Monday, August 31, 2015

Perjuangan Tanpa Noktah


Salam perjuangan sehati sejiwa sahabat2 yang dihormati,

Alhamdulilah kita sekali lagi lalui hari kemerdekaan kita ke 58 ,tapi apa hala tuju kita selepas ini?

Kemerdekaan negara kita tahun ini tercalar dengan himpunan BERSHIT yang dilihat lebih kepada gerakan politik , mainan cicak mengkarung utk cuba mendapat perhatian simpati drpd rakyat Malaysia juga masyarakat luar negara.

Jika kita perhatikan permainan mereka sejak Bershit 1 hingga Bershit 4 , mereka adalah salah satu mekanisma pembangkang untuk raih undi simpati rakyat negara.

Mereka akan buat provokasi bila pihak berkuasa amik tindakan, mereka akan buat "Media Spining" kekejaman pihak berkuasa. Ini yang akan mereka jual dipentas2 ceramah mereka tentang kekejaman kerajaan utk raih simpati rakyat.

Saya nak ucapkan jutaan tahniah pada pihak polis dan pihak berkuasa yg terlibat  bagi Bershit 4 , Pihak berkuasa mengunakan pendekatan berbeza dlm mengawal keselamatan negara kali ini. 

Provokasi2 yang melampau, sepanduk2 yang melampau , laungan2 yang melampau dan sebagainya tidak dilayan tetapi lebih kearah menjaga keamanan negara.

Strategi hari pertama Bershit gagal kerana tiada mendapat publisiti seperti yang mereka mahukan utk dijual ke masyarakat dunia, maka mereka mengubah strategi pada hari kedua dengan mengambarkan mereka mempunyai semangat kesasamaan.

Strategi dengan meletakkan gambar2 kearah sudut yang berbeza utk menunjukan mereka tiada buat provokasi melampau seperti mana hari pertama.

Cicak2 mengkarung ini sekali lagi gagal dalam mendapat simpati rakyat seperti mana mereka buat dlm himpunan BERSHIT sebelum ini. 

Tapi apa yg mereka dapat adalah berjaya memalukan negara kita dipentas dunia, BERSHIT lah yang harus dipertanggungjawabkan dlm permerhatian saya sabagai PENSABOTAJ EKONOMI Negara.

Membuat pelabur2 luar takut utk membuat perlaburan dalam negara, malah membuat pelabur2 dalam negara keluar drpd negara kerana seolah menunjukkan landskap politik negara tidak stabil.

Persoalan saya disini jika BERSHIT mengatakan pilihanraya tidak bersih dan sebagainya macamana pulak mereka menang di Selangor, Penang Dan Kedah adakah bila mereka menang baru bersih kalau mereka kalah dinamakan kotor? 

Pada cicak2 mengkarung Pakatan anda sebenarnya yang sebenar hilang pertimbangan dan tidak rasional kerana terlalu banyak diajar politik KEBENCIAN ciptaan dan mainan pemimpin anda.

Kemerdekaan dan kejayaan yg kita kecapi hari ini bukanlah dtg bergolek atau dibeli, sebaliknya penuh dgn ranjau liku hasil dari titik peluh perjuangan pejuang-pejuang terdahulu. 

Ianya menjadi amanah dan tanggungjawab kita sebagai anak2 muda pewaris perjuangan utk terus memastikan ianya terus kekal sebagai salah satu ikrar peribadi perjalanan "Perjuangan Tanpa Noktah"

Sudah sampainya masa kepimpinan negara memberikan peluang dan ruang serta kepercayaan pada anak2 muda utk mengalas amanah perjuangan ini utk negara tercinta tanah tumpah darah kita.

Kami sayangkan kepimpinan dan mohon kepimpinan berikan amanah pada saya dan rakan2 anak muda utk kami galaskan.

Hormati yang lama, sayangi yang baru demi negara tercinta.

Ikhlas 

Armand Azha Haji Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
#SehatiSejiwa
#Kita1Hati
01hb September 2015
6.15pagi


Salam Semangat Kemerdekaan Ke 58


Salam kemerdekaan sehati sejiwa ,

Sudah 58tahun negara tercinta kita Merdeka, bebas daripada penjajah.

Jangan hanya Merdeka di taman, tapi bukan dihati kecil kita.

Jangan hanya Merdeka di laungkan,kita bergembira tanpa memikirkan keringat dan kesusahan mencapainya oleh pengorbanan dato nenek kita dahulu

Tetapkan kemerdekaan, aku sanggup mati utk pertahankan selaku generasi pewaris perjuangan yg tanpa noktah. 

Kerana pengorbanan parti keramat UMNO bersama Parti Perikatan kini Barisan Nasional kita merasai kemerdekaan, tak sanggup ku biarkan nya mati.

Jangan kita biarkan semangat cintakan negara tercinta dirobek oleh TANGAN AJAIB yang hanya mahu melihat kehancuran perpaduan yang dicipta serta dipelihara selama 58tahun.

Hati kecil ini senantiasa merindukan 7laungan semangat oleh Tunku Abd Rahman yang menjadi amanah pada generasi seterusnya utk terus membawa obor semangat kemerdekaan ini agar diingati, diresapi, dijiwai dan dihayati.

Saya Armand Azha Hj Abu Hanifah anak Merdeka, berikrar walau dimana bumi dipijak, walau perbagai cabaran dan perubahan zaman, laungan Merdeka ini akan senantiasa hidup selaku generasi pewaris perjuangan yang cintakan tanah tumpah darahku "Malaysia"

Kalau bulan kita pertahankan semangat kemerdekaan siapa lagi.

Merdeka, Merdeka, Merdeka, Merdeka Merdeka, Merdeka, Merdeka!🇲🇾

Ikhlas 
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Aku Anak Merdeka
Sehati Sejiwa
31hb Ogos 2015

Saturday, August 29, 2015

Hargai yang mengenang kita, bukan "BERSIH"



Salam perjuangan sahabat2 sehati sejiwa yg dihormati,

Semalam kita lihat sebagaimana saya nyatakan gerakan TANGAB AJAIB bagi Bersih 4 digerakan.


Mereka mengatakan ianya sebuah himpunan yang aman dan hanya menuntut 4 perkara yg seperti digembur2kan.


Kita punya mata dan fikiran yang matang utk menilai apa yang terjadi pula. Majoriti sepanduk2 yang dibawa lebih kearah provokasi dan kebencian terhadap negara tanpa disedari oleh yang membawa sepanduk2 tersebut.


Boleh dikatakan berdasarkan gambar2 dan video2 yang viral dimedia2 sosial kehadiran kali ini majoriti drpd orang2 cina bukan lagi orang2 melayu.


Mereka membawa sepanduk, object termasuk penyapu dalam BERSIH kali ini dan secara terang mereka memijak gambar2 kepimpinan Melayu baik gambar Ds Najib dan TG Hadi Awang.


Apa isyarat yang mereka nak tunjukkan pada masyarakat negara kita? Sudahkan mereka lupa jasa dan pemberian kepimpinan negara pada mereka baik drpd audut ekonomi mahupun pendidikan malah boleh dikatakan drpd sudut kebajikan juga dijaga oleh kerajaaan dan kepimpinan negara sejak merdeka hingga kini.


Saya rasa sudah sampainya masa kepimpinan negara terutama Ds Najib memberikan keutamaan pada masyarakat Melayu, Bumiputra, India dan etnik2 kaum diluar bandar terutama dalam sektor ekonomi, pendidikan dan kebajikan kerana boleh dikatakan inilah masyarakat negara yang senantiasa bersama dan menngenang jasa kerajaan sedia ada.



Ini bukan lagi soal perkauam atau rasis tapi lebih kepada penghargaan pada yg menghargai drpd memberi abjing makan akhirnya mengigit tangan tuan yg memberikan makanan.


Saya mohon kepimpinan negara utk mula berikan keutamaan pada masyarakat luar bandar kerana inilah nadi hidup negara.

Kalau bukan kita bantu mereka yg menghargai siapa lagi.


Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
30hb Ogos 2014
Sehati Sejiwa
Kita1Hati


Chong Sin Woon, Jgn Diam Diri Isu BERSHIT!!!


Salam perjuangan dan sehati sejiwa sahabat2 yang dihormati,

Hari ini kumpulan cicak mengkarung akan mulakan agenda TANGAN AJAIB  "BERSIH" mereka di ibukota.

Saya masih menunggu jawapan drpd YB Senator Chong Sin Woon, jangan berdiam diri dan memohon talian hayat drpd Chew Mei Fun utk mempertahankan diri anda. Anda sendiri yang keluarkan kenyataan POPULIS.

Jangan ingat dengan berdiam diri, perkara ini akan berlalu begitu sahaja wahai KP MCA.

Apa kepastian KP MCA ini mengatakan kenyataan beliau tidak disambut oleh ahli2 MCA untuk turun ke BERSHIT?

Saya ingin beliau bertanggungjawab jika ada ahli MCA turun menyokong BERSHIT walaupun seorang yang hadir kerana beliau yang harus dipertanggungjawabkan atas kenyataan yang kurang bijak atau bahasa yang mudah dipahami "BODOH"

Kenyataan ini mengambarkan kedangkalan beliau dalam mentafsir perkongsian kuasa yg selama ini menjadi asas kepada pembentukan dan kesepakatan wujudnya BARISAN NASIONAL.

Adalah amat malang beliau sebagai pemimpin bersama BN mengeluarkn kenyataan yang amat BIADAP dan boleh menjejaskan semangat sesama parti komponen yang kita pupuk dan pertahankan selama ini. 

Beliau perlu bertanggungjawab terhadap kenyataan yang dikeluarkannya.

Diatas kenyataan yg telah di zahirkan secara terbuka ini, saya mewakili Briged Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia desak YB Chong Sin Woon :

1. Meletak jawatan sebagai Ketua Pemuda MCA Pusat.

2. Meletak jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan.

3. Meminta Presiden MCA Dato' Seri Liow Tiong Lai mengambil tindakan disiplin dan jika perlu memecat YB Chong Sin Woon dari parti MCA.

Tetapi kenyataan yg dikeluarkan oleh Ketua Pemuda MCA jelas menunjukkan kenyataan populist dan tidak selari ngan keputusan barisan kabinet.

Pada YB Senator Choon Sin Woon sudah belajar ker mengenai akta perhimpunan aman yang dilulus diparlimen atau sekadar boneka alat populist yg giler publisiti

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
#SehatiSejiwa
14 Zulkaedah 1436 bersamaan 29hb Ogos 2015

Friday, August 28, 2015

KP MCA Giler Publisiti !!!!!


Saya nak sanggah kenyataan populist YB Senator Choon Sin Woon yg menyeru pemuda MCA turun menyokong BERSHIT. Sekali lagi beliau mengeluarkan kenyataan yg kurang cerdik atau bodoh dlm kenyataan beliau.



Sebagai Timbalan Menteri yang dilantik seharusnya beliau memikirkan keamanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yg akan menyambut hari ke Merdekaan Malaysia ke 58.

Tetapi kenyataan yg dikeluarkan oleh Ketua Pemuda MCA jelas menunjukkan kenyataan populist dan tidak selari ngan keputusan barisan kabinet.

Pada YB Senator Choon Sin Woon sudah belajar ker mengenai akta perhimpunan aman yang dilulus diparlimen atau sekadar boneka alat populist yg giler publisiti

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
#SehatiSejiwa
13 Zulkaedah 1436 bersamaan 28hb Ogos 2015

Thursday, August 27, 2015

TANGAN AJAIB BERSHIT!!!! Pecah dan Perintah


Salam perjuangan dan sehati sejiwa sahabat2 yang dihormati,

Sekali lagi cubaan tangan ajaib akan mengerakan BERSHIT di negara kita sepertiman tangan ajaib lakukan dengan gerakan di negara2 arab semasa "Arab Spring" keruntuhan kerajaan Iraq, Libya, Mesir, Syria yang mereka mengunakan modus ops yg sama melalui mencipta kemarahan rakyat dengan memberikan cerita2 yg memburukkan kerajaan sehingga menjatuhkan kerajaan dan ekonomi negara2 tersebut. 

Sehingga hari ni walaupun selepas "Arab Spring" ekonomi negara mereka jatuh pada kadar yg teruk dan hasilnya menyusahkan rakyat kembali tanpa disedari tangan2 ajaib berjaya cipta presepsi buruk pada negara2 Islam.

Tangan ajaib ini setelah selesai di wilayah arab, mereka mahukan kejatuhan sebuah negara islam yg membawa agenda islam moderate disebelah Asia yg sedang menuju kearah negara maju iaitu Malaysia.

Tangan ajaib berjaya indoktrin minda kebencian rakyat terhadap kerajaan dan pihak berkuasa seperti polis, askar, institusi kehakiman dan banyak lagi utk membangkitan kebencian rakyat dengan fitnah2 dan pembohongan terancang.

Saya menyeru rakyat Malaysia nilaikan gerakan Tangan Ajaib ini, jgn kita terikut , taksub dan seterusnya mengikut telunjuk permainan Tangan Ajaib yg akhirnya akan menyusahkan rakyat dan sabotaj ekonomi negara tanpa kita sedari.

Tepuk dada dan nilai, Allah SWT berikan kita akal dan fikiran utk berfikiran membuat penilaian. 

Kalau bukan kita siapa lagi nak halangan agenda tersirat Tangan Ajaib.

Sekali lagi saya nak ingatkan #TanganAjaib kembali utk runtuhkan mana2 negara yg membawa nama Islam, sebelum ini #ArabSpring , kini cubaan kali ke empat di Malaysia. Modus Ops mereka sama, fitnah dan presepsi buruk pada kerajaan. Naikkan emosi kebencian dan perpecahan dlm minda rakyat terhadap kerajaan. Gerakan "Pecah dan Perintah" mmg agenda #TanganAjaib. Kita diberikan akal dan fikiran utk menilai mana baik serta mana tidak. Masa hadapan negara ditangan kita. Fikirkan.

#KalauBukanKitaSiapaLagi
#SayaAnakMerdeka
#BERSHITBukanCaraNya
#TanganAjaibAgendaLuar

Ikhlas 

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pencinta Tanahair Ku Malaysia
13 Zulkaedah 1436 bersamaan 28hb Ogos 2015



Tuesday, August 25, 2015

Pemuda UMNO ke 66 Tahun Dlm Arus Perjuangan


Salam seperjuangan dan sehati sejiwa sahabat2 yang dihormati,


Hari ini 26hb Ogos 2015 genap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ke 66 tahun dalam arena perjuangan politik tanah air.


Pergerakan Pemuda lahir tiga tahun setelah tertubuhnya UMNO iaitu pada 1949. Pada tahun 1946 ia dikenali sebagai Perikatan Pemuda UMNO dan penubuhannya berlaku di perhimpunan agung UMNO yang bersidang di Butterworth pada 26 Ogos 1946. Kapten Hussein Onn telah dipilih mengetuainya.


Sejak itu lahirlah satu tenaga penggerak dan pendorong yang gigih dalam UMNO dan bertindak sebagai tulang belakang dan sayap kanan kepada seluruh perjuangan UMNO hingga sekarang.


Pemuda menjadi pelapor kepada banyak kejayaan yang telah dicapai oleh UMNO dan ramai pemimpin Pemuda kemudiannya mengambil alih tugas-tugas penting dalam kerajaan.


Apabila Hussein Onn dilantik sebagai Setiausaha Agung UMNO, Dato Abdul Razak bin Hussein telah dipilih memegang teraju pergerakan Pemuda. Namun Abdul Razak merasakan bahawa lebih wajar baginya melibatkan diri dalam badan induk parti. Persefahaman telah tercapai bagi dia bertukar tempat dengan Sardon Jubir


Perjuangan UMNO pada masa itu ialah membebaskan Negara dari penjajah British dan Pemuda menjadi penggerak penting. Sardon berjaya mengubahkan cogankata UMNO dari HIDUP MELAYU kepada MERDEKA bagi meniupkan bara kemerdekaan ke dalam diri setiap pemuda dan memilih 31 Ogos 1957 sebagai tarikh kemerdekaan.


Pemuda UMNO terus dipimpin oleh oleh pemimpin-pemimpin yg terus melakar sejarah perjuangan dalam negara. 

Senu Abdul Rahman, Harun Idris, Syed Jaafar Albar, Suhaimi Kamaruddin, Anwar Ibrahim, Mohd Najib Tun Abdul Razak, Abdul Rahim Tamby Chik, Ahmad Zahid Hamidi dan selepasnya Hishammuddin Tun Hussein Onn.


Sehinggalah pada tahun 2009 apabila YB Khairy Jamaluddin mengambil alih jawatan kepimpinan Ketua Pergerakan Pemuda daripada YB Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Keberadaan YB KJ dalam saf kepimpinan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO semenjak 2001 dan terus mematangkan perjuangan Pemuda sehingga kini. Dalam menempuh pelbagai rintangan dan cabaran, beliau terus perkukuhkan tekad dalam memastikan perjuangan Pemuda UMNO tetap diteruskan demi Agama, Bangsa dan Tanah Air kita.


Selamat Menyambut Ulangtahun Penubuhan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Kali ke-66.

Monday, August 24, 2015

Jangan kita sensasikan BERSHIT



Salam perjuangan sehati sejiwa sahabat2 yg saya hormati,

Tertarik hati saya nak berikan pandangan mengenai Bersih 4.0 yg banyak disebar dimedia2 sosial mahupun media perdana.

Jika kita nilaikan, bila kita kritik, menyebarkan poster2 serta gerakan mereka dalam media2 sebenarnya tanpa kita sedari, kita sebenarnya menberikan publisiti percuma kepada "BERSIH".

Cuba kita lihat dlm group2 media seperti Telegram, Watsapps , FB , Instagram , Blog , Twitter dan pelbagai lagi medium saluran maklumat boleh dikatakan rata2 yg sebarkan adalah yg menyokong kerajaan kerana kegusaran terhadap penganjuran BERSHIT ini.

Bagi saya, lebih baik kita tidak endahkan serta tidak menyebarkan apa jua berita mahupun poster mengenai BERSHIT.

Gerakan mereka sebenarnya mereka memerlukan publisiti baik yg menyokong atau menentang mereka utk menjadikan skop cerita mereka.

Bagi saya kita biarkan pihak berkuasa mengambil tindakan drpd sudut undang2 berlandaskan akta2 yang ada dlm perundangan. 

Cuba kita nilaikan Bersih 1 dan 2 bila ramai yg buat seperti mana kini, dimana mereka mendapat publisiti baik drpd penyokong mahupun yg menentang akhir mereka mendapat strory line menarik dan masyarakat luar menganggap berlaku kekejaman pihak berkuasa pada rakyat. 

Sehingga berminggu2 mereka mempunya jalan cerita walaupun selepas hari yg dilakukan.

Tetapi pendekatan yg diamik oleh pihak berkuasa semasa BERSIH 3 boleh dikatakan berjaya kerana gagalkan bila tidak diberikan publisiti oleh mana2 pihak akhirnya tiada cerita sensasi selepas itu dan isu nya mati tidak sampai 48jam.

Jadi saya merasakan lebih baik kita mengambil pendekatan tidak sebarkan serta sensasikan gerakan mereka ini kerana itu yang mereka mahukan.

Pihak berkuasa berikan cadangan utk gunakan stadium bagi perhimpunan ini tetapi mereka lebih sukakan cerita sensasi. Jadi jom kita satu hati utk tidak berikan publisiti murah pada mereka.

BERSIH hanya tau mengunakan rakyat untuk kepentingan peribadi serta cita2 peribadi mereka. Inilah golongan pencipta kebencian dan perosak perpaduan negara.

Ikhlas
Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
25hb Ogos 2015


Thursday, August 20, 2015

Bangkit Rakyat Selangor!! Apa Tu DEIG !!


Salam sahabat2 yang dihormati,

Apa tu DEIG?

Jun 2015 - Daftar di SSM
July 2015 - Bayar zakat 5 juta seluruh Malaysia
2016 - Dijangka beroperasi (MB umum dlm DUN 20/8/2015)

* DEIG belum mula berniaga dah bayar zakat seluruh Malaysia?

* Darul Ehsan Investment GROUP? Berapa & apa anak2 syarikat yg dinaunginya dlm GROUP?

* DEIG bermodal RM2 ada asset RM30 Billion. Kayanya!

* 2 pemegang saham berdaftar DEIG bila2 masa boleh tendang MB, SUK dan Peg Kewangan Negeri dari 'pengarah syarikat' dan bawa lari asset kerana ketiga2 mrk TIDAK berdaftar di ROS sbg 'Pengarah'


* 2 Pemegang saham DEIG boleh bila2 masa cagarkan RM30 Bil asset utk dptkan berbillion pinjaman bank dan cabut lari tanpa sbrg kerugian.

* DEIG digunakan sbg dana politik PKR. Guna harta kerajaan negeri utk parti

* DEIG berdaftar dengan ROS sbg syarikat perniagaan tapi yang diniagakan adalah asset2 rakyat Sgor. Hasil mana2 kerajaan adalah dari cukai dan hasil bumi, dan pulang kpd rakyat dlm bentuk kemudahan bukan niagakan hak rakyat.


* Pendapatan asas mana2 kerajaan didunia ialah dari royalti atau cukai dari mana2 perniagaan dlm negara/negerinya tapi bukan berisiko dengan berniaga. DEIG bangkrap, seluruh negeri bangkrap.

Hebat PAKATAN SELANGOR, tahniah pada cicak mengkarung yg diam seribu bahasa bila syarikat bernilai rm2 boleh diberikan mandat oleh MB Kesayangan merangkap Timbalan Presiden PKR. Diam menikus kesepian cicak-cicak mengkarung nampaknya.

#Kita1Hati 
#RakyatSelangorBangkit 
#Pakatoon

Betulkah ini? Saya nak pencerahan!!! Pimpinan Pakatan!!!

THIS IS SELANGOR!!

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pemuda UMNO Selangor

Tuesday, August 18, 2015

Kita 1Hati tuntut keadilan dan hak rakyat Selangor


Rakyat Selangor menanggung beban kenaikan tariff air kerana Kerajaan Selangor lebih gemar bermain politik drpd kepentingan rakyat.

Dimana laungan negeri kebajikan? Adakah selepas dapat undian rakyat Selangor mereka lupa atau hanya berikan "Harapan" seperti laungan oleh Pimpinan Pakatan "Harapan Baru"


Mereka ini lebih suka berikan harapan drpd perlaksanaan janji mereka sekali lagi mereka khianat Harapan Rakyat

MB Selangor Azmin Ali nyatakan dlm dewan dun Selangor mengenai kegagalan kerajaan negeri utk memberika. 35peratus air tidak terhasil perlukan kos yg tinggi. Baru terhantuk kepala baru nak sedar, jika dilaksanakan awal sepertimana cadangan Ds Noh Omar sebelum ini sudah pasti boleh dilaksana pada kadar yg rendah tetapi kerana Pimpinan Pakatan lebih suka main politik drpd kepentingan rakyat akhirnya rakyat yg menanggung beban



Laungan Air Percuma mmg hebat tapi dipenggal kedua baru mereka sedar ianyanya sukar nak diteruskan ini cadangan drpd salah satu ADUN DAP Sekinchan dalam sidang DUN.

Malah Presiden PKR Dr Wan Azizah ibarat hanya patung dlm politik PKR tidak ada apa2 cadangan atau bantahan pada Azmin Ali.


Mungkin rakyat negeri lain tidak tahu keperitan setengah kawasan dlm Selangor yg berbulan2 ada catuan air, yg lebih menyedihkan kawasan2 penduduk melayu yg menjadi mangsa catuan air iaitu dikawasan Kajang dan Hulu Langat mana wakil rakyat mereka yg hilang tanpa berita?


Akhir sekali rakyat terlibat harus ada kebangkitan semangat KITA 1HATI menuntut keadilan dan hak rakyat Selangor atas janji2 manis Pakatan raja harapan.

Wednesday, August 12, 2015

Kenapa Pemimpin Pakatan Marah Ismail Sabri



Salam sahabat2 yang dihormati ,

Kenapa pemimpin PAKATAN meloncat bila YB Ds Ismail Sabri bangkitkan cadangan sebuah pusat telekomuniskasi dan IT khususnya bagi peniaga2 bumiputra. 

Selama ini pun bumiputra tidak pertikai pun bila wujudnya Low Yatt atau Digital Mall PJ yg rata2 dikuasai oleh orang2 cina. Kerana sifat bumiputra menghormati hak mereka. 


Seperti yang kita sedia maklum,bumiputera mewakili 65% dari rakyat negara ini.Justeru,bumiputera merupakan kumpulan pengguna tertinggi dan menjadi tonggak kepada kitaran ekonomi dalam negara.

Bagi memastikan kitaran ini tidak terputus atau terjejas,maka hak-hak bumiputera perlu dipelihara selagi jurang ekonomi antara kaum kekal ketara.

Sekiranya hak-hak bumiputera dihapuskan,adalah dikhuatiri mereka tidak lagi mampu menjadikan "DAYA PEMBELI atau BUYING POWER" tertinggi lalu akhirnya menjejaskan kitaran ekonomi

Pada pandangan saya kadar 30% yang dipinta bukanlah satu perjuangan,malah satu bentuk penindasan.

Dalam keadaan di mana kaum lain menuntut 1000% dari hak bumiputera.

Bagaimana saya dapat menjustifikasi tuntutan ini sedangkan ratio bumiputera adalah pada kadar 65% ??? Bukankah sekurang-kurangnya kita perlu menuntut sehingga 70%  daripada meletakkan kuota 30% untuk bumiputera,maka sama ada kita sedar atau tidak bumiputra sebenarnya telah memberikan 70% kepada bukan bumiputera.


Tiada istilah perkauman atau rasis dalam perkara yg dibangkitkan oleh pihak YBM Ds Ismail Sabri, tetapi memperjuangkan nasib dan martabat bumiputra seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan negara yg dipersetujui oleh bapa2 kemerdekaan ( Our Malaysia Founding Fathers).

Nasihat saya pada yg mempertikaikan cadangan ini, sila beli buku Perlembagaan Negara dan hayati apa yang termaktub, jangan jadi buta perlembagaan dan keluarkan kenyataan2 yg meraih populariti tanpa memahami hak masing2 dalam perlembagaan negara.

Jika pemimpin mereka tak cukup duit, saya sedia belikan buku perlembagaan negara agar rata2 mereka tidak lagi buta perlembagaan.

Semoga lebih kementerian2 lain juga mengambil pendekatan positif seperti mana yang dibuat oleh YBM KKLW Ds Ismail Sabri.

Kalau bukan kita bantu bumiputra siapa lagi.


Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pemuda UMNO Malaysia
Pengerusi Briged Kesatria Muda