan Negeri Tak Semestinya Melayu
Salam Sahabat2 Yang Dihormati, Tertarik Hari Ni Bila Saya Membaca Blog Sahabat Gunung.
Saya Melihat Dan Membacanya , Skali Lagi Saya Tersenyum , Kerana Lagi Satu Contoh Gadaikan Maruah dan Martabat Melayu Islam Kerana Keputusan Popular Untuk Mendapat Undi Utk Sokongan.Bila Saya Desak Isu Ni Nanti Dikatakan Saya Ni Berak sebelah dan Sebagainya, Tetapi Soalan Yg Saya Nak Tanya Haruskan Kita Diam Dan Berpeluk Tubuh Bila Isu2 Sebegini Di Bangkitkan Atau Pertahankan Hak Kita Yang Semakin Tercabar Di Masa Keadaan Kini Kerana Permaianan Politik Golongan2 Yg Gelar Diri Mereka MELAYU LIBERAL Ni..Sdr Nilaikan Utk Masa Depan Generasi Akan Datang. Dibawah Ni Petikan Artikel Drpd Blog Sahabat Gunung.
Khalid Ibrahim kata SUK Kerajaan Negeri Tak Semestinya Melayu ....
Posted by Sahabat-Gunung on 3:59 PM
Pandangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kononnya Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri tidak semestinya orang Melayu khususnya untuk Selangor yang didiami penduduk pelbagai etnik dan bertaraf antarabangsa.
Wahhh !!! sampai ke situ biolnya Khalid Ibrahim nie... Kalau dia fikir macam tu, baik dia cakap gak bahawa MB Selangor juga tak semestinya orang Melayu ..... Maknanya, sesiapa sahaja yang ada dalam PKR tu, yang mewakili PKR atau DAP boleh menjadi MB Selangor ....
Apa komen korang pasal kenyataan Khalid nie ...??
Thursday, March 17, 2011
DESAKAN DNA OLEH GABUNGAN NGO2
RAKYAT MALAYSIA MAHUKAN KEBENARAN DAN SUDAH JELAK DGN PERMAINAN POLITIK DSAI DGN PELBAGAI KERENAH DAN TAK HABIS2 NAK TUNDA, JIKA BELIAU TIDAK BERSALAH BUKTIKAN DLM MAHKAMAH DENGAN MENGHORMATI SISTEM PERUNDANGAN DAN MAHKAMAH.
RAKAMAN PENUH DISIDANG TERBUKA GABUNGAN2 NGO TERHADAP ISU ANUWAR DI HOTEL GRAND SEASON KUALA LUMPUR.
RAKYAT MAHUKAN KETULUSAN DAN KEADILAN UNTUK DITEGAKKAN, BUKTIKAN KEBENARAN SIAPA YANG SALAH DAN SIAPA YANG TIDAK, SERAHKAN DNA UTK KETULUSAN DAN BUKTI KEBENARAN UTK KEADILAN
Wednesday, March 16, 2011
Latest Sports Cars Stock In Hand
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
JCORP NAK JUAL KULIM KAT GENTING, BETUL KE ?
JCORP NAK JUAL KULIM KAT GENTING, BETUL KE ?
Jika benar dakwaan Ali Hashim berkenaan pihak pengurusan JCorp sedang merancang untuk menjual anak syarikatnya, Kulim (M) Bhd. (Kulim), maka ianya merupakan satu malapetaka kepada satu lagi syarikat gergasi berkepentingan orang Melayu. Apa tah lagi ada khabar-khabar angin mengatakan bahawa ianya akan dijual kepada GENTING.
Dakwaan Ali ini perlu disiasat memandangkan beliau adalah Bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Johor Corporation (JCorp). Adakah ada krisis antara beliau dengan pengurusan Jcorp yang baru atau masih ada rasa tidak puas hati Ali Hashim berkenaan dengan usul penyingkiran beliau daripada anak-anak syarikat JCorp.
Baru-baru ini, Ali yang merupakan Timbalan Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) mengeluarkan kenyataan bahawa JCorp merancang menjual Kulim.
Namun begitu pada tahun lepas, Johor Corporation (JCorp) telah menegaskan pihaknya tidak berhasrat untuk menjual aset-aset berharga iaitu QSR Brands Bhd. (QSR) dan KFC Holdings (M) Bhd. (KFCH), yang dipegang melalui anak syarikatnya Kulim (M) Bhd. (Kulim)
Sebaliknya, Presiden dan Ketua Eksekutif JCorp, Kamaruzzaman Abu Kasim menegaskan QSR dan KFCH akan kekal sebagai aset berharga dan strategik bagi JCorp.
Mana satu yang betul. Ali Hashim kah? JCorp kah?
JCorp dah lantik consultant utk jual Kulim, QSR, KFC dan Sindora, antara bakal pembeli ialah Genting Berhad. Ni semua syarikat yg paling power dlm JCorp. Tak sampai 2 bulan Tan Sri Ali di tendang keluar dari JCorp dia org dah start nak jual semua aset penting bumiputera dlm JCorp kpd bangsa asing. Mana pergi janji top politicians di Johor yg janji tak kan jual sykt2 ni? Betul ler mcm yg Tan Sri sebut kat dlm artikel di atas tu…
JIKA JADI JUAL, MAKNANYA SATU LAGI SYARIKAT BESAR BUMIPUTRA AKAN HILANG DITELAN KERAKUSAN ORG2 YG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN AMANAH UTK MENJAGA SYARIKAT YG TELAH DIAMANAHKAN...
( Ada Sambungan ISU Ini....Tunggu)
Bible BM "TAHNIAH"
Tiada Perkataan Yang Dapat Nak Saya Nyatakan Atas Kesedihan Hati Saya Dlm Isu Bible BM Hanya Ucapan Tahniah.
Tahniah Lar, Pemimpin2 Dan Penyokong2 UMNO, PAS, PKR Atas Mengejar Populariti Utk Dpt Undi Sehingga Isu Bible BM Di Berikan Pelepasan Tanpa Buat Pra Syarat Perkataan "GOD" Ditukarkan Kepada "TUHAN" Bukan Kalimah "ALLAH" Atas Menghormati Hati Dan Perasaan Umat Islam Di Msia Ni, Tapi Hanya Ucapan Tahniah Jer Yg Bole Saya Nyatakan Kerana Kejayan Pihak Yg Desak Bible BM Di Berikan Kelulusan.
Saya Tahu Tulisan Saya Ni Akan Mendapat Komen Dan Kritikkan Drpd Rakan2 Drpd Parti Politik, Tetapi Kesedihan Saya Ini Menjangkau Lebih Drpd Isu Meraih Populariti Undi Politik. Tapi Sahabat2 Saya Yg Berada Dlm Politik, Saya Menghormati Anda Semua Tetapi Ada Kala Isu Saya Rasakan Perlu Saya Berdiri Teguh Dalam Memperjuangkan Martabat Agama, Bangsa Dan Tanah Air. Jika Saya Terus Bersetuju Dlm Isu Ini Maknanya Saya Sudah Gadaikan PRINSIP Perjuangan Saya Sendiri.
Perkara Ini Saya Takut Akan Masa Depan Generasi Akan Datang Yang Belum Pasti Apa Yang Akan Jadi. Ingat Perkara Ini.
"Pencegahan Adalah Lebih Baik Drpd Mengubat Penyakit"
Saya Harap Tulisan Saya Ni Jgnlah Disalah Ertikan Oleh Rakan2 Politik, Tetapi Tulisan Saya Adalah Kerana Yakin Akan "POLITICAL WILL" Dlm Prinsip Perjuangan.
BIBLE BM TIADA MASALAH, TETAPI PENGUNAAN KALIMAH "ALLAH" YG JADI MASALAH, HARAP PIHAK YG BERTANGGUNGJAWAB LETAKKAN PRA-SYARAT TUKARKAN PERKATAAN "TUHAN" SEBAGAI BAHASA MELAYU PENGANTI "GOD".
1MALAYSIA BERLANDASKAN PERLEMBAGAAN NEGARA, ISLAM AGAMA PERSEKUTUAN, JGN HANYA TINGGAL PADA SEHELAI KERTAS SAHAJA.SEKIAN, WASALAM.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, March 15, 2011
PRINSIP AGENDA UTAMA
Salam Sahabat2 Yg Dihormati,
Saya Ditanya Oleh Beberapa Rakan Mengenai Isu Pendirian Saya Dlm Isu2 Semasa. Ditanya Kenapa Saya Berat Sebelah Dan Sebagainya. Saya Kata Penilaian Dan Kematangan Harus Digunakan Utk Melihat Gerak Kerja Yg Di Galaskan Oleh Saya, Jangan Melihat Drpd Dasar Emosi Dan Ketabsuban Pada Pemimpin Sehingga Hilang Penilaian Utk Menilai.
Soalan Disini, Apabila Saya Buat Teguran Terhadap Kesilapan Pemimpin2 Kerajaan Dikatakan Menegakkan Keadilan, Tapi Bila Saya Bila Saya Menegur Kesilapan Pemimpin Kerajaan Dikatakan Tak Adil Dan Berat Sebelah.
Bila Saya Menegur Akan Isu2 Judi Bola Sepak,Isu Hub Hiburan, Isu Biasiswa, Isu GSTT, Isu Fashion Islamik, Isu Sekolah Satu Aliran, Isu Biasiswa, Isu Model Ekonomi Baru, Isu Interlok, Isu Salah Guna Kuasa Dln GLC Yg Secara Terang2 Saya Menegur Dan Berikan Pendirian Tidak Setuju Ngan Sesetengah Keputusan Serta Dasar Yg Akan Dibuat Kerajaan Kerana Sayangkan Martabat Dan Maruah Negara Msia, Bukan Anti-Kerajaan.
Pelbagai2 Desakkan Saya Buat Dan Alhamdulilah Ada Yg Berjaya, Kenapa Tak Kata Saya Berat Sebelah. Saya Menegur Bukan Kerana Saya Anti Kerajaan, Tetapi Menegur Atas Dasar PRINSIP Perjuangan, Menegur Kerana Sayangkan Negara, Menegur Kerana Sayangkan Kerajaan Msia Yg Berkhidmat Utk Rakyat Malaysia Seperti Kita.
Yang Pelik Bila Isu Menegur Isu Rasuah, Moral, Salah Guna Kuasa, Nepostisme Dan Kronisme Dlm Pembangkang Terus Dikatakan Saya Berat Sebelah. Bagaimana Pula Penilai Sahabat2, Kenapa Tidak Bole Menegur Kesilapan Yang Dibuat Oleh Pembangkang Atas Dasar Prinsip Perjuangan Yg Dibawa. Isu Kalimah Allah Saya Bawak Kenapa Pihak Penyokong Pembangkang Diam, Isu Pasir Di Negeri Selangor Kenapa Diam, Isu Moral Ratu Bogel Bukit Lanjan ( Masih Exco Kerajaan Negeri ) Diam Seribu Bahasa, Isu Daulat Tuanku Diam Tak Berbunyi, Isu ADUN Serdang Masuk Surau Diam Sejuta Bahasa, Isu ADUN PAS Yg Dikatakan Berzina Diam, Isu Rasuah Haji Diam, Isu Rasuah Menantu Nik Aziz Diam, Isu Halau Wartawan (Kata Kebebasan Berakhbar) Diam, Isu Hak Bumiputra Diam, Isu Azan Diam......
Paling Baru Desakan Saya Utk Ketua Pembangkang Berikan DNA Utk Keadilan Dan Kebenaran Bagi RAKYAT Menilai Juga Tak Berani Nak Mintak Kerana Takut Pada DSAI.
Saya Nak Tau Jugak, PKR Ni Perjuangkan Keadilan Utk Rakyat Atau Keadilan Buat DSAI...Jika Utk Rakyat , Desakan Rakyat Harus Di Ikuti Dgn Memberikan DNA Bagi Tujuan Penyiasatan Utk Tahu Akan Kebenaran.
Jadi Sahabat2 Nilaikan Ikut Kematangan Bukan Ikut Emosi Insyallah Nampak Dimana Prinsip Perjuangan Saya..Saya Cakap, Saya Buat. Saya Bukan Cakap-Cakap, Komen2 Tapi Tak Berani Buat Perlaksanaan Kerana Tabsub Pada Pemimpin Hingga Hilang Kematangan Dlm Penilaian.
JADI KAWAN2 NILAIKAN SENDIRI, TEGUR KERANA SAYANG KAN NEGARA DAN KEPENTINGAN RAKYAT..TAPI DALAM PERJUANGAN, BUKAN MUDAH NAK SENANG KAN HATI SEMUA ORG, KERANA AKAN ADA SENANTIASA ADA RASA SESETENGAH PIHAK TAK PUAS HATI DAN HASAD DENGKI....ITU ASAM GARAM DLM PERJUANGAN, TETAPI INSYALLAH , SAYA AKAN TERUS PERJUANGKAN PRINSIP MEMARTABATKAN AGENDA AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR.
WALK THE TALK BUKAN N.A.T.O ( NO ACTION TALK ONLY)
SAYA SAYANGKAN MALAYSIA..WASALAM.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Program Transformasi Ekonomi Bumiputra
Saya Dgn Rendah Diri Ingin Menjemput
YBhg. Prof./ Dr./ Tan Sri/Dato'/Tuan/Puan
Per : JEMPUTAN KE KONVENSYEN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI BUMIPUTERA ANJURAN PERKASA
Dengan segala hormat saya ingin merujuk mengenai perkara tersebut diatas.
Untuk makluman pihak YBhg. Prof./ Dr./ Tan Sri/Dato'/Tuan/Puan,
PERKASA akan mengadakan Konvensyen tersebut diatas pada 27.3.2011
bertempat di PWTC.
Objektif Konvensyen ini adalah:
1.Membincangkan kesan negatif dan positif laporan akhir Model Baru
Ekonomi (MBE) dan Program Transformasi Ekonomi (RTE) kepada
kepentingan ekonomi Bumiputera.
2.Mengumpul berbagai input daripada berbagai agensi Kerajaan dan GLC
mengenai pembangunan ekonomi Bumiputera di dalam kerangka teras utama MBE dan Program Transformasi Ekonomi (RTE) .
3.Mengemukakan hasil konvensyen Transformasi Ekonomi Bumiputera dan
cadangan perlaksanaan dasar affirmatif dari berbagai NGO Bumiputera
kepada pihak kerajaan.
Sehubungan dengan itu, kami ingin menjemput YBhg. Tan Sri/Dato'
Seri/Dato'/Prof./Tuan/Puan ke Konvensyen di atas dan pengesahan
kehadiran perlu dibuat dengan mengembalikan borang yang disertakan.
Sila emailkan kepada halmiyusoff@gmail.com / drzubirharun@gmail.com
atau fakskan borang pengesahan kehadiran ini selewat-lewatnya atau
pada 20 Mac 2010 di nombor Fax : 03-4043 3087.
Sebarang keterangan boleh dimajukan kepada En Helmi; 019-3888684 (H/P)
03-40437087 (Ofis) 03-40437087 (Faks).
Di atas kehadiran YBhg. Tan
Sri/Dato' Seri/Dato'/Prof./Tuan/Puan kelak, kami dahului dengan ucapan
jutaan terima kasih. Sekian.
Yang benar,
Arman Azha Hj Abu Hanifah
KETUA WIRA PERKASA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, March 14, 2011
"JGN HANCURKAN JCORP"
Salam Sahabat2 Yg Saya Hormati,
JANGAN KHIANATI SYARIKAT BUMIPUTRA, KERANA GILAKAN DUIT DAN KUASA...
Artikel ni mengandungi fakta bagaimana pentingnya syarikat Kulim kepada ekonomi Melayu melalui JCorp. Bukannya Melayu Johor sahaja malahan seluruh negara kerana kepentingan bisnes kulim bukan sahaja di negeri johor malahan meliputi negeri2 lain di dlm Malaysia, KFC bertapak di Singapura, Brunei, Kemboja & India, Pizza Hut di malaysia & singapura. Melalui New Britain Oil Palm - yg merupakan satu-satunya syarikat Bumiputera yg tersenarai di London Stock Exchange. Kulim mempunyai beribu-ribu ekar tanah perladangan di malaysia & Papua New Guinea.
Selamatkan syarikat Kulim dari jatuh ke tangan bukan bumiputera melalui salah laku pemimpin yang tidak bermoral & menuju usia pupus!!!
JCORP SEBENARNYA TIADA MASALAH
(JCorp) tidak mempunyai masalah untuk membayar balik hutang berjumlah RM3.6 bilion yang perlu dilunaskan pada tahun depan.
Ini kerana, syarikat konglomerat yang dimiliki oleh kerajaan negeri itu mempunyai aset boleh jual bernilai lebih RM2 bilion tanpa menganggu gugat operasi semasanya. Setakat ini JCorp mampu untuk menyelesaikan 70 peratus daripada hutang berkenaan.
JCorp juga memiliki pelbagai aset di dalam dan luar negara termasuk bank-bank tanah dan tanah kawasan industri dan hartanah bernilai lebih RM3 bilion di bawah tiga teras perniagaannya.
Melalui aset-aset berkenaan dan cara penyelesaian yang fleksibel, masalah hutang boleh ditangani tanpa perlu menjual sebarang kepentingannya dalam QSR Brands dan KFC Holdings Bhd. mahupun mana-mana syarikat lainnya, yang sememangnya tidak pernah dirancang untuk dijual demi menjaga kelangsungan bisnesnya.
JCorp juga perlu mengambil kira peranan pentingnya untuk terus membangunkan Negeri Johor dan juga sumbangan kepada negara dalam apa juga tindakannya.
JCorp harus memberikan jaminan akan pegangan terhadap aset penting itu selagi menguntungkan kumpulan sebab kita tidak tahu apa yang bakal berlaku dalam perniagaan pada masa akan datang. JCorp juga berharap dapat mengurangkan bayaran hutang antara RM1.5 bilion dan RM1 bilion supaya lembaran imbangan kumpulan kekal kukuh.
Kalau ada baki sebanyak RM1.5 bilion, paras itu boleh dianggap sebagai tahap biasa di dalam menjalankan sesuatu perniagaan di waktu ini berdasarkan kepada saiz kumpulannya.Nilai perniagaan Kulim di Papua New Guinea bernilai RM6 bilion dan sekiranya dijual sebagaimana perancangan awal, Kulim masih berupaya memperoleh separuh daripada nilai tersebut.Asetnya di negara tersebut telah menarik minat banyak pihak sama ada pelabur tempatan dan asing untuk memilikinya.
Penstrukturan hutang itu perlu diselesaikan segera meskipun syarikat milik Kerajaan Negeri Johor itu mempunyai tempoh sehingga tahun depan untuk menyelesaikannya. Penyelesaian itu perlu untuk memudahkan JCorp menumpukan kepada usaha transformasi dalam mengukuhkan kedudukannya sebagai syarikat induk kepada kumpulan anak-anak syarikatnya.
JCorp kini memiliki lebih 250 anak syarikat. Mengikut perkiraan di atas, JCorp tidak perlu untuk menjual atau menggadaikan mana-mana syarikat anaknya untuk keluar dari kemelut yang hebat diperbahaskan sebelum ini.
JCorp juga akan memberi penumpuan terhadap penyenaraian anak-anak syarikatnya yang berdaya saing termasuk EA Technique Malaysia Sdn Bhd, pemilik kapal dan bot untuk industri minyak dan gas. Dalam masa sama juga JCorp perlu menggalakkan sebarang perancangan peluasan syarikat-syarikat tersenarai awam miliknya bukan sahaja di dalam Negara malah turut menuju ke luar negara.
JADI SEHARUSNYA SYARIKAT SEBEGINI HARUS TERUS DIPIMPIN OLEH GOLONGAN2 PEMIMPIN YANG MEMPUNYAI ROH BUMIPUTRA YG MAHUKAN SYARIKAT BUMIPUTRA TERUS KUKUH DI PERSADA EKONOMI NEGARA MAHUPUN ANTARABANGSA, KITA TIDAK MAHUKAN YANG MEMIMPIN SYARIKAT2 BUMIPUTRA SEPERTI INI DIPIMPIN OLEH GOLONGAN2 YG TIADA ROH BUMIPUTRA DAN PENUH DENGAN SIFAT KETAMAKKAN DAN SALAH GUNA KUASA SERTA BUTA AKAN PADA WANG RINGGIT SEHINGGA SANGGUP GADAIKAN MARUAH SYARIKAT BUMIPUTRA YG BESAR DAN BERJAYA.
RAKYAT MALAYSIA, ANDA PENENTU DALAM ISU INI...WASALAM
Sunday, March 13, 2011
BIBLE BAHASA MELAYU, HORMATI SENSITIVITI ORG ISLAM
Salam Sahabat2 Yg Saya Hormati,
Sekali lagi Isu Bible Bahasa Melayu Di Bangkitkan Oleh Golongan@ Yg Tidak Bertanggungjawab, Jika Saya Lihat Isu Ini Di Bangkitkan Dahulu Kerana Permainan Politik Oleh Pihak2 Yg Tidak Bertanggungjawab Ketika PRK Sibu Tahun Lepas, Kini Di bangkitkan Semula Kerana Ura-Ura PRU Sabah Dan Sarawak.
Pada Pihak Yg Ketandusan Idea Utk Berpolitik, Cari Lar Isu Lain Saya Nak Cadangkan, Bukan Memainkan Isu Yg Sensitif Ni Hanya Utk Meraih Undi, Jgn GADAI MARTABAT AGAMA ISLAM UTK SEMATA2 UNTUK DAPAT UNDI.
Pada Pendapat Peribadi Saya, Isu Bible Bahasa Melayu, Mudah Jika Nak Lepaskan Pihak Yg Bawak Masuk Harus Setuju Tukar Perkataan "Allah" Di Tukar Kepada "Tuhan" Didalam Bible Bagi Elak Kekeliruan, Selesai Dan Tak Perlu Di Perbesar2kan, Kebebasan Beragama Harus Datang Dgn Tanggungjawab Pada Sensitiviti Semua Kaum Dan Agama, Kerana Kita Sebuah Negara Majmuk
Bagi saya, penggunaan nama ALLAH dalam bible adalah bertentangan dengan Islam. Malah tiada nas al-Quran yang membenarkan penggunaan ALLAH oleh Yahudi dan Nasrani.
Mengapa saya kata begini?
1. Walaupun di dalam al-Quran ada kalimah ALLAH bila merujuk kisah yang berkaitan dengan Yahudi dan Nasrani, tetapi kisah-kisah itu berkisar tentang Yahudi dan Nasrani yang masih lagi berpegang kepada Injil dan Taurat yang asli, bukannya kaum Yahudi dan Nasrani yang berpegang kepada Torat,Bible, Old Testament dan New Testament yang ada pada hari ini.
2. ALLAH sememangnya diketahui oleh masyarakat arab jahiliyyah sebagai suatu ’supreme power’.
Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w telah menghapuskan kepercayaan karut,penyembahan berhala,syirik, tahyul dan kurafat serta menidakkan persamaan ALLAH dengan makhluk.
Rasulullah s.a.w telah membersihkan kalimah ALLAH dari segala hal syirik.
3. Firman ALLAH s.w.t dalam al-Quran bermaksud,
Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
“Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
“Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
“Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya”. (surah al-Ikhlas).
Surah di atas jelas menunjukkan ALLAH s.w.t bersifat Esa dan menolak konsep Trinity.
4. Sarjana Kristian sendiri sebenarnya tidak jelas bahawa Injil dan Taurat adalah 2 kitab yang berbeza. Mereka sendiri mengalami disforia(kekeliruan) dalam hal ini. Sarjana Kristian mengatakan
i) Torat adalah ‘the first Bible and is written by Moses’.
ii) Almost the entire Old Testament was written in Hebrew during the thousand years of its composition.
iii) The New Testament, however, was written in Greek.
Sekiranya anda membuka Torat, New Testament dan Old Testament, anda tidak akan menjumpai kalimah ALLAH di dalamnya. Malah, jika anda membaca New Testament yang ditulis dalam bahasa Greek, anda tidak akan menemui kalimah ALLAH. Oleh yang demikian permohonan Herald dan gereja ini sebenarnya bertentangan dengan Torat,Old Testament dan New Testament itu sendiri.
5. Cuba anda fikirkan, bagaimana agaknya jika pihak gereja dan Herald ingin membuat bible dalam bahasa Tamil?
Yang mana satu yang akan mereka pilih untuk menggantikan perkataan God di dalam Bible? Adakah Brahma? Atau Shiva? Atau mungkinkah Vishnu?
6. Jika kalimah ALLAH dibenarkan untuk digunapakai oleh agama lain, maka tindakan tegas terhadap pengamal ajaran sesat seperti Ayah Pin dan Haji Kahar adalah sukar dilaksanakan kerana seolah-olah membenarkan sesiapa sahaja untuk membuat interpretasi sendiri tentang ALLAH dan sifat-sifatNYA.
7. Malaysia adalah sebuah negara Islam, perlembagaan kita menetapkan bahawa Islam adalah agama rasmi. Malaysia bukannya sebuah negara Pancasila atau free thinker. Kebebasan itu ada hadnya.
8. Permohonan pihak Herald dan gereja untuk menggunakan kalimah ALLAH bertujuan untuk menyelewengkan akidah umat Islam ke arah pluralisme.
Ingatlah firman ALLAH s.w.t di dalam al-Quran yang bermaksud,
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan redha kepada kamu sehinggalah
kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka.” (Al Baqarah: 120)
Perkara yang menjadi tanda tanya pada saya disudut KDN adalah atas dasar apakah ia meletakkan yang Kristian tidak boleh menggunakan perkataan Allah didalam agama mereka?
Disudut agama Kristian pulak… kenapa hanya Kristian Malaysia sahaja yang beria ia mengatakan Allah adalah nama kepada TUHAN bapa?
Dan Allah adalah terjemahan kepada perkataan GOD?
Sedangkan didalam Bible tidak pernah disebut sama sekali perkataan Allah?
Sekiranya ISA diterjemahkan JESUS, ia telah pun dilakukan hampir 2000 tahun lalu. Tetapi kenapa baru sekarang GOD diterjemahkan kepada Allah?
Didalam pemahaman umat ISLAM seluruh dunia, bukan sahaja Malaysia. Allah didalam Al-Quran bukan bermaksud TUHAN. Ia adalah nama khas tuhan. Tuhan bermaksud pencipta seluruh alam maya ini dan namanya Allah. Dan Allah adalah tuhan sekalian alam yang perkataan Allah itu tidak bermaksud tuhan.
Oleh itu, penterjemahan Kristian Malaysia tentang makna GOD adalah Allah adalah sesuatu kekeliruan yang amat besar.
Sekiranya tuhan bapa adalah Allah… sudah sampai masanya umat ISLAM sedar yang perbezaan antara umat ISLAM dan Kristian tidak besar. Dan hakikat iman sudah semakin hampir kepada keESAan Allah.
Apa yang membezakan ISLAM dan Kristian adalah, umat kristian mengiktiraf JESUS atau ISA a.s sebagai ‘anak’ TUHAN. Tetapi ISLAM mengiktiraf JESUS atau ISA a.s sebagai utusan Allah dan seorang nabi yang diberi kelebihan berbanding manusia lain.
Selain itu, perkataan ISLAM bukanlah rekaan atau ciptaan oleh mana mana manusia atau pun nabi Muhammad s.a.w tentang nama agama ISLAM. Ia adalah nama yang diberi oleh Allah kepada agama ini. Rujuk Al-Quran surah al-Maaidah ayat 3.
Namun, didalam BIBLE tidak pernah tercatat atau dibuktikan JESUS menyatakan nama agama yang diajarkan adalah KRISTIAN. KRISTIAN diambil dari perkataan CHRIST. Gelaran yang diberi kepada JESUS yang bermaksud penyelamat. Perkataan Christian pula bermaksud ‘Pengikut Penyelamat’. Hanya 2 kali disebut perkataan Christian dan ke2 2 ayat ini bukanlah perkataan yang dilafazkan oleh JESUS yang disebut sebagai anak TUHAN. Rujuk BIBLE ACTS 26:29 dan 1 Peter 4:16.
Demikian sebahagian hujah saya untuk menolak penggunaan kalimah ALLAH di dalam Bible.
AKHIRNYA, KEPUTUSAN DITANGAN SAHABAT2 UNTUK MENILAI MANA YANG BAIK DAN MANA YANG TIDAK.
PERTAHANKAN MARTABAT AGAMA ISLAM DRPD PERMAINAN POLITIK UNTUK MERAIH UNDI...WAUHALLAHUALAM..
Saturday, March 12, 2011
AnuWar KASI DNA, Apa Takut??
Demo Aman NGO Di HQ PKR TROPICANA Dan Beberapa Negeri Di Msia.

Pada jam lebih kurang 11.30 pagi tadi, satu demostrasi aman telah dianjurkan oleh badan NGO Selangor iaitu GAPS, PERKASA, MIC Subang dan beberapa NGO lain bagi mendesak Anwar Al-Juburit supaya memberi DNA beliau kepada Polis. Demonstrasi ini diadakan serentak mengikut negeri iaitu di Perak, Pulau Pinang, Selangor dan beberapa negeri lain.
Dalam demonstrasi aman ini, Pengerusi GAPS, Sdr. Hamidzun Telah mendesak supaya tiada layanan istimewa diberikan kepada Anwar dan beliau mendesak agar Anwar tidak berdolak-dalih dalam memberikan DNA beliau kepada Polis.
Saya nak tau kata DSAI Perjuangkan dasar keterbukaan, kenapa kini bila isu kes beliau sendiri buat perbicaraan tertutup, RAKYAT Perlu tahu kebenaran.
Kenapa Takut Sangat Nak Kasi DNA Jika Tak Bersalah, Kasi DNA Pada Pihak Berkuasa Jika Tidak Bersalah, Tak Perlu Berdolak Dalih Dan Tunda2 Isu Ini.Duk Asyik lengahkan perbicaraan dengan sebab-musabab yang sangat banyak, membuktikan bahawa Anwar semakin kecut dengan pertuduhan terhadap beliau.
Yg Kelakar Kita Lihat, Komen2 Pemimpin2 PKR Terutama YB Nik Nazmi, Yang Lari Tajuk Dan Tukar Citer Serta Spin Issue Ni, Depa Kata DEMO2 Dibuat Oleh PERKASA Dihadiri Oleh Orang2 Indonesia Dan Sabah Dimana Akan Berikan IC Pada Mereka..Bodoh Betul Statement Pemimpin Muda Ni, Hebat Lar PERKASA Leh Kasi Kelulusan IC Pada Mereka, Mengalahkan KDN Dan Immgration Msia...
Tak Perlu Tukar Citer, Desak Lar Pemimpin Utama PKR , Ketua Umum PKR, Ketua Pembangkang PR KASI DNA PADA PIHAK BERKUASA, APA Nak Takut..
BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA APA???? RENUNG2KAN...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.