Wednesday, July 17, 2013

YB Dato Rahman Dahlan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dengarlah Rintihan Kami

Salam sahabat-sahabat yang di hormati,
Tertarik hati saya tulisan rakan FB saya mengenai suara anak muda. Rintihan beliau menjurus kepada akta Bank Negara yang baru.


Saya rasakan rintihan rata2 anak muda risau akan masa hadapan mereka yang ingin memiliki rumah pertama mereka. 

Saya rasa YB Dato Rahman Dahlan selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan harus mendengar rintihan bukan sahaja beliau tetapi saya yakin ribuan anak muda di bawah yang risau akan masa hadapan mereka.

Saya rasa sudah sampai masa Pihak Kerajaan mengambil isu ini secara serious dalam membantu bukan sahaja bagi anak-anak muda malah ratusan keluarga khususnya bumiputra diluar sana yang ingin memiliki rumah pertama mereka yang selesa.


Ramai keluarga diluar sana risau akan keadaan harga rumah yang semakin tinggi dan kini dengan akta baru Bank Negara yang memendekkan masa pinjaman, yang mana akhirnya akan kembali menjadi beban pada golongan berpendapatan sederhana ke bawah untuk memiliki rumah bagi keluarga mereka.


Mungkin YB Dato Rahman Dahlan selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan  sudi untuk bersama2 kita dalam satu sessi pertemuan teh tarik bersama anak-anak muda mengenai isu yang membimbangkan generasi muda. Mendengar rintihan dan nadi suara anak-anak muda dan keluarga yang memerlukan rumah bagi keluarga mereka.

Saya yakin jika YB Dato Rahman Dahlan selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turun mendengar rintahan dibawah secara terus pasti akan memikirkan jalan penyelesaian.


Kami yakin pada kepimpinan muda seperti YB Dato Rahman Dahlan selaku Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan .

Di bawah ini adalah kenyataan anak muda yg berjiwa besar rakan FB saya :


Salam sahabat2.

Kemungkinan coretan saya ini akan menguris mana-mana pihak yang akan membaca satu persatu coretan dari hati saya ini. Kemungkinan juga saya mewakili suara – suara golongan muda di Malaysia ini terasa perlu dibuat sesuatu sebelum semakin parah. Ini merupakan isu rumah mampu milik di Negara kita sendiri.



Saya ada melihat dan amati dengan teliti baru-baru ini Bank Negara telah menguatkuasakan peraturan baru dengan menghadkan:

(i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun)

(ii) pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun)

(iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan

Apabila saya amati betul-betul dengan penguatkuasaan ini kemungkinan kerajaan akan menangani masalah kenaikan hutang isi rumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013. Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%.

Akibat daripada hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun. Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman yakni bagi bahasa mudahnya adalah hutang.

Sekarang tertanya-tanya di benak fikiran saya kenapa hutang rakyat kita di Malaysia tinggi terutamanya orang-orang melayu kita? Saya petik pula dari data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.

Sekarang cuba tanya di dalam diri kita pula mengapa harga rumah sekarang sangat mahal sehingga rakyat kita terbeban hutang sampai mati? Saya ada mengajukan soalan ini kepada pemaju tetapi senang sahaja jawapannya. Barang kos seperti simen, pasir, batu-bata dan lain-lain seumpamanya naik harga.

Kadang-kadang saya hairan bin ajaib kenapa pihak kerajaan tidak boleh mengawal harga rumah? Adakah susah sangat pihak kerajaan menetapkan harga rumah mampu milik kepada rakyat. Cuba kita selidik semula bagaimana belia-belia (anak-anak muda) yang baru sahaja bekerja mampu memiliki rumah dengan harga yang gila ini. 

Ini kerana saya lihat harga rumah yang ditetapkan oleh pemaju sekarang sudah di luar dari istilah rumah mampu bilik. Saya tinggal di Bandar Puncak Alam. Setiap hari saya melihat perkembangan rumah-rumah disini. Cuba Kita bayangkan bagaimana seorang yang baru bekerja bolehkah memiliki rumah jika harga rumah dua tingkat di Bandar Baru Puncak Alam dengan keluasan 20”X70” pun sudah mencecah RM350 ribu – RM450 ribu? 

Saya tidak mahu melihat lebih jauh atau luar skop dari Puncak Alam. Kerana Bandar Puncak Alam merupakan Bandar yang baru dengan hanya ada Econsave beroperasi dan kedai-kedai makan hanya menggunakan payung di tepi jalan dan boleh dibilang dengan jari sahaja kedai-kedai makanan dibuka. Hanya Bank OCBC sahaja beroperasi.

Bayangkan harga rumah kondominium di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit dan harga sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta. Siapakah yang mampu membelinya?

Sekarang kita bayangkan pula kalau ada hutang kereta, anak kecil, kena beli lampin anak, bayar orang gaji, kad kredit, pakaian, persekolahan, minyak kereta dll, maka apa lagi yang tinggal? Bagaimana mungkin mampu untuk membeli rumah semahal ini jika pendapatan suami isteri hanya RM5 ribu sebulan sahaja dengan bayaran yang ditetapkan dalam masa 35 tahun. Jika suami isteri berpandapatan RM5 ribu pun tidak mampu, bagaimana bagi mereka yang berpendapatan lebih rendah dari itu?

Apabila melihat kepada masalah harga rumah yang semakin ‘tidak masuk akal’ sekarang ini, saya sedih melihat nasib rakyat terutamanya orang melayu dan golongan muda kita terhimpit dengan masalah begini. Saya mempunyai rakan yang berumur 38 tahun dan memiliki segulung Ijazah TETAPI sampai sekarang tidak mampu memiliki rumah kediaman sendiri. 

Adakah kita mahu melihat bangsa kita merempat di Negara sendiri? Masih terkial-kial mencari kelangsungan hidup. Sebenarnya saya ada beberapa mekanisme yang mungkin boleh membantu pihak kerajaan terutamanya tampuk kepimpinan yang baru Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan selepas selesai PRU 13 memikirkan bagaimana cara membantu golongan muda ini memiliki keperluan asas ini. 

Tetapi mungkin luahan saya siri ke-2. Ingat ini Rumah merupakan keperluan asas bagi kita. Bantulah golongan yang berumur 40 tahun kebawah memiliki rumah. Jika harga tanah di bandar mahal untuk membangunkan perumahan, maka binalah apartment ‘layak duduk’ yang sesuai untuk golongan berpendapatan rendah. 

Mereka tetap perlu disediakan rumah kerana itu adalah keperluan asas manusia yang perlu disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya. Saya tidak mahu mendengar atau mencari alasan ‘kalau ayam mahal jangan makan ayam’, atau ‘kalau rumah di bandar, mahal sewa atau belilah rumah di kampung’.

Maafkan saya sekiranya coretan saya ada salah dan silap serta menguris hati mana-mana pihak. Wahuallam.

Ikhlas dari saya.
Noor Akmal Kamarolzaman


#Semoga Rintihan Kami di Dengari Oleh Pemimpin2 AtaS



SAM1M Bantah Dasar Baru Bank Negara


Salam sahabat yg dihormati,  tertarik saya membaca artikel oleh Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff Penganalisis Politik, Pensyarah UKM. Saya secara pribadi setuju dengan beliau. Kerana dasar baru yang dibuat oleh Bank Negara hanya akan menyusahkan dan menekan rakyat malah peluang untuk memiliki rumah pertama akan terbantut ,khususnya bagi yang berpendapatan sederhana ke bawah.

Apa yang Bank Negara nak buat ni? Apa pendirian pemimpin2 kerajaan? Kena letak diri mereka dalan tempat golongan yang berpendapatan sederhana seperti saya dan majoriti rakyat Malaysia yang lain.

Jangan terus menekan dan menghimpit rakyat seperti kami dibawah..

Dasar Bank Negara ini bukan cara penyelesaian yang baik bagi rakyat..Carilah penyelesaian yang baik bagi kedua pihak mahupun Kerajaan dan rakyat..Bukan hanya memihak sebelah pihak..

Langkah Bank Negara mengetatkan syarat pinjaman mungkin adalah baik tapi itu bukan masalahnya untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Yang mesti diselesaikan ,dikawal & diturunkan harga adalah harga rumah & kereta kerana inilah hutang terbesar isi rumah. 

KESIAN RAKYAT YANG SEHINGGA KINI TIDAK BERPELUANG MEMILIKI RUMAH. BILA DASAR INI DIBUAT HARAPAN MEMILIKI RUMAH MAKIN SAMAR....




PADA 5 JULAI 2013, Bank  Negara menguatkuasakan peraturan baru menghadkan: (i) pinjaman peribadi setakat 10 tahun maksimum (dahulu 25 tahun); pinjaman hartanah dan rumah 35 tahun (dahulu 45 tahun), dan (iii) tidak membenarkan lagi pinjaman pra kelayakan.

Alasan yang diberikan Bank Negara adalah untuk menangani kenaikan hutang isirumah yang meningkat dari RM465.2 bilion pada tahun 2008 kepada RM754.6 bilion pada pertengahan tahun 2013.

Dengan harga rumah mahal, harga kereta mahal dan kos hidup yang mahal, rakyat Malaysia adalah ‘juara’ dalam membuat hutang, iaitu hutang isirumah kita adalah 140% berbanding dengan pendapatan, Singapura 105%, Amerika 123%, Korea 101%, Thailand 53% dan Indonesia 38%.
Akibat hutang yang banyak ini, kadar individu yang diisytiharkan bankrap pada tahun 2012 ialah 19,575 ataupun 53 orang sehari dalam setahun, di mana 50% adalah dari golongan berumur 25-44 tahun.
Jumlah individu yang bankrap dari tahun 2007 sehingga 2013 adalah 245,000 orang yang mana faktor utamanya adalah disebabkan oleh kegagalan untuk membayar pinjaman (hutang).

Persoalannya, kenapa hutang rakyat kita tinggi? Menurut data Bank Negara, 64% pinjaman yang dibuat oleh isirumah adalah dari pinjaman perumahan dan kereta sahaja. Pinjaman peribadi jatuh ke tempat ketiga paling banyak.

Pertanyaannya, mengapa harga rumah mahal sehingga boleh membuatkan kita terhutang sampai ke tua? Bila rakyat bertanya hal ini, jawapan pemaju mudah sahaja, iaitu kerana barang kos pembinaan seperti simen, pasir, batu-bata dan seribu satu macam perkara lain lagi naik harga. Bagi ahli ekonomi, mereka menjawab kerana permintaan melebihi penawaran.

Saya pun hairan kenapa kerajaan tidak boleh mengawal harga rumah ini? Apakah payahnya sangat untuk kerajaan menetapkan harga rumah mampu milik kepada rakyat, iaitu rumah yang boleh dibeli oleh golongan berpendapatan sederhana yang harganya dalam lingkungan RM100-RM200 ribu sahaja.

Ini kerana saya lihat harga rumah yang ditetapkan oleh pemaju sekarang sudah di luar dari istilah rumah mampu bilik. Bayangkan bagaimana seorang yang baru bekerja boleh memiliki rumah jika harga rumah dua tingkat di Bandar Baru Bangi dengan keluasan 20”X70” pun sudah mencecah RM500 ribu.
Bayangkan harga rumah kondominium di Bangsar yang seluas 2,000 kaki (185 meter) persegi dijual pada harga RM2.4 juta seunit dan harga sebuah rumah semi-D di Sri Hartamas berharga RM1.5 juta. Siapakah yang mampu membelinya?

Bayangkan pula kalau ada hutang kereta, anak kecil 3 orang, kena beli lampin anak, bayar orang gaji, kad kredit, pakaian, persekolahan, minyak kereta dll, maka apa lagi yang tinggal?
Bagaimana mungkin mampu untuk membeli rumah semahal ini jika pendapatan suami isteri hanya RM5 ribu sebulan sahaja dengan bayaran yang ditetapkan dalam masa 35 tahun. Jika suami isteri berpandapatan RM5 ribu pun tidak mampu, bagaimana bagi mereka yang berpendapatan lebih rendah dari itu?
Saya cukup risau dengan harga rumah yang tidak terkawal dan over priced ini. Sekarang ini pun dengan gaji RM6 ribu sebulan, belum tentu dapat membeli rumah yang berharga RM400 ribu.

Andaikan si pembeli meminjam RM400 ribu sahaja daripada bank dengan purata kadar faedah enam peratus setahun, peminjam perlu membayar ansuran bulanan sebanyak kira-kira RM2,400 selama 30 tahun.
Ini bermakna peminjam yang membeli rumah teres pada usia 30 tahun hanya akan habis membayar hutang pada usia 60 tahun. Persoalannya, berapa ramaikah rakyat kita memiliki pendapatan RM6 ribu sebulan sekarang?


Apabila melihat kepada masalah harga rumah yang semakin ‘tidak masuk akal’ sekarang ini, saya terpanggil untuk membincangkan masalah ini. Saya sedih melihat nasib rakyat yang terhimpit dengan masalah ini kerana biarpun sudah berumur 45 tahun dan berkelulusan universiti, sehingga sekarang pun masih ‘menyewa’ lagi. Itu belum lagi mengambil kira mereka yang bekerja di bawah dari tahap gaji pegawai yang berkelulusan universiti.

Atas masalah harga rumah yang tinggi ini, saya mencadangkan kepada pihak kerajaan supaya mengambil tindakan berikut:

i. Turunkan kadar faedah daripada 4% kepada 2% sahaja untuk pinjaman kerajaan dan dari 6% kepada 3% sahaja untuk pinjaman bank bagi rumah pertama. Ambil perhatian kerajaan Kelantan tidak mengenakan faedah kepada kakitangan awamnya dan Public Bank hanya mengenakan kadar faedah sebanyak 1% sahaja kepada kakitangannya.

ii. Naikkan elaun perumahan untuk kumpulan sokongan dari RM180 sebulan kepada jumlah yang lebih wajar. Di Kuala Lumpur, sewa sebilik pun sudah RM250-500 sebulan. Bagi pekerja swasta pula, kerajaan perlu mewajibkan syarikat membayar elaun perumahan kepada pekerjanya campur dengan gaji minimum yang baru diwajibkan.

iii. Kerajaan sendiri membina lebih banyak rumah sesuai dengan permintaan dengan tidak lagi menyerahkannya kepada pemaju swasta. Sekiranya syarikat swasta mahu juga membinanya, kerajaan perlu meminda akta supaya segala pembangunan perumahan yang dilakukan oleh syarikat swasta hendaklah mengikut syarat-syarat ketat harga yang ditetapkan kerajaan supaya harga menjadi terkawal dan tidak lagi melampau.

iv. Menteri Perumahan yang baru sepatutnya merangka mekanisme untuk menurunkan harga rumah sama ada dengan mengurangkan kos pembinaan dan lain-lain tindakan yang wajar.

v. Jika harga rumah mahal disebabkan oleh harga tanah, maka kerajaan hendaklah menetapkan harga siling bagi setiap kaki persegi tanah kerana tanah adalah milik kerajaan yang boleh dikawal.

vi. Jika harga tanah di bandar mahal untuk membangunkan perumahan, maka binalah apartment ‘layak duduk’ yang sesuai untuk golongan berpendapatan rendah. Mereka tetap perlu disediakan rumah kerana itu adalah keperluan asas manusia yang perlu disediakan oleh kerajaan untuk rakyatnya. Jangan pula cari alasan ‘kalau ayam mahal jangan makan ayam’, atau ‘kalau rumah di bandar, mahal sewa atau belilah rumah di kampung’.

Saya yakin jika kerajaan boleh membuat pelbagai program seperti Hari Sukan, Hari Wanita dan Hari Belia dengan kos yang berjuta, tentunya tidak sukar bagi kerajaan untuk mengambil langkah lebih adil bagi menyediakan perumahan kepada rakyat ini.

Mengingatkan tentang hutang rakyat kita yang terlalu tinggi dan ramai lagi dari kalangan mereka yang masih belum mempunyai rumah sendiri, hati saya mengeluh. Semoganya tidak lagi selepas ini...

- Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff
Penganalisis Politik, Pensyarah UKM

Sunday, July 14, 2013

Mana Suara Pertahankan Isu2 Agama dan Bangsa????

Salam sahabat2 yang dihormati,tersentak dan sedih saya pagi ini mendapat 1 Message di Facebook saya awal pagi ni..

"Salam kekanda Armand yg saya hormati, sedih saya pada bulan ramadan ini bila berbagai asakan terhadap agama kita bermula ngan kenyataan bishop vatican dan terbaru 2 budak cina Alvin dan Vivian mempersendakan martabat agama islam. Saya rindu zaman kekanda dalam Wira Perkasa Malaysia suatu ketika dahulu bagaimana kekanda berani pertahankan isu2 sensitif demi kepentingan agama dan bangsa sehingga di gelar Racist. "

"Saya masih ingat bagaimana kekanda serangan individu bernama Namewee kerana hina lagu negara, ketika menghalau Tony Blair di Forum Sunway kerana kekejaman beliau dlm isu kemanusiaan, Pertahankan isu guru sekolah di Johor, Menpertahankan isu hak 153 perlembagaan, Pertahankan Sultan Selangor dan institusi raja2 melayu. Kekanda menegur dgn berani tak kira drpd pihak kerajaan mahupun pembangkang."

"Selepas kekanda meninggalkan Wira Perkasa saya sehingga kini mencari suara2 pemimpin yang berani bersuara seperti kekanda dahulu tapi sehingga kini tiada. Saya mohon kekanda kembali perjuangkan kembali maruah dan martabat agama, bangsa dan negara. Biarlah mereka gelar pelbagai atau hina pada kekanda tapi kekanda yakin lah beribu anak2 muda dan orang2 melayu dibelakang kekanda. Saya dan kawan-kawan saya minta kekanda kembali kehadapan dalam perjuangan ini."

"Kami dah tak sanggup lagi maruah agama dan bangsa kita makin teruk dipermainkan dan dihina serta dilihat sepi tiada yang kehadapan seperti kekanda dahulu." : Mega Sutera Isnin Jul 15 5.45pagi.

Kepada sahabatku Adinda Mega Sutera,  perjuangan saya tidak pernah terkubur, saya senantiasa memerhati dan amik tahu isu2 yang diperkatakan. .Insyallah saya akan bersama2 adinda dlm perjuangan ini.

Ingat apa yg saya kata dahulu "Saya rela dipenjarakan demi perjuangan ku, Tapi aku tak rela perjuanganku dipenjarakan"

Saya harap pemimpin2 lain bangkit dalam isu ini...

Saturday, July 13, 2013

Tutup Kedutaan Vatican!!!!!


KUALA LUMPUR 13 Julai - Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam-Melayu yang sebelum ini mahu Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino diusir, hari ini mendesak kerajaan menutup pejabat kedutaannya di sini.

Tindakan tegas itu wajar kerana Marino melanggar had sebagai seorang duta sebagaimana peruntukan Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961 kerana mencampuri urusan dalaman Malaysia dengan menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini.

Jurucakap gabungan NGO Islam-Melayu, Nasharudin Mat Isa berkata, Marino dengan sengaja serta berniat jahat membuat kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan Islam-Kristian di Malaysia sekali gus perlu memohon maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia.

"Kenyataannya yang bercanggah dengan pendirian rasmi kerajaan Malaysia merupakan perbuatan yang disengajakan, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.

"Kita menuntut Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memanggil Marino dan diberikan kata dua," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Semalam, NGO Islam-Melayu mendesak kerajaan mengusir Marino kerana menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini.

Gabungan tersebut mewakili beberapa NGO Melayu dan Islam antaranya Yayasan Nassar, Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).Turut berada dalam gabungan itu adalah Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia dan Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M).

Marino dalam wawancara pertamanya dengan sebuah portal berita di negara ini kelmarin menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Nasharudin yang juga Pengerusi Yayasan Nassar percaya Marino seorang yang arif tentang Malaysia sesuai dengan pelantikannya sebagai Duta Vatican City ke negara ini.
"Saya juga percaya Marino amat mengetahui apa yang patut dan apa yang tidak boleh diperkatakan mengenai Malaysia dan sebagai tetamu negara berstatus duta, salah satu elemen terpenting, beliau sama sekali tidak dibenarkan mencampuri hal dalaman negara.

"Marino juga perlu menarik balik kenyataan tersebut dalam tempoh tujuh hari bermula semalam," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden Jati,Datuk Aidit Ghazali berkata, tindak-tanduk duta berkenaan boleh memberi ancaman serius kepada negara jika tidak dibendung kerajaan.

Beliau berkata, perkara itu berikutan kalimah Allah merupakan hak eksklusif dan isu paling sensitif bagi umat Islam di negara ini."Penekanan juga perlu dibuat bahawa isu ini bukan isu NGO semata-mata tetapi merupakan isu yang perlu dihadapi bersama setiap umat Islam di negara ini," katanya.


Presiden Muafakat, Ismail Mina Ahmad pula berkata, Marino bukan seorang yang bijak selepas bertindak menyentuh urusan dalaman negara apatah lagi isu berkenaan masih di peringkat mahkamah.

"Kita faham kehadirannya ke sini akan memantapkan lagi persefahaman antara Islam dan Kristian, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya."Saya teringat firman Allah di dalam surah al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud 'Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani selama-lamanya tidak akan reda kepada kamu sehinggalah kamu mengikut agama.
Petikan : Utusan Malaysia.

Friday, July 12, 2013

Bishop Joseph Menghina Martabat Islam

KUALA LUMPUR 12 Julai - Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam-Melayu mendesak kerajaan mengusir Duta Vatican City ke Malaysia, Bishop Joseph Marino kerana menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut Kristian di negara ini.

Pertubuhan itu dalam kenyataan di sini hari ini berkata, tindakan tersebut perlu diambil kerana beliau mencampuri urusan hal ehwal Islam dan pentadbiran negara.

"Tindakan biadab dan kurang ajar duta tersebut secara jelas membuktikan kehadiran beliau di negara ini bukanlah dengan niat yang baik tetapi tersirat agenda yang lebih licik."

"Seharusnya duta yang dilantik membantu menjalinkan hubungan yang baik di antara negara tetapi perbuatan Marino sudah tentu melampaui batas bidang tugasnya sebagai duta dan berniat jahat," kata kenyataan itu.

Pertubuhan tersebut mewakili beberapa NGO Melayu dan Islam termasuk Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Suara Anak Muda 1Malaysia (SAM1M ),  Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia, Permuafakatan Wangsa Malaysia (Pewangsa Malaysia), Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) dan Pewaris Bangsa (ProWaris).

Dalam wawancara pertamanya dengan sebuah portal berita di negara ini semalam, Marino menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini.

Marino memuji hujah-hujah dikemukakan Persekutuan Kristian Malaysia bagi membolehkan perkataan 'Allah' dalam teks dirujuk kepada tuhan.Walaupun isu itu masih belum diputuskan di mahkamah selain menjadi isu dalaman di negara ini, Marino tetap menyifatkan hujah-hujah yang dikemukakan sebagai agak logik dan boleh diterima.

Dalam pada itu, pertubuhan itu berkata, mereka bimbang jika perbuatan di luar batasan diplomatik tersebut tidak ditangani dengan segera dan tegas oleh Kementerian Luar maka sehingga menjurus kepada campur tangan yang lebih serius termasuk mendokong gerakan Kristianisasi yang disasarkan kepada umat Islam di negara ini.

Tegasnya, Marino sudah melangkaui bidang tugasnya sebagai seorang diplomat yang mewakili Paus Francis dengan mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan serta memihak kepada penganut Kristian di negara ini dengan menekan umat Islam.

Sehubungan itu kata pertubuhan berkenaan, perbuatan biadab mencampuri urusan negara ini yang dilihat begitu sensitif yang boleh merosakkan perhubungan kaum di negara ini harus ditangani dengan tegas tanpa sebarang kompromi sebelum nasi menjadi bubur.

"Kami juga khuatir apa yang dilakukan sudah tentu akan menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini yang tidak mustahil akan mengambil tindakan undang-undang sendiri yang boleh menjejaskan perpaduan yang sedia terjalin serta kemakmuran negara ini dengan berbangkitnya isu-isu keagamaan seperti ini."

"Sehubungan itu kami, mendesak Kementerian Luar mengecam kenyataan Marino tersebut bagi menandakan pendirian tegas Malaysia terhadap isu ini. Gabungan NGO Islam-Melayu akan menulis surat bantahan kepada Paus Francis mengenai tingkah laku dan kenyataan biadab duta beliau," tegas kenyataan tersebut.

Wednesday, July 10, 2013

Perumahan Rakyat Harus Di Utamakan

Info@SAM1M

Salam sahabat2 yang dihormati..

Apa pandangan, cadangan dan komen tentang kepentingan Projek Perumahan Rakyat Tempatan (PPRT) khususnya bagi anak2 muda yg baru mendirikan rumah tangga serta keluarga bumiputra yg tinggal di bandar2, Boleh saya dapatkan maklum balas tuan2 semua.

Saya Dan NGO Suara Anak Muda 1Malaysia ingin mengambil isu ini secara serious demi kepentingan bumiputra berpendapatan rendah di Bandar demi kebajikan generasi akan datang..

Pelbagai pandangan yang saya perolehi mengenai isu ini.

"Pada pendapat saya pemilikan rumah amat penting...bukan bagi rakyat tapi kesanya kepada kesinambungan pemerintahan yang sedia ada sekarang...semakin mudah pemilikan rumah bagi bumiputra dikawasan bandar bermakna semakin mudah kita memecah komposisi kaum di bandar yg lebih dikuasai kaum cina...pembinaan rumah kos tinggi yg meriah di kawasan bandar banyak mempengaruhi komposisi kaum kerana realitinya tak ramai kaum bumiputra terutamanya golongan muda mampu membeli rumah di bandar...jadi isu pemilikan rumah untuk bumiputra muda perlu diambil serius" Sdr Noorazman Shamsuddin.

"Ada dua perkara yg boleh diutarakan.. 1. PPRT seakan menjadi sinonim dgn bumiputera seprtimana kita boleh lihat org cina beli banglo, melayu duduk PPRT. 2. Harga rumah sepatutnya dikawal terumatama di kawasan2 bandar yang mana kita tahu développer yg control harga" Sdr Khairuddin.

"Mungkin ramai yang tak tahu nak apply PPRT. Apa kata dipermudahkan cara untuk memohon PPRT. Byk faedah dan kelebihan PPRT khususnya bagi anak muda berkeluarga di bandar" Sdr Shamsul Akmal.

"Lokasi & berhampir dengan kemudahan penting. Harga mesti mampu dibeli oleh rakyat tapi quality & keselesaan wajib ditingkatkan. Kerajaan harus membantu kali ini daripada memberi imbuhan berbillion kepada musuh yang tak meyokong dan berterima kasih pemberian kerajaan selama ini. Beri kemudahan sebanyak mungkin kepada Melayu supaya benih dan anak cucu kita hidup dalam lingkungan selesa dan boleh mencapai kejayaan serta kompetitif! dan berdaya saing & maju ..!" Sdr Mahzan

"Dan bukan shj hanya pd PPRT, malah perumahan utk middle income, harga sekitar bwh 350k" Sdr Munir

"It is time for government to interfere to protect the people (Malay) di bandar2. Unless top leader sudah kena sumbat mulut dgn tauke2 konglomerat property" Sdr Halim

"Kebanyakan rakyat berpendapatan rendah.. klu gaji 2-3k x cukup nak tampung keluarga maka PPRT ini amat penting" Sdr Remy Ibnu

"Susah nk dpt even dh apply, bos..payah klau dh smua nk pakai kabel kroni bagai." Sdr Long

"Perlu lg ker pandangan dan komen? Lg terang dan bersuluh masalah ini..adalah lebih baik kerajaan BN mengambil tindakan dalam skala yg besar..kerana jikalau tidak mengambil tindakan dlm skala yg besar,kelak akn bawak padah BN dan UMNO khususnya. Kapasiti melayu di kwsn bandar semakin kurang dan semakin pupus maka ini akn menjurus lemahnya kuasa UMNO di kwsn bandar. Secara hakikatnya pon, UMNO hanya relevan di kawasan kampung dan bukannya bandar pada waktu sekarang. Golongan melayu semakin ditolak ke luar bandar secara perlahan-lahan. Nanti sampai suatu masa, dh x tau mana lg nk tolak dan campak org melayu kita ni kalau tiada kawalan harga hartanah. Anak muda semakin kecewa dan kecewa utk survival di bandar. Org muda zaman sekarang adalah golongan muda yg paling tertekan dari sudut kemampuan kewangannya. Penat baca surat khabar kdg-kdg NGO hanya mampu mendesak kerajaan buat itu ini tp takat itu sahaja tindakan yg dibuat." Sdr Fitri Yahya

"Dalam hidup ini rumah merupakan satu kemestian. Kita tiada pilihan berbanding keperluan lain spt kereta, pakaian. Begitu juga makanan. Bayangkan jika purata gaji 2k duduk di bandar2 besar adakah mampu untuk membeli rumah???  Biarlah realiti dari berfantasi dan retorik semata" Janal Bahari

"Cadangan saya:
1. Kadar harga biar sekurang2nya separuh dari harga pasaran mengikut bandar.
2. Deposit 10% jika perlu boleh dibayar secara ansuran. (Sebaiknya minimumkan deposit atau hapuskan).
3. Tapak projek/perumahan dilengkapi prasarana asas seperti surau, balai rakyat, tadika/pusat asuhan.
4. Permohonan melalui badan yg lebih telus.
5. Pengurusan pembahagian lot melalui badan yg telus td bukannya pemaju kerana boleh berlaku 'isu simpan lot" Dr Israfil

"Begini : Bagaimana bagi mereka2 yg kurang berkemampuan, gaji purata sebulan bawah RM1,500-00, mempunyai keluarga dan bukan bekerja Tetap,adakah solusi untk kita membantu mereka yang betul2 berhasrat untk membeli rumah dan memandangkan syarat2 pinjaman yg terlalu ketat sehinggakan ada dikalangan mereka hanya mampu menyewa bilik2 kecil disekitar Ibu Kota"  Rakyat Perihatin

"Jika sebelum ini kerajaan melancarkan skim rumah pertama (PRIMA) untuk bumiputra yang b'pendapatan rm3000 kebawah untuk memiliki rumah pertama. Apa kata jika kita bina rumah kos rendah untuk belia2 yang baru memulakan hidup di bandar. Tak mungkin belia yang baru berhijrah ke bandar untuk bekerja mampu untuk memiliki rumah sendiri dalam tempoh 3 tahun terdekat. Jika kereta, kita mampu wujudkn skim graduan untuk m'bantu graduan yang baru mula bekerja untuk memiliki kereta sendiri. Kenapa tidak kita gunakan cara yang sama untuk memliiki rumah. Sekarang ni jangan kata kos untuk memiliki rumah terlalu tinggi, kos untuk menyewa rumah pun sudah dianggap tinggi. Itu sebab kebanyakan anak muda sekarang lebih suka tinggal dikampung bersama keluarga dari berhijrah ke bandar untuk meningkat taraf hidup daripada seorang anak kampung menjadi seorang yang berjaya dibandar." Sdr Andy

"Demi Kepentingan Kerajaan dan Bumiputera projek PPRT perlu diteruskan. Keseimbangan kaum di Bandar perlu diambilkira memandangkan ekonomi kaum Bumiputera masih jauh jika hendak dibandingkan dgn kaum Cina dan India...Kerajaan juga perlu membantu dari segi ekonomi kaum Bumiputera supaya kaum Bumiputera juga dpt menikmati kemajuan seiring dgn Kemajuan sekarang. Jika kerajaan terlepas pandang dgn ekonomi kaun Bumiputera. PRU13 telah menunjukkan bagaimana kekuasaan kaum Cina menguasai bandar2 diMalaysia...hanya 2 negeri sahaja masih mengekalkan parti kerajaan iaitu Johor Bahru dan Arau...saya setuju Projek Perumahan Rakyat Tempatan(PPRT) harus dilaksanakan" Sdr Zaini Sinong

Terima kasih pada yang memberikan sokongan serta pandangan dalam isu ini..Saya harap sahabat2 semua boleh terus salurkan maklumat tentang pandangan dan cadangan ke email saya armandpju@gmail.com

Suara anda suara perubahan masa hadapan negara. 1 NADI , 1 HARAPAN , 1 SUARA....

Armand Azha
Pengasas
Suara Anak Muda 1Malaysia.

Tuesday, July 2, 2013

Dato Azeez Salah Kah?

Salam sahabat2 yang dihormati. .

Tertarik saya bila lihat puak2 Cicak Mengkarung yang tak abis2 serang isu Dato Azeez yang di berikan amanah dan tanggungjawab sebagai Pengerusi Tabung Haji..

Seperti biasa cacian dan serangan peribadi diguna pakai untuk menyerang Dato Azeez dan sebagainya.

Mungkin tidak ramai yang mengenali secara dekat siapa Dato Azeez ini disebabkan oleh itu mereka pun terikut menyerang peribadi Dato Azeez. .

Dato Azeez telah lama duduk dalam lembaga pengarah tabung haji bukannya bidang terjun..

Dato Azeez yang saya kenali ini seorang yang dekat ngan rakyat dan akar umbi..Sejak beliau masih dalan Exco Pemuda Umno Malaysia lagi, gerak kerja beliau konsisten dalan amanah yang diberikan.

Boleh dikatakan Biro Putera dibawah Pemuda Umno suatu ketika dahalu salah satu biro yang aktif dan konsisten dalam gerakan pemuda Umno Malaysia.  Pelbagai program yang diluar kotak dilcadangkan dan dilaksanakan sehingga berjaya.  Di sebabkan gerak kerja beliaulah dia dikenali dalam Umno dan persada politik tanah air, bukan kerana beliau anak orang kaya atau ternama tetapi kerana khidmat beliau kepada rakyat.

Setelah tamat zaman pemudanya beliau menawarkan diri sebagai calon Majlis Tertinggi Umno dan alhamdulilah beliau berjaya dengan undian drpd akar umbi..

Peranan digalas oleh beliau dlm Majlis Tertinggi semua gerak kerja bantuan kemanusiaan didalam dan diluar negara digalas oleh beliau walaupun beliau tewas pada Pilihanraya ke12 lalu beliau tidak kecewa dan meninggalkan kawasan yang tidak memberikan undi pada beliau malah beliau terus memberikan kederat dan tenaganya dikawasannya bukan hanya pada ahli UMNO malah pada penyokong2 Pakatan juga beliau bantu..Ini menunjukkan betapa besarnya jiwa beliau sebagai pemimpin dan akhirnya pada Piliharaya 13 rakyat yang sebelum ini menolaknya telah tekatkan hati untuk memberikan undi seterusnya mengangkat beliau sebagai Ahli Parlimen. .

Berapa ramai pemimpin2 yang berani kekawasan2 perang, bencana alam dan kawasan yang bergolak baik drpd pemimpin Barisan Nasional mahupun Pakatan..Rata2 jawapan nya tiada..

Ramai yang bercakap mengenai misi bantuan kemanusiaan tapi hanya bercakap, berbeza ngan Dato Azeez bila beliau cakap beliau akan laksanakan..

Ini contoh terbaek pemimpin WALK THE TALK bukan NATO ( NO ACTION TALK ONLY)...

Kita lupakah siapa yang bantu pelajar2 Malaysia di Mesir ketika Arab Spring? Kalau bukan Dato Azeez. .Kita lupakah siapa yang terus bantu Palestin kalau bulan Dato Azeez. .Kita lupakah siapa yang bantu misi banjir, gempa bumi, perang dan sebagainya..

Jawapannya adalah Dato Azeez. ..

Jadi bagi saya calon terbaek yang Perdana Menteri pilih sebagai Pengerusi Tabung Haji tak salah..

Dato Azeez Pengerusi Tabung Haji pilihan terbaek. .

Pisang, Epal, Oren Pemilihan 2013

Salam sahabat2 yang dihormati. .

Nampaknya sudah ramai yang menerima dan memberikan komen setelah mereka dalami artikel Pisang, Epal, Oren sebelum ini..

Kenapa saya kata nak pilih pemimpin, pilih lah pemimpin ibarat Pisang bukan Epal dan Oren.

Seperti mana saya nyatakan sebelum ini Pisang boleh hidup dimana sahaja berbanding Epal Dan Oren.

Nak pilih pemimpin kita kena cari yang mudah didekati, mudah berdiskusi, mudah menerima pandangan...Bukan nya yang nak jumpa pun susah apa lagi nak paham nadi dan degupan suara rakyat.

Contohnya Pisang..Kita tanya diri kita sendiri , pernah ker kita tengok pokok pisang, pegang pokok pisang mahupun tanam pokok pisang..Sudah pasti 99.9% akan jawap Ya, Pernah..

Bandingkan ngan Epal dan Oren. .Tanya diri kita ngan jujur berapa ramai yang pernah tengok pokok Epal dan Oren, berapa ramai yang telah pegang pokok Epal dan Oren. 

Sudah pasti majoriti yang akan kata Tak Pernah pegang atau lihat Pokok Epal dan Oren. .

Jadi nak pilih pemimpin, cari yang ibarat Pisang..Kalau masih nak pilih Epal dan Oren jangan pulak kita komplaint dimasa akan datang susah nak tanam pokok ni kat kawasan rumah berbanding pokok Pisang.

Musim pemilihan Umno sudah dekat..Pemilihan UMNO 2013 kali ini adalah untuk memastikan PRU14 Akan datang rakyat akan bersama atau tidak..

Maka tanggungjawab para perwakilan kali ini amat besar, jika tersalah caturan ianya hanya akan mengundang kesukaran..

Pilih lah yang berdasarkan gerak kerja sebelum2 ini , yang senantiasa berikan khidmat secara konsisten demi kepentingan UMNO, pilihlah yang mudah didekati dan boleh maju kehadapan..Pilih berdasarkan prestasi dan KPI bukan berdasarkan wang ringgit mahupun nafsu kebencian untuk cah keting.

Banyak calon2 akan menawarkan diri pada pemilihan kali ini kerana Transformasi Demokrasi Dalam UMNO yang lebih terbuka. Ini akan menjadi medan bagi yang Konsisten Berkhidmat Utk Menawarkan Diri Mahupun Yang ibarat Hantu Pocong yang tiba2 timbul pada musim pemilihan dimana sebelum ni bayang pun tak nampak bersama akar umbi mahupun program2 UMNO.

Mereka Hantu Pocong ni majoriti akan mengunakan kedudukan keluarga dan wang ringgit untuk meraih sokongan bukan melalui gerak kerja lampau.

Apa adakah nak jadi pemimpin dalam UMNO harus hadir daripada golongan bangsawan? Kena jadi anak dato? Kena jadi anak Tan Sri? Kena Jadi Anak Orang Senang? Kena jadi Anak Pemimpin besar? Di jadikan penunjuk aras nak jadi Pemimpin dalam Umno?

Apakah rakyat biasa yang bertanggungjawab dalam amanah yang diberikan dalam gerak kerja yang konsisten bukan sebagai ciri2 yang akan dipilih?

Akhir sekali jawapannya ada pada diri anda..Nak Pisang, Epal atau Oren..

Nak yang berkhidmat atau yang nak masyuk...Renung2kan lah. .

Saya pasti akan memilih Pisang...

Monday, July 1, 2013

Hantu Raya, Toyol , Pocong ?

Salam sahabat2 yang dihormati, terima kasih pada rakan2 yang komen artikel saya mengenai Pisang, Epal, Oren baru2 ini..heheheh Jgn lupa sokong Pisang..

Hari ini saya rasa nak ceritakan tentang hantu2 yang terkenal dalam negara kita iaitu Hantu Raya, Toyol , Pocong. 3 hantu ni boleh dikatakan semua rakyat  Malaysia pernah dengar mengenai mereka..


Hantu Raya biasanya dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja-kerja berat. Hantu  Raya ni juga boleh di suruh membinasakan musuh atau jaga kepentingan tuannya, boleh buat kerja-kerja berat seperti empat ke lima orang ngan mudah dan selalunya akan setia pada tuannya. Tapi bila Hantu Raya ni tak bertuan ianya akan merayau sana sini cari tuan..Bahaya....mengacau sana sini..Tapi Hantu yang setia pada tuannya  jika dijaga.


Toyol adeiii...ni kuat mencuri dan menyamun utk tuannya malah akan mencuri daripada jiran-jiran mahupun sahabat2 tuannya bukan itu jer duit masjid pun dia bedal. Tuan Toyolnya pula terpaksa berikan darahnya sendiri untuk jaga si Toyol ni, kalau terlupa bukan sahaja tuan nya digigit malah si Toyol ni akan hisap darah ahli keluarga terdekatnya..Ini kalau bela akan menyusahkan Tuan nya, walaupun pi mencuri untuk tuannya tapi akan memudaratkan Tuannya sendiri..ish2 Toyol oh Toyol...



Pocong ini lagi lar...Tiba2 muncul tiba2 hilang...kejap lompat ke sana. kejap lompat ke sini..Ini hantu kerja nya mengusik orang yang lemah semangat dan kuat meloncat macam Hantu Cina...Kerja Pocong ni menganggu manusia jer..Memang dalam sejarah Pocong ni tak bertuan sebabnya..kerja mengacau jer.. lompat sana sini tapi tiada kesetiaan...Ini hantu jenis tak buat kerja, last2 cornar muncul menganggu orang2 yang buat kerja...Pocong Oh Pocong.


KAMI PENANGKAP HANTU BAEK PUNYA BUKAN GENG LAST CORNER

Dalam Arena Politik ni pun ada 3 jenis hantu camni..Hantu Raya, Toyol Dan Pocong..Yang buat kerja, yang makan tuan dan mai last corner tiba mai musim2 pemilihan..Sendiri nilai heheheh..

Apa2 pun saya penyokong Ustaz2 penangkap hantu ni heheheh...